Tuesday, August 25, 2009

Natijah kenyataan Presiden MCA

Kenyataan berani Presiden MCA dato Ong Tee Kiat berhubung isu penyelewengan PKFZ bernilai RM10 billion berupa satu ugutan politik. Cabaran terbuka beliau melalui media adalah satu 'sindiran' dan tempelekan umum kepada integriti yang Najib PM mahukan.

Maksud tersiratnya Ong amat tidak bersalah. Dan beliau amat marah bilamana beliau bakalan akan menjadi mangsa dalam isu penyelwengan PKFZ ini. Sementelah pula CEO Kuala Dimensi telah membuat kenyataan terbuka beliau diminta 'menderma' kepada MCA sebanyak RM10 juta. Manakala pejabat MCA pula mengakui cuma hanya menrima RM40,000 sahaja.

Sebenarnya amalan 'menderma' wang kerajaan melalui projek-projek kerajaan sudah lama diamalkan oleh parti-parti memerintah. Jika difikirkan manalah UMNO, MCA dan MIC mempunyai dana yang banyak bagi mengerakkan parti. Di samping membina prasaran parti selama hari ini termasuk ibupejabat UMNO PWTCdi Kuala Lumpur itu.

Justeru kepincangan demi kepincangan manipulasi demi manipulasi semakin membelenggu parti mereka. Soal kejujuran dan keteluasan dalam menguruskan duit parti diremehkan. Maka niat awal pimpinan UMNO dalam kerajaan dahulu bagi menjadikan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO telah melarutkan sama idea ini. Begitulah juga pemahaman MCA dan MIC mereka itu kerajaan dan kerajaan itu mereka.

Pendekata macamlah kegunaan ISA akta yang pada mula menahan dan menangkap komunis dan subversif kepada menahan dan menangkap pemimpin pembangkang. Maknanya disalah gunakan kemudahan sedia ada demi matlamat serakah politik masa depan mereka.

Fahaman kesempatan dan peluang yang ada digunakan bagi mengaut kekayaan negara, kerana mereka percaya peluang tidak datang sekali. Sebab itu, pembusukan demi pembusukan terbongkar satu persatu. Sementelahan mereka juga menempelak kita jika mencabar bahawa jika kita berada di tempat sama kitapun akan berbuat keadaan yang sama. Inilah analogi mudah bagi melarikan diri dari hakikat dan situasi itu demi menghalalkan tindakan mereka. Khususnya jika kita membangkitkan soal amanh, tanggungjawab, ketelusan dan sebagainya kepada mereka.




No comments: