Monday, August 24, 2009

Pimpinan yang tidak takut rakyat ?

Media dijadikan sebagai alat untuk mempertahankan 'kesalahan dan penyelewengan' pimpinan dalam kerajaan. Inilah satu bentuk budaya baru kerajaan UMNO BN. Isu terbaru Pengarah syarikat Dimensi Sdn Bhd dalam kes penyelewengan duit berbillion kerugian PKFZ menjadi medium Presiden MCA Ong Tee Kiat mempertahankan diri daripada dakwaan penyelewengan dalam badan bukan kerajaan tersebut.


Pendakwaan secara terbuka dan penghakiman terbuka oleh rakyat tidak mencapai apa-apa maksud dan faedah. Cuma rakyat terhidang dengan maklumat dan membuat penghakiman moral memihak kepada 'hujah' melalui akhbar. Walhal kes sebesar itu, tentulah PAC (jawatankuasa kewangan kerajaan) menemui bahan bukti belanja lebih. Sebagaimana yang ditegur oleh Audit Negara.

Penghujahan melalui akhbar tidak dapat mencapai maksud, kerana mereka telah mendahului penghakiman kes. dan menjadi harapan 'kes-kes' besar seumpama ini mestilah dibuat kejutan hukuman yang boleh membuka mata semua orang dan rakyat.

Kini rakyat makin tidak yakin, rakyat pula gagal menterjemah protes mereka melalui peti-peti undi. Ini kerana masih ada sebahagian yang mahu terus bersekonkol mempertahankan kesalahan pimpinan mereka. Rakyat jenis inilah yang memberi galakan dan ruang kepada pimpinan mereka supaya terus melakukan kesalahan dan penyelewangan. Tiada rasa pertanggungjawaban terhadap rakyat dan rakyat yang memanjakan pimpinan menjadikan mereka tidak takut rakyat.




No comments: