Apa isi kandungan Buku 13 mei, karangan Dr Kua Kia Siong, pensyarah Kolej Era Baru, wajarlah diterima sebagai sebuah dapatan atau kajian ilmiah. Bagi kita orang Islam yang sentiasa berpegang kepada kebenaran, walau bagaimana pahit sekalipun wajar menerima fakta2 dan dapatan yang diperolehi samada ia bersifat negatif atau positif kepada bangsa kita (Melayu).
Kita tidak mahu dalam sarang kepala Dr Kua mahu 'membela' atau ada unsur - unsur memihak kepada diri dan bangsa yang diwakilinya. Apa pun perkara yang berlaku adalah sebagai perisitiwa sejarah yang berdarah di negara kita, yang dikira paling klimaks waktu itu dan juga ini, barangkali. Justeru isu di atas mengundag pelbagai perasaaan bagi kedua belah pihak yang terlibat.
Bagi kita, juga umpama perasaan kita dengan isu2 berbangkit dengan negara Singapura. Kes perjanjian air, yang terang-terangan menampakkan kelemahan kita dan kepimpinan kita. Perasaan tidak puashati itu kita tanggung sehingga 2060 (tarikh akhir) perjanjian air dengan negara jiran baru boleh dikaji.
Kita jangan terlalu, terbawa2 dengan isu2 besar di atas. Isu yang perlu kita renungi, perbahasakan dan melanjutkkan reaksi atau tindakan adalah kes2 tertunggak seperti dadah, HIV, masalah sosial, penghakisan aqidah, gejala MURTAD, dan sebagainya.
Justeru kita lahir, sesuai dengan fitrah kemanusiaan asal kita dari tanah dan kita hidup dengan apa2 yang dihasilkan oleh tanah kerana kita mahu kembali ke tanah juga. Oleh itu tuntutan fizikal kita berjaya penuh dengan skala dan kadar bersungguh-sungguh.
ALlah tuhan pencipta segala alam tahu dengan ciptaannya, atas sifat manusia hidup dan beroh, maka roh itu adalah berasal dari cahaya . Maka ia juga perlukan makanan, maka pemakanan roh , juga sesuai dengan sifatnya, maka diberikan agama sebagai makanan roh, kerana manusia perlukan kawalan perasaan amarah, nafsu dan lain2 bersifat dalaman yang hanya mampu dibimbingi dengan keagamaan.
Oleh itu, kita janganlah terlalu gelabah dengan tulisan Dr Kua, hadapi sebagai seorang pewira Islam, siapa benar, siapa menang. Hujah lawan hujah, fikiran lawan fikiran, debat bahas lawan debat bahas. Maka itulah kaedah terbaik yang diajar.
Maka tidak kiralah samada dianya lahir sebelum 13 Mei atau generasi sesudah itu...
1 comment:
Buku "May 13" tidak lain dan tidak bukan adalah salah satu tindakan bersepadu dari pelbagai sudut untuk menidakkan sejarah dan hak semulajadi orang Melayu ke atas tanahair semulajadinya, Tanah Melayu.
Melalui buku ini, mereka ingin merubah sejarah dan menthabitkan salah ke atas seorang pemimpin Melayu ulung yang telah memberi asas ekonomi, sosial, dan politik serta hubungan antarabangsa yang kuat untuk negara ini dan juga bangsa Melayu.
Kita harus berawas dengan usaha-usaha terancang dari dalam dan luar negara untuk merubah status-status - agama Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa rasmi, hak keistimewaan Melayu sebagai hak penduduk asal yang di tindas berkurun2 lamanya dengan terancang, kedudukkan raja-raja Melayu sebagai locus standi untuk kesinambungan kepada perkara-perkara yang disebut sebelum ini, dan tidak kurang juga keamanan dan kemakmuran negara kita Malaysia.
Harap tuan/puan menyedari usaha kami Team Blog "13 Mei: Dari Kacamata Melayu" untuk mengumpul fakta dan hujah menjawab pembohongan dan putarbelit yang sedang dilakukan.
Ayoh bersama kami! Jangan kita mudah menjadi apologis menerima buta logik-logik jahat, tanpa memahami sejarah!
Post a Comment