Monday, August 31, 2009

PPSMI: Niagawan menentukan dasar negara

Selepas PAS Pahang mencetuskan Deklarasi 6 perkara berhubung isu memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tempoh hari. Kali ini Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) mengorak langkah yang sama mendesak lagi agar kerajaan meneruskan keputusannya seawal dulu memansuhkan PPSMI bagi matapelajaran Sains dan Matematik kekal pada 2012 dan disegerakan.


Ura-ura dan desakan rakan komponenan BN mahukan PPSMI diajar. Keputusan ini amat membelakangkan desakan UMNO Johor. Kecelaruaan UMNO dan kerajaan yang degil mengundang kemarahan rakyat termasuklah golongan sasterawan.


benarlah bagaimana kata Pak Samad Said semasa berucap di Konvesyen Memartabatkan Bahasa Pahang tempoh hari. Kuasa niagawan kalangan pimpinan negara menentukan dasar itu mahu diteruskan atau ditiadakan. Pencapaian pimpinan dan kuasa niagawan mereka mencorakkan dasar-dasar negara.


Perjuangannya memeratabat bahasa bermula era 1950an lagi. Sampai kini masih berperang bagi memartabatkan bahasa.


Gapena desak kerajaan mansuh segera PPSMI
KUANTAN: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera iaitu sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.
Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata, pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012 seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.


Katanya, tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.


"Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 di sini hari ini.


Beliau berkata, tindakan pemansuhan segera itu dilihat boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin gagal dalam peperiksaan disebabkan kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.
Ismail berkata, kandungan lain deklarasi itu ialah Gapena meminta kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi menampung kos psarana pengajaran dan pembelajaran, elaun guru, menambah guru pakar, penterjemahan dan penerbitan bukubuku serta penambahan peralatan multimedia.


"Kita juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti peringkat pengajian tinggi awam dan swasta seperti mana sebelum tahun 2003," kata beliau.
Bagi membina jati diri bangsa, beliau berkata, Gapena mencadangkan mata pelajaran Sastera dan sejarah kebangsaan negara dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pengajian dan aliran.


Ismail berkata, deklarasi itu juga menuntut kerajaan tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini.


"Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat. BERNAMA

Sunday, August 30, 2009

PRK DUN Seputeh: Keputusan SPR dapat dijangkakan ?

SPR akan tentukan nasib ADUN Seputeh Kedah. Bagi kita jangkaan SPR tidak akan mengadakan pilihanraya, sebabnya ADUN bermasalah itu mewakili UMNO.


Harapan Kedah akan diadakan pilihnraya kecil, jauh panggang dari api. Demi menjaga maruah UMNO yang dikalahkan dalam siri-siri pilihnaraya kecil di Semenanjung dengan catatan rekod 0-7 adalah amat memalukan UMNO selepas merdeka.


Sisa dan saki baki kepercayaan rakyat amat jauh untuk dipulihkan. Cuma rakyat yang 'kelam' dan kelabu serta berfikiran UMNO macam 50 tahun dahulu sahaja yang masih kekal mengundi UMNO. Bagi generasi merdeka cuma 20 peratus sahaja yang 'sanggup' menerima UMNO.


Percaturannya SPR akan memikirkan soal pembaziaran, serta ketidakperluan supaya diadakan pilihnaraya. SPR akan memberi alasan-alasan yang munasabah, sebaliknya hujah SPR akan menyalahkan spekar DUN Kedah. Spekar DUN Perak dicap melanggar prosedur dan tidak bertindak betul sedari awal. Alasan berbelit melibatkan perkara-perkara urusan speakar akan dijadikan hujah bagi menghalalkan ADUN Seputeh Kedah dikekalkan. Maka UMNO selamat, maruah UMNO terbela.

isu Perak belum selesai

Selagi kerajaan enggan menyelesaikan isu Perak, selagi itulah tuntutan masalah itu berjalan. Kita cukup rasa malu dengan sikap Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif negara yang masih lagi bersikap bongkak, pencerobohan Badan Eksekutif ke atas Badan kehakiman sudah menjadi mainan dan dikartunkan karikatur negara luar secara sinis.


Janganlah jika sesuatu muslihat dibuat oleh kuasa luar dan bila bertentangan dengan 'selera' kita maka dengan mudah kita labelkan sebagai agenda yahudi.


Kita kena ingat sebagai orang islam wajib berpegang bahawa selagi mana kita enggan menjalankan atau melaksanakan dengan mengambil hukum Islam, maka selama itulah kita menjalankan atau mengmabil hukum yang ZALIM.


Penafsiran zalim ini adalah kita meramapas HAK ALlah , tidak yakin akan hukum-hukum Islam, maka zalimlah kita.


Tiada sidang DUN Perak Rabu ini

Speaker: Tindakan Sivakumar panggil sidang adalah pelik

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Beliau berkata, tindakan ADUN Tronoh, V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata, Sivakumar masih mahu "menyamar" dan bertindak sebagai Yang Dipertua dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.


"Saya juga ingin memaklumkan kepada semua ADUN supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh ADUN Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti telah melucutkan jawatan Adun Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai Yang Dipertua yang baru," katanya.

Semalam, Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, ADUN Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

ADUN pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 ADUN terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai "Sidang DUN bawah pokok".

Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.

"Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut PerintahPerintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini," katanya.

Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai "rampasan kuasa" dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.

Ganesan berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam "sidang DUN" pada Rabu ini. BERNAMA

Hak Kebebasan Beragama Ada dlm Perlembagaan

Kerajaan Selangor kutuk bantahan provokatif bina Kuil

Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23 di sini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia telah menyebabkan seluruh negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama."

"Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia."

Semalam, sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan.

Terdahulu hari ini, kira-kira pukul 10 pagi, empat wakil rakyat parti pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS mengadakan perbincangan berhubung insiden itu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Nor Azam Jamaluddin di pejabatnya di sini.

Wakil rakyat terbabit ialah Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran Ronnie Liu and ADUN Seri Andalas Dr A. Xavier Jayakumar.

Lapan laporan polis individu dikemukakn terhadap insiden berkenaan, masing-masing oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Aruthchelvan; pegawai khas kepada Dr Jayakumar, Abdul Razak Ismail; dan enam anggota pihak berkuasa tempatan Selangor.

Nor Azam, ketika ditemui pemberita, berkata satu laporan polis dibuat semalam berhubung perhimpunan haram dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis.
Beliau berkata polis juga akan mengadakan siasatan mengikut Akta Hasutan kerana insiden itu menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan terbuka mengenai cadangan kuil Hindu itu pada 5 September dan akan dihadiri penduduk Seksyen 23, pegawai Majlis Bandar Raya Shah Alam dan wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Penduduk Taman Ixora di Seksyen 23 Shah Alam telah beberapa kali membuat bantahan pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman itu dari Seksyen 19 ke kawasan mereka termasuk menyerahkan memorandum kepada Rodziah menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos lepas.

Menurut laporan, Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf berkata, pembinaan kuil itu, di atas tanah perindustrian milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), adalah tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 peratus penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah di taman itu.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menganggap insiden penduduk Seksyen 23 Shah Alam, yang membantah pembinaan kuil itu sebagai tindakan tidak wajar dan keterlaluan terutamanya di bulan mulia Ramadan.

Katanya, mereka sepatutnya mengawal emosi dan menjaga tata susila budaya dalam menyuarakan pendapat atau bantahan demi menjaga keharmonian awam.

"Rakyat Malaysia sepatutnya belajar daripada sejarah terutamanya selepas peristiwa 13 Mei. Apa yang mereka lakukan itu tidak akan boleh lepas daripada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen di sini, hari ini.

Rais turut menasihatkan pihak media supaya tidak mensensasikan berita sedemikian yang boleh mencetuskan pergolakan kaum. BERNAMA

Friday, August 28, 2009

Bantahan Tidak Bermoral: Ramadhan di cemari







Adalah sesuatu yang memalukan tindakan beremosi 50 demo di Selangor membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 22 Shah Alam.





LAPORAN Malaysiakini
Arak kepala lembu bantah kuil Hindu

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut, selepas solat Jumaat tadi.Mereka berarak sebagai membantah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.Dihubungi Malaysiakini sebelum perhimpunan tersebut, setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau difahamkan kepala lembu itu sebagai simbol "pemimpin yang dicucuk hidung".Bagaimanapun, tegasnya, membawa kepala lembu itu bukan inisiatif pihaknya.Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.

Ismail Kamus lain yang meninggal dunia

Kerana nama disangka Ismail Kamus meninggal dunia

PETALING JAYA: Gara-gara bunyi nama hampir sama, ada pihak beranggapan bahawa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Ismail Kamus yang telah meninggal dunia.

Pejabat mStar Online juga menerima panggilan demi panggilan sejak pagi tadi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Malah, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin juga dihujani dengan persoalan sedemikian.

Dalam blognya, Zulkfli berkata, beliau menerima terlalu banyak emel, SMS dan panggilan bertanyakan berita kononnya Ismail Kamus telah meninggal dunia.

"Baru sebentar tadi saya mendapat pengesahan bahawa Ustaz Ismail sedang mengerjakan umrah di Mekah dan alhamdulillah masih sihat.

"Saya percaya ada orang yang terkeliru dengan berita pemergian Allahyarham Senator Profesor Datuk Dr. Ismail yang meninggal dunia dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur.

"Saya harap maklumat ini akan menghentikan mesej-mesej liar dan tidak bertanggungjawab mengenai Datuk Ismail Kamus," katanya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, jenazah Allahyarham Ismail Salleh telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang kira-kira 10.30 malam tadi.

Sebelum itu janazah beliau disembahyangkan di rumah keluarganya di Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2.

Allahyarham meninggal akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi semalam.

Beliau berada di Beijing untuk lawatan kerja selama dua hari.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Lapangan Terbang Senai, Johor kira-kira 7.30 malam.

Beliau meninggalkan isteri Datin Hasnah Wahab dan enam orang anak berumur antara 12 dan 26 tahun.

Erti Kemerdekaan generasi baru

Penulis berasa berbangga menjadi rakyat Malaysia. Generasi penulis adalah sekelompok genrasi yang lahir selepas merdeka dan digolongkan sebagai generasi pasca merdeka, tentulah penghayatan dan pemahaman erti kemerdekaan yang diperolehi tidak seperti konsep dan erti generasi merdeka memahamkan dengan meletakkan nilai, emosi, nostalgia yang cukup indah dan bermakna dengan erti kemerdekaan itu sendiri.
Cumanya sesudah jasa-jasa golongan pejuang generasi merdeka membebaskan negara dari penjajahan asing negara dan generasi sezaman penulis dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Tertengak ketuanan bangsa sendiri, anak bangsa sendiri sebagai peneraju pengendali memajukan negara berbanding dengan sebelumnya.
Terbayang dalam kepala penulis bagaimana kegigihan dan jasa-jasa pemimpin terdahulu bermati-matian mempertaruhkan nyawa, harga diri, masa dan tenaga bagi memerdekakan negara daripada tangan penjajah Barat. Dengan kehalusan cara pemerintahan penjajah mereka berjaya mengekalkan status quo dengan meninggalakan banyak legasinya dalam negara dan pentadbiran negara. Dan menjadi pembudayaan dalam pentadbiran negara dan kenegaraan.


Kenikmatan kemerdekaan tidaklah dapat digambarkan dengan tulisan mahupun ucapan. Penulis amat memahami dengan apa sekali hujah pun ia tetap tidak sama dan menyamainya. Ianya terlalu besar dan terlalu berharga. Bayangan kesukaran para pejuang hanya generasi penulis dapati merasai atau turut melalui sekadar pengkisahan melalui bahan bacaan sejarah dan buku-buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah bawah KPM. Dengan sedikit pengolahan jika gurunya berjiwa pejuang, jika tidak jadilah sekadar fakta-fakta untuk dihafal bagi meluluskan generasi penulis lulus dalam peperiksaan-peperiksaan awam yang mewajibkan matapelajaran teras itu.


Dalam buku sejarah sekolah penulis dibanggakan dengan kelahiran tokoh-tokoh pejuang rata-rata kalangan bangsa Melayu dan islam dengan berwadahkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Bagi generasi penulis inilah satu-satu parti siasah yang betul-betul memikirkan dan memperjuangan negara.


Walhal bila penulis telusuri buku sejarah banyak lagi khazanah sisa-sisa sumbangan kumpulan lain, group lain yang turut meniup sama semngat memerdekakan negara. Pengelapan fakta-fakta dengan meminggirkan golongan yang digelar 'golongan kiri' adalah sesuatu yang mendukacita. Keseimbangan dan penghargaan wajar diberikan keadilan sama kepada golongan yang dipinggirkan ini. Anggapalah ia sebagai satu bentuk khazanah negara yang wajar diwarisi bersama . Demi memberi warna warni kemerdekaan itu dicapai daripada ststus sebelumnya.

Thursday, August 27, 2009

Pilihana kita: Kuasa atau keredhaan ALLah

Kecacatan politik negara. Ura-ura ADUN UMNO mahu lompat PKR dan membentuk kerajaan campuran adalah sebagai gurauan politik. Isu ini adalah mainan media, kita faham sangat UMNO tidak sekali-kali meredhakan wakil-wakil rakyatnya melompat parti.


Bayangkan ADUN Bota hanya mampu bertahan berberapa hari, dua ADUN PKR dan DAP Perak boleh berpusing menyertai kerajaan haram BN di Perak.

Najib Razak tidak akan benarkan dan izinkan. Kerajaan Terengganu Pakatan Rakyat hanya bermoral dan berakhlak jika diperolehi melalui cara pilihanraya.

Penulis tidak bersetuju dengan lompat melompat. Bak kata Mohammad sabu kami tak kelapaq kuasa. Kami mahukan keredhaan ALlah

Sensasi : PM takut rakyat ke timbalannya

Jangan timbulkan sensasi – PM itu adalah ingatan dan pesanan Dato Seri najib Razak semasa mempengerusikan mesyuarat kabinet kelmarin. PERDANA Menteri memberi ingatan kepada semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat. Ingatan ini adalah untuk semua media cetak dan elektronik baik surat khabar berbahasa Melayu mahupun Cina. Ini demi kesejahteraan dan keamanan negara.

Tegas beliau hari ini mengingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat. Tambahnya lagi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu kerana ketara masyarakat ketika ini terlalu banyak dihidangkan atau membicarakan isu-isu yang tidak menguntungkan.Serentak itu, kata beliau, kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri diketuai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memainkan peranan sebagai orang tengah, berurusan dengan pihak media agar tidak ada unsur keterlaluan untuk mensensasikan sesuatu isu atau kes tertentu.

“Contohnya dalam bulan-bulan kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan laporan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sehingga ini tidak ada apa-apa (perkembangan). Namun, disebabkan berita ini telah disensasikan, maka ia sendirinya mencetuskan kontroversi dalam masyarakat. “Ingatan ini adalah untuk semua media cetak dan elektronik baik surat khabar berbahasa Melayu mahupun Cina. Ini demi kesejahteraan dan keamanan negara, juga untuk mengekalkan suasana harmoni sedia ada,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Jelaslah PM mengakui dan menyedari isu melabelkan Anwar sebagai Pengkhianat Melayu telah memakan diri, serentak dengan itu sebaliknya Anwar menjadi hero dimata masyarakat Melayu khasnya dan amnya dalam masyarakat negara ini.
Manakala dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina kematian Teoh Benc Hock di perkarangan bangunan SPRM adalah amat memalukan dan menimbulkan pelbagai tandatanya. Isu ini menjadikan Pakatan Pembangkang semakin ke depan dan diyakini rakyat untuk menolak UMNO BN secara total.
Perkembangan inkues terhadap Teoh Benck Hock adalah dinanti-nantikan. Inilah yang mengusarkan pimpinan negara termasuk PM dan Dr Rais Yatim yang memegang secara langsung media utama kerajaan UMNO BN.
Tambahan pula, krisis kerajaan Perak yang tidak dapat diselesaikan walaupun UMNO BN cuba mengheret istana bermain sama dengan permainan politik mereka. Keadaan lebih parah lagi bilamana kerajaan UMNO BN di terengganu melibatkan pergeseran dua puak. Pertama Idris Jusoh yang enggan tunduk kalah bertembung dengan Ahmad said MB yang mendapat restu dan pilihan istana.
Justeru PM melihat dengan mendengar nasihat Think Tanknya bahawa kerajaan UMNO BN yang diketuai oleh beliau selepas 100 hari sebagai PM amat mengecewakan kerana terlalu banyak kontroversi dalam masyarakat sehingga merencatkan penumpuan beliau dalam membina imej dan karisma, khasnya mahu membawa imej hebat setidak-tidak baik sedikit daripada Pak Lah yang dianggap lemah itu.
Pergelutan imej Najib dan zaman Najib yang baru naik sebagai PM gagal memberi imej baik dan hebat dalam meniti kerusi PM yang diidamkan oleh TPMnya pula kini.
Maka disebalik isu sensasi, Timbalannya selesa bergerak bagi membentuk imej baru, sebagai bakal pengganti yang hebat. Dr Rais cuba mempertanahkan bosnya. Dan inilah yang ditauti oleh Najib. Kini Muhyiddin lebih diserlahkan di mata rakyat seorang yang bersih, komited, terkehadapan, mahu tanggani masalah rakyat secara lebih agresiff.
TPM telah membuka mata rakyat bahawa jangan lupa Timbalan PM adalah seorang yang jauh lebih baik dan tiada kontroversi dalam masyarakat.

MCA bertindak betul ?

Walalupun mereka Cina dan bukan Islam. Ketegasan mereka atas isu moral dan disiplin amat tinggi. Hari ini Timb Presiden MCA Dato Dr Chua Soi Lek dipecat serta merta atas kesalahan terlibat dalam seks terlarang yang telah di DVD kan tempoh hari.


Alasan pemecatan Dr Chua bekas Menteri Kesihatan dengan memberikan imej parti terjejas adalah betapa di dalam MCA sendiri melihat masalah tingkahlaku pimpinan dan moral pemimpin adalah sesuatu yang perlu berintegriti.
Walaupun pemecatan ini berlandaskan percaturan politik atau membunuh kaerier politik rakan, tetapi apa pun ketidakselesaan parti MCA mahu menerima pemimpin sebegini hendaklah dihormati. Mudahlah bagi kita melabelkan bahawa krisis dalaman MCA memasuki fasa baru perang terbuka antara Presiden dan Timbalannya itu. Hakikatnya dalam mana-mana parti politik akan ada permainan politik dan mereka memang hidup adalah untuk berpolitik. Kerana parti politik bukanlah sebagai parti yang membuat kerja-kerja kebajikan.
Sepatutnya bagi kita rakan mereka (MCA) dalam BN perlu rasa malu . Di mana parti yang berteraskan bukan Islam sebagai pimpinan boleh berketegasan terhadap pimpinan mereka demi menjaga imej, apakah UMNO pula yang tersarang dengan kes-kes seumpama itu masih lagi bersekongkol dan menganggap tindakan salah laku pemimpin mereka itu sebagai masalah peribadi.
Justeru amatlah malang negara kita, memperolehi tahap dan daya fikir pemimpin yang menganggap kes-kes moral ini sebagai satu bentuk bersifat keperibadian pemimpin sahaja. Walhal dalam masa yang sama kita mengecam hebat golongan para artis yang bersikap keterlaluan seperti ini dengan menghukum dan membelasah mereka sebegitu hebat sekali.
Adakah perlakuan sumbang golongan pemimpin dalam negara kita yang lain boleh didiamkan ?

Wednesday, August 26, 2009

Isu Perak kembali di panaskan !

Isu Perak memasuki episod baru lagi. Di kala semua orang merasakan isu akan lenyap dan tenggelam serta sunyi dan sepi bagi menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan . Ia dihidupkan semula dan dicetuskan semula, kali ini adalah 'tuntutan speakar Perak yang diharamkan S Sivakumar' yang mahu menyaman SUK Negeri Perak.
Dari sudut moral perundangan dan legal perundangan apa yang dibuat oleh SUK Perak, adalah pencerobohan badan eksekutif ke atas pembuat dasar badan ekesekutif. SUK adalah bersifat sebagai penjawat awam yang harus melaksanakan dasar-dasar pihak ekesuktif. Inilah kebanaran hujah yang kuat.
Dan kemudian berdasarkan hujahan S Sivakumar kes ini nampak boleh dimenangi dengan mudah berdasarkan kesalahan terletak di pihak SUK. Namun sebagai bagaimana yang diketahui para hakim dan sisitem perundangan negara kita fahamlah sahaja. Kemungkinan apa yang kita jangkakan tu adalah sebaliknya.
Apa pun syabas kepada S Sivakumar yang masih mencari akal dan membakar akal minda penguasa. Bukanlah mudah memperkotak-katikkan sesuatu hal dan perkara. Semua orang diberi hak dan kebebasan bertindak mengikut perlembagaan, selagi mana ruang yang diizinkan maka gunakanlah dengan sebaik-baiknya.
Sivakumar saman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh V.Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk dan ganti rugi contoh.

Writ saman itu yang difailkan melalui Tetuan Chan & Associates di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi, meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh lapan hari dari tarikh ia difailkan.

Dalam writ saman itu, Sivakumar yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) turut memohon injuksi untuk menghalang defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman daripada menafikannya daripada memasuki dan menggunakan Dewan Negeri atau menghalang plaintif daripada menggunakan pejabat dan menjalankan tugasnya sebagai Speaker DUN.

Beliau turut memohon injuksi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, campur tangan atau pencerobohan daripada pihak defendan atau ejen atau pekerja Abdul Rahman.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri itu atau pekerja atau ejennya telah menghalang beliau dan anggota DUN daripada menghadiri dan memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lepas.
Beliau juga mendakwa tindakan defendan menafikan aksesnya ke Dewan Negeri adalah tidak mematuhi undangundang dan tindakan itu adalah tidak berperlembagaan.

Sivakumar turut mendakwa tindakan defendan bersifat dengki dan bertujuan menyakiti plaintif di mana defendan berpihak kepada Datuk R.Ganesan sebagai Speaker dan menafikan hak plaintif sebagai Speaker yang sah.

ADUN Tronoh itu turut mendakwa defendan sedar atau mengetahui bahawa sebagai kakitangan kerajaan, defendan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan atau menceroboh urusan Dewan Undangan sebagai majlis menggubal undangundang dan tindakan defendan atau pekerja atau ejennya akan menyakiti plaintif.

Sivakumar mendakwa akibat tindakan salah atau penyalahgunaan kuasa defendan, plaintif dilucutkan suatu tempat untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri dan dihalang daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Speaker DUN yang sah.

Dalam butiran penyalahgunaan, Sivakumar mendakwa Abdul Rahman sepatutnya sedar dan tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal Dewan Undangan.

Bekas Speaker itu juga mendakwa defendan menunjukkan sifat berat sebelah dengan memihak kepada Barisan Nasional (BN) sejak 7 Feb lepas selain gagal untuk menjauhkan diri daripada parti politik.

Defendan juga didakwa mengarahkan polis untuk menghalang persidangan Dewan Undangan Negeri dan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selain gagal menjalankan tugasnya selaras dengan perintahperintah am.

Sivakumar juga mendakwa defendan telah bertindak di luar bidang kuasa dan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan dan tidak boleh menuntut perlindungan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Dalam writ saman itu, Sivakumar mendakwa mengalami mengalami kejutan, kerugian dan kerosakan selain menanggung penghinaan serta perasaan malu di khalayak awam, akibat tindakan Abdul Rahman itu.

Beliau turut menuntut kos dan relief yang difikirkan adil dan saksama

Pemaham sempit Pemuda UMNO

Bagi UMNO arak adalah isu remeh. Dalam UMNO persoalan hidup atau matlamat besar hidup adalah membesarkan hal-hal laba hal keduniaan semata-mata fokus mereka dalah spt berkaitan hal ekonomi, projek mega, projek mencari duit dan membesarkan kemegahan istana diri dalam kehidupan bagi mencapai matlamat hidupnya.

Dalam minda mereka soal agama adalah soal remeh adalah menjadi hak jabatan agama dan orang-orang agama sahaja. Ini dapat dikesani bilamana kerajaan Selangor telah memberi arahan kuasa pemantauan, penguatkuasaan atau apa juga tindakan diperturunkan kepada semluruh pengerusi, iman, siak dan jawatankuasa masjid-masjid dan surau terhadap peminum arak , premis arak dijual secara terbuka di dalam kawasan khariah berdekatan masjid dan surau mereka yang berkenaan.

Sebaliknya syor yang baik itu diremehkan, malah disanggah keras oleh Pemuda UMNO Selangor, dakwa Pemuda UMNO PAS diminta jangan mencampuri urusan Jabatan Agama Islam Selangor. Inilah mentaliti UMNO yang menjurus hal-hal keagamaan kepada orang agama sahaja.
Lihatlah tanggungjawab sosial atau tanggungjawab bersama, kebajikan tanggungjawab bersama. Tafisran UMNO BN adalah sekadar memungut wang dan mendermakan wang sahaja dislogankan sebagai hal-hal kebajikan. Walhal soal kebajikan dalam Islam terlalu amat luas. UMNO jika mahu memahami istilah dengan pemahaman yang sempit. Fokus mereka mengutip wang dan memberi wang kepada fakir miskin itu dikira sebagai kebajikan sahaja.
Jika begini pemikirannya samapai bila pun masyarakat kita akan hancur dan punah. Ingatan amaran dan peringantan Allah. ALlah akan menggantikan muat lain yang lebih mencintaio dan mahukan Islam.

iNFO RAMADHAN

Kegawatan politik negara, sama naik dengan keruntuhan moral para remaja. Situasi kini kes rasuah peringkat tertinggi memberi cerminan corak masyarakat. Satu ketika dahulu bekas pimpinan kita menyarankan orang Melayu jika mahu maju mesti ada sikap kurang ajar.


Bagi memahami dan menghayati sikap kurang ajar tersebut ramai orang Melayu tidak digariskan, sehinggakan mereka menafsir secara sendirian, sehinggakan membelakangkan hak dan batas-batas tuntutan keagamaan.

Rasuah adalah sudah menjadi satu budaya 'lumrah' dan pengamalan cukup parah bilamana stiap sendi kehidupan dalam masyarakat kita teramal dan terbudaya. Bagi mempercepatkan sesuatu matlamat seseorang itu tercapai maka rasuah adalah pilihan yang terbaik.

Kita orang Islam dalam negara ini, sewajarnya menjadi contoh kepada bukan Islam. Penampilan, kehendak agama dan nilai yang kita bawa jauh daripada tersasar daripada kehendak Pelan Induk Pendidikan atau Pelajaran negara.

Persoalannya kambing atau dikambing hitamkan. Dua pesalah iaitu bekas Pengurus Besar Tabung Haji melakukan pecah amanah 2 tahun yang lalu.
Bagi kita yang salah tetap bersalah, hukuman mestilah dijalankan bagi melihat kita berlaku adil.

Bahana pecah amanah melibatkan institusi daidakan kita tau tidak mahu 2 pengurus besar ini dimangsakan atau menjadi mangsa permainan politik golongan atasan . Hasil dasar DEB dan das



2 bekas pengurus besar Tabung Haji mula dipenjara semalam


MOHD. AMIN



MOHAMMAD SHAFIE


KUALA LUMPUR - Dua bekas pengurus besar Tabung Haji, Datuk Mohd. Amin Sidek dan Datuk Mohammad Shafie diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu mulai petang semalam.

Sejurus selepas Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang tetapi disambut dengan tangisan oleh anggota keluarga masing-masing yang berada di dalam mahkamah.

Zainal Azman membuat keputusan itu selepas menolak hujah dan alasan-alasan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman oleh kedua-dua peguam tertuduh, Mohd. Firuz Jaffril dan V. Rajadevan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad berhujah bahawa faktor kesalahan yang pertama dihadapi bukanlah faktor penting yang membolehkan mahkamah mempertimbangkannya.

Dzulkifli juga membantah hujah peguam, Firuz, supaya mahkamah mengambil perkiraan mengenai umur kedua-dua mereka yang kini sudah menghampiri 60 tahun dan tidak sesuai sekiranya dikenakan hukuman penjara yang terlalu lama.

"Saya rasa terdapat banyak kes yang melibatkan usia yang sebegitu berada di penjara iaitu 60 tahun tetapi itu bukanlah merupakan satu alasan yang munasabah," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersimpati dengan keadaan mereka sekarang iaitu kedua-dua mereka ingin menghabiskan masa menjalani ibadah puasa bersama keluarga tetapi itu bukan satu faktor yang istimewa atau khas sehingga perlu diberi pengecualian.

Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas mereka kerana didapati bersalah menipu dan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang Tabung Haji, lapan tahun lalu.

Islam Liberl fikiran Najib Razak

Hukuman fizikal ke atas wanita sepatutnya jadi pilihan terakhir - Najib
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan undang-undang syariah terutamanya ke atas kaum wanita seharusnya menerusi proses tarbiah yang berteraskan kepada rasa simpati dan belas kasihan dan hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Perdana Menteri berkata dalam pelaksanaan hukum syarak di negara ini, pihak yang berkenaan diingatkan supaya jangan menjadikan wanita sebagai mangsa.

"Terlalu banyak kes sama ada dalam kes tuntutan nafkah atau cerai yang mana wanita selalu menjadi mangsa dan tidak ada penguatkuasaan sama sekali dari segi keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Wanita Kebangsaan 2009 di sini.

Najib berkata rasa simpati, belas kasihan dan proses tarbiah merupakan intipati ajaran Islam yang menjadi ajaran dan amalan Nabi Muhammad S.A.W, dan ajaran itulah yang harus menjadi ikutan umat Islam pada masa kini.

"Kita hendaklah jangan terlalu ghairah...kita mesti lihat Islam sebagai ajaran yang mengamalkan keadilan, saksama, pengasih dan penyayang dan dan yang lebih penting, bersikap adil dan peluang untuk menebus dan memperbaiki kesalahan sendiri adalah lebih penting daripada hukuman.

"Saya harap mereka yang berkenaan akan mendengar apa yang telah saya katakan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata kerajaan komited untuk menggerakkan agenda pembangunan dan memperkasakan wanita sesuai dengan Dasar Wanita Negara supaya golongan itu dapat mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan minimum dalam bidang-bidang pembuat keputusan negara.

Beliau berkata walaupun kini pencapaian wanita di dalam beberapa bidang tertentu boleh dibanggakan mampu menandingi bilangan kaum lelaki, tetapi masih ada ruang untuk meningkatkan peranan wanita.

"Saya dengar saranan Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) dengan suara yang lantang dan nyaring supaya dalam bidang politik, pentadbiran kerajaan dan korporat ditingkatkan penyertaan wanita.

"Saya percaya secara berperingkat-peringkat, perkara ini akan menjadi kenyataan," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Dasar Wanita Negara 2009 yang merupakan kesinambungan dasar sama yang digubal pada 1989 bagi memberi lonjakan dan nafas baru kepada usaha kerajaan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam pembangunan arus perdana negara.

"Perkara pokok yang diberi penekanan dalam dasar ini ialah kita perlu menentukan persekitaran yang kondusif ataupun keadaan yang membolehkan wanita memainkan peranan aktif dan berkesan sebagai penyumbang kepada proses pembangunan negara.

"Kita juga perlu memastikan wanita bebas daripada sebarang unsur diskriminasi berasaskan kepada gender dan ini melibatkan sama ada soal peraturan, undang-undang mahupun lebih daripada itu iaitu perubahan minda kita supaya kita tak lihat wanita sebagai kaum yang lemah tetapi kita lihat wanita itu setanding kemampuannya dengan kaum lelaki," katanya.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menggerakkan agenda pembangunan dan pemerkasaan wanita bagi menyerlahkan potensi 13.4 juta wanita Malaysia.

Sesungguhnya pelaburan dalam wanita ini merupakan satu bentuk ekonomi pintar kerana mengikut kajian Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasific (Apec), ekonomi di rantau ini kerugian kirakira RM289 bilion setahun kerana wanita tercicir daripada menjadi sebahagian daripada tenaga kerja atau perniagaan, kata Perdana Menteri.

"Kalau kita mengambil kira perkara ini maka wanita boleh menyumbang secara lebih hebat lagi dalam menentukan masa depan negara Malaysia," katanya.

Majlis itu turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. BERNAMA

Politik Wajah Baru : Rakyat mula hentikan sokongan kepada UMNO

BN alami lagi kekalahan buat kali ke 7. Lazimnya sejarah pilihanraya kecil sebelum 2008, parti 'haluan kiri' atau pembangkang jarang diberi muka oleh para pengundi. Keketaraan sokongan pengundi sebahagiannya yang mahukan 'perubahan' memeningkan kepala UMNO BN.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan TPM melahirkan 'rasa kecewa' terhadap keputusan tersebut. jauh dilubuk hatinya rasa kecewa dengan pengundi di Permatang Pasir. Meletakkan alasan Permatang Pasir adalah bawah Pematang Pauh serta pengaruh Penasihat PKR dengan melabelkan Permatang Pasir sebagai kubu kuat PAS bukanlah alasan.
Hakikatnya alasan apa yang diberikan rakyat mulai 'muak' mereka sebenar terhimpit dengan kehidupan. Pemimpin kaya raya. Golongan muda yang terpelajar pula membawa trend baru. Generasi pengisi kemrdekaan ini bukanlah mahu mengenag budi dan berterima kasih kepada UMNO. Sudahlah datuk nenek dan ibubapa mereka berterima kasih kepada UMNO yang sezaman dengan mereka itu.
Bagi generasi muda kini mereka melihat kehadapan secara praktikal. Apa hasil dan apa faedah mereka berterima kasih kepada UMNO. UMNO gagal membela, UMNO tidak letakkan harapan dan berikan keistimewaan langsung kepada mereka. Justeru hentikan terima kasih keterlaluan kepada UMNO. UMNO memijak-mijak dan menginjak-injak bangsa dan agama mereka. UMNO kini bukan seperti UMNO dulu. UMNO kini sudah lari dengan idelais perjuanganya. Pemimpin UMNO adalah generasi baru yang tidak ada penghayatan erti kemrdekaan dari segi roh. Generasi ini sama sahaja selera mereka dengan pengundi baru generasi masa kini.
Oleh itu, janganlah UMNO panik dan pelik dengan keputusan Permatang Pasir. carilah 1001 alasan, bila rakyat mula muak, semua tidak jadi.

Keputusan PRK N11 Permatang Pasir

Ustaz Salleh Man ( PAS ) - 9618 undi
Rohaizat Othman(BN) - 5067 undi
Majoriti : 4551 undi
Undi rosak : 83
Keluar Mengundi :14,832 (73.1 %)
Jumlah Pengundi : 20,290 orang
Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 :
PAS menang 5,433 undi.

Tuesday, August 25, 2009

Isu arak yang dibiaskan

Kita jadi pelik, isu arak dan hukuman sebat kini tertanggung atas pundak akhirnya kepada batang tubuh Kartika Sukharno seorang model yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah Pahang kerana kesalahannya meminum arak di kawasan awam berdekatan pantai Cherting.
Hukuman yang dijatuhi oleh mahkamah syariah Pahang jauh daripada hukum Islam yang sebenar. Cara penghukumannya pun mahu dilaksanakan di Penjara Kajang pun sudah tersasar dan bias daripada tuntutan agama. Hukuman mestilah disebat sebanyak 60 sebatan di khalayak ramai.
Berbalik dengan perbahasan umum termasuk media yang bersedia mensensasikan rating akhbar dan laporan dalam akhbar mereka.
Kini persepsi rakyat akhirnya macam fahaman islam Dr M juga , hanya diri sahaja yang dapat kawal nafsu kita. Hebatnya Dr M. Kita juga pelik kenapa hukuman terhadap peminum/pengguna arak itu mahu kita hukum. Bagaimana sipenjual, jika tida penjualnya bagaimana kartika mahu minum. Bagaimana pula dengan engedar arak, pembekal, pengilang, tukang jual, tukang angkut, pengimport, pemberian kelulusan premis jualan, dan akhir sekali pemerintah yang mengizikan penjulana arak tersebut . Dan paling besar saham adalah para pengundi yang mengundi kerajaan yang mengizinkan penjualan arak tersebut.
Jika kita hanya memandang salah kepada Kartika Sukharno sahaja tidak memadai. Kita juga wajar menjatuhi hukuman yang sama kepada mereka yang dinyatakan. Menurut ALllah SWT dalam banyak hadis sahih, kesemua yang disenaraikan tadi diLAKNAT oleh ALLah. Kesemua mereka menerima LAKNAT ALlah. Kutukan atau LAKNAT Allah bukan macam celaan kita, tetapi cukup berat dan mereka ini tidak mencium bau syurga ALlah.
Akhirnya janganlah tanggungjawab kesalahan besar dijatuhkan terhadap peminum (Kartika) sahaja. Kita mahu juga benda yang sama terhukum kepada senarai mereka yang terlibat sama pemberi lesen, pengilang, penjual, pengedar, pemberi premis , pemerintah dan pengundi yang meredhakan terjual bebas arak ini.

Natijah kenyataan Presiden MCA

Kenyataan berani Presiden MCA dato Ong Tee Kiat berhubung isu penyelewengan PKFZ bernilai RM10 billion berupa satu ugutan politik. Cabaran terbuka beliau melalui media adalah satu 'sindiran' dan tempelekan umum kepada integriti yang Najib PM mahukan.

Maksud tersiratnya Ong amat tidak bersalah. Dan beliau amat marah bilamana beliau bakalan akan menjadi mangsa dalam isu penyelwengan PKFZ ini. Sementelah pula CEO Kuala Dimensi telah membuat kenyataan terbuka beliau diminta 'menderma' kepada MCA sebanyak RM10 juta. Manakala pejabat MCA pula mengakui cuma hanya menrima RM40,000 sahaja.

Sebenarnya amalan 'menderma' wang kerajaan melalui projek-projek kerajaan sudah lama diamalkan oleh parti-parti memerintah. Jika difikirkan manalah UMNO, MCA dan MIC mempunyai dana yang banyak bagi mengerakkan parti. Di samping membina prasaran parti selama hari ini termasuk ibupejabat UMNO PWTCdi Kuala Lumpur itu.

Justeru kepincangan demi kepincangan manipulasi demi manipulasi semakin membelenggu parti mereka. Soal kejujuran dan keteluasan dalam menguruskan duit parti diremehkan. Maka niat awal pimpinan UMNO dalam kerajaan dahulu bagi menjadikan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO telah melarutkan sama idea ini. Begitulah juga pemahaman MCA dan MIC mereka itu kerajaan dan kerajaan itu mereka.

Pendekata macamlah kegunaan ISA akta yang pada mula menahan dan menangkap komunis dan subversif kepada menahan dan menangkap pemimpin pembangkang. Maknanya disalah gunakan kemudahan sedia ada demi matlamat serakah politik masa depan mereka.

Fahaman kesempatan dan peluang yang ada digunakan bagi mengaut kekayaan negara, kerana mereka percaya peluang tidak datang sekali. Sebab itu, pembusukan demi pembusukan terbongkar satu persatu. Sementelahan mereka juga menempelak kita jika mencabar bahawa jika kita berada di tempat sama kitapun akan berbuat keadaan yang sama. Inilah analogi mudah bagi melarikan diri dari hakikat dan situasi itu demi menghalalkan tindakan mereka. Khususnya jika kita membangkitkan soal amanh, tanggungjawab, ketelusan dan sebagainya kepada mereka.




Monday, August 24, 2009

Memalukan Islam ?

Jangan perlakukan saya seperti bola , demikianlah kata-kata model sambilan yang dihukum sebat dengan 6 kali sebatan kerana kesalahan meminum arak di pantai Cherating oleh mahkamah Syariah Pahang, Kuantan.

Amaran da kata-kata model itu ibarat sat sindiran terhadap undang-undang Islam. Paling malu adalah Islam. Penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka sudah terlepas tanggungjawabnya. Maka orang yang menangguhkan hukuman ini adalah paling tidak berakhlak. Sungguh memalukan undang-undang Islam dan Islam itu sendiri.

Sebaliknya kesediaan pesalah haruslah dihargai, masalahnya bukan soal bulan, bukan soal hormat Ramadhan. Kita kena akur hormat dengan ALlah.

Lihat bagaimana reaksi sipesalah, “Saya terkejut tapi saya tetap dengan keputusan saya. Cuma sekarang saya hendak tahu kedudukan saya dan jangan buat saya seperti bola.”Demikian reaksi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno terhadap penangguhan hukuman sebat terhadapnya yang sepatutnya dilakukan hari ini atas kerana kesalahan meminum arak.

Di Kuantan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa penangguhan itu disebabkan arahan Jabatan Peguam Negara bagi menghormati Ramadan. - Utusan

Beza peniaga ini dengan Menteri Wilayah

Hari ini diberitakan seorang peniaga didakwa buat pernyataan palsu sumbang RM200j. Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan membuat pernyataan palsu berkaitan sumbangan kewangan berjumlah RM200 juta bagi penubuhan sebuah yayasan kebajikan. Anuar Abd Aziz, 55, didakwa membuat pernyataan palsu itu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan akujanji sumbangan kewangan berjumlah RM200 juta dalam surat bertarikh 20 Julai 2007.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di SSM, Tingkat 2, 10-18, Putra Place, 100 Jalan Putra di sini pada 28 November 2006 dan 26 November 2007. Bagi kesalahan tersebut dia didakwa di bawah Seksyen 364 (2) Akta Syarikat (Akta 125) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya.

Jelas menurut ceritanya seorang peniaga baru sahaja membuat penyataan palsu. Maka bagaimana pula dengan Menteri Wilayah Persekutuan tempoh hari yang turut juga membuat pernyataan palsu para peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman(TAR), Jalan Masjid India, Jalan Chow Kit dan Sogo kerugian antara RM100 j ke RM200j.

Menurut akta syarikat mereka yang membuat dakwaan palsu jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun juga dan denda sebanyak RM250,000 atau kedua-dua. Bagaimana undang-undang ini boleh tidak terpakai jika tiada peniaga yang didakwa , maka dakwalah Menteri wilayah dan ditambah pertuduhan lagi iaitu berbohong. Apa macam ?


Oleh itu, jelaslah tidak adil peniaga berkenaan didakwa bawah akta syarikat. Bagaiamana dengan pengerusi persatuan penjaja TAR yang menjadi hero seketika semasa Himpunan Bantahan ISA tempoh hari. Minta pihak berkuasa heret beliau ke muka pengadilan, bersama-sama juga dengan Menteri Wilayah.

Kita juga mendesak Menteri Wilayah meletakkan jawatan kerana jika tidak dicas berbohong. Dari segi moralnya Menteri Wilayah adalah seorang pembohong. maka pembohong dari segi moral perlu meletakkan jawatannya.




UMNO: masakan tempua sarangnya rendah

Terbaru adalah penafian TPM bahawa ADUN Lunas keluar PKR tiada kena mengena dengan UMNO. UMNO bukanlah dalangnya. Kelmarin pua penafian serupa oleh dua sepupu dan sepapat PM membuat olahan yang sama tetapi dengan nada berbeda katanya lagu itu (UMNO dalang ADUN keluar) adalah cerita-cerita lama. Tegas menteri -menteri kanan UMNO.

Bagi kita rakyat dan pengamat serta penganalisa politik segala-galanya adalah UMNO dan UMNO adalah segala-galanya dalam kes ini. Masakan UMNO mahu menjadi penonton, namanya sahaja UMNO. Perpecahan dalaman MCA kini kerana UMNo juga yang mendalangi satu puak bagi menentang puak yang lagi satu. Sebab track record UMNO politik Machavillie adalah matlamat menghalalkan cara. Kes rampasan kerajaan Perak daripada Pakatan, SPRM digunakan sebagai dalang kematian Teoh Benc Hock, dan berbagai-bagai lagi adalah sebahagian kerja-kerja tidak bermoral UMNO. bagi UMNO kuasa wajar dikekalkan. Kerana tuan UMNo dibelakang tabir mahukan UMNO kekal, ini semua memudahkan cengkaman , spt apa yang berlaku di Algeria bilamana FIS (parti islam algeria) menang bergaya melalui pilihanraya, telah dinafikan haknya.

Penafian berulang-ulang kali, melihat pekung UMNO. Kuat UMNO menafikannya maka kuatlah syak rakyat terhadap nya. masakan ADUN yang tenang sekadar diberi amaran serta nasihat oleh parti PKR boleh terdesak dan teruja untuk keluar. Walhal dalam keadaan begitupun beliau masih lagi menikmati kemudahan dan kesenangan ADUN dalam Pakatan Rakyat.




PR : kena berhat-hati masa depan

Kita bersetuju dengan pandangan bahawa PAS perlu menerajui Pakatan Rakyat (PR). Ini rentetan terkini ADUN Lunas yang 'keluar' Pakatan. Walapun kita tahun ADUN Lunas keluar kerana ada sederet masalah peribadi , hal ini hanya difahami oleh pimpinan dan kepimpinan Pakatan Rakyat sahaja.

Bagi sesetengah pengundi yang memberikan kemenangan ke atas PR , mereka tidak faham sepak terjang UMNO. Sememangnya kita kena akui 'hebat' UMNO berjaya mentarbiyyah sesiapa sahaja yang dikehendaki dengan ugutan itu ini sehingga boleh 'mengubah' pendirian seseorang.

Kini yang jadi masalah PR adalah wakil-wakil rakyatnya. Penulis berkesempatan bertanya kabar membuat reponden rambang dengan mereka yang 'tidak minat berpolitik'. Rata-rata bersetuju PKR paling banyak masalah dan membuat masalah dalam kerajaan PR. Paling sedikit adalah PAS katanya. Anwar katanya terlalu mempercayai orang bawah dengan meletakkan calon-calon secara semberono tempoh hari Anwar dilihat gagal membendung dan memperkasakan parti baru yang ditubuhkan. Para pembantu Anwar gagal mendidik dan mentarbiyyah anak-anak buah Anwar kerana faktor kepelbagaiann dalam PKR. Tetapi apa pun beliau kagum Anwar berjaya membuat satu 'lonjakan' yang cukup hebat kepada rakyat. Hal ini sukar dibuat oleh mana-mana pemimpin sedekad dengannya.

Justeru pesannya rakyat kini mempunyai persepsi buruk terhadap PR. Tetapi ahli-ahli PR terlalu berkeyakinan sangat PR akan memerintah Malaysia pada PRU 13. Tambah beliau ramai wakil-wakil rakyat PR gagal menunjukkan prestasi yang baik. Ini pimpinan PR kena akui, penialian bersifat subjektif, tetapi apa pun kebanyakkan wakil rakyat PR gagal memberi khidmat kepada rakyat.


Syabas PBT : MBAS

ANGGOTA penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar, merampas pelbagai jenis makanan yang dijual oleh peniaga Islam sebelum jam 3 petang dalam operasi di sekitar bandaraya ini. - Foto Rahmat Othman
Aug 24, 2009 3:22 pm

Hukuman Islam: Siapa permain siapa ?

Kes model yang bakalan dijatuhkan hukuman sebatan 6 rotan, selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Syariah Pahang, terus menjadi isu dan buruan isu. Mula saat itu Kartika Sukarno solah-olah diangkat sebagai 'hero' dan banyaklah sorotan istimewa yang memberi ruang kepada model beranak dua itu bercakap dalam media.

Sehinggakan bukan hukum yang perlu dilaksanakan tetapi simpati masyarakat diraih secara tidak langsung. Badan Penguatkuasa yang pada mulanya nampak tegas dan menggunakan segala ruang menjadi 'lemah' kerana ada kuasa di belakang tadbir yang lebih berkuasa mengarahkan hukuman itu ditangguhkan buat sementera konon.

Dalang disebalik penangguhan hukum 'alasan arahan pihak atasan' jelas cukup mengaibkan Islam itu sendiri. Sudahlah hukuman Islam yang tidak sempurna amalan negara ini, tidak diusahakan supaya menjadi sempurna setelah 52 tahun merdeka. Maka hukuman Islam yang tidak sempurna itu sendiri dipermainkan dan diperlekehkan oleh orang Islam sendiri, pemimpin islam sendiri. Jauh lebih hina orang tersebut daripada Ketua Pemuda DAP, atau Jeff Oii.

Malahan satu ketika dulu pihak tertentu yang marahkan Loke dan Jeff Oii harus berasa malu kepada diri mereka, begitulah juga bagi mereka yang menyokong supaya Jeef dan Loke dikenakan seperti mana bantahan terhadap karikatur Denmark tempoh hari, Taslima yang menulis buku. Justeru orang yang menghalang ini mahu ditarafkan bagaimana ?

Jika diikutkan Jeff Oii dan Loke baru menghina Islam. Pimpinan atasan kita yang menghalang ini. Bagaimana ? Kita minta majlis fatwa segera bersidang mengeluarkan hukum bagaimana 'halangan' pihak atasan itu kepada Islam.

Jelas-jelaslah institusi perundangan Islam yang tidak sempurna itu dipermain-mainkan, hakim syarie dipermainkan, penguatkuasa dipermain-mainkan, DUN yang meluluskan undang-undang ini dipermainkan, negeri yang menjatuh hukum ini dipermainkan, dan Umat Islam negeri yang menjatuhkan hukuman ini turut dipermainkan. Hatta sultan yang menjadi Ketua Agama negeri yang menjatuhkan hukum ini dipermainkan?



Kartika dibebaskan, 'hukuman sebat ditangguhkan sementara'
DIBEBASKAN....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, melambaikan tangan kepada keluarganya ketika dia di bawa oleh pegawai jabatan agama untuk menjalani hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini. Foto AP

SUNGAI SIPUT: Model Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijadulkan untuk menjalani hukuman sebat kerana meminum arak telah dibebaskan.

Tiga pegawai dari jabatan agama datang ke rumahnya di Sungai Siput hari ini dan membawanya dalam van. Bagaimanapun menurut ayah Kartika, Shukarno Abdul Mutallib, 30 minit selepas itu Kartika dihantar pulang selepas pegawai tersebut meneriman arahan daripada 'pihak atasan' untuk membebaskanya.

Pegawai dari jabatan agama tersebut mengatakan buat masa ini hukuman tersebut tidak boleh dijalankan.

Sebelum ini Kartika, 32, dikatakan akan menjalani hukaman sebat keatasnya minggu ini tetapi tiada tarikh yang telah ditetapkan.

Badan bebas antarabangsa, Amnesty International mengecam tindakan tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sederhana.

Belum ada pengesahan sama ada Kartika akan dipenjarakan semula sebelum hukaman sebatan tersebut dijalankan.

Menurut seorang pegawai dari Jabatan Islam tersebut, Badaruddin Ahmad Bustami, pegawai dari penjara enggan menerima Kartika atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.

"Kami tidak tahu apa yang patut dilakukan. Kami akan berbincang dengan mahkamah Syariah berhubung perkara ini sama ada hukuman tersebut telah ditarik balik," kata Badaruddin kepada Associated Press.

Pegawai dari jabatan penjara tersebut gagal dihubungi.

Shukarno berkata mereka akan membuat laporan polis selepas ini berhubung dengan pembebasan anaknya itu.

Jelasnya dia sendiri tidak faham tentang apa yang berlaku dan bimbang sekiranya pegawai polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman tersebut.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut. Ketika keluar dari rumahnya Kartika mengelak daripada memberi sebarang komen kepada media. AP


Syabas Kepimpinan Melalui Teladan Najib ?

Lazimnya orang yang menyeru lebih baik lakukan dulu daripada apa yang diserukannya. Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak, kita rasa kagum dan bangga kerana ramai para pemimpin kita yang berlumba-lumba berbakti kepada rakyat.

Hari ini media melaporkan PM menyeru kepada semua rakyat Malaysia khasnya golongan yang berada dan berkemampuan janganlah lupa pesannya jangan lokek korbankan harta.Beliau mengajak umat Islam tidak lokek untuk mengorbankan harta dan wang ringgit demi pembangunan agama dan negara. Tegas Perdana Menteri, sikap dermawan atau imfak itu merupakan 'tiang seri' kepada kekuatan umat Islam bagi meningkatkan ekonomi mereka untuk bersaing dengan bangsa lain di dunia ini.Katanya, sejarah membuktikan sikap sedemikian yang diamalkan oleh umat Islam terdahulu mampu mencipta tamadun yang disegani oleh bangsa lain. ''Sikap yang dalam bahasa Arabnya disebut imfak diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW berjaya membawa umat Islam ketika itu berada di punca kegemilangannya sehingga ditakuti musuh.

Kita amat bersetuju dan menyanjung usaha dan ingatan murni PM. Dalam kaedah Islam khalifah tugasnya cukup teruk. Khalifah terpaksa berhabis sesungguh-sungguhnya, dan diriwayatkan khlifah Islam bila meninggal dunia, beliau mati dalam kemiskinan, yang ada dibawa adalah sekadar kain kapan itu sahaja.

Apa pun kita mahu PM mengabulkan seruannya dengan separuh harta miliknya hendaklah dinfakkan ke jalan ALlah. Kepimpinan Melalui Teladan.



Pimpinan yang tidak takut rakyat ?

Media dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan 'kesalahan dan penyelewengan' pimpinan dalam kerajaan. Inilah satu bentuk budaya baru kerajaan UMNO BN. Isu terbaru Pengarah syarikat Dimensi Sdn Bhd dalam kes penyelewengan duit berbillion kerugian PKFZ menjadi medium Presiden MCA Ong Tee Kiat mempertahankan diri daripada dakwaan penyelewengan dalam badan bukan kerajaan tersebut.


Pendakwaan secara terbuka dan penghakiman terbuka oleh rakyat tidak mencapai apa-apa maksud dan faedah. Cuma rakyat terhidang dengan maklumat dan membuat penghakiman moral memihak kepada 'hujah' melalui akhbar. Walhal kes sebesar itu, tentulah PAC (jawatankuasa kewangan kerajaan) menemui bahan bukti belanja lebih. Sebagaimana yang ditegur oleh Audit Negara.

Penghujahan melalui akhbar tidak dapat mencapai maksud, kerana mereka telah mendahului penghakiman kes. dan menjadi harapan 'kes-kes' besar seumpama ini mestilah dibuat kejutan hukuman yang boleh membuka mata semua orang dan rakyat.

Kini rakyat makin tidak yakin, rakyat pula gagal menterjemah protes mereka melalui peti-peti undi. Ini kerana masih ada sebahagian yang mahu terus bersekonkol mempertahankan kesalahan pimpinan mereka. Rakyat jenis inilah yang memberi galakan dan ruang kepada pimpinan mereka supaya terus melakukan kesalahan dan penyelewangan. Tiada rasa pertanggungjawaban terhadap rakyat dan rakyat yang memanjakan pimpinan menjadikan mereka tidak takut rakyat.




Slogan sahaja tidak cukup pendidikan dan amalan diserentakkan

Foto Obama-Joker cetus kontroversi



GAMBAR Obama-Joker banyak didapati di internet dan ditampal di jalan raya bandar Amerika.

Penulis tidak dapat bayangkan, jika 'kes seumapama' di atas berlaku di Malaysia. Gegak gempitalah media, pimpinan rakyat dan pelabagai medium rakyat yang mempertikai dan memperbahaskan hal ini.

Walaupun budaya ini adalah budaya 'lama' di AS, tetapi hal sama bukanlah menjadi budaya di Malaysia. Cuma penulis sahaja membangkitkan kerana perhatian rakyat terhadap pimpinan tertinggi di AS cukup hebat. Ini menjadikan pemimpin di AS itu adalah segala-galanya, dan segala-galanya disebabkan oleh pemimpin.

Itulah sebabnya bab atau soal kepimpinan dan pemimpin di AS diberi nilai dalam masyarakat. Berbeda dengan negara kita, nilai terhadap kepimpinan dan pemimpin itu adalah terlalu naif sahaja nilai di mata masyarakat atau di sisi rakyat.

Inilah gambaran rakyat AS berfikiran atau bermindakan bertaraf dunia. Kita yang mahu bermindakan minda kelas pertama kena bersedia dan membudayakan minda seumpama ini.

Janganlah pemimpin kita cepat melenting dan melatah, bersikap profesionallah. Hasilnya kerana kepentingan politik masyrakat dirosakkan tidak menjadi halangan, kerana yang penting matlamat mereka tercapai.

Arak, judi adalah ibu kepada segala kerosakkan, kita masih lagi berpolimek yang jelas perkara-perkara tersebut sudah selesai. Pematuhan terhadap undang-undang dijadikan sebagai pendidikan dan penguatakuasaan adalah jalan hukuman pilihan terakhir. Barulah rakyat terasa mereka terdidik dan dididik. Jika kes seumapam itu dapat diselesaikan maka barulah kita berangan-angan mahu lahirkan minda kelas pertama rakyatnya bertaraf dunia.

Impian sahaja tidak cukup mestilah diserentakkan dengan usaha, dan usaha tersebut mestilah dinampakkan. Barulah keyakinan dan kepercayaan rakyat didekatkan dengan segala bentuk idea slogan dan medium tarikan tersebut ke arah 1 Malaysia.





Sunday, August 23, 2009

Penulis dujana: PAS sama Khawrij

Fountain Pen by Naney.









Rencana BH bertajuk, "
Doktrin Khawarij, Pas ada persamaan" Oleh Ibrahim Abu Bakar adalah sesuatu yang berniat jahat dan kerterlaluan. Ini gara-gara kata Nik Aziz orang UMNO akan masuk neraka.

Inilah cebisan sebahagian tulisan beliau yang mengecam dan menyamakan PAS dengan fahaman Khawrij. Kita minta Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat dapat memanggil dan membuat tindakan proaktif. Melabelkan fahaman kumpulan itu dan ini, bilamana tidak sehaluan di samakan dengan puak-puak tertentu dalam Islam adalah satu tuduhan yang liar dan mesti dipertanggungjawabkan.

Dean Ulama harus memanggil dan membuat perdebatan penjelasan terbuka dakwaan yang liar dan tidak beradab ini. Lihat tulisan penulis durjana ini....


Pemimpin parti Islam sering tuduh pemerintah berlaku zalim, menyeleweng. Dalam konteks Malaysia pada zaman ini (dari 1963 hingga 2009), Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya. Malah, kerap kali Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional (BN) dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebabkan calon Pas kalah.

Persamaan Pas dan Khawarij ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan Pas menyertai BN pada waktu itu? Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan. Malah, ada laporan dalam media massa yang melaporkan Nik Aziz meminta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan dan masuk Umno kalau mahu memperjuangkan isu kerajaan perpaduan.

Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN?

Politik tetap politik dan kepentingan serta strategi politik Pas menentukan tindakan parti itu sama ada untuk bersama Umno dan BN pada awal 1970-an dan bersama DAP dan PKR pada awal 2000.


SPR: Mati dan kesihatan ?



Kreteria meletakkan taraf kesihatan calon sebagai satu syarat dan disyaratkan serta diwartakan sebagai keperluan dalam bercalon dan menawarkan diri sebagai calon adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan. Alasan terlalu kerap pilihanraya kecil dan ia sesuatu yang membazirkan bukanlah alasan mutlak.

UMNO BN nampak terlalu banyak diadakan pilihanraya adalah membazir aalah bersifat sujbektif. Pertama kadar pematuhan undang-undang oleh SPR sendiri terhadap syarat-syarat yang dibuat bukanlah sebagai kualiti ADUN yang difokuskan. terkini sah salah laku yang dilakukan oleh Rohaizat Othman calon N11 Permatang Pasir. Jika SPR mempunyai integriti mereka bolah batalkan pemilihan ini, dan isytiharkan lawan Rohaizat sebagai pemenenag. Ini pun SPR gagal tanggugjawbakan dirinya sendiri.

Faktor kesihatan adalah bersifat subjektif. Walaupun perakuan doktor boleh dibuat bagi UMNO ia boleh diamipulasikan. Contoh soalan-soalan pepeririksaan awam di negara kita sering bocor. Jadi sejauh manakah pematuhan etika doktor dalam mengeluarkan sijil perakuan bersikap telus. Kes Anwar masuk fasa II laporan perubatan 'liwat' Anwar dilaporkan dengan tidak profesional. Malah bersikap cenderung mengikut telunjuk siapa yang berkuasa.

Bagi calon pembangkang maka dapatlah disahkan dari segi piawaian kerana pematuhan mereka serta kebenaran perakuan oleh doktor profesional dapat dimanipulasikan. Bagi calon-calon BN bagaiamana.

Selain itu, faktor sakit mati adalah ketentuan ALlah, dia yang memberi sakit dan ia juga yang mencabut sakit. Malah orang yang sakit dengan izinNya dapat pula hidup lama daripada orang yang sihat.

Apa pun kita bukanlah mahu menolak cadangan tersebut mentah-mentah. Justeru kita minta SPR bersifat lebih rasional tentang cadangan mereka. Jika begitu hadkan juga mana-mana wakil yang gagal perform memberi khidmat kepada rakyat ditolak pencalonannya.

Terbaru Nik Aziz amat kecewa dengan sesetengah pimpinan kerajaan meminta ADUN Galas di Kelantan meletakkan jawatan akibat sakit yang kronik. Sepatutnya mereka sama-sama mendoakan kesembuhan ke atas ADUN berkenaan. Inilah satu sikap bongkak , ego atas kesempitan orang. Ingat semua kita bukan menongkat langit ada tiba dan masanya kita sakit. Justeru memahamilah orang sakit.

Inilah sikap bongkak milik Firaun kerana sepanjang hidup ALlah campakkan ras abongkak, angkuh dengan memberi kesejahteraan kesihatan. Pimpinan UMNO janganlah mengikut jejak langkah Firaun.



ADUN Lunas keluar PKR ?


Terkejut dan gempar sejenak. Kita hendaklah beristifar bebanyak. Ini adalah asam garam politik. ADUN Lunas daripada PKR isytihar keluar parti PKR. Alasannya mudah sudah hiilang keyakinan terhadap pucuk kempimpinan PKR (entah Pusat atau ranting,cabang PKR). Di susuli isytihar diri 200 orang penyokong dan bubar ranting PKR atau cabang walhulaam.


Awal Ramadhan dan awal puasa kita dikejutkan dalam ketenangan umat Islam. Maka jelas masuk keluar dalam parti adalah lumrah. Bagi Anwar bukan mudah menjalankan perjaungan parti baru. Perlukan proses dan ketahanan diri yang berterusan.

Senarionya sama dengan apa yang berlaku di Perak iaitu antara Jamaludian dan Osman Jailu. Kesnya mungkin seakan-akan sama. Masakan mereka dapat lepas, hatta Tan Sri Khalid Ibrahim yang hebat itu pun tersepit. Masakan pimpinan kecil Lunas boleh terlepas dari 'perancangan' UMNO BN.


UMNO BN nampak 'hebat' mengasak Pakatan Rakyat. Walaupun UMNO tewas di peti undi, tetapi UMNO masih bernafas dengan startegik-strategik melemahkan musuhnya. UMNO mesti diakui amat berjaya.

Bagi kes ADUN Lunas ini, berapa lama 'mahu bebas'kan diri. Binatang yang berada luar kumpulamnya mudah dibaham serigala, singa atau binatang buas (UMNO). Berapa lama ADUN Lunas dapat bertahan. Semuanya sudah dan mudah dijangkakan.

Episod sama, cerita baru tetapi lagu lama. Jangan terperanjat sangat ADUN Lunas akan menyeberangi masuk UMNO. Cuma masa sahaja yang akan menjawabnya ?

Antara Rohaizat vs MB Selangor : PAS bercakap soal moral ?



Isunya kini di pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir. PAS membangkitkan soal 'moral' calon BN iaitu Rohaizat Othman. Belaiu didakwa telahpun lesen gumamn syraikat miliknya telah dicabut oleh Bar Council kerana gara-gara melenyapkan atau korupsi wang sejumlah RM140 , 000 milik para Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

SPR dan SPRM saudara kembar UMNO BN secara pantas dan ibarat lembu kenyang mendiamkan diri sahaja. Bila pembangkang 'bising' SPR menjawab ia tidak menjejaskan pencalonan calon tersebut, cuma dari segi integriti masalahnya hanya dari segi moral sahaja.

Justeru PAS secara lantang menerusi pimpinannya menyeru dan meminta supaya Rohaizat Othman menarik diri dari pilihanraya kecil ini. Semua orang amat bersetuju dan menerima desakan tersebut kecuali UMNO sahaja bersama saudara kembar mereka SPR dan SPRM.

Tiba-tiba strategik PAS terpukul UMNO sememangnya 'hebat' berdalih dan mencari helah. Sekali langakh dua tiga pulau dapat dilangkahi. Bukan setakat isu N11 Pematang Pasir jauh lebih menguggat kerjasama Pakatan Pembangkang. Kesnya mahkamah Tinggi telah bersidang 'entah' bila minta Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor dari Pakatan Rakyat 'memjelaskan' hutang tertunggak bernilai RM66.67 juta.

Melihat kedua-dua isu tersebut, PAS terpukul. UMNO kini boleh mendesak supaya MB Selangor meletakkan jawatan. Isunya hutang wajib dibayar ? Dari segi moralnya jika ikut cakap PAS siapa yang ken asiapa ? Walapun pun tahapnya berbeda iaitu Rohaizat 'melesapkan' wang koperasi. Khalid berhutang ia tetap sama kerana soal moral yang cuba diutarakan. Kan payah dibuatnya kepada PAS.

Oleh itu, keberuntungannya adalah kepada UMNO. PAS boleh didakwa itu dan ini. Apa PAS mahu jawab ? Siapa mengkhinati siapa ? UMNO memang lebih terbuka dengan PAS, UMNO boleh dakwa begitu ? Kami (UMNO) cuba hulurkan tangan melalui kerajaan perpaduan, kamu (PAS) memilih kerjasama 'erat' bersama DAP dan PKR. DAP hina dan perlekeh Islam , PKR tidak jujur dan ambil kesempatan ? Semua persoal-persolan ini mengusar dan mengugat kerjasam Pakatann. Ahli-ahli PAS digoyahkan pendirian, mereka telah diberi persepsi baru dan UMNO amat bijak mencatur dan mencalarkan kerjasama Pakatan.

Sementelahan medium rasmi PAS seperti Harakah cetak dan Harakahdaily yang tidak bermaya bersaing dilapangan dan dialam maya sendiri. Cuma PAS harus berterima kasih kepada para blogger yang 'beroperasi' di alam maya tanpa izinnya.

Apakah PAS sentiasa terperangkap dan diperangkap ? Persoalan-persoalan ini wajar dibebaskan. Jangan ahli-ahli mula berpersepsi dan meletakkan sesuatu yang merugikan parti. Pimpinan PAS kena proaktif dan jangan hanya menunggu , ibarat dihulur benda dan difatwakan sahaja. Maka jadilah entiti yang menyumbang. Jangan jadi Majlis Syura PAS sebagai majlis fatwa Kebangsaan ? Inilah renungan ke dalam yang payah dan sukar dimengertikan ?

Ketua Pemuda PAS: Sekadar peringatan sahaja ?

Perkara yang disebut ketua Pemuda PAS, telah dihighlight media besar bertujuan merendah-rendahkan skil berpolitik Ketua Pemuda PAS. Perkara ini berbangkit kerana Ust Nasaruddin Tantawi membangkitkan isu ROhaizat calon UMNO Bn yang berbini 2 tetapi katanya tidak adil.

Isunya mahu mengamit dan menarik kumpulan Wanita dan Puteri UMNO terseret sama membela kaum sejenis mereka menutut supaya Rohaizat bersikap adil kepada isteri-isterinya. Tanpa disedari KP PAS Pusat lebih teruk ADUN Melor daripada PAS menceraikan isterinya yang baru mengenal Islam dan saudara baru dalam agama di mana mendapat liputan media secara bear-besaran juga.

Inilah yang menyebabkan beberapa blogger tidak bersetuju dengan sikap kurang 'cerdik' dan berhati-hati Ketua Pemuda dalam isu ini. Bagi kita dalam PAS jika mahu dikira isu jangan pakai hentam keromo sahaja.

Mungkin sebutan secara sekali imbas oleh ketua Pemuda tanpa niat merujuk apa yang berlaku dalam PAS sebelumnya bukan niat dan tujuan. Jadi para blogger kena memberi ruang kepada Ketua Pemuda memperbetulkan sikap politiknya. Para blogger tidak mahu kita salah bela dan tersalah bela dalam isu ini.

Kepada Ketua Pemuda jangan terlalu ghairah sangat sampai terlupa. Semoga pembetulan dan peringatan bloger kita akan masa depan lebih berhati-hati. Yang mujurnya UMNO mendiamkan diri dan terkedu dengan isu dua isteri Rohaizat ini.


Pengkhianat Islam pula ?




Warna-warni politik Malaysia atau citra politik Malaysia memasuki fasa baru. Lenggang lenguk tarian UMNO dalam mendominasi persada politik negara kini adalah meniup lagu lama yang diberi nafas baru. Sebelumnya bekas Timbalan PM Anwar Ibrahim dilabelkan dengan gelaran pengkhianat Melayu terulung di abad ini. Terkini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Mursyidul AM PAS cuba dilabelkan pula sebagai pengkhianat Islam.


Media milik UMNO mula tiupan label ini , namun gred label tidak dibuat sepenuhnya secara langsung mungkin sedikit cermat dan berhati-hati dalam melabelkan pertuduhan tersebut. Ini mungkin taraf Nik Aziz sebagai agamawan yang disegani pihak kawan dan lawannya. Namun dalam tulisan tersebut media mempersoalkan kenapa dan mengapa Nik Aziz banyak mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng dari agama, hujahnya. Itulah maksud secara kiasannya.


Lontaran idea dalam tulisan media tersebut seolah-olah memberi gambaran sedemikian, katanya Nik Aziz semakin banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar ? Penulis tersebut beranggapan beliau tidak boleh mendiam diri salah mesti disanggah apatah lagi melibatkan soal kepentingan Islam. (catatan: Majlis fatwa ada kenapa mereka diam dan tidak menyanggah dakwaan penyelewengan serius Nik Aziz, sebabnya mudah pemilik /penguasa belum beri signal untuk majlis fatwa masuk ke gelanggang tersebut, itu sebab majlis fatwa senyap sahaja)


Justeru bagi memperkuatkan pengkhianat Nik Aziz terhadap Islam, digambarkan sudut latar cerita kerana dakwa penulis berkenaan tercatat dalam sejarah Islam tentang beberapa kisah tok guru dan ulama yang sama ada sedar atau tidak sedar, telah mengkhianati agamanya sendiri. Dari semasa ke semasa, Islam bukan sahaja menghadapi serangan dan ujian daripada kalangan musuh Islam malah daripada segelintir ulama yang mempergunakan agama untuk kepentingan tertentu sehingga mengakibatkan kekeliruan dan perpecahan ummah. Golongan inilah yang memudaratkan Islam. Jadi mengapa kita harus gusar untuk menyanggah golongan begini?

Penulis kembali sedar dirinya dengan pemahaman dan penghayatan keislamannya dengan melunakkan serangan ke atas Nik Aziz, tambahnya beliau percaya dia Nik Aziz tidak berniat untuk menghina dan memudaratkan Islam tetapi tindak-tanduknya sudah dilihat begitu. Pada pengamatan penulis, masaalah dengan Nik Aziz adalah ego dan riaknya sebagai seorang ulama. Itulah juga masalah dengan segelintir ulama, kerana ego mereka sanggup memperjudikan Islam. Untuk berlaku adil, buatlah kajian tentang Nik Aziz sejak beliau menjadi Menteri Besar. Berapa banyak kenyataannya yang meragukan dan tidak berasaskan ajaran Islam sebenar?

Inilah bentuk tulisan yang cuba menyinggung golongan agamawan yang terlibat lagsung dalam politik. Maknanya keanehan diri penulis berkenaan ulama berpolitik tiada, ulama hanya mengikut orang politik dan mengikut golongan politik, politik mesti diasingkan daripada ulama. Politik adalah bukan hak golongan agamawan, mereka sekadar menjadi penonton.


Jelas-jelaslah pandangan penulis ini cuba menjajah kembali fikiran rakyat, maka sewajar kita sudah merdeka fikiran rakyat. Beliau mahu kembali ke era primitif, agama untuk paderi dan pemerintah untuk bangsawan seperti ajaran kristian. Adakah dengan cuba membawa pemahaman ini tidak dikira penulis tersebut bukan sebagai golongan anti Islam. Beliau cuba memundurkan fikiran rakyat, walhal semua sudah mula memerdekakan fikrah bahawa Islam dan kehidupan tidak dijuzukkan. Ia sebahagian daripada hidup dan kehidupan. Inilah satu bentuk penyelewengan dan pengkhianatan yang besar kerana terus menyokong dan membantu.