Thursday, December 28, 2006

Budaya membisu ancam keberkesanan mesyuarat

Benar bagai dikatakan oleh Pena Budiman dan Salleh Khalid dr Sg Petani berkenaan sindrom bisu para pegawai kerajaan semasa mesyuarat. Maka usaha dan tekad untuk memperbetulkan mestilah ada, sindrom ini sudah jadi budaya masa kini. Justeru itu, usaha tangani dan memulihkan nya akan mengambil masa yang lama.
Maka generasi, atau barisan pelapis kepimpinan yang ada untuk masa depan akan jauh berbeda bila anak didik kita yang melalui pendidikan teras bawah KBSR dan KBSM yang mentadbir. Saya kira generasi ini akan lebih hebat dari semua serba serbinya.
Abah...masa akan sampai
Pena Budiman dan Salleh Khalid sendiri adalah segenerasi dengan penulis, maka sikap malu alah rendah diri segan, hormat, . Selain itu para pegawai atasan kita yang terdidik dengan sistem 'masak' dengan Barat amat egois, penuh keakauan, tak payahlah pegawai kecil nak terlibat dalam membuat dan menentu dasar, kalau kita sekadar wakil atau tutut hadir statusnya, jika beri pandangan kita akan diserga h aje. maka tunggulah sindrom bisu ke depan ni tak ada dah....
Bacalah keluhan Salleh Khalid tentangnya....

SETELAH membaca rencana bertajuk Apabila membisu menjadi satu budaya dalam ruangan Pena Budiman, Utusan Malaysia 23 Disember 2006, saya rasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman.
Secara ringkasnya rencana itu mengutarakan ‘fenomena’ mendiamkan diri oleh kebanyakan pegawai yang menghadiri sesuatu mesyuarat, sedangkan mesyuarat itu sendiri seperti sedia maklum adalah bertujuan sebaliknya.
Fenomena seumpama itu dikatakan berlaku bukan sahaja pada mesyuarat di peringkat dalaman sesuatu jabatan tetapi juga di luar, yakni antara jabatan-jabatan.
Saya bersetuju dengan pandangan dan kenyataan yang diutarakan itu. Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian saya sendiri.
Atas kapasiti saya sebagai ‘ketua jabatan’ di peringkat daerah bagi sebuah agensi kerajaan selama lebih dua puluh tahun, saya telah mendapat kesempatan menghadiri pelbagai mesyuarat kerana terlibat dengan berbagai jawatankuasa yang dibentuk.
Pernah beberapa kali ketika bertugas di peringkat negeri saya diarah mewakili ketua jabatan peringkat negeri dan kadangkala sebagai anggota ‘turut hadir’ sahaja.
Apa yang saya perhati dan dapat rasakan, kegiatan bercakap di dalam sesuatu majlis mesyuarat adalah bergantung secara langsung atau tidak langsungnya kepada kedudukan gred perjawatan seseorang .
Ini jelas apabila kebanyakan yang aktif mengambil bahagian bercakap atau melontarkan pandangan di dalam sesuatu majlis mesyuarat terdiri daripada mereka yang mempunyai kedudukan gred yang tinggi atau mereka yang ada ‘kedudukan sosial’ yang lebih baik.
Sedangkan mereka yang terdiri daripada kumpulan gred perjawatan lebih rendah, kurang mengambil bahagian atau mungkin akan ‘membisu’ seribu bahasa, melainkan jika diperlukan di dalam mesyuarat.
Fenomena itu besar kemungkinan adalah disebabkan oleh perasaan rendah diri atau wujudnya perasaan ‘segan’ atau ‘malu’.
Sekiranya ini boleh dijadikan asas, maka tidak syak lagi bahawa perbezaan gred perjawatan dan disertai pula dengan perasaan rendah diri atau rasa segan merupakan punca kepada wujudnya budaya membisu di dalam sesuatu mesyuarat.
Perasaan sebegini memang amat biasa berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi di kalangan orang-orang Melayu.
Ini mungkin kerana mereka telah dibudayakan sedemikian rupa melalui proses sosialisasi institusi keluarga dan masyarakat.
Barangkali ini tidak ada pada masyarakat lain, terutama sekali di luar negara.
Oleh itu tepatlah seperti apa yang disebutkan di dalam rencana tersebut bahawa fenomena membisu ini tidak berlaku pada mesyuarat-mesyuarat di luar negara, sebaliknya masing-masing mengambil bahagian dengan penuh aktif untuk bercakap dan memberikan pandangan.
Seperti mana lazimnya di negara kita, setiap mesyuarat perlu diwakili oleh ketua jabatan atau agensi masing-masing yang menganggotai sesebuah jawatankuasa yang diwujudkan.
Malahan sesetengah jawatankuasa tertentu kehadiran ketua jabatan sangat penting kerana memudahkan membuat keputusan bila diperlukan di dalam mesyuarat.
Mereka yang berada pada kedudukan gred yang lebih tinggi atau status sosialnya lebih tinggi, sudah tentu ia merupakan suatu sumber keyakinan diri untuk memberi pandangan.
Justeru ia akan menjadi penggerak untuk bercakap lebih banyak.
Suasana seumpama ini jika sekalipun tidak berlaku pada semua mesyuarat atau tempat, namun apabila ia berlaku kesannya kepada fungsi dan matlamat mesyuarat itu sendiri akan tersasar.
Oleh itu bagi mengelakkan daripada berlakunya fenomena membisu ini berpanjangan di dalam mana-mana majlis mesyuarat di negara kita, saya berpendapat satu anjakan paradigma diperlukan.
Antaranya, semua anggota perlu digalakkan menggunakan kesempatan serta ruang untuk bercakap dan memberi pandangan mereka tanpa segan silu dan tanpa mengambil kira gred perjawatan dan kedudukan masing-masing.
Ini penting supaya suasana mesyuarat kelihatan lebih ‘hidup’ dan aktif di mana semua anggota ada ruang untuk memberikan pandangan.
Peranan utama di dalam menjuruskan suasana ini tentu tidak lain lagi daripada pengurusi mesyuarat.
Merekalah yang sebenarnya memegang kunci tersebut.
Pada masa yang sama, saya rasa mereka yang berkedudukan di peringkat gred yang lebih rendah perlu juga membuang segala perasaan rendah diri dan segan untuk memberikan pandangan serta bercakap.
Di samping itu, mereka juga wajar menyiapkan diri dengan hujah-hujah yang baik dan lebih ‘memukau’.

Justeru, selain mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam bidang tugas sendiri, kemahiran lain juga diperlukan.
Ini termasuklah kemahiran menguasai pengetahuan am yang luas, kemahiran bercakap secara formal di depan khalayak dan sebagainya.
Kemahiran-kemahiran ini akan membantu membina keyakinan diri ketika berhujah.
Semua ini boleh ditimba melalui pembacaan, latihan dan perbincangan.
Di sini saya rasa kursus pengucapan awam sangat penting kepada pegawai-pegawai, terutama kepada mereka yang dilantik atau berpotensi untuk menjadi ‘ketua’ di peringkat daerah, unit atau seumpamanya.

Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam Ke 2 !!!!!!!

Al Fatihah, Pahang kehilangan lagi wakil rakyat. Bermakna pilihanraya kecil kali ke 2 tempat yang sama selepas 50 tahun BN memerintah Pahang. Jika sifirnya tepat dan makluman oleh Speakar Pahang , pilihanraya kecil akan diadakan pada 27 Februari 2007.
Pilhanraya akan diadakan lewat atau awal bergantung kepada SPR. DUN Batu Talam bergema lagi pilihanraya kecil kali ke 2. Bagi PAS yang bakal dan akan meletakkan calon kena memikrikan strategi baik. kebiasaan di Pahang boleh diluarbiasakan, lihat mood rakyat dengan kenaikan harga barang dan bebanan tol. Minda pengundi Batu Talam , adalah ukuran sejauhmanakah 'kemaraha' rakyat.
Selamat Berpilihanraya .......

27 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66, meninggal dunia sebaik sahaja penerbangan ihsan yang membawanya mendarat di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan pada pukul 6.15 petang ini.
Allahyarham yang menderita penyakit barah paru-paru dan usus sejak setahun lalu sepatutnya diterbangkan ke kediamannya di Taman Shahbandar, Jalan Cheroh, Raub menggunakan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Bagaimanapun, cuaca buruk untuk ke Raub telah menyebabkan beliau terpaksa diterbangkan ke Hospital Gua Musang.
Menurut anak sulungnya, Tengku Saiful Bahri, 43, bapanya yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Pakar Kuala Terengganu (HPKT) sejak empat hari lalu mula berada dalam keadaan tenat sejak petang semalam.
‘‘Melihatkan keadaan arwah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah kami di Raub tetapi sewaktu beliau diterbangkan keadaan cuaca sangat buruk sehingga memaksa helikopter yang membawa bapa saya mendarat di IPD Gua Musang.
‘‘Arwah menghembuskan nafas terakhirnya selepas 2 hingga 3 minit pesawat Nuri mendarat iaitu kira-kira pukul 6.15 petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini petang ini.
Tengku Saiful berkata, ibunya, Raja Noraziah Raja Yunan, 64, berada di sisi Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jelasnya lagi, sebelum ini, arwah pernah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selama tiga hari sebelum dibawa ke Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan alternatif, Homepathy.
Tambah Tengku Saiful, disebabkan bapanya itu memerlukan rawatan pemindahan darah, Allahyarham kemudiannya dimasukkan ke HPKT.
‘‘Bagaimanapun, sewaktu dirawat di hospital tersebut keadaan bapa saya bertambah tenat,” ujarnya.
Tengku Paris memenangi kerusi Batu Talam selama dua penggal sejak tahun 1999 dan pada pilihan raya 2004 lalu, beliau menewaskan calon Pas, Dr. Mohamed Nilam Abdul Manap dengan majoriti 2,761 undi.
Beliau mendapat sebanyak 5,414 undi manakala lawannya pula menerima 2,653 undi.
Allahyarham memperoleh enam cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Raja Noraziah iaitu Tengku Saiful Bahari, Tengku Shahrizan, 36, Tengku Hairul Niza, 33, Tengku Nazatul Shima, 30 dan pasangan kembar, Tengku Ahmad Farid dan Tengku Aziati, 27.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya tengah malam ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Gali, Raub selewat-lewatnya petang esok.

Tuesday, December 26, 2006

Antara Banjir

Banjir membawa musibah ? Tangkap penyangak banjir, PAS tak sensitif dengan penderitaan rakyat dan sebagainya
Itulah antara beberapa judul berita. Hasilnya kita dapat banyak pengajaran dan iktibar. Pertama kita hidup tidak boleh rasa leka, banjir atau musibah lain adalah benda2 yang luar jangka , ini adalah pengajaran Allah belaka.
Kedua lahir golongan penyangak banjir kata PM, sebenarnya penyangak ini tidak lahir dengan sendiri mestilah ada sebab dan akibatnya. Golongan penyangak ini adalah golongan muda antara 17-30 tahun yang diberkas oleh polis. Ini memberi jawapan betapa sistem pendidikan yang dilalui adalah yang membentuk dan menghasilkan para penyangak ini. Jika penulis nak bandingkan dengan tahap didikan dulu dan sekarang , tak lah boleh dibuat bandingan nanti undur ke belakang pulak. Maka bolehlah kita fikir-fikirkan.
Abah .... nak mengaborkan
Ketiga Pemuda PAS berhimpun dan tak sensitif kerana asyik main politik dan berpolitik tak kira masa. Kita kesian UMNO baru nampak pemuda, kenapa dia tak gunakan sepenuhnya jentera kerajaan ke tahap 100 peratus, macam mana masa pilihanraya lepas2. Tak kan ini pun nak bagi tau. Sebenarnya baiklah jika depa berhimpn daripada jadi penyangak banjir. Dak gitu...

Monday, December 25, 2006

25 pesanan luqmanul hakim


01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sekian, Wassalam.

Belajar berbahasa

Apa sudah jadi?: Awalan di- atau Kata Sendi Nama 'di'?[ ]

Kementerian Pelajaran telah pun mengisytiharkan Sistem Ejaan Rumi Baharu pada 1970.
Melalui Pedoman Ejaan Rumi Baharu yang diedarkan telah dijelaskan bagaimana mengeja semua bentuk kata sama ada kata sendi nama mahupun kata awalan.Namun, sehingga hari ini kekeliruan masih berlaku dalam pengejaan kata sendi nama ‘di’ dan kata awalan di-. Lebih mengaibkan, kesalahan tersebut berlaku di premis yang tidak sewajarnya berlaku, iaitu di salah sebuah bangunan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.Perkataan di- dalam “Di larang Makan dan Minum …’, seharusnya dieja bercantum kerana di- dalam perkataan ‘dilarang’ ialah awalan.
Sementara di dalam perkataan “Sila gunakan pintu disebelah” seharusnya dieja terpisah, iaitu ‘di sebelah’ kerana ‘di’ dalam perkataan tersebut ialah kata sendi nama yang boleh berdiri sendiri dan harus dieja terpisah.Klik DBP mengucapkan syabas kepada pengirim gambar kesalahan bahasa ini, kerana walaupun beliau merupakan pelajar luar negara, tetapi beliau prihatin akan usaha DBP memartabatkan bahasa kebangsaan.
Abah... masih lagi belajar

Hak Membantu tak Diberi , hak membatu ?

Sememangnya dalam politk dan berpolitik bila ada peluang dan kesempatan perlu tangkas melibas dan bedal. Bagi mereka yang mahir dan arif dengan ilmu politik tak pelik jika membaca laporan UM pada hari ini ( Isnin 25 sempenena hari Natal).
Sememanglah bagi kita yang kurang maklumat , akan terus bersimpati dan akan terus membenci dan terus menghukum sikap "kejelekan" PAS khususnya Dewan Pemuda, bila mana dan dikala Putera UMNO bersama ratsuan ribu Mat Rempit 'bertugkus lumus' membantu mangsa2 banjir di negeri2 Selatan yang kritikal di landa banjir.
Jikalau kita , kaji kenapa UM rajin pula laporkan Pemuda PAS buat himpunan, sebelum ni dah berpuluh2 kali berhimpun atas nama Himpunan ke, apa ke tak ada laporan akhbar atau media massa pun, mengapa di kala ini dilapor dan diberi keutamaan pulak ?
Bagi yang sudah memiliki ilmu politik, situasi ini mudah difaham 'peluang' ini datang sekali. Begitu juga banjir besar di selatan ni dilaporkan sejak 100 tahun dahsyat, tak taulah penulis sekadar laporkan apa yang ditulis.
Kalau hari kelmarin Pemuda Keadilan ingin membantu mangsa di Seremban dihalang dengan keras, tak pula dilaporkan. Pesuruhjaya dan Pemuda PAS yang turut membantu tak dilaporkan, bantuan beras kerajaan Kelantan tang diwakili PAS tak pernah diberi kredit.
Kita harap pemberita dan pengamal media janganlah nak salahkan PAS, kerana tak jadi salah nak berpolitik kerana politik kan hidup , bukan kira masa UMNO pun sentiasa berpolitik juga kerana apa angka 15,000 pemuda berhimpun tu, besar tu...
Maka marilah kita ikuti berita dan cara pemberitaan ini dilapor dan ditulis ......
Pas tidak sensitif penderitaan rakyat
Langkah Dewan Pemuda Pas memulakan gerakan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang ketika banjir melanda beberapa negeri jelas memperlihatkan sikap tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, dalam keadaan rakyat yang kini terpaksa berhadapan dengan bencana itu, Pas seharusnya segera menghulurkan bantuan dan bukan memberi keutamaan kepada pilihan raya.
Menurutnya, rakyat khususnya mangsa banjir seperti di Johor, Melaka dan Pahang amat memerlukan bantuan daripada semua pihak sama ada parti politik, korporat, individu mahu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

‘‘Inilah Pas, mereka berpolitik tidak kira masa dan tempat. Bagi kita (UMNO), ini bukannya masa paling sesuai untuk mereka berbuat demikian memandangkan negara sedang berhadapan dengan masalah banjir.

‘‘Apa yang Pas lakukan ini merupakan bukti yang parti itu tidak sensitif dengan masalah rakyat. Mereka tidak ambil peduli, apa yang mereka tahu hanya menyalahkan kerajaan dan berpolitik sahaja,’’ katanya kepada Utusan Malaysia hari ini
Beliau mengulas tindakan Dewan Pemuda Pas yang mula menggerakkan jenteranya di seluruh negara melalui program Himpunan 15,000 ahlinya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pada perhimpunan yang diadakan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam itu, ketuanya, Salahuddin Ayub mengingatkan ahli-ahli pergerakan itu supaya bersiap sedia dengan ketibaan tahun 2007 yang dianggapnya sebagai tahun pilihan raya.

Muhammad berkata, berbanding Pas, sayap-sayap utama UMNO telah digerakkan untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu.

‘‘Pemuda UMNO, Puteri dan Briged Putra UMNO telah menjelajah ke negeri-negeri yang dilanda banjir. Mereka ke sana untuk menghulurkan bantuan, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mangsa terbabit,’’ katanya.

Nada serupa turut disuarakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Pas terlalu ghairah berpolitik sehingga lupa terdapat sekumpulan rakyat yang kini berada dalam kesusahan ekoran banjir.

Katanya, dalam isu tersebut sudah tentu rakyat akan menilai dan kemudian menentukan parti yang mana lebih prihatin terhadap masalah rakyat.‘‘Terpulanglah kepada Pas apa yang mereka mahu lakukan dan dalam soal ini, kita serahkan kepada rakyat membuat penilaian.

‘‘Bagi UMNO, kita tidak akan berhenti setakat memberi bantuan ketika banjir sahaja.‘‘Malah selepas air surut pun, kita masih mempunyai beberapa kumpulan daripada pihak Pemuda UMNO yang akan membantu meringankan penderitaan mangsa banjir,’’ katanya.
Abah.. tak pelik dengan UMNO/BN dah

Pinjaman buku teks automatik 2008

Baguslah jika langkah Kementerian Pelajaran bertindak sedemikian,, langkah ini amat dialukan , berbanding dengan penghapusan yuran peperiksaan awam yang dibuat oleh kerajaan dengan tergesa-gesa tanpa minta pandangan kesatuan dan pandangan kajian pakar termasuk pakar psaikologi pembelajaran.
Apa yang kita mahukan buku teks ini perlu diberikan kepada semua kerana ia lebih memerlukan dan bolah membentuk pemikiran pelajar. Umpama contoh kita perlu semai pemikiran pembinaan disiplin diri pelajar daripada kita melancarkan kempen. Ini kerana kempen sahaja bersikap komestik dan tidak membentuk pemikiran ke arah pembentukan disiplin. Disiplin akan lahir bila pemikiran berjaya diwujudkan, contoh mencuri itu hukumnya haram dan tidak baik dari aspek akhlak dan moral serta norma masyarakat. Hak pemikiran seumpama inilah yang harus dan perlu dibentuk oleh sistem pendidikan, biarlah ia lahair dalam satu bentuk pemikiran, iaitu ke arah pembentukan jati diri dan keyakinan diri. Gerakan pemikiran seumpama ini akan nampak lebih konkrit dan lebih berjaya kerana pendidikan ambil masa yang lama dan panjang, jika kempen membentuk displin ia lebih bersifat sementera dan ambil jangka masa pendek sahaja.
Justeru itu, dalam buku teks semua pelajar yang tidak layak menikmati Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) masih perlu membeli buku teks untuk kegunaan sesi persekolahan 2007 kerana pemberian secara automatik hanya akan dilaksanakan pada 2008.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan pinjaman buku teks masih sama iaitu terhad kepada pelajar yang mempunyai ibu bapa berpendapatan RM2,000 ke bawah.
‘‘Sehubungan itu, pelajar yang tidak menerima SPBT perlu mendapatkan buku-buku teks tersebut di kedai-kedai buku kerana buku teks hanya diberi secara automatik tanpa mengira status dan kedudukan kewangan pada 2008,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kekeliruan ibu bapa mengenai tarikh sebenar buku teks yang hanya akan diberi secara automatik mulai tahun 2008 seperti diumumkan Kementerian Pelajaran sebelum ini.

Melalui pelaksanaan tersebut, semua pelajar tidak perlu lagi melalui prosedur ketat termasuk menyertakan butir-butir kewangan keluarga bagi mendapatkan skim berkenaan.Kerajaan sebelum ini mengumumkan sebanyak 70,000 anak guru di seluruh negara akan menerima kemudahan SPBT, mulai sesi persekolahan tahun ini.

Sementara itu, Noh turut mengulas mengenai ‘yuran aksesori’ seperti pembelian pelbagai peralatan termasuk buku tulis, pakaian sukan, yuran PIBG dan lencana yang terlalu tinggi sehingga membebankan ibu bapa.Kata Noh, kadar yang dikenakan adalah berdasarkan persetujuan pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

‘‘Ini bermakna kutipan itu berasaskan persetujuan daripada ibu bapa juga yang diwakili oleh PIBG.‘‘Sehubungan itu, ibu bapa perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah sekiranya mendapati yuran yang dikenakan tinggi,’’ jelasnya.
Abah... sokong jangan tak sokong

Sunday, December 24, 2006

Bantulah dan Terimalah

Arahan agama oleh Allah termaktub perkara2 yang di suruh dan dilarang. Ramai yang berjaya dan tak kurang juga yang gagal dalam mematuhi. Semua perkara yang disuruh dan dilarang termaktub dalam Al Quran. Ramai para ustaz dan Tok Guru menkitabkan kepada mereka yang sedia mahu berkitab. Perkara disuruh dan dilarang termaktub sejak zaman berzaman, perkara ini sudah tersedia dan tidak perlu lagi digali dan dikaji. Seantero manusia islam faham dan mudah menerima, cuma dituntut atasnya pengamalan dalam kehidupan harian.
Bagi rakyat Malaysia , dalam sehari dua ini . Allah kejutkan kita dengan musibah besar - iaitu banjir besar, banjir besar atau bah ini bermula dari negeri-negeri sebelah selatan. Negeri2 yang dikira maju dan hebat pengurusan dari segi merangka dan kerangka ekonomi dari segi zahirnya. Para majlis tempatan atau PBT yang sokmo2 diberi peruntukan yang besar2 dan cukup besar. Pokoknya jika bajir yang melanda kadar2 biasa dapat di atasi atau ditangani. Masalah aliran dan laluan air ke longkang yang terkangkang luas usah dikiralah, tentulah baik dan cukup bagi menampung kapisiti air. Maksudnya dari segi tadbir manusia dikira sudah cukup hebat, tetapi segala2 tabdir manusia itu gugur, bila TAKDIR Allah datang.
Justeru itu, kita sebenarnya turut bersimpati dan bersedih, simpati yang ditunjukkan itu, kita salurkan dalam pelbagai bentuk bantuan dan sokongan dekat atau jauh samada berbentuk yang jauh hulurkan sumbangan berupa wang ringgit , maka yang dekat atau hampir hulurkan tenaga dan masa dikorbankan bagi sama2 membantu. Namun dalam situasi kritikal seperti ini, apa yang dikesalkan masih ada lagi pihak yang nak berpolitik serta berkira2 dan ingin menjuarai dan menjadi juara, dengan menghalang sumbangan dan bantuan yang ingin dihulurkan atau disampaikan ke para mangsa banjir. Alasan bantuan enggan diterima kerana masalah kepartian.
Minda pemimpin dan penyelaras sumbangan seperti ini, sebenarnya tidak ramai. tetapi nak jadi cerita maka bantuan kepada mangsa banjir di halang seperti yang dilaporkan berlaku di Seremban. Bila mana Pemuda Keadalian atau PKR dihalang dari menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri tersebut.
Seharusnya, kita kena pangsakan waktu benar2 berpolitik dan mempolitikkan sesuatu. waktu2 dan saat2 begini sepatutnya perkara seumpama ini tidak berlaku, tetapi kerana kedangkalan cara berpolitik maka kejadian seperti ini berlaku. Kita tak mau perkara seumpama ini berulang kembali, kalau di kelantan dan terengganu negeri yang mundur dah tak timbul perkara2 macam ni,maka negeri yang dikira maju macam mana minda pemimpin2 pertengahan yang diagung2kan berkelas minda pertama boleh jadi gitu.
Abah ... kenal pangsa buah durian

Bangsatkah kita ?

Kita sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Mohd Anuar Bukhari 43, seorang pekerja am yang bertugas mencuci longkang dan menemui puluhan guni kitab suci al Quran yang dibuang oleh sebuah syarikat kitar semula dalam longkang di Seremban. Insan yang mulia seperti ini ada dan Allah masih wujudkan manusia seperti ini lagi.
Kita di Malaysia bukan sahaja longgar dari semua segi tentang Islam dan pemeliharaan serta pemuliharaan hak2 Islam, walaupun kita diberi kuasa dan berkuasa, tapi ini adalah iktibar betapa kita cuai dan menggambarkan sambil lewanya kita dengan hak dan kesucian Islam. waktu ini maka banyaklah pihak menyalahkan satu sama lain. Sebenarnya semua kita bersalah bermula dari yang diperintah dan yang memerintah.
Perisitiwa di atas adalah gambaran yang paling menyayat hati. Usahlah kita bertanya kenapa dan mengapa Al Quran dikitar dan dicampak sedemikian rupa. INi memaparkan tuan punya syaraikat kitar semula tak sanggup untuk kitar (tentulah apek punya kilang kitar) dah gitu, maka dia sendiri tak sanggup. Bangsatnya kita....... orang Islam ?

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kesal kerana Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) mengambil 10 guni al-Quran yang ditemui di sebuah syarikat kitar semula di Masjid Sikamat tanpa pengetahuan mereka.

Sepasukan pegawai JHEAINS sepatutnya menjalankan pemeriksaan terhadap kitab suci itu kira-kira jam 9 pagi semalam selepas ia kering sepenuhnya.Bagaimanapun, sebaik tiba di Masjid Sikamat, mereka dimaklumkan oleh imam masjid berkenaan bahawa pihak KKDN sudah mengambil semua al-Quran itu.
Jurucakap JHEAINS, perkara itu berlaku tanpa pengetahuan mereka sedangkan siasatan masih dijalankan untuk mengesan pemilik kitab suci terbabit.“Kami akan mendapatkan penjelasan KKDN esok kerana kes ini masih dalam siaasatan kami,” katanya yang dihubungi, semalam.Harian Metro Selasa lalu melaporkan seorang pekerja sambilan terkejut apabila menemui berpuluh-puluh al-Quran dalam keadaan menyedihkan di sebuah syarikat kitar semula kertas di Jalan Sikamat di sini.Kitab suci itu ditemui Mohd Anuar Bukhari, 43, ketika sedang membersihkan kawasan longkang di situ.Tinjauan pihak berkuasa agama selepas menerima aduan itu juga menemui berpuluh naskhah al-Quran dalam keadaan sudah hancur akibat terendam lama di dalam longkang ditindih kertas serta papan buruk, terkoyak dan berlumpur
Abah ...... beginikah nasib kita pada masa akan datang

Pakaian Sopan Usah Dipersendakan !!!!

Manusia sesungguhnya mudah lupa. Al Quran diturunkan sebagai tempat rujuk dan garis panduan. Namun manusia tetap degil dan sentiasa melampaui batas. Kadar kesedaran manusia adalah bercampur2, apa juga bala yang Allah turun tetap tidak sedarkan mereka kerana nature tetap membentuk dan berlegar dalam pemikiran mereka, kecualilah bagi orang2 yang beriman.
Selepas isu pakaian yang dibelasah hasil ekanaman yang diperkenalkan oleh PBT iaitu MPKB-BI terhadap orang Islam. media massa Malaysia baik yang penerajunya beragama Islam atau tidak bertindak membelasah, pada hal mereka ini sering mengikuti rombongan PM ke luar negara sepatutnya lebih dulu celik dan laporkan cara terbuika dan telus. Ambil contoh negara Jepun , bagaiaman pengasingan bas bagi masyarakatnya yang berlainan jantina. Walaupun Jepun dah mulakan mereka masih lagi berdegil, kompang dan gendang dicanang sehinggakan orang melihat Islam yang cuba di bawa oleh sebelah pihak lagi sebagai Islam Songsang dan ekstrim. Inilah minda yang cuba dipahat dan kini diasuh oleh para pendokong media dan pemimpin Islam hadhari di negara kita.
Apa pun kita kena ingat, pertembungan Islam benar hak dan batil sentiasa berperang tidak mengira masa dan tempat. Kita sebagai pejuang Islam kena kuat dan itulah ubat dalam melembutkan kedukaan hati para pejuang.
Abah ...... Perjuangan mesti diteruskan ...

Saturday, December 23, 2006

BM dan Pandangan Bekas Menteri Pelajaran

Bekas Menteri Pelajaran bimbang masa depan bahasa Melayu

KUCHING 22 Dis. – Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini akan terancam jika sistem pembelajaran masa kini terus membenarkan penggunaan bahasa lain untuk diajar dalam subjek tertentu di peringkat sekolah.

Bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Yakub yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970 berkata, jika diteruskan bahasa Melayu hanya digunakan sebagai subjek untuk lulus peperiksaan sahaja dan tidak dapat dipertingkatkan lagi peranan bahasa tersebut.

‘‘Saya tak setuju dan tetap berpegang bahawa bahasa pengantar utama tetap bahasa Melayu tetapi tak salah kita guna sedikit bahasa Inggeris kerana Inggeris pun ada pinjam bahasa lain, ada Greek dan Arab,’’ katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Rahman, 78, yang menyandang jawatan Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981, mengambil contoh negara di Asia seperti China, Jepun dan Korea yang telah mencapai kemajuan menggunakan bahasa ibunda sendiri.

‘‘Kita ambil contoh China dan Jepun, masing- masing maju dalam pelbagai bidang antaranya senjata dan teknologi malah lebih berjaya berbanding negara maju di Barat. Kenapa kita tidak melihat kejayaan tersebut?’’ katanya.

Abdul Rahman berkata, pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dilakukan setelah kajian mendalam dilakukan berikutan perlunya mengangkat bahasa itu bukan hanya sebagai bahasa kebangsaan malah sebagai bahasa ilmu.

Beliau berkata, hasil kajian mendalam tersebut, Kabinet Persekutuan pada ketika itu bersetuju dengan pelaksanaannya.

Malaysia dah capai negara maju, nak kata macam mana sekadar bimbang boleh lah. Tapi apa pun adalah juga keluhan bekas2 menteri, namapak menteri2 diam aje, alahi nak jaga tembolok mana nak bersuara , biarlah telungkup negara aku peduli apa?

Alahai ... Malaysia Tanahair ku.....!!!!

Khalwat dan Polimeknya ?

Tidak benar penguatkuasaan khalwat hanya melalui intipan
Dakwaan bahawa penguatkuasaan terhadap kesalahan khalwat yang dibuat oleh penguatkuasa agama negeri-negeri hanya melalui intipan adalah tidak benar.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, sebaliknya terdapat prosedur yang tertulis melalui undang-undang tatacara Jenayah Syariah yang telah diseragamkan yang menyediakan prosedur yang cukup teratur, lengkap dan kemas untuk tujuan itu.

‘‘Inilah yang dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas yang dimaksudkan, semua operasi adalah dibuat berdasarkan maklumat yang bukan sahaja lengkap malah semestinya dari sumber yang benar dan betul,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia kali ke-2 di sini, hari ini.Seminar dua hari itu adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Mengulas lanjut Mashitah berkata, pihak Jakim bersama Unit Penguatkuasaan di seluruh negara juga telah diarah mengambil langkah pro-aktif dalam menangani segala isu yang dibangkitkan.
Bila mengulas, benda yang tersedia dan diajak berbincang benda yang dah dilaksanakan macamlah kita merancang untuk berundur dan nampak kalah. Jika perbincangan lebih ke arah membaiki memanglah patut. Jika beginilah minda kita, nampak gaya makin bertambah hancurlah. Itu pun kalau yang dilaporkan dan apa yang dikatakan oleh mufti perlis itu betul, takut dia cakap lain dan media lapor lain.
Maka tahun 2008 adalah benchmark atau penanda aras pendidikan seks di sekolah bermula. Maka halal lah para pelajar melayari internet untuk melihat web lucah. Ini adalah sebagai satu alasan untuk belajar, nampak gaya langit terbuka, masyarakat makin terbuka, la ni buka hbih oii ...!!!!
Abah... Aduhai bangau O bangau ?

Friday, December 22, 2006

Pendidikan seks II - Pendidikan seks tak diajar secara khusus


PUTRAJAYA: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang akan diajarkan kepada kanak-kanak seawal empat tahun mulai tahun depan, tidak dijadikan mata pelajaran khusus.

Sebaliknya, pengajaran pendidikan seks itu akan dibuat merentas kurikulum dan dimasukkan ke dalam mata pelajaran sedia ada yang akan diputuskan Kementerian Pelajaran.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya belum menetapkan subjek yang akan digabungkan dengan PKRS kerana ia akan diputuskan selepas mesyuarat bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Bagaimanapun, katanya, antara mata pelajaran yang sesuai digabungkan dengan elemen PKRS ialah subjek bahasa, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Sains, Biologi dan Pendidikan Kesihatan.Beliau berkata, modul PKRS untuk kelima-lima tahap umur yang mengambil kira pandangan ahli psikologi, guru agama dan ahli akademik, sudah siap dan kandungannya akan digunakan guru sebagai panduan pengajaran untuk setiap peringkat umur pelajar.“Matlamat PKRS ialah mengatasi masalah sosial seperti sumbang mahram, rogol, menggugurkan kandungan, membuang bayi dan penularan HIV/Aids.“Dengan PKRS, kita berharap masyarakat terutama golongan muda lebih memahami nilai kekeluargaan, faham perhubungan keluarga dan antara jantina serta tanggungjawab terhadap keluarga dan orang lain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran di sini, semalam.
Modul PKRS itu diluluskan Kabinet kelmarin dan Kementerian Pelajaran akan bermesyuarat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membincangkan kaedah dan tarikh pelaksanaannya.Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan kelmarin menyatakan PKRS akan mula diajarkan tahun depan kepada lima tahap kumpulan umur.Peringkat umur yang ditetapkan adalah prasekolah iaitu empat hingga enam tahun (Tahap 1); tujuh hingga sembilan tahun (Tahap 2); awal remaja 10 hingga 12 tahun (Tahap 3), remaja 13 hingga 18 tahun (Tahap 4) dan mahasiswa, ibu bapa serta warga emas, iaitu 19 tahun ke atas (Tahap 5).
Hishammuddin berkata, Kabinet juga meluluskan peruntukan RM20 juta untuk latihan, kempen, kursus, bahan cetak dan promosi program berkaitan.Beliau berkata, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyelaras semua kegiatan PKRS dan membentuk kumpulan jurulatih utama untuk menyampaikan kandungan modul terbabit.

Pendidikan Seks - NUTP saran guru diberi latihan teknik mengajar


KUALA LUMPUR: Perlaksanaan pendidikan seks di sekolah tahun depan bagi membanteras salah laku seksual di kalangan remaja, mendapat pelbagai reaksi daripada kesatuan guru dan ahli akademik termasuk kebimbangan sikap sesetengah guru yang malu dan kurang yakin untuk mengajar mata pelajaran itu.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat, berkata perkara itu akan berlaku sekiranya tiada latihan secukupnya diberikan kepada guru yang akan ditugaskan mengajar pendidikan seks itu.Beliau berkata, guru perlu diberi latihan dengan dilengkapi displin ilmu yang tinggi kerana mata pelajaran berkenaan adalah sesuatu yang sensitif bagi masyarakat timur.“Jika tiada latihan sempurna diberikan, dibimbangi guru yang ditugaskan mengajar pendidikan seks ini tidak akan memberi maklumat sempurna dan akan disalah taksir oleh pelajar hingga menimbulkan masalah sosial,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.Sehingga kini, katanya, Kementerian Pelajaran masih belum berbincang dengan NUTP berhubung pengisian terhadap mata pelajaran itu.Bagaimanapun, Ismail berkata, NUTP akan menyokong cadangan perlaksanaan pendidikan seks itu kerana pelajar perlu didedahkan mengenai perkara itu bagi mengelak gejala seksual.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelulusan Kabinet untuk melaksanakan pendidikan seks di sekolah mulai tahun depan membabitkan lima kategori umur.Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohamad Ali Hasan, berkata pelaksanaan Pendidikan Seks yang dikenali sebagai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial itu bukan bertujuan mengajar kaedah hubungan kelamin kepada pelajar.Beliau berkata, pendidikan yang akan dilaksanakan itu lebih menjurus kepada memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai kaedah menjaga kesihatan seksual serta pencegahan daripada masalah berkenaan seksual.“Saya sudah melihat modul pelaksanaan itu pada peringkat awal cadangannya dan mendapati banyak elemen positif yang cuba diterapkan serta mampu memberi impak baik kepada pelajar.“Apa yang penting ialah masyarakat perlu memberi peluang kepada pelaksanaannya serta tidak terus menyalahtafsirkan pengertian pendidikan seks dari satu sudut yang sempit saja,” katanya.

Sesi persekolahan baru Lagi !!!!!!

Bagaimana kita berkongsi pandangan dengan segelintir pandangan ibubapa di bawah, apa pun dalam situasi benda semua naik, nilai ringgit yang ditambat, gaji kakitangan baru dalam pertimbangan, pendapatan orang kiampung yang semakin naif berhadapan dengan renjetan ekonomi Malaysia khasnya dan dunia amnya. Kita kena fikirkan sesuatu , mau redha atau bertindak sesuatu dan fikirikan sesuatu, kerna di mana2 saja ada jalan penyelesian. Kita jangan ambil terus semua dan tinggal terus, kelak akan rugi belaka2.
Fikirkan2 pandangan di bawah daripada 3 respondeon yang dibuat oleh BH, Satu mewakili ibu India dan dua Melayu- bapa dan ibu Melayu yang berpendapatan sederhana. Ibu India ini adalah yang datang daripada golongan marhaien. Cuba nilai pandangan yang dikutip hasil tinjauan BH semalam. Ikuti laporan berita seperti di bawah ini.



MUSIM cuti sekolah adalah hari yang paling dinantikan kanak-kanak. Ini kerana mereka boleh meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti digemari tanpa perlu risau untuk ke sekolah.

Pada musim cuti sekolah, ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi bercuti, membeli-belah dan sebagainya untuk menghabiskan masa bersama. Aktiviti sebeginilah yang boleh mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Dalam keseronokan bercuti bersama keluarga tersayang, pasti ada ibu bapa yang masih lagi berada dalam kerisauan memikirkan persiapan sekolah anak mereka. Segala wang gaji yang dikumpul perlu dibahagikan untuk perbelanjaan seharian termasuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. Pelbagai keluh kesah sering kedengaran apabila ibu bapa memikirkan mengenai persekolahan anak mereka. Kerenah anak-anak yang inginkan peralatan serta pakaian baru sering membuatkan ibu bapa pening kepala. Jika kehendak mereka tidak dituruti, pasti ada yang merajuk dan sanggup mogok lapar. Ada yang enggan ke sekolah kerana kehendak tidak dipenuhi.Mahu atau tidak ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak mereka untuk menghadapi musim persekolahan akan datang. Sesetengah ibu bapa terpaksa meletakkan syarat supaya keputusan yang cemerlang mesti ditunjukkan jika inginkan persiapan persekolahan serba baru.
Ibu tiga anak, Jayaletchumy Gunasegaran, 47, dari Kuala Lumpur, berkata persiapan persekolahan anak memang penting dari segi pakaian dan peralatan tetapi beliau lebih mengutamakan persiapan buku sekolah. “Jika pakaian atau peralatan yang lama masih boleh digunakan, itu lebih baik. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan perbelanjaan,” katanya.
Bagaimanapun, Azman Awang Tengah, 37, yang berasal dari Labuan mempunyai pendapat berbeza.Azman yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Penilaian di Labuan, berkata kos perbelanjaan persekolahan memang tinggi dan kadang-kadang pendapatan bulanan yang diperoleh masih tidak cukup. Beliau berkata, kedatangannya ke Kuala Lumpur ibarat pepatah Melayu, ‘sambil menyelam minum air’ kerana pada asalnya beliau ke sini untuk bercuti tetapi mengambil kesempatan untuk membuat persiapan persekolahan anak-anaknya. “Saya ada dua orang anak yang masih bersekolah dan akan mula sesi persekolahan tahun depan pada tahap satu dan tahap tiga. Perbelanjaan yang perlu saya keluarkan untuk membeli peralatan serta pakaian baru mereka berdua saja RM400. “Itu baru perbelanjaan sebelum masuk sekolah. Apabila sesi persekolahan bermula, yuran persekolahan juga perlu dibayar. Itulah inilah semuanya menggunakan wang. Kalau tidak ada wang, bagaimana saya mahu sediakan keperluan mereka?” katanya.Pada masa inilah ibu bapa perlu peka dengan keadaan sekeliling agar tidak mudah terpengaruh dengan jualan murah yang diadakan di pusat membeli-belah. Berjimat-cermat amat digalakkan supaya tidak membazir. Pelbagai promosi dan tawaran hebat disediakan di kompleks membeli-belah sempena musim cuti sekolah bertujuan untuk menarik perhatian pelajar. Ditambah dengan kerenah mereka yang sentiasa inginkan penampilan menarik dengan pakaian baru, kasut baru dan peralatan baru membuatkan ibu bapa tidak senang duduk. Ada juga yang terpaksa membeli buku teks sendiri untuk memulakan sesi persekolahan yang baru.
Pendapat yang sama turut diberikan oleh Abdul Halim Ibrahim, 43, yang berasal dari Terengganu. Bapa kepada enam anak, termasuk empat yang bersekolah. Beliau berpendapat, persiapan persekolahan untuk anak-anak perlu disediakan walaupun membabitkan kos yang tinggi. “Bagaimanapun, kos yang tinggi tidak menghalang saya untuk membuatkan persiapan anak-anak asalkan berkualiti,” katanya.
Selain itu, ibu kepada tiga anak, Rubiah Haji Yusop, 32, berkata zaman sekarang semua benda menggunakan wang dan beliau tidak menafikan bahawa perbelanjaan persekolahan untuk anak memang tinggi. “Apabila sesi persekolahan hendak bermula pasti banyak kelengkapan sekolah perlu disediakan untuk anak saya,” katanya.
Keluhan sebeginilah yang sering menjadi isu apabila musim persekolahan hampir tiba. Walaupun sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan agenda yang lain, keutamaan menyediakan keperluan anak lebih penting daripada segalanya. Perbelanjaan yang lebih tidak menjadi penghalang bagi ibu bapa untuk menyediakan persiapan persekolahan anak mereka. Kasih dan sayang daripada ibu bapa lebih utama dalam membentuk akhlak dan disiplin anak supaya mereka patuh serta taat dengan kedua orang tua mereka.
]
Abah .... entah bila !!!!!!

Bila datang takdirNya, maka Gugurlah Tadbir manusia

.Bila datang takdirNya, maka Gugurlah Tadbir manusia

Berita hari ini, melaporkan situasi kritikal bencana banjir di negara selepas 1970.

5 maut, 60,000 dipindah --
Banjir makin buruk di Johor, Melaka dan bermula di Pantai Timur


Abah .... redha dengan takdirNya

Thursday, December 14, 2006

Rayuan Derma Membina Mussolla !!!!!

Semarakkan Ibadat.....di Pondok Darul Izzah, Temerloh

Abah, bagi pihak pengurusan Pondok Darul Izzah, nak panjangkan maklumat
Kalu ada sahabat-sahabat berhajat untuk sedekah, wakaf, zakat , dan seumpama sile kan

Pondok Darul Izzah, insyallah akan beroperasi Januari 2007
Cadangan masa depan:

Dalam proses untuk kumpul sumbangan / dana bagi:-

1 unit musolla (muat 200 jemaah)
2 unit rumah guru
1 unit bangunan Pondok 2 tingkat (20 bilik)

Kalu sahabat-sahabat nak maklumat dan sumbangan terus hubungi:-

Pertubuhan Anak2 Yatim dan Kebajikan Darul Izzah, Temerloh Pahang
(Berhampiran Hospital Temerloh)
Lot 901, KM 4 1/2 Jalan Maran, 28000 Temerloh , Pahang DM
Tel: 09-2971277 (pejabat)

Ust Ahmad Bedawi Abdullah Al Hafiz
Pengerusi
(0139516215)

Zulkafli Hamid
Setiausaha
(0125347496)

Sumbangan melalui BIMB Temerloh : 9010039586 atas nama Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah, Temerloh, Pahang DM

Abah... Semoga diberkati. Amin

Bagi Pencen Kepada Rakyat Membazir ?

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut untuk mengadakan satu perundingan bersama dengan kerajaan mengenai Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB) kerana dikhuatiri skim baru itu boleh merugikan pencarum kerajaan yang berdaftar di bawah skim berkenaan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata pihaknya hanya diberitahu secara taklimat tentang perkara itu tetapi belum ada "hitam putih" dibincangkan antara kerajaan dan Cuepacs.
"Kalau kerajaan nak laksanakan skim itu, sekurang-kurangnya bincanglah dulu dengan pihak kami. Setakat ini, kami tak dapat perincian lagi berhubung skim tersebut, jadi susah untuk pihak kami bersetuju," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Kami telah mendapat persetujuan majoriti untuk menolak skim pencen baru itu dalam mesyuarat kongres khas Cuepacs yang telah diadakan pada hari ini," katanya.

Pada 12 Sept, kerajaan mengumumkan untuk mengkaji sistem pencen baru yang dikenali sebagai Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB) bagi menggantikan skim pencen sekarang yang dikatakan banyak membazirkan duit kerajaan.

Pro aktif Kerajaan Kelantan


Cari bahan seks: Kelantan mahu tapis

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan pimpinan PAS ingin bekerjasama dengan syarikat-syarikat perisian bagi menyekat kegemaran penduduk negeri ini mencari bahan-bahan lucah di Internet.
Ia berhasrat mengadakan perbincangan untuk mengedarkan perisian yang dapat menapis bahan-bahan seks daripada terdedah kepada kanak-kanak dan juga pelayar Internet, lapor The Star hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Kelantan, Abdul Patah Mahmood berkata: "Kami sangat berminat membincangkan hal ini dengan syarikat-syarikat perisian dari dalam dan luar negara supaya memudahkan -- untuk semua ibu bapa -- mendapatkan program penapisan yang menghalang kanak-kanak mengunjungi laman-laman web tersebut."
"Langkah ini mungkin mahal tetapi kerajaan negeri sanggup menyediakan pakej kewangan dengan syarikat-syarikat perisian bagaimana cara terbaik menyekat kanak-kanak, remaja dan belia daripada melawat laman-laman lucah."
Abdul Patah mengulas laporan akhbar ini beberapa hari lalu yang menyebut pengguna Internet di Kota Baru dan Kuantan paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini.
mStar Online mendedahkan Jumaat lalu, dua bandar di Pantai Timur ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.
Respon, yang dibuat selepas dua hari berita ini disiarkan. Bagaiamana denga kerajaan Pahang Darul Makmur. Janganlah sampai negeri kita 'dimakmurkan' dengan benda2 macam ini. Bika kita tak cakna , macamlah kes ini bila disebut AID san HIV, masing2 tak percaya benda ini boleh mudarat dan rosakkan rakyat. Sekarang tengoh AIDS dan HIV macam mana ? Jadi Tok nan bertindaklah sama san segera
Abah.... sama2 mau ingat

Antara Tol dan Yuran Akseori Sekolah ?

Buat perbandingan kepenggunaan kita terhadap dua perkara di atas. Marilah kita berfikir secara rasional dan timbangtarakan, antara kedua2 yang mana lebih lorat dan melarat kepada kehidupan rakyat teramai dan golongan marhein .

Tol naik hingga RM1
Kadar tol di lima lebuh raya sekitar Lembah Klang dinaikkan antara 20 dan 60% berkuatkuasa 1 Januari depan. Lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

Kadar baru kenderaan Kelas 1 (kereta) bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen), dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen).
Lebuhraya

Kadar lama(RM) Kadar baru (RM) % Kenaikan Lanjutan konsesi (tahun)
LDP 1 .00 1.60 60 1
Lebuhraya Shah Alam 1.50 2.20 47 2
Cheras-Kajang (Batu 9) 0.70 1.00 43 6
Cheras-Kajang (Batu 11) 0.60 0.90 50 6
KL-Karak (Gombak) 4.00 5.00 25 -
KL-Karak (Bentong) 2.50 3.00 20 -
Koridor Guthrie 1.00 1.40 40

-Di LDP, kenaikan sebanyak 60% yang diluluskan kerajaan menjadikan kadar baru tol ialah RM3.20 (Kelas 2), RM4.80 (Kelas 3), 80 sen (Kelas 4) dan RM1.60 bagi kelas 5. Konsesi bagi lebuhraya itu pula dilanjutkan selama setahun kepada 34 tahun.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu ketika mengumumkan kenaikan kadar tol itu berkata bagi Lebuhraya Shah Alam pula kadar dinaikkan sebanyak 47% sementara tempoh konsesi pula ditambah dua tahun lagi kepada 30 tahun.

Kadar baru tol di lebuhraya itu ialah RM3.30 (Kelas 2), RM4.40 (Kelas 3), RM1.10 (Kelas 4) dan RM1.70 (Kelas 5).
Bagi Lebuhraya Cheras Kajang , kata Samy, kadar tol dinaikkan antara 43 dan 50%, menjadikan kadar baru di tol Batu 9 RM2 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan RM1 (Kelas 5) dan di Batu 11, kadar baru ialah RM1.80 (Kelas 2 dan 3), 50 sen (Kelas 4) dan 90 sen bagi kenderaan kelas 5.
Tempoh konsesi bagi lebuhraya itu juga dilanjutkan enam tahun kepada 38 tahun.
Di Lebuhraya Koridor Guthrie, yang dibina pada harga RM862 juta, pengguna perlu membayar RM2.80 (Kelas 2), RM4.20 (Kelas 3), 70 sen (Kelas 4) dan RM1.40 (Kelas 5). Kenaikan tol bagi lebuhraya itu ialah 40%. Di Lebuhraya KL-Karak pula, pengguna di Gombak perlu membayar RM10 (Kelas 2), RM15 (Kelas 3), RM2.50 (Kelas 4) dan RM5 (Kelas 5) berikutan kenaikan kadar tol sebanyak 25%.

Sementara di Bentong kadarnya meningkat 20% menjadikannya RM6 (Kelas 2), RM9 (Kelas 3), RM1.50 (Kelas 4) dan RM3 (Kelas 5). Kelas 1 adalah untuk kereta, Kelas 2 bagi lori kurang daripada satu tan, Kelas 3 lori besar dan treler; Kelas 4 teksi dan Kelas 5 bas.

Samy menjelaskan kerajaan tidak dapat lagi mengelakkan daripada membenarkan kenaikan itu. Beliau juga berkata kenaikan kadar tol itu bukannya yang terakhir.

"Kenaikan kadar tol tidak akan berakhir. Ini fenomena yang tidak boleh dijawab bila ia akan selesai. Kita selesai satu jalan, kita bina jalan baru sebab kita mahu memberi pembangunan pesat kepada negara ini," jelas.

Beliau menjelaskan kenaikan itu timbul berikutan penstrukturan semula penjanjian konsesi kerajaan untuk mengurangkan jumlah kadar kenaikan. Tambahnya, kadar kenaikan pula dikira mengikut jumlah pengguna di setiap laluan berkenaan sepanjang tahun ini."Jika kita membenarkan kesemua pemegang konsesi menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, beban kepada kerajaan adalah lebih berat, " katanya.
Dalam kita ramai orang bijak mengurus, kita semakin ditekankan. Kita ingat lebih baiklah kita serahkan pengrurusan negara kepada Idris Jala aje...

Tahniah PBSNT dahului negeri lain

Syabas dan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBST) negeri Terengganu kerana mengambil langkah yang tepat. Dalam banyak cabang pendidikan dan didikan tidak mengira batas masa dan sempadan. Cara berfikir beginilah semoga kita dapat keberkatan hidup dengan kerja buat di dunia untuk menuju akhirat kelak. Dengan berita ini.......

Perlawanan bola dianjak 45 minit hormati waktu solat

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju dengan permintaan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu untuk mengubah semula masa perlawanan Liga Malaysia di negeri itu dari 8 malam ke 8.45 malam bagi menghormati waktu solat Isyak.Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh berkata bahawa sebelum ini FAM membuat ketetapan baru mengenai masa perlawanan Liga Malaysia, yang bermula 16 Sabtu ini, iaitu semua perlawanan bermula pada 8 malam berbanding 8.45 malam sebelumnya.

"Ekoran itu, beberapa negeri termasuk Terengganu membuat rayuan agar jadual perlawanan dikembalikan kepada 8.45 malam sebagai menghormati waktu Isyak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdullah berkata bahawa secara tidak langsung, perubahan jadual perlawanan itu akan melegakan peminat Terengganu untuk datang ke stadium pada setiap kali perlawanan.Beliau juga berkata PBSNT tidak bercadang untuk menaikkan harga tiket perlawanan Liga Malaysia untuk musim baru ini.

Abdullah berkata persatuan mengambil keputusan mengekalkan harga lama RM20 bagi tempat berbumbung dan RM10 untuk tempat terbuka sebagai menghargai sokongan peminat."Ini bermakna sudah empat tahun berturut-turut PBSNT tidak menaikkan harga tiket Liga Malaysia," katanya.

Sebagai mematuhi arahan FAM, persatuan itu juga tidak akan mengeluarkan sebarang pas bermusim untuk Liga Malaysia musim depan.

Terengganu memulakan kempen Liga Malaysia dengan menentang Kedah dalam pertandingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 20 Dis ini.
Dalam soal kebenaran dan kebaikan, kita jangan tengok siapa juara, tolak soal politik dan pilihan tindakan yang betul. Begitulah juga baru2 ini isu pakaian seksi yang diuar2kan oleh MPKB-BI, maka kaedah yang sama hendaklah digunapakai kerana masalahah umum lebih besar daripada kepentingan dan keperluan individu.
Jika dia orang nak berpakaian seksi, pakailah di rumah pamerlah apa2 yang patut, kalu nak pamer kat tempat awam bukan sahaja rosakkan diri dia yang berpakaian begitu tapi merosakkan orang ramai, dosa orang melihat dan terliur tu banyak, takut tak selesai masa mati keeesokkannya.
Abah.... sokong jangan tak sokong

Wednesday, December 13, 2006

jangan letakkan guru dikandang orang salah

Guru pukul calon SPM......
Begitulah nasib guru, dikandangkan dalam kandang orang salah dan memang nampak bersalah. Melalui pemberitaan seumpama ini... cuba amati

KOTA BHARU: Seorang calon yang memakai jeans ketika menduduki hari terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa dipukul guru disiplin di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, dekat sini.

Kejadian berlaku selepas pelajar berusia 17 tahun itu dipanggil guru terbabit ketika hadir ke sekolah dengan pakaian itu, kira-kira jam 10.30 pagi, Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata sebaik mangsa menghampiri guru terbabit, dia kemudian dipukul beberapa kali di kepala. Menurutnya, mangsa mengalami sakit di kepala sebelum pulang memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian berkenaan. “Mangsa kemudian membuat laporan laporan polis mengenai kejadian itu dan dirujuk untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja,” katanya, di sini, semalam.Dia berkata, pihaknya akan memanggil guru berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan.
Kita amat perlukan media, memang media berperanan menjatuhkan mana2 pihak yang dihajati dan menaikkan mana2 pihak yang senangi.
Prespektif dan tanggapan orang, dengan pemberitaan seperti di atas, sebenarnya satu bentuk semaikan kebencian yang cuba ditanam dalam minda masyarakat dan membawa mereka semakin membenci guru dan profesioon penrguruan itu sendiri.
walaupun atas apa alasan, pemberitaan seperti di atas mengundang perasaan benci masyarakat, anggap guru brutul macam samseng, memukul tak tentu hal, tanpa kira kesalahan. Sepatut media hendaklah cermat dan selidiki dan baru ditulis berita tersebut.
Kesalahan memakai seluar jeans, sebenarnya guru disiplin berkenaan cuba melaksanakan tugasnya. Bagaimana polis dalam melaksanakan penguatkuasaan undang2 baik jalanraya dan sebagainya. Para pelajar sudah tentu arif selagi mereka bergelar pelajar mereka harus patuh dengan peraturan2 sekolah. Pada setiap tahun pelajar sebelum masuk ditaklimatkan tentang peraturan dan displin termasuklah dalam soal pakaian.
Lagi pun kita secara etika berurusan dipejabat jika sensitif sikit , adakah kita terima apek yang berseluar pendek. maka kita gayat juga tengok amoi berseluar pendek berurusan dengan pejabat2 kerajaan, hatta di kawasan2 industri dan swasta jarang kita lihat tok pek - tok pek berpakaian tidak formal, kecuali pakaian kerja berat dia oranglah.
Ibubapa pula siap dengan naik angin, atau dah memang jenis berangin terus buat laporan polis dan hebahkan kepada media, lepaskan geram dia. Kita tak salahkan pelajar dan ibubapa nya seratus peratus. Mungkin juga cikgu berkenaan juga jenis brutul dan jenis angin satu badan daa... payah nak control, main belasah aje. hah.. yang gitu patut diajarlah, penulis sokong, tapi mana ada guru brutul yang tak dak pertimbangan,kebiasaan guru ada presedur soal siasat juga, tak kan bertindak melulu tak tentu kalu...gitu, payah kes baran macam tu.
Maka marilah kita sama2 bina dan berilah sokongan martabatkan institusi perguruan, bukannya penulis suruh puji dan bodek sokmo guru2, tapi biarlah kita rasional dan bantu agar dengan keikhlasan semua pihak, agar kita dapat memartabatkan insan dan keinsanan dalam membentuk modal insan pada era Islam hadhari ini.
Abah.... berdisiplin juga

Tuesday, December 12, 2006

Pengguna internet Pantai Timur gemar cari bahan seks08


PETALING JAYA: Pengguna Internet di Kuantan dan Kota Baru paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet.

Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Sementara Kota Baru hanya mengatasi Kuantan dalam carian perkataan "sex" (seks) atau "porn" (pornografi).

Sewaktu disemak oleh mStar Online hari ini, bandar ketiga yang paling suka mencari perkataan "bogel" ialah Alor Star, dan diikuti Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.
Untuk carian perkataan "Melayu bogel", Batu Pahat menduduki tempat ketiga dan diikuti bandar-bandar Johor Bahru, Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.
Selain Kuantan dan Kota Baru, "gambar bogel" diminati di Alor Star, Kota Kinabalu, Batu Pahat, Johor Bahru dan Petaling Jaya.
Perkataan "seks Melayu" pula turut digemari di Klang, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Kuantan dan Kota Baru masing-masing menguasai tangga kedua dan keempat untuk carian perkataan "cerita seks", sementara kedudukan-kedudukan lain dikuasai boleh bandar-bandar utama di Indonesia kecuali Batu Pahat di tempat kesembilan.

Data ini dikumpul oleh Google Trends, salah satu daripada aplikasi syarikat Internet terkemuka Google.com. Bagaimanapun syarikat ini memaklumkan enjin pengesan trend masih di peringkat pembinaan.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka," katanya kepada mStar Online hari ini.

"Kalau dia tanya ibu bapa atau kawan-kawan, berapa banyak sangat dia boleh dapat? Dalam konteks Kelantan pula, ibu bapa tidak mengambil pendekatan terbuka apabila membincangkan soal seksualiti dengan anak-anak."
Sikap ibu bapa, menurutnya, telah membudaya di kalangan masyarakat negara ini yang menganggap seks sebagai perkara terlarang.

Dr Jas Laile menjelaskan, kesulitan sebegini akan mendorong golongan remaja untuk mendapatkan maklumat daripada media-media lain seperti video atau Internet.
"Mereka mencari maklumat ini sebab ingin tahu, tambahan pula ada halangan budaya dan penguatkuasaan," katanya, sebagai ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, yang kelihatan tidak terkejut apabila diajukan soalan sedemikian.

Tambahnya, ada pengkaji berpendapat pencarian bahan-bahan seks di Internet itu boleh disalahgunakan sehingga mendorong kesan "ketagihan" apabila pelayar siber menghabiskan lebih 40 jam sebulan.
Namun, beliau mempertikaikan keputusan data-data di Google Trends kerana ia tidak memberikan gambaran yang lebih jelas, seperti tidak menggambarkan kumpulan umur pengguna Internet.
"Kita tidak boleh buat kesimpulan mudah kerana kalau satu perkara dalam kajian ini salah, habis semua salah," tegas Dr Jas Laile.

Google Trends di laman rasminya mengakui maklumat yang digambarkan oleh aplikasi enjin carian popular ini bukanlah kayu pengukur paling tepat kerana ia hanya menganalisis sebahagian daripada perkataan-perkataan yang dicari di Google.com.

Seorang penulis buku perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula beranggapan kebanyakan pengguna Internet yang mencari kandungan bahan-bahan berunsur seks adalah pengguna baru.

Oon Yeoh berkata, pengguna baru cuba memastikan sejauh mana ruang siber boleh memberikan mereka bahan-bahan ini, berbeza dengan media-media jenis lain.

"Golongan ini sejak sekian lama mendapat maklumat yang telah ditapis melalui TV atau majalah. Bagi mereka, Internet adalah media yang baru dan mereka akan cuba menggunakannya dengan memasukkan kata kunci sebegini," katanya, yang pernah bertugas sebagai wartawan.

"Di kawasan bandar, masyarakatnya telah lama terdedah dengan Internet dan kandungan seperti ini tidak lagi mengasyikkan mereka. Kebanyakan mereka telah mula menggunakan Internet untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah."
Jikalah kajian Google itu adil, terima kasih- kita harap telus dan tiada agenda lain. Semua orang tahu Kota Bharu diperintah oleh kerajaan jenis macam mana. Jikalah orang Kuantan dan Kot Bharu maka nampaklah sangat orang melayu kita ni kemaruk seks sangatlah.
Justeru itu, gadis2 sebelah sini kena bersedialah untuk berpoligami, sebelum petaka besar melanda. Maka kesianlah mereka iaitu gadis2 dan isteri orang sebelah pantai timur kerana orang Kuantan dan Kota Bharu amat kemaruk seks, makna tak dok kerja lainlah tu.
Abah... baca juga sikit2

Pemurnian semula tafsiran memakmurkan masjid

Syabas dan tahniahlah TPM jika benar seperti yang dilaporkan, keazaman sudah ada cuma tinggal keazaman politik saja yang perlu digerakkan dengan sungguh2 dengan bertindak dalam skala besar macam kita nak rangsang dan laksana RMK9, maka martabat dan mantapkan pentadbiran Pejabat2 agama daerah, letaklah tenaga profesional dalam pengurusan daerah setaraf macam kita letakkan dalam agensi lain. Namun pelarasan kena dengan pihak negeri kerana bawah pentadbiran al sultan sebagai YDP majlis, banyaklah sikit kerja majlis taklimat penjelasan penerangan dengan tatacara , carta alirannya perlu digerakkan ? Janganlah jadi penaja saja macam membangunkan modal insan remaja melalui program Rakan masjid ? Sekarang tak tahu dah berkubur ke!! Tinggal kubur ke.. nisannya di mana ? Oleh itu orang atas bagi idea maka kita yang bawah ni kena kerja dalam skala besar, janganlah hangat2 tahi ayam , bersemnagat masa bentang kertas kerja dan campakkan idea aje maka tindak ikut kena digerakkan dan dalam keadaan berterusan ? kalau boleh pinjamkan tenaga , maka pinjamkan buatlah pelarasan segera, sayang sangat kita dah Islam dan pegagng Islam ni, tapi kalah dengan bangsa yang tak beragama, orang asli pun makin maju dan terarah pemikiran mereka ? Kita zaman Islam Tamadun ni ( Hadhari) tak kan nak undur ke belakang ? Dak gitu ..!!!

DALAM satu forum dan dialog bersama mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara pada 8 Disember lalu, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Shahlan Ismail menyebut beberapa perkara yang diambil daripada kajian Drs Sidi Gazalba ke atas usaha mengembalikan peranan masjid.


Dengan sikap yang ingin menoleh kepada kajian Sidi Gazalba, saya melihat kita telah ada asas sendi pemikiran dan laluan berfikir yang teguh dalam upaya mengembalikan masjid di Malaysia ke arah fungsinya yang asal. Sebaiknya, wacana ini dilebarkan kepada IPT bagi membentuk saranan baru demi memajukan lagi masjid di semua pelusuk daerah. Kita perlu membahaskan mengenai cara sepatutnya masjid di kampung perlu memainkan peranannya Juga, apakah perlu disusun suatu jadual supaya masjid kita perlu beroperasi selama 24 jam sehari? Pada saya, kalaulah kita betul-betul berhasrat begitu, masjid itu haruslah beroperasi sepanjang masa. Kunci utama ke atas usaha pemurnian semula fahaman memakmurkan masjid pada asasnya tertegak di dalam surah at-Taubah, ayat ke-18: “Bahawasanya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada sesiapa pun melainkan Allah.” Di sini, banyak persoalan dapat dibangkitkan. Adakah memakmurkan masjid itu hanyalah sekadar menziarahi masjid lima kali sehari sekadar ‘mengisi slot’ solat berjemaah? Atau, ia sekadar membaca Yaasin setiap malam Jumaat? Atau, semua acara yang terkait dengan amalan ritual sahajakah yang boleh dilaksanakan di masjid? Berasaskan nas di atas, disebutkan bahawa manusia beriman saja yang memakmurkan masjid. Jika urusan memakmurkan masjid itu sering ditafsir sebagai mengunjungi masjid untuk solat berjemaah, jadi adakah manusia yang tidak memakmurkan masjid (tidak bersolat jemaah di masjid) tidak digolongkan sebagai orang yang tidak beriman, walaupun mereka telah bersolat, menunaikan zakat, puasa dan haji? Maka, di sinilah pentingnya debat diteruskan bagi meluruskan semula tafsiran pengertian ‘memakmurkan’ masjid itu.
Oleh kerana ilmu itu luas sifatnya, dan Islam banyak juga cabangan pengertiannya, mustahil acara ‘memakmurkan’ masjid itu cuma satu tafsiran saja seperti mengunjungi masjid pada setiap kali azan dikumandangkan. Dari segi lain, kita lihat, bahawa terbinanya masjid universiti dengan semangat yang tinggi, ialah kerana masjid itu dilingkungi kalangan bijak pandai juga di situ. Kita dapat melihat perbezaan kualiti khutbah Jumaat antara masjid universiti dan masjid desa. Sukar sekali kita lihat pengisian khutbah itu membosankan khalayak. Pengisian usrah pelajar universiti yang dibuat selepas solat Jumaat, selalu dikaitkan dengan pengisian khutbah Jumaat sebelumnya. Mereka dapat mengukur isi kualiti khutbah yang turut menyentuh polisi negara, hal ehwal setempat dan isu pendidikan. Simbol masjid universiti itu menjadi ikon kepada pergerakan pelajar di Institut Teknologi Bandung (ITB) yang akhirnya menetaskan Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI). Sekitar era 1998 itulah kita dapat melihat bagaimana operasi pembaharuan di republik itu mula mencapai tahapnya dalam pelbagai juzuk dan dimensi kebebasan. Sebab itu, masjid universiti di setiap negeri mempunyai peranan yang sangat kuat sebagai ‘bank idea’ atau ‘think tank’ kalau kita benar-benar mahu berjaya dalam mengisi makna ke atas agenda memakmurkan masjid ini. Dalam banyak forum dan siri pembentangan kertas kerja di Masjid Wilayah Persekutuan itu juga, turut ditampilkan keratan hujah yang menunjukkan bahawa antara sebab, masjid masa kini suram. Antara sebabnya, ialah kerana dasar dan kebijakan polisi British. Seperti yang disebutkan Ismail Bakar di dalam kertas kerjanya, British membina masjid, guna melobi pemerintah pada saat itu. Sebab itu, tidak hairanlah kalau Stamford Raffles sendiri pernah memberi sejumlah dana peruntukan yang sangat besar kepada pemerintah Singapura untuk membina Masjid Sultan. Akibatnya, penjajahan itu telah menyaksikan sosioekonomi Melayu Muslim mula dipinggirkan.Usaha memakmurkan masjid, samalah nilainya dengan memakmurkan dunia ini. Adakah dunia kita hanya dimakmurkan sekitar 10 - 15 minit saja? Masjid kita hanya ‘makmur’ dalam lingkungan 10 – 15 minit setelah masuknya waktu azan. Kesimpulannya, ada ratusan gagasan yang boleh dibincangkan. Semoga, pandangan yang termuat di sini, boleh diberi perhatian oleh pihak berwajib untuk menuju kejayaan semua. Jangan lupa, azan pernah dilaungkan dari masjid, “Mari bersolat, mari menuju kejayaan.”
Abah... kome sokong hok baik2 tu

Cermin Diri dan Masa Depan Kita Guana ?

Atas alasan Pembangunan dan keuntungan ekonomi wilayah Johor akan dibangunkan secara bersama dengan Singapura, dinamakan projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Selatan Johor.
'Penyerahan' wilayah umpama rakyat Palestine menjual tanah kepada Yahudi Israel nampaknya akan mengualngi sejarah. Walaupun atas apa alasan sekalipun, projek akan berjalan dan dilaksanakan , laungan rakyat dan kebimbangan kesan jangkapanjang tidak diambil kira yang penting kepuasan, keuntungan ekonomilah yang jadi ukuran, rakyat dan golongan cerdikpandai , para pengkaji serta penganalisa yang ragui cara dan kaedah kerjasama WPI dibangunkan dikesampingkan pandangan mereka, demi negara sanggahan mereka dibakulsampahkan.
Isu ini adalah lebih berat dari pengajaran sains dan matematik dalam BI, nampak kerajaan tidak serik isu jambatan dan Tambak Johor tak selesai, kes air yang menjelang 2060 baru boleh dikaji semula. Walau apa pun alasan dan terma2 perjanjian dimeterai, berdasarkan trak rekod jenis kerajaan yang ada sekarang, kita tidak jamin akan dapat twin-twin situation, dan trak rekod yang ada kerajaan sekarang gagal memepertahankan hak rakyat, hak kepentingan umum dan hak negara. Yang ada adalah hak perut dan tembolok mereka. Usahlah kita percaya dengan janji2 manis lain, semua itu adalah palsu belaka.
Masa akan menentukan, maka kita tunggulah sejarah akan lakarkan dan berikan jawapan, yang dijangkakan kesan jangkapanjang cukup mengerunkan. Perisitiwa kita lepaskan Singapura, akhirnya Singapura jadi duri dalam daging, hidup berjiran, hak negara berdaulat jadi tentulah dia boleh rencana dan rancangkan apa dia mahu dan dengan siapa dia nak berkawan.
malaysia tunggu masa, ibarat cerita burung kedidi atas batang menyusur Sg pahang dari hulu K Lipis hilir ke Pekan, ini arah aliran air Sg Pahang, menumpang atas batang balak, atas batang balak dia dapatlah patuk dan cari makanan ulat, burung kedidi ni puashatilah, sepanjang perjalanan Sg Pahang , burung kedidi macam2 jumpa melihatlah pembangunan tepi2 Sg Pahang, dia tengoklah mula hutan belantara, bertemu orang2 yang tinggal ditebing2 sg pahang, selepas itu dapatlah tengok bangunan2, menara KLCC, dia sekadar bangga aje..oh hebat wah cantik, oh besar.. akhir cerita batang balak hanyut dan sampai ke muara di Pekan bertemu laut iaitu Laut China Selatan, maka nak tak nak balak tadi dah nak masuk laut takkan dia nak tunggu, maka terbanglah burung kedidi tadi tak ke mana, carilah lagi atas batang mana pula nak hinggap.
Inilah ibarat kita, di Malaysia orang bangunkan WPI esok kita berputih mata, macam mana Pulau Batu Putih jatuh ke tangan Singapura. Ia menjadi lipatan sejarah dan kita sekadar boleh mengenang dan mencap bibir saja, oh pulau batu putih, kalau..ini, lepas itu kalau git...masa ini dah tak dak kalau dah la....
Abah...ucapkan sayonara, kita dijajah tah kali ke berapa hah

Monday, December 11, 2006

Belajar berkesan dengan peta minda


PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.Peta minda boleh membantu anda untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran anda untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.

Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri anda.

Antaranya, anda perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan anda.Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan anda.Bolehlah anda sifatkan anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.

Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri.

Antaranya, anda perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan.

Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut.

Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran.Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami.

Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat.
Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.
Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.
Cabang
Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya ingatan anda.Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.

Anda telah ditunjukkan mengenai keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan dalam rencana-rencana yang terdahulu.

Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya.Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.

Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.

Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas.
Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda.

Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah.

Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi.

Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. DDi samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

Kira atau berkira ?

Selepas NUTP dibelasah, maka hari ini, keluarlah kenyataan berhemat oleh SU Agong NUTP, lebih natural dan tidak membela antara kumpulan profesional yang diwakilinya. Lihat paparan jika betul sebagaimana yang dilaporkan ..
Yuran aksesori: Rujuk sekolah
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Ibu bapa diingatkan supaya merujuk kepada pihak sekolah sekiranya dikenakan ‘yuran aksesori’ terlalu tinggi sehingga membebankan mereka. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, ingatan itu diberikan agar ibu bapa mendapat penjelasan terperinci daripada pihak sekolah berhubung bayaran yuran tersebut.

Katanya, kadar itu yang dikenakan adalah berbeza mengikut sekolah berdasarkan persetujuan pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). “Kadar yuran aksesori yang dikenakan meliputi pembelian pelbagai peralatan termasuk buku tulis, pakaian sukan, yuran PIBG, lencana dan sebagainya berbeza mengikut sekolah tertentu termasuk sekolah berasrama penuh.

“Oleh itu, mereka (ibu bapa) perlu mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah sekiranya mendapati yuran yang dikenakan tinggi. “Ini kerana, kita tidak mahu ibu bapa keliru kerana kutipan dibuat berasaskan persetujuan daripada PIBG yang mewakili ibu bapa,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan ibu bapa berhubung kadar bayaran aksesori yang didakwa meningkat dari setahun ke setahun. Yim Pheng turut menyarankan agar ibu bapa mengadakan perbincangan dengan PIBG terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung hal-hal yang membabitkan persekolahan anak mereka.
Apapun bagi penulis betapa, kita 'berkira'nya terhadap pendidikan anak-anak kita. Sebenarnya penulis faham , kerana penulis pun ada ramai anak bersekolah. Seingat penulis oleh kerana zaman sudah berubah, kerana negara kitapun nak menduniakan taraf pendidikan kita, berserta bawah dasar liberalisasi pendidikan, dengan nilai ttambah masyarakat Malaysia berminda kelas pertama, maka tidaklah benda ini jadi persoal besar yang mahu diperdebatkan, kerana ada benda2 besar yang perlu kita tangani dan buat perubahan. Jika sekadar jerit, hantar memo, derdemo sana sini tak cukup. Kita kena berani buat perubahan jika mahukan sesuatu perubahan. Maksudnya gembelengan seluruh rakyat mengatakan tidak dengan dasar yang dilaksanakan, jika bertempik sana sini tak jadi apo!!!.
Bagi penulis, memang ada sekolah terutama di bandar2 besar berlumba2 , dari segi kutipan yuran aksosori ni, Ini kerana sasaran dan penekanan pihak di atas bukan diukur pada nilai kemanusiaan, tetapi nilai angka, yakni sasaran utama adalah cemerlang akademik dengan iringan angka, sebagaimana dirancang dan disasar. Oleh kerana dasar sejak zaman berzaman memberi penekanan orentasi pepepriksaan, maka tak salahlah pihak sekolah membuat perancangan. Soalnya, jika ibubapa tak sanggup gunakan jalan lebuhraya maka gunakanlah jalan persekutuan kerana di situ tiada tol. Bukan maksud penulis guru2 kutip tol. tapi itulah budaya saingan dan persaingan sekolah2 dibandar besar, berbanding sekolah di Baling atau Jeli.
Oleh kerana penulis juga terlibat mendidik di sekolah majoriti berbangsa Cina. Maka sikap dan budaya kita soal pendidikan pelbagai. masyarakat Cina pun bersungut juga, tapi kalau aksoseri itu tidak beri manfaat kat anak dia, jika buku kerja itu dibeli adakah cikgu buat atau tidak, kena habiskan, mahu disemak atau ada tanda guru semak. Jika semua perkara di atas, tiada dia akan bising, datang ke sekolah terus bising buat komplen terus kepada pengetua. Sikap pengrusan pula kebetualan ketua penulis seorang Cina, lain budaya urus. Jika kakitangan tak betul terus tegur secara berdepan, tidak ada sindir2 dalam mesyuarat. Esok boleh duduk semeja dan belanja kita teh lagi, walaupun hari semalam beria2 bertekak atau berperang. Sikap kita pula dengan bangsa ini atau sesama bangsa dia lain, tak ada pun perasaan denadam atau berasa hati, tak simpan lama.
Berbalik kita dengan, yuran tambahan masa kini tak serupa zaman kita bersekolah zaman 1960an, atau 1970an. Kini semua berbeda pak ? nasi lemak mana ada 20 sen bah, lekeh2 RM1.00 weh. jadi kita kita semua kena belajar kira dan jangan berkira. Penulis datang daripada negeri pantai Barat, zaman penulis bersekolah selalulah beli ais krim ke, buah potong ke, kat apek kalau di bandaraya Ipoh, beca roda tiga ni banyak dah jadi satu fenomena biasa kat kawasan luar pintu sekolah, dia orang ni kalu kita rajin selidik dan tanya, ada ramai anak, anak2 bila ditanya tentu dicakap sekolah, sekolahnya tentulah kat Canada, Australia, London dan NZ. Apasal apek mau jual ini air, dia jawab mau sara anak, ajdi dia kata buat kerja ni hampir 20 tahun, dan macam2.
Maknanya budaya kira dan berkira2 masyarakat ini berbeda dengan budaya kira dan berkira2 masyarakat kita. Kita lebih selesa tukar aseosari rumah bila sambut raya dengan belanjanya tak kecil angkanya, beli dan lengkapkan set karakoke untuk melakak tak apa, alat ganti dan sport rim kereta biasa aje, topup hanphone, handphone bertukar ganti , lagi ape... pendekata macam2lah
Abah..... berkira nak buat amal dan amali

Adil Atau Tak Adil Penjawat awam DG41 dengan Guru DG41 ?

Hari ini, dalam ruangan surat Pembaca seorang pengadu yang menamakan ibu pertiwi. Luahkan perasaan tak puashati kerana guru2 DG41 yang mengajar di sekolah rendah tak sesuai, Tambahnya, kalau dengan kelulusan DG41 peringkat jabatan lain dah tentu hak seorang ni pimpin daerah iaitu boleh jadi DO, jawatan glomur. Oleh kerana dia guru maka duduk tengah padang tak ada kerani pembantu2 lain, dia sekadar tadbir padang (ko kurikulum) dengan anak2 murid aje. gajinya sama DO. Gitulah kot tafsiran penulis
Katanya lagi, sekarang ni guru manja dan dimanjakan asyik2 minta imbuahan, naik gaji, gitulah kot kerja tak seberapa. Katanya lagi, duduk quarters macam pangsapuri pulak tu. Dia ni tak baca pekeliling kot , dah kalau DG41 kelas mana dapat dan tuntutan2 lain spt arahan bertulis daripada JPA.
Kalau nak bagi respon banyaklah kita, boleh beri alasan. memang guru nampak di mata senang, macamlah kita nampak orang berenang dalam air khusunya la ni kat Sukan Asia, orang diluar kolam renang tu macam2 kata, cepatlah, lajulah, ada orang nak potong awaklah, itu kata perangsang. bagi yang kutuk pulak dia ni tak cukup latihan ke, lembab betulah, harapkan gaya aje, boleh kalah dengan negara itu dan ini. macam2 orang nak kata. Maka pendek kata hinggakan tak terkata2lah kita untuk berkata2.
Apa pun terima kasih kepada ibu pertiwi, yang nampak perihatin. Tapi apa pun kita ibarat anak jika ayah kita nampak anak tu rajin, pandai, dengar kata, buat sokmo apa yang di suruh. maka sebagai ayah yang perihatin dia akan kesian bila anak dia mengadu nak mintak itu dan mintak ini.
Maka ibu Pertiwi kena jadilah penasihat yang baik kat ayah. Jangan ibu pertiwi asyik berleter aje. nanti anak2 cemuih dan meluat. Tak gitu....
Abah.... gini sokmo