Friday, August 28, 2009

Erti Kemerdekaan generasi baru

Penulis berasa berbangga menjadi rakyat Malaysia. Generasi penulis adalah sekelompok genrasi yang lahir selepas merdeka dan digolongkan sebagai generasi pasca merdeka, tentulah penghayatan dan pemahaman erti kemerdekaan yang diperolehi tidak seperti konsep dan erti generasi merdeka memahamkan dengan meletakkan nilai, emosi, nostalgia yang cukup indah dan bermakna dengan erti kemerdekaan itu sendiri.
Cumanya sesudah jasa-jasa golongan pejuang generasi merdeka membebaskan negara dari penjajahan asing negara dan generasi sezaman penulis dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Tertengak ketuanan bangsa sendiri, anak bangsa sendiri sebagai peneraju pengendali memajukan negara berbanding dengan sebelumnya.
Terbayang dalam kepala penulis bagaimana kegigihan dan jasa-jasa pemimpin terdahulu bermati-matian mempertaruhkan nyawa, harga diri, masa dan tenaga bagi memerdekakan negara daripada tangan penjajah Barat. Dengan kehalusan cara pemerintahan penjajah mereka berjaya mengekalkan status quo dengan meninggalakan banyak legasinya dalam negara dan pentadbiran negara. Dan menjadi pembudayaan dalam pentadbiran negara dan kenegaraan.


Kenikmatan kemerdekaan tidaklah dapat digambarkan dengan tulisan mahupun ucapan. Penulis amat memahami dengan apa sekali hujah pun ia tetap tidak sama dan menyamainya. Ianya terlalu besar dan terlalu berharga. Bayangan kesukaran para pejuang hanya generasi penulis dapati merasai atau turut melalui sekadar pengkisahan melalui bahan bacaan sejarah dan buku-buku sejarah yang diajar di sekolah-sekolah bawah KPM. Dengan sedikit pengolahan jika gurunya berjiwa pejuang, jika tidak jadilah sekadar fakta-fakta untuk dihafal bagi meluluskan generasi penulis lulus dalam peperiksaan-peperiksaan awam yang mewajibkan matapelajaran teras itu.


Dalam buku sejarah sekolah penulis dibanggakan dengan kelahiran tokoh-tokoh pejuang rata-rata kalangan bangsa Melayu dan islam dengan berwadahkan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Bagi generasi penulis inilah satu-satu parti siasah yang betul-betul memikirkan dan memperjuangan negara.


Walhal bila penulis telusuri buku sejarah banyak lagi khazanah sisa-sisa sumbangan kumpulan lain, group lain yang turut meniup sama semngat memerdekakan negara. Pengelapan fakta-fakta dengan meminggirkan golongan yang digelar 'golongan kiri' adalah sesuatu yang mendukacita. Keseimbangan dan penghargaan wajar diberikan keadilan sama kepada golongan yang dipinggirkan ini. Anggapalah ia sebagai satu bentuk khazanah negara yang wajar diwarisi bersama . Demi memberi warna warni kemerdekaan itu dicapai daripada ststus sebelumnya.

No comments: