Thursday, August 27, 2009

MCA bertindak betul ?

Walalupun mereka Cina dan bukan Islam. Ketegasan mereka atas isu moral dan disiplin amat tinggi. Hari ini Timb Presiden MCA Dato Dr Chua Soi Lek dipecat serta merta atas kesalahan terlibat dalam seks terlarang yang telah di DVD kan tempoh hari.


Alasan pemecatan Dr Chua bekas Menteri Kesihatan dengan memberikan imej parti terjejas adalah betapa di dalam MCA sendiri melihat masalah tingkahlaku pimpinan dan moral pemimpin adalah sesuatu yang perlu berintegriti.
Walaupun pemecatan ini berlandaskan percaturan politik atau membunuh kaerier politik rakan, tetapi apa pun ketidakselesaan parti MCA mahu menerima pemimpin sebegini hendaklah dihormati. Mudahlah bagi kita melabelkan bahawa krisis dalaman MCA memasuki fasa baru perang terbuka antara Presiden dan Timbalannya itu. Hakikatnya dalam mana-mana parti politik akan ada permainan politik dan mereka memang hidup adalah untuk berpolitik. Kerana parti politik bukanlah sebagai parti yang membuat kerja-kerja kebajikan.
Sepatutnya bagi kita rakan mereka (MCA) dalam BN perlu rasa malu . Di mana parti yang berteraskan bukan Islam sebagai pimpinan boleh berketegasan terhadap pimpinan mereka demi menjaga imej, apakah UMNO pula yang tersarang dengan kes-kes seumpama itu masih lagi bersekongkol dan menganggap tindakan salah laku pemimpin mereka itu sebagai masalah peribadi.
Justeru amatlah malang negara kita, memperolehi tahap dan daya fikir pemimpin yang menganggap kes-kes moral ini sebagai satu bentuk bersifat keperibadian pemimpin sahaja. Walhal dalam masa yang sama kita mengecam hebat golongan para artis yang bersikap keterlaluan seperti ini dengan menghukum dan membelasah mereka sebegitu hebat sekali.
Adakah perlakuan sumbang golongan pemimpin dalam negara kita yang lain boleh didiamkan ?

No comments: