Monday, August 24, 2009

Hukuman Islam: Siapa permain siapa ?

Kes model yang bakalan dijatuhkan hukuman sebatan 6 rotan, selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Syariah Pahang, terus menjadi isu dan buruan isu. Mula saat itu Kartika Sukarno solah-olah diangkat sebagai 'hero' dan banyaklah sorotan istimewa yang memberi ruang kepada model beranak dua itu bercakap dalam media.

Sehinggakan bukan hukum yang perlu dilaksanakan tetapi simpati masyarakat diraih secara tidak langsung. Badan Penguatkuasa yang pada mulanya nampak tegas dan menggunakan segala ruang menjadi 'lemah' kerana ada kuasa di belakang tadbir yang lebih berkuasa mengarahkan hukuman itu ditangguhkan buat sementera konon.

Dalang disebalik penangguhan hukum 'alasan arahan pihak atasan' jelas cukup mengaibkan Islam itu sendiri. Sudahlah hukuman Islam yang tidak sempurna amalan negara ini, tidak diusahakan supaya menjadi sempurna setelah 52 tahun merdeka. Maka hukuman Islam yang tidak sempurna itu sendiri dipermainkan dan diperlekehkan oleh orang Islam sendiri, pemimpin islam sendiri. Jauh lebih hina orang tersebut daripada Ketua Pemuda DAP, atau Jeff Oii.

Malahan satu ketika dulu pihak tertentu yang marahkan Loke dan Jeff Oii harus berasa malu kepada diri mereka, begitulah juga bagi mereka yang menyokong supaya Jeef dan Loke dikenakan seperti mana bantahan terhadap karikatur Denmark tempoh hari, Taslima yang menulis buku. Justeru orang yang menghalang ini mahu ditarafkan bagaimana ?

Jika diikutkan Jeff Oii dan Loke baru menghina Islam. Pimpinan atasan kita yang menghalang ini. Bagaimana ? Kita minta majlis fatwa segera bersidang mengeluarkan hukum bagaimana 'halangan' pihak atasan itu kepada Islam.

Jelas-jelaslah institusi perundangan Islam yang tidak sempurna itu dipermain-mainkan, hakim syarie dipermainkan, penguatkuasa dipermain-mainkan, DUN yang meluluskan undang-undang ini dipermainkan, negeri yang menjatuh hukum ini dipermainkan, dan Umat Islam negeri yang menjatuhkan hukuman ini turut dipermainkan. Hatta sultan yang menjadi Ketua Agama negeri yang menjatuhkan hukum ini dipermainkan?



Kartika dibebaskan, 'hukuman sebat ditangguhkan sementara'
DIBEBASKAN....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, melambaikan tangan kepada keluarganya ketika dia di bawa oleh pegawai jabatan agama untuk menjalani hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini. Foto AP

SUNGAI SIPUT: Model Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijadulkan untuk menjalani hukuman sebat kerana meminum arak telah dibebaskan.

Tiga pegawai dari jabatan agama datang ke rumahnya di Sungai Siput hari ini dan membawanya dalam van. Bagaimanapun menurut ayah Kartika, Shukarno Abdul Mutallib, 30 minit selepas itu Kartika dihantar pulang selepas pegawai tersebut meneriman arahan daripada 'pihak atasan' untuk membebaskanya.

Pegawai dari jabatan agama tersebut mengatakan buat masa ini hukuman tersebut tidak boleh dijalankan.

Sebelum ini Kartika, 32, dikatakan akan menjalani hukaman sebat keatasnya minggu ini tetapi tiada tarikh yang telah ditetapkan.

Badan bebas antarabangsa, Amnesty International mengecam tindakan tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sederhana.

Belum ada pengesahan sama ada Kartika akan dipenjarakan semula sebelum hukaman sebatan tersebut dijalankan.

Menurut seorang pegawai dari Jabatan Islam tersebut, Badaruddin Ahmad Bustami, pegawai dari penjara enggan menerima Kartika atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.

"Kami tidak tahu apa yang patut dilakukan. Kami akan berbincang dengan mahkamah Syariah berhubung perkara ini sama ada hukuman tersebut telah ditarik balik," kata Badaruddin kepada Associated Press.

Pegawai dari jabatan penjara tersebut gagal dihubungi.

Shukarno berkata mereka akan membuat laporan polis selepas ini berhubung dengan pembebasan anaknya itu.

Jelasnya dia sendiri tidak faham tentang apa yang berlaku dan bimbang sekiranya pegawai polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman tersebut.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut. Ketika keluar dari rumahnya Kartika mengelak daripada memberi sebarang komen kepada media. AP


No comments: