Friday, October 23, 2015

APA JADI DENGAN BAJET NAJIB...?

Nampak PM Najib syok sendiri, ditengah-tengah keluhan dan kegelisahan rakyat. Kali ini, selepas isu GST, 1MDB, Derma RM2.6 billion, terbaru kenaikan tol



Bajet 2016: Rakyat makin tertekan hari ini
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
22 OKTOBER 2015
Bajet 2016
Bajet 2016

ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.
Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

“Sepatutnya kerajaan tidak ada masalah sangat (untuk bantu rakyat) kerana sudah mempunyai suntikan tambahan iaitu GST. Laporan media sebut, hasil GST itu setakat ini sudah mencecah RM23 bilion. Dulu dikatakan kutipan GST ini adalah untuk menampung perbelanjaan negara. Sepatutnya, inilah masa untuk menunjukkan balik kepada rakyat bahawa duit itu digunakan dengan sewajarnya.

“Kerajaan perlu menggunakan sebahagian hasil kutipan GST itu untuk menampung kenaikan-kenaikan baharu ini seperti tol. Dulu bolehlah kerajaan kata bahawa mereka terpaksa menanggung bayaran kepada syarikat konsesi, tapi sekarang ini duit sudah ada.

“Sepatutnya gunakan balik duit itu untuk menampung apa sahaja perbelanjaan tambahan kepada konsesi-konsesi lebuh raya itu. Malangnya kerajaan tidak mengambil pendekatan sedemikian,” katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau turut mengakui rakyat terutamanya yang berada di Lembah Klang semakin tertekan selepas kenaikan kadar tol yang akan memberi kesan kepada kos perkhidmatan dan harga barang.

“Walaupun kerajaan kata tak naik, hakikatnya sebelum-sebelum ini apabila tol naik, minyak naik, harga barang akan turut naik. Jadi, kerajaan kena prihatinlah pada masalah rakyat sekarang ini.

“Pada masa sama, kerajaan tidak menerangkan kepada rakyat ke mana hala tuju duit tambahan itu. Saya rasa kerajaan perlu memberitahu kepada rakyat nak guna duit tambahan itu di mana. Barulah rakyat faham dan boleh memberi sokongan kepada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, sekiranya kandungan Bajet 2016 mampu meredakan masalah dan kesengsaraan rakyat termasuk berkaitan kos sara hidup, ia mungkin bakal mengubati perasaan rakyat yang tidak cenderung dengan pemerintahan Najib.

“Saya fikir beliau akan mengambil kira bahawa Bajet 2016 ini penting untuk menentukan bagaimana persepsi dan sokongan rakyat terhadap beliau. Sudah tentu beliau akan mengambil langkah dan strategi-strategi yang dapat meredakan rungutan dan sungutan rakyat.

“Jika itu berlaku, sedikit sebanyak tidak akan menambah teruk lagi persepsi rakyat terhadap beliau,” katanya.

Meskipun rakyat sedang ‘kepanasan’, namun beliau berkata, ia tidak dapat dinafikan bahawa rakyat tetap menanti kadar BR1M dinaikkan susulan daya beli mereka yang sudah menurun.

Katanya lagi, langkah terbaik yang kerajaan boleh ambil ialah mendengar rintihan rakyat dan mengambil tindakan konkrit dengan menyalurkan balik wang yang telah dikutip itu kepada rakyat bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Manakala, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, rakyat lebih menantikan penyelesaian segera kerajaan terhadap kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menangani isu kejatuhan mata wang.

“Sekarang ini dengan keadaan tol naik, minyak naik, duit jatuh, perkara ini (pengagihan hasil GST) orang dah tak pandang dah.

“Mungkin ada segelintir yang pandang tapi ramai yang lebih risaukan keadaan sekarang ini. Daripada