Sunday, August 23, 2009

Penulis dujana: PAS sama Khawrij

Fountain Pen by Naney.









Rencana BH bertajuk, "
Doktrin Khawarij, Pas ada persamaan" Oleh Ibrahim Abu Bakar adalah sesuatu yang berniat jahat dan kerterlaluan. Ini gara-gara kata Nik Aziz orang UMNO akan masuk neraka.

Inilah cebisan sebahagian tulisan beliau yang mengecam dan menyamakan PAS dengan fahaman Khawrij. Kita minta Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat dapat memanggil dan membuat tindakan proaktif. Melabelkan fahaman kumpulan itu dan ini, bilamana tidak sehaluan di samakan dengan puak-puak tertentu dalam Islam adalah satu tuduhan yang liar dan mesti dipertanggungjawabkan.

Dean Ulama harus memanggil dan membuat perdebatan penjelasan terbuka dakwaan yang liar dan tidak beradab ini. Lihat tulisan penulis durjana ini....


Pemimpin parti Islam sering tuduh pemerintah berlaku zalim, menyeleweng. Dalam konteks Malaysia pada zaman ini (dari 1963 hingga 2009), Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya. Malah, kerap kali Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional (BN) dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebabkan calon Pas kalah.

Persamaan Pas dan Khawarij ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan Pas menyertai BN pada waktu itu? Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan. Malah, ada laporan dalam media massa yang melaporkan Nik Aziz meminta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan dan masuk Umno kalau mahu memperjuangkan isu kerajaan perpaduan.

Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN?

Politik tetap politik dan kepentingan serta strategi politik Pas menentukan tindakan parti itu sama ada untuk bersama Umno dan BN pada awal 1970-an dan bersama DAP dan PKR pada awal 2000.


No comments: