Saturday, October 31, 2009

Website Jabatan Audit Diserbu ?

Apa dah jadi dengan website Jabatan Audit Negara. Dua dan 3 hari penulis cuba layari, untuk melihat info tentang negeri Pahang. Dan sebahagian sahaja yang dapat diakses dan diprintkan. Baguslah juga media mengempakkan laporan audit dengan memberi 'nilai' berita dan nilai maklumat yang selama hari ini disepikan.

Sepatutnya laporan audit hendaklah telus zaman siber ini. Sepatutnya zaman wifi percuma ini aksesnya lebih lah laju berbanding zaman dail up yang tertinggal dek zaman tu.

Oleh itu, jika mahu menjual maklumat hendaklah jualan itu dipaparkan semua. Mungkin dek kerana minat, asakan bertubi-tubi menyebabkan ada sesetengah laporan dulu yang dipublishkan dicabut. Entahlah kot ada 'arahan' pihak atasan kot.

Inikah pimpinan masa depan negara?

Belum pun konsep sekolah 1 aliran diperkenalkan, idea ini disambut dengan pelbagai reaksi yang bercampurbaur. MCA dan MIC bercakap dalam nada berbeda dan pada waktu yang sama perpaduan mahu dipadukan.

Terbaru gelabahnya Samy Velu bilamana bahasa Tamil tidak dimasukan dalam DVD pelancongan negara. Walhal mereka semua tahu Malaysia m ahu diperkenalkan sebagai 1Malaysia sahaja dari semua sudut.

Itulah kedangkalan pimpinan masa depan MIC yang sepatutnya diundurkan oleh kaum India.

Jika pimpinan seumpama ini masih lagi berada dalam kepimpinan 1Malaysia. Idea ini hanya akan tinggal idea sahaja, ia sekadar retorik pimpinan dan Najib hanya mampu berslogan. Natijahnya ia gagal mengerakkan wawasannya. Lihat cerminan diri beliau bagaimana seumpama gagasan idea mentornya direalisasikan iaitu Wawasan 2020.




Samy kesal bahasa Tamil tidak diguna dalam DVD pelancongan negara

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu kesal dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen yang tidak memberi keutamaan kepada bahasa Tamil dalam cakera padat digital (DVD) bagi mempromosikan sektor pelancongan negara ini.

Menurutnya, beberapa bahasa lain termasuk bahasa kebangsaan, bahasa Cina, bahasa Korea dan bahasa Indonesia dimuatkan dalam DVD itu yang digunakan oleh pelancong asing dari seluruh dunia untuk mengetahui budaya dan tradisi negara ini.

''Malangnya, Yen Yen tidak menghiraukan bahasa Tamil yang merupakan bahasa ibunda kepada kaum minoriti di negara ini.

''MIC memandang serius tindakan yang tidak memberi penghormatan kepada bahasa Tamil,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum menyampaikan cek berjumlah RM1 juta kepada 54 kuil Hindu di seluruh negara di sini hari ini.

Tambah Samy Vellu, Malaysia merupakan destinasi pilihan utama pelancong India dan jumlah mereka semakin meningkat dari setahun ke setahun.

''Sepatutnya Yen Yen memberi keutamaan kepada bahasa Tamil seperti juga beliau memberi perhatian kepada bahasa ibundanya iaitu bahasa Cina,'' katanya.

Dalam pada itu, kata Samy Vellu, MIC tidak setuju dengan sistem persekolahan satu aliran yang disarankan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim baru-baru ini.

Katanya, sekolah pelbagai aliran yang dilaksanakan sekarang sudah memadai untuk memupuk nilai perpaduan di antara pelbagai kaum di negara ini.

''Isu bahasa adalah perkara paling sensitif di dunia ini. Setiap individu mempunyai persepsi tersendiri berhubung isu itu.

''Maka, kerajaan harus meneliti dengan lebih telus sebelum mengambil apa-apa keputusan. Keputusan itu patut tidak memberi impak kepada sesiapa terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah,'' jelasnya.

Katanya, ketika Allahyarham Tun Abdul Razak menerajui negara, setiap orang dari pelbagai kaum menyambut baik kewujudan sekolah pelbagai aliran.

''Ia kerana sistem itu tidak menyebabkan krisis perkauman di negara ini serta membantu memperkukuhkan pembangunan negara dan memperbanyakkan sumber budaya dan bahasa Malaysia,'' katanya.


Dilaporkan Dr Asri mahu sertai PAS ?

Adalah sesuatu yang wajar orang seperti Dr Asri akan sertai parti politik berasaskan keagamaan. Sebab bagi mereka yang faham pefahaman itu diperjelaskan dalam Al quran dalam banyak surah. Justeru dengan kefahaman agama tersebut adalah wajar Dr Asri terjun dalam bidang politik Islam menyampaikan dakwah serta mengejar kekuasaan bagi mendaulatkan islam dimuka bumi Malaysia.



Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini.Foto ihsan laman blog drmaza, Minda Tajdid.

PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.

EGM: Fitnah media arus perdana lagi ?

Satu bentuk lagi 'pembohongan media' berbahasa Melayu tentang Tuan Guru Nik Aziz. Bagiorang PAS keputusan umuktamad selepas mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pada hari Rabu telah menjawab dan memberi keputusan bahawa EGM PAS tiada, sebaliknya satu bentuk Seminar Politik akan diadakan pada 7 November 2009 akan datang yang menfokuskan soal ini.

Dan soal berkerjasama atau kerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan sudah tidak berbangkit lagi yang melibatkan organ PAS di semua peringkat. Oleh itu, jangan dipercayai bilamana media hari ini membangkitkan kembali soal ini. Iaitu mendakwsa TGNA tetap berkeras mahukan EGM.

Adakah TGNA sedegil itu, seburuk serta sekeras itu sahaja dengan membelakangkan semua pandangan jawatankuasa PAS Pusat. Inilah gambaran media dengan cuba memberi imej hitam kepada TGNA. Keadaan keruh dan bagi mengeruhkan isu ini menjadikan UMNO adalah parti yang suka 'membuli' semacam AS sebagai kuasa pembuli negara-negara di dunia.



Ibu lapor anak tanam bayi

KELANA JAYA: Tidak tahan menyembunyikan rasa bersalah atas perbuatan anak gadisnya yang menanam bayi baru lahir menyebabkan seorang ibu nekad membuat laporan polis sebelum mayat bayi yang ditanam di kawasan pembuangan sampah itu ditemui.

Audit : Ibarat bangau di belakang kerbau saja

Kali ini media massa termasuk yang berbahasa Melayu mendedahkan Laporan Audit kepada umum.Walhal Laporan Audit ini saban tahun dibuat dan termuat dalam website tanpa dipedulikan termasuklah SPRM sendiri. Agensi yang bertanggungjawab penuh yang digajikan rakyat bagi mengambil tindakan terhadap kepincangan dan salahurus wang rakyat.

Apa agenda media, ibarat angkat bulu tangkis tanggung untuk dismash oleh PM lah kot. Ini adalah satu kerja 'pembersihan imej' bagi memulihkan imej PM yang baru naik, memberi warna, agar PM dapat menjernihkan latarnya dengan slogan rakyat didahulukan itu dapat difahami mesej oleh rakyat. Ini adalah dalam soal mengurus persepsi. walhal beliau sendiri naik selaku PM dengan banyak imej yang tercalar dan mencalarkan. Cuma legasi bapanya sahaj yang memberi satu persepsi baik kepada rakyat.

Oleh itu, semalam sebagaimana yang dilaporkan oleh semua media hari ini, PM melalui sidang media dengan 'gaya bersungguh-sungguh' bangkit dan cakna isu ini dengan pantas menubuhkan satu pasukan khas meneliti salah laku, ketirisan di jabatan kerajaan. Jawatankuasa ini terdiri daripada KSN, Ketua Perbendaharaan, KP Perkhidmatan Awam dan Ketua Audit Negara.

Dan sebagaimana biasa media membariskan ketirisan itu berlaku di Pahang kes pengurusan hutan, P Pinang kes membeli laptop dua buah bernilai RM84,640 jenama acer. kes kerap tukar ganti tayar di beberapa jabatan di P Pinang. Beli pokok hiasan di Kelantan oleh JPN yang bernilai RM57,493 katanya dibayar oleh KERAJAAN NEGERI. Manakala di Perak risiko menanggung kos tambahan baikpulih kecacatan Bangunan KDN Perak, dan di Selangor pula PKNS gagal kutip sewa komples beli belah miliknya yang bernilai RM1.25 juta.

Ini adalah pendedahan-pendedahan audit yang dipilih media bagi dipaparkan kepada umum. Justeru bagi mereka yang membaca laporan ini dengan mempercayai pendedahan media, sah fahamlah bahawa kerajaan-kerajaan yang 'gagal' itu rata-ratanya diterajui oleh Pakatan Rakyat. Sementelahan dikala krisis, pergolakan, kemelut dalaman dalam parti komponen PR kini semakin memuncak amat melemaskan persepsi rakyat. Dengan negeri-negeri bawah urustadbir UMNO BN senyap dan 'selesa' menambahkan persepsi lagi PR 'gagal' menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka pada PRU12 yang lalu.

Justeru, muslihat tersirat rakyat kena kaji semula, dan kembalikan hal ehawal urus tadbir negeri-negeri ini kepada UMNO BN. Dan mereka nampaknya berjaya. Media - media milik UMNO BN cukup berjaya mengurus persepsi ini kepada rakyat.

Jika para pembaca tidak percaya buat kajian sampel , ambil 20 nama, orang awam diteksi stand , atau pasar atau pasaraya dan temui mereka kemukakan soal ini, tentulah jawabannya seperti yang kita jangkakan ini.

Berbalik kita soal pengauditan daripada laporan audit ini. Sudah berkali-kali teguran audit dibuat tetapi masih ditakuk lama. Kes yang ditegur sebelum sebelum itu sekadar teguran sahaja. Yang membuat salah terus selesa, kerana mereka tahu, mereka akan dilindungi, malah diperingkat lebih tinggi skala 'ketirisan' jauh lebih mengerunkan rakyat , jika didedah dan terdedah kepada rakyat. Selain itu, mereka faham di Malaysia rakyat bukan seperti negara-negara lain, ketirisan tidak akan sampai mengugat dan menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Dan lebih meloyakan lagi laporan udit sebagai rutin laporan yang tidak ke mana-mana.



Pasukan khas teliti salah laku, ketirisan di jabatan kerajaan

Kerajaan menubuhkan jawatankuasa petugas untuk mengkaji Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dan mencadangkan tindakan undang-udang dan tindakan peringkat jabatan terhadap mereka yang terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa itu akan diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan dianggotai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Turut dijangka menganggotainya ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib berkata, penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet yang bermesyuarat semalam, selaras dengan pendekatan budaya prestasi tinggi yang menjadi salah satu teras serta matlamat kerajaan.

"Ia untuk meneliti segala dapatan dalam laporan Laporan Ketua Audit Negara, khususnya yang membabitkan salah guna kuasa dan penyelewengan serta menentukan apa tindakan yang wajar diambil terhadap mereka yang melakukan sebarang kesalahan.

"Tujuannya bukan untuk mencari kesalahan, sebaliknya menentukan mana-mana pihak yang sengaja melakukan kesalahan tidak terlepas daripada tindakan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Najib berkata, tindakan yang akan dikenakan bukan semata-mata daripada segi undang-undang, tetapi dalam bentuk pentadbiran seperti dikenakan surcaj, turun pangkat dan tahan pangkat atau sekurang-kurangnya dipindahkan ke tempat lain.

Sambil memberi jaminan tindakan yang bakal diambil akan adil dan saksama, beliau berkata ia turut membabitkan anggota pentadbiran jika didapati memberikan arahan yang tidak munasabah.

"Kalau dalam keadaan memerlukan, kita akan memberikan ehsan supaya tindakan tidak terlalu keras, tidak ada pertimbangan atau tidak ada perikemanusiaan sama sekali.

"Kita hendak menjurus kepada budaya prestasi tinggi. Maknanya penjawat awam yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diberi ganjaran dan diiktiraf, manakala mereka yang cuai dan salah guna kuasa akan diambil tindakan," katanya.

Beliau juga berkata jabatan yang didapati melakukan kesalahan akan diminta memberikan penjelasan sebelum sebarang tindakan diambil.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat pertama Isnin ini bagi mengkaji laporan berkenaan secara berperingkat, termasuk isu yang serius dan mempunyai kuasa memanggil sesiapa saja untuk memberikan keterangan.

"Bagi kes penyelewengan yang sukar dilihat dari segi tindakan undang-undang tetapi kesalahan memang berlaku, kita akan mengambil tindakan daripada segi pentadbiran," katanya.

Menjawab soalan, Najib berkata tindakan kerajaan itu tidak akan menyebabkan penyelewengan sifar tetapi yakin jumlah dan kekerapan kesalahan akan berkurangan.

"Biar kita realistik. Ia tidak boleh menjadi sifar (tetapi) kita akan tunjuk kesungguhan dan saya percaya ia akan bawa kepada pengurangan yang ketara dari segi penyalahgunaan kuasa," katanya.

Sekolah satu Aliran: Idea baik dan bagaimana mahu dilaksanakan ?

Nampaknya idea 1Malaysia Najib tidak kesampian dalam masa terdekat. Najib cuba membawa idea nenda beliau iaitu Dato Onn Jaafar yang satu ketika dulu tubuh UMNO dan keluar parti itu dengan menubuhkan Parti Negara. Itu adalah cerita 60 tahun dahulu.

Oleh kerana idea Dato Onn itu 'terlalu' mendahului zaman, ianya ditolak. Sebabnya rata-rata orang Melayu yang baru merdeka tidak dapat menerima konsep kepelbagaian kaum dalam negara. Sedangkan nama negara pun waktu itu masih kekal Persekutuan Tanah Melayu daripada nama Malaya. Sifat kemelayuan amat menebal. Justeru itu Dato Onn terpaksa 'tertendang' dari arus perdana Melayu UMNO waktu itu.

Masa berjalan, sejarah terlakar UMNO gagah memimpin dan menerajui negara. Cakap dan kata UMNO adalah kata keramat. Keputusan UMNO adalah itulah keputusan kerajaan. Yang lain-lain parti kena menurut dan patuh apa yang diputus dan dikeluarkan daripada UMNO.

Maka jadilah waktu itu UMNO segala-galanya dan segala-galanya adalah UMNO juga. Namun situasi zaman, nilai sezaman apa yang dahului diputus dan dibuat bersama kini jauh berbeda.

Kelmarin kepimpinan UMNO yang juga pimpinan negara bertaraf TPM selaku Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Pelajaran menlontarkan idea bawah Wawasan 1 Malaysia Najib agar sekolah di negara ini dibuat dalam 1 aliran sahaja. Iaitu aliran kebangsaan dengan memakai BM sebagai bahasa penghantarnya. Mungkin itulah maksud Menteri Pelajarannya.

Menteri Pelajaran sekadar melontarkan idea sahaja, instrument kaedah penyelesian tidak diperincikan. Maka sebab itulah respon spontan datang daripada sekutu mereka iaitu MCA dan MIC membantah tetapi tidaklah membantah keras agaknya, menolak idea sekolah 1 aliran.

Kata mereka cadangan ini adalah sesuatu yang serius dan tidak perlu tergesa-gesa, sebaliknya perlu mendapat pandangan semua pihak terlebih dahulu. Hal ini jauh berbeda bagaimana PPSMI yang telahpun menerima pandangan semua pihak (bantah ajar BI dalam subjek sains dan matematik) tetap diteruskan, walhal semua pandangan pihak termasuk yang berwibawa dan berotoriti telah diberikan tetapi kerajaan tetap mahu teruskan.

Reaksi balas Samy Velu lebih keras dengan menyebut Tan Sri Mahyuddin Yassin minta berfikir panjang ( kalu gitu TPM berfikiran pendeka ajelah) sebelum membuat sebarang pendirian mengenai perkara ini. Saya rasa kita belum lagi bersedia untuk melaksanakan sekolah jenis itu (satu aliran). Sekarang ini pelbagai isu perlu diselesaikan.

Tambah Samy, 'Kita sudah ada sekolah integrasi dan tidak lama lagi akan mewujudkan Asrama 1Malaysia, ini perlu dilaksanakan dulu.

Sebenarnya saranan ini datang daripada Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang meminta kerajaan agar melaksanakan sekolah satu aliran di Malaysia bagi mencapai perpaduan nasional. Selagi wujud sekolah pelbagai aliran masalah perpaduan tidak dapat diminimakan.

Pandangan ini adalah satu saranan yang cukup jauh, seorang cendikiawan Cina yang tidak prejeudis dan memandang negara dan ketaatan kepada negara tercinta yang perlu diselamatkan daripada ketidaksefahaman kaum meruncing pada masa akan datang. Negara Thai dan Indonesia adalah bukti sokongan bagaimana perpaduan dapat dicapai, dan pergeseran dan perbalahan antara kaum diminimakan dan dikecilkan jurang beza pandangannya.

Sebaliknya persepsi dua tokoh besar dari MCA dan MIC adalah sekadar melihat dari segi asas politik parti perkauman mereka, mereka bertindak juga atas persepsi dan malas untuk mengambil risiko. Walhal jika mereka pimpinan kaum sejati, yang sayangkan kaum mereka , merekalah yang wajar menyambut idea ini dan menggalas tanggungjawab bersama menerangkan duduk perkara sebenar idea ini dengan jangkauan perpaduan melebih soal kaumiyyah masing-masing.

Semua pihak wajar menyokong bagi memanjangkan jangkahayat negara. Sebelum Allah SWT menjemput kita.

Friday, October 30, 2009

Ajakan buai lagu lama

Pemikiran lama yang menyempitkan daya intelek dan dungukan minda umat adalah sebahagian doktrin UMNO. Saban hari pemikiran kita diasak, bentuk pemikiran itu juga melalui bentuk tulisan-tulisan khasnya bermediumkan media-media berbahasa Melayu. Antaranya dengan ajakan-ajakan memundurkan pemikiran orang Melayu pembaca Melayu. Sementelahan di kalangan orang Melayu yang berfikiran terbuai lama dengan pemikiran sehala dan hidupnya yang juga sehala dan tidak kritis memberi ruang kepada orang untuk memanipulasi menindasnya samada secara sedar atau tidak sedar.

Halangan berkenaan diasak dari semua sudut, dan khasnya bagi orang yang berkuasa demi mengekalkan kekuasaan mereka akan mempergunakan apa saja cara bagi mengekalkan kedudukan dan keberadaannya, walaupun bangsa yang disendaldan disendatkan fikiran dan pemikiran itu adalah bangsanya sendiri.

Sikap jangan berfikiran jauh, fikir untuk masa ini sahaja dilatih sokmo-sokmo. Halangan itu termasuklah daripada sekecil ruang hingga sebesar ruang. Malah halangan itu, sampai ke dalam institusi -instusi keagamaan sekalipun samada namanya masjid, surau, madrasah jua. Pihak yang mempunyai kuasa juga mahu menyempitkan pemikiran rakyat dan menghalakan pemikiran biarlah hanya satu hala sahaja dan jangan berfikiran kritis. Dalam banyak perkara dan hal.

Seruan supaya jangan bercakap soal politik dalam masjid adalah lagu lama. Institusi masjid yang digambarkan suci itu, jangan dicemarkan dengan percakapan politik, walahal soal yang dicakap itu sendiri melibatkan hal ehwal mendaulatkan soal tuhan dan ketuhanan, bab agama yang dilembagakan.

Oleh itu sampai bila kita mahu dijumudkan dengan membiarkan itu boleh dan itu tidak boleh bagi diri kita. Yang sepatutnya kitalah yang membuat keputusan bagi diri kita. Maka zaman ini sepatutnya kitalah yang perlu mengatakan itu dan ini, janganlah kita diseret sokmo, hatta terbelenggu dan terbuai dengan ajakan sedemikian rupa.





Bebaskan masjid daripada unsur politik

SEBAGAI sebuah negara Islam membangun yang moden, Malaysia cukup dikenali dengan pembinaan masjid-masjid besar dari segi saiz, reka bentuk yang cantik dan unik serta kelengkapan dan peralatannya yang canggih.

Selain berfungsi sebagai tempat umat Islam tanpa mengira bangsa dan budaya mengerjakan ibadah terutamanya menunaikan sembahyang berjemaah, masjid juga menjadi tempat umat Islam menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, musyawarah, kelas pendidikan dan juga aktiviti keagamaan yang lain.

Namun begitu, kepelbagaian fahaman politik di kalangan umat Islam yang secara majoritinya berbangsa Melayu di negara ini dilihat telah mula membenihkan golongan yang fanatik, yang tanpa mengira tempat dan keadaan cuba melebarkan fahaman politiknya.

Golongan ini bergerak secara berselindung melalui ceramah-ceramah dan majlis-majlis di masjid-masjid terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

Persoalannya ialah mengapa perlu berpolitik di masjid? Mengapa perlu umat Islam terutamanya orang Melayu memperkatakan tentang politik di masjid? Mengapa perlu berparti di masjid? Mengapa masjid dijadikan medan untuk menjalankan 'dakwah' yang bersifat politik? Mengapa tidak masjid sebagai sebuah institusi yang suci dikecualikan dan 'dibebaskan' dari unsur-unsur politik seperti ini?

Penulis bukanlah cenderung kepada pihak pemerintah mahu pun pembangkang, cuma tidak mahu sikap 'politik tidak bertempat' ini ada di masjid. Kita mahu umat Islam tanpa mengira latar belakang fahaman politik dapat menjalankan ibadah dengan selesa dan aman.

Lupakan persengketaan politik bila bersama di masjid. Bila perkara ini berlaku barulah perpaduan kita sesama Islam dan bangsa Melayu khususnya dapat menjadi realiti, seterusnya dapat menandingi kemajuan bangsa-bangsa lain di negara ini dan juga di peringkat global.

Sebagai ingatan, kesucian institusi masjid hendaklah dipelihara oleh umat Islam sendiri. Adalah amat menyedihkan jika sikap dan ketaksuban kita kepada sesuatu fahaman politik akhirnya akan menjadikan institusi masjid tidak dihormati, juga tidak dapat berfungsi dengan sebenar-benarnya.

Dilema dalam hala tuju PAS

Pandangan ke 3 Dr Aziz Bari tentang PAS. Di Malaysia jarang sangat cendiakiawan khasnya orang biasa atau kuat undang-undang memberi pandangan pada parti pembangkang khasnya PAS atau parti islam. Minat yang ditunjukkan oleh Dr Aziz Bari adalah suatu minat yang cukup mendalam dan amat bermakna.

Justeru komen pandangan Dr Aziz Bari hendaklah para penjawat dan pendokong PAS tidak melatah dan terlatah dengan cadangan, sangahan, kritikan tajam kerana itu adalah soal pengamatan beliau tentang PAS.

Sebaliknya para penjawat PAS khasnya pimpinan tertinggi perlu terbuka menerima dengan seada-adanya. Dan patut berterima kasih, sebagai cerminan tentang PAS. Dan banyak benda dan perkara yang PAS wajar ambil iktibar, pengajarannya.




Walaupun Jawatankuasa Pas Pusat malam tadi bersetuju mengadakan satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya muktamar khas bagi membincangkan kedudukan "dua tiga kerat pemimpin tertingginya yang bermasalah", namun isu sebenar tentang puak ini telah dapat disampaikan kepada anggota parti itu, kata beberapa pemerhati politik.

Prof Dr Abdul Aziz Bari daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata keputusan mesyuarat jawatankuasa itu malam tadi tidak penting berbanding kejayaan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menyampaikan mesejnya mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah itu yang hasilnya akan dilihat pada masa hadapan.

"Beliau telah membuka mata bahawa memang ada masalah dalam kalangan pemimpin parti itu dan harus disingkirkan. Mungkin tidak berlaku sekarang kerana mustahil pemimpin yang berkenaan akan meletak jawatan.

"Tetapi mesej ini akan diingati oleh perwakilan pada pemilihan parti akan datang," kata Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Nik Abdul Aziz sebelum ini telah meminta parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi membolehkan perwakilan membuat keputusan mengenai kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan sebagai bermasalah termasuk mereka yang pro-Umno.

Antara pemimpin yang dinamakan ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Merujuk kepada saranan Hasan mengharamkan penjualan alkohol di kawasan majoriti Islam di Selangor, Abdul Aziz berpendapat bahawa Nik Abdul Aziz sedar tuntutan sedemikian telah menyebabkan Pas kehilangan sokongan bukan Melayu.

"Beliau tahu Pas berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu jika mereka berterusan dengan cara sekarang, dan sebab itulah beliau bersuara agar orang bukan Melayu kembali yakin kepada Pas," katanya.

Abdul Aziz menolak kemungkinan bahawa tindakan Mursyidul Am itu akan menyebabkan Pas berpecah.

"Sejarah menunjukkan Pas tidak pernah berpecah sekalipun ada konflik. Ini cuma ribut dalam cawan, dan mereka akan terus bersama sehinggalah penyelesaian sebenar tercapai," katanya.

Seorang lagi pemerhati politik yang tidak mahu namanya disiarkan berkata kepimpinan Pas kini dibelenggu beberapa isu yang sukar dirungkai.

"Pada saya masalah ini berakar umbi dengan percanggahan pendapat antara golongan ulama konservatif dan ulama yang agak liberal.

Sekarang mereka bekerjasama dengan dua parti yang memang jelas liberal dan sudah pasti mempunyai kehendak yang berbeza.

"Mereka mempunyai satu persamaan iaitu mahu menguasai kerajaan pusat, tetapi daripada segi ideologi, bezanya macam langit dan bumi. Pas masih mahu menegakkan negara Islam tetapi apakah ini yang juga dikehendaki DAP dan PKR (rakan Pas dalam pakatan pembangkang)?" kata pemerhati itu.

Merujuk kepada isu alkohol di Selangor, pemerhati itu berkata Abdul Hadi tidak mampu menggunakan kuasanya bagi melaksanakan keputusan Majlis Syura agar Hasan dinasihat kerana tindakan sedemikian membawa mesej Pas merestui penjualan alkohol di kawasan majoriti orang Islam.

"Malah kalau kita teliti betul-betul, dulu pun semasa isu (anggota exco Selangor daripada PKR) Elizabeth Wong, Pas secara keseluruhan memisahkan diri mereka daripada isu itu kerana pada hakikatnya Pas masih berpegang kepada ideologi parti iaitu menegakkan ajaran Islam, dan tindakan Elizabeth (yang didakwa berkesedudukan dengan lelaki Islam), sekalipun beliau bukan Islam, adalah isu moral yang tidak patut disokong oleh Pas," katanya.

Berasaskan hujah itu, beliau melihat keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat malam tadi untuk menyiasat Pas Selangor, adalah sekadar untuk memuaskan hati sesetengah pihak. "Mereka mungkin siasat tapi apakah keputusannya? Beranikah mereka menyingkirkan Dr Hasan Ali? Saya berpandangan isu ini juga lama-kelamaan akan didiamkan begitu saja," kata pemerhati itu.

Kesimpulannya, kata beliau, konflik kepimpinan Pas akan berterusan tetapi parti itu mempunyai formula yang menyatukan mereka sekalipun berkrisis.

"Pada saya perkara ini mungkin berfaktorkan kepada asas penubuhan parti iaitu agama Islam dan para pemimpinnya tetap berpegang kepada asas itu setidak-tidaknya untuk dipamer kepada umum sekalipun di dalam mereka berantakan," kata beliau.

Bagi seorang lagi penganalisis politik, Asri Salleh, tindakan Nik Abdul Aziz menggoncang bahtera Pas mungkin berpunca daripada peningkatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya melihat ada dua tekanan yang dihadapi oleh Pas sekarang akibat daripada peningkatan sokongan terhadap Najib ini, iaitu ada puak yang mahu Pas bekerjasama dengan Umno sekarang, dan ada puak yang mahu Pas kekal dengan pakatan pembangkang sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Pihak yang pertama ini bimbang jika mereka tidak bekerjasama dengan Umno sekarang mereka akan terlepas peluang kerana jika dilihat keadaan sekarang Umno dan Barisan Nasional mungkin menang besar pada PRU 13 nanti.

"Tetapi pihak yang lagi satu pula mahu kekal dengan pakatan sekarang, dan saya melihat Nik Abdul Aziz sebagai seorang tokoh ulama, sudah pasti mahu berpegang kepada janji beliau untuk setia dengan pakatan pembangkang," kata Asri, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.

Beliau tidak menolak kemungkinan Nik Abdul Aziz diasak oleh kumpulan ulama profesional yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang Pas akan meninggalkan pakatan.

"Pada saya Pas sekarang berada di persimpangan dan mereka seharusnya mengambil langkah konkrit sama ada benarbenar komited dengan pakatan ataupun bekerjasama dengan Umno," kata beliau.

Pandangan pemerhati-pemerhati politik ini serta cakap-cakap politik sebenarnya merumuskan Pas kini berada di persimpangan dan tidak mampu membuat keputusan kerana tersepit antara ikon mereka iaitu Nik Abdul Aziz dan juga hala tuju parti.

Mereka tidak mungkin menyingkirkan Mursyidul Am itu dan pada masa yang sama mereka juga perlu menentukan sama ada mahu kekal dengan pakatan yang bebeza ideologi atau menurut arus politik semasa dan bekerjasama dengan Umno. BERNAMA

Komputer murah, tengok prestasi dulu ?

NEGARA

Komputer peribadi mini termurah dilancar


MIKE TEE menunjukkan komputer peribadi mini berharga RM1,099 seunit di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar telefon bimbit tempatan, CSL Group of Companies (CSL) semalam melancarkan sebuah model komputer peribadi mini, N1008.

Naib Pengerusi CSL, Ir. Megat Radzman Megat Khairuddin berkata, pengenalan model baru itu sejajar dengan permintaan terhadap komputer peribadi yang semakin meningkat di kalangan pengguna di negara ini.

"Ia merupakan model ketiga selepas siri N1000 dan N11000 yang mendapat sambutan hangat selepas ia dilancarkan pada Jun dan September lalu.

"Apa yang menariknya, model ini dijual pada harga RM1,099 iaitu terendah berbanding siri-siri lain di pasaran serta mempunyai fungsi serta rekabentuk yang dijangka memenuhi cita rasa pengguna," katanya pada sidang media selepas pelancaran komputer peribadi N1008 dan pelancaran kiosk bergerak CSL serta cawangan CSL ke-127 di sini semalam.

Thursday, October 29, 2009

Wakil Rakyat PRK keluar parti lagi

Apa pun alasan PKR kini tetap bermasalah dan cukup bermasalah. Bukannya mudah menjadi ahli politik dan sistem tarbiyyah dengan waja diri diperkuatkan kejiwaan seseorang dengan prinsip dan asas perjuangan, asas perjuangan dengan sentimen sahaja tidak cukup dalam politik.

Ini adalah ujian bagi parti baru iaitu PKR, proses demi proses perlu PKR lalui. Semetelahan apa yang kita lihat serta perhatikan kebanyakan yang ada adalah mereka rata-rata berlatar belakang dari UMNO.


ADUN Pelabuhan Klang isytihar keluar PKR
ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).Turut serta isterinya, Ramizah Mazlan dalam satu sidang media di sebuah hotel pada petang Khamis.Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHNANI.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkandirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata keputusannya keluar dari PKR itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

"Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.

"Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang kerana beliau dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata tindakan keluar PKR dan menjadi Adun bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping dapat mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata setakat ini beliau belum memikirkannya.

"Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang. "Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang," katanya. Badrul Hisham berkata keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolaholah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai Adun kawasan berkenaan.

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.

"Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.

"Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR," katanya.

Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR p

Wednesday, October 28, 2009

Pandangan ke2 Dr Aziz Bari

Eloklah Tan Sri Khalid Ibrahim Pecat Hassan Ali..

PAS tak akan berpecah.


Oleh: Dr Aziz Bari


Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.
Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu.Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi? -Abdul Aziz Bari.

Tuesday, October 27, 2009

PKR pula kena 'usik dan dirasuk'

Ketenangan malam terganggu lagi. Setelah media berjaya mencungkil dan menyemarakkan kembali isu kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Kini rakan PAS dalam PR iaitu PKR diganggu dengan serangan hal dalaman PKR pula. Kali ini dikatakan SU Agung PKR Dato Sallehuddin Hashim mahu melepaskan jawatan. Terdahulu telah diberitakan Zaid Ibrahim mantan menteri di JPM yang baru beberapa hari bergabung bersama PKR 'merajuk hati' dan bercuti selama 6 bulan.

Ujian besar politik adalah berjayanya mereka semua dipolitikkan. Itulah namanya politik. Dalam hal ini kelicikan dan kebijaksanaan UMNO menyelesaikan masalah sesama mereka adalah amat berkesan dan cekap. Kelemahan orang UMNO adalah ditawarkan dengan wang.

------------

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pada jam 8.32 malam ini mengesahkan bahawa beliau tidak melepaskan jawatannya sebagaimana yang diperkatakan oleh orang-ramai sejak lewat petang tadi.

Dalam SMS ringkasnya kepada soalan wartawan mStar Online, Ariffuddin Ishak, "benarkan Datuk telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung parti", Salehuddin hanya menjawab ringkas "TIDAK BENAR".

Lewat petang tadi, khabar angin bertiup kencang mengatakan kononnya Salehuddin telah melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa dasar pucuk pimpinan parti .

Dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali ketika dihubungi mStar Online turut memaklumkan bahawa beliau juga telah mendengar mengenai khabar angin tersebut tetapi tidak dapat mengesahkannya kerana tidak melihat sebarang surat hitam putih.

"Ya saya turut mendengar kononnya beliau meletakkan jawatan tapi sehingga sekarang saya tidak melihat adanya surat rasmi mengenai peletakan jawatan itu atau dimaklumkan secara rasmi," kata Dr Syed Husin.

Kenaiak Elaun DUN Kelantan UMNO pelik

Kenapakah media milik UMNO menjadikan kenaikan elaun wakil rakyat di DUN Kelantan sebagai sesuatu yang 'pelik'. Berbanding dengan kenaikan kad kredit, kenaikan harga bahan bakar, kenaikan insuran dan berpuluh-puluh lagi kenaikan yang diselang seli dan diselit Najib dalam pembentangan Bajet 2010 tempoh hari.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Exco, dinaikkan selepas kali terakhir dinaikkan pada 2004.

Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 ahli dewan, termasuk enam pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, hari ini.


Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda.

"Kenaikan itu juga bersesuaian dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat yang semakin luas serta kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya.

Husam berkata kenaikan itu masih kecil jika dibandingkan dengan wakil rakyat negeri lain yang sudah lama menikmatinya.

"Langkah kerajaan negeri menaikkan elaun itu juga bukan berasaskan kepada desakan atau permintaan mana-mana pihak, tetapi ia suatu keperluan," katanya. - Bernama

Skim Insuran mampu untuk SEMUA untuk siapa ?

UALA LUMPUR 23 Okt. – Satu skim insurans dan takaful asas akan diperkenalkan pada pertengahan 2010 dengan perlindungan insurans pada kadar berpatutan bagi tidak membebankan rakyat serta berpadanan dengan tahap perlindungan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, skim itu dikhususkan kepada golongan pendapatan rendah yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, yang sering menghadapi masalah kewangan apabila berlaku perkara tidak diingini seperti kemalangan, kebakaran dan kehilangan harta benda.

Menurut beliau, skim tersebut akan memberi perlindungan insurans asas mandatori bagi kecederaan kepada anggota badan dan kematian pihak ketiga serta membolehkan pihak yang menuntut mendapatkan pampasan pada kadar segera.

Katanya, dengan bayaran premium serendah RM20 sebulan, para peniaga boleh mendapat faedah perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000.

‘‘Skim ini menawarkan jaminan kewangan, perlindungan insurans dan takaful mikro yang lebih baik,’’ katanya ketika pembentangan Bajet 2010.

Katanya, kerajaan menyokong inisiatif industri insurans dan takaful bagi membangunkan produk kewangan untuk memenuhi keperluan berpendapatan rendah.

‘‘Usaha ini juga akan membantu meningkatkan kadar pemilikan perlindungan kewangan di kalangan rakyat Malaysia,’’ ujarnya.

Kad kredit: Cukai khidmat RM50 setahun

Tiada ada apa kehebatan Najib selaku PM ke 7 membentangkan Bajet. Berbanding pak Lah PM yang dikira lembik dan lemah. Najib adalah PM yang gah namanya libaliti UMNO kerana beliau mewarisi kepimpinan dan menumpang karisam bapannya Allahyarham Tun Abd Razak Hussin.

Selalunya zaman dan masa sentiasa berubah. Walhal semasa bapanya memimpin Malaysia negara baru ambang pembangunan, Tun Rzak berjaya mengembeling tenaga daya fikir dan usaha kerja kuat pasukan nya memacu kemajuan negara. Beliau banyak mencerna idea-idea mereformasi rakyat semua hal khas aspek mental daya fikir rakyat agar keluar daripada kepompong dan belenggu kemiskinan. Di bandarkan kawasan-kawasan luar bandar, dikerahkan migrasi dari desa ke kota, wujud setinggan yang kini menjadi duri dalam daging kepada DBKL dan lain-lain PBT yang gagal menyelami hati nurani pemikiran Tun Razak.

Setelah maju, PM Malaysia bersilihganti dan kini giliran Najib. Cara beliau mahu 'membela' rakyatnya dengan.....

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit dan kad caj, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah ini juga termasuk kad yang diberi percuma.“Cukai perkhidmatan sebanyak RM25 setahun juga dikenakan ke atas setiap kad kredit tambahan,”katanya.

Najib berkata, cukai perkhidmatan akan dipungut pada tarikh kad dikeluarkan, pada setiap genap setahun kad dikeluarkan atau diperbaharui.Cadangan itu berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan

SPRM nak siasat, siasatlah....

Katakan sudah dan cukuplah SPRM. Soalnya bagaimanakah nyawa juruterbang yang sokmo sentiasa menggunakan pesawat pilatus boleh jatuh terhempas, adalah ia melibatkan kes terpencil, acapnya jet yang uzur dan lama seperti pesawat Herocules TUDM . jatuh terhempas barulah ada tindakanlah, badan siasatlah, badan kajianlah, dana macam-macam lah.


Begitulah juga dengan kes 22 murid sekolah rendah yang dihanyutkan air deras, kerana jambatan gantung yang dinaiki mereka runtuh dek bebanan ramai, kesnya pelajar itu ke sana bagi mengikuti kem bina diri agaknya bawah PPD Kinta Selatan.

Alahai SPRM.. siasaatlah dulu kes Teoh, selesaikan..

KOTA KINABALU 27 Okt. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membuat siasatan sekiranya didapati ada unsur penyelewengan dalam pembinaan jambatan gantung di sebuah sekolah rendah di Perak, yang dilaporkan runtuh semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagaimanapun berkata, setakat ini beliau belum lagi mengeluarkan apa-apa arahan kepada pengarah SPRM negeri Perak kerana pihak berwajib dan kerajaan negeri sedang menangani isu tersebut.

"Jadi biarlah mereka membuat siasatan, ada pihak-pihak berwajib dan kami serahkan kepada mereka, Menteri Besar Perak pun sudah (ambil tindakan).

"Kita cuba tengoklah, kalau ada (penyelewengan) kami akan siasat. Pengarah SPRM Perak akan rujuk kepada kerajaan negeri dan kalau ada berlaku, kita siasat,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pencegahan Rasuah membabitkan Pendatang Asing anjuran SPRM Sabah dan Labuan di sini, hari ini. - Bernama

Walaupun isunya kecil tetapi ia cukup bermakna ?

UMNO Kedah baru sedar tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat. Salah urus hal ehwal rakyat khasnya dalam mendapatkan bantuan dinafikan hak bilamana individu berkenaan adalah bukan daripada kumpulan mereka.

Inilah hakikat apa yang berlaku di Kedah. Sila para pembaca teliti dan meneliti perkara ini. Bagimana bantuan dan subsidi dipakejkan 'ikut urus cara gaya UMNO' iaitu dengan bersikap sambil lewa dan ikut dan sahaja, dengan menyenarai pendekkan nama-nama individu termasuk mereka yang sudah mati. Inilah cara rakkyat didahulukan, dahulukan bantuan kepada orang yang sudah mati. Walhal semasa hidup entah ia dapat atau tidak subsidi berkenaan, apa pun terima kasihlah saja keluarga si mati kerana cara gaya UMNO menolong orang yang sudah mati adalah dengan menyenaraikan sebagai penerima bantuan dan subsidi daripada kerajaan.

Jika UMNO kekal mungkin hal ini tidak berbangkit di Kedah, tetapi sementelahan kini UMNO sudah dinyahkan oleh rakyat Kedah, UMNO sudah mulai sedar.


ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendedahkan terdapat nama golongan berkemampuan yang disenaraikan sebagai penerima kupon subsidi beras.

Selain itu, katanya, nama orang yang telah meninggal dunia juga didapati masih tersenarai untuk menerima bantuan tersebut sehinggakan orang miskin yang benar-benar layak terpinggir.

Sehubungan itu, beliau meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah melakukan pembersihan terhadap senarai nama golongan terbabit yang masih terdapat dalam sistem E-Kasih.

Menurut beliau, pengeluaran kupon itu akan dilakukan berdasarkan senarai nama yang terdapat dalam sistem tersebut namun pihaknya mendapati ada antara data-data itu meragukan.

"JKKKP diminta agar buat bancian dengan pusing keliling kampung bagi mengenal pasti setiap orang miskin supaya nama mereka disenaraikan sebagai golongan yang layak mendapat kupon subsidi beras itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

KUALA LUMPUR 27 Okt. — Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, parti itu telah menutup pintu rundingan dengan UMNO untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.

Katanya, pucuk pimpinan negara juga sudah berubah dan Pas belum mengetahui apakah sikap yang diamalkan oleh pemimpin negara sedia ada.

"Kerajaan perpaduan tidak ada lagi. Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti.

"Pemimpin yang ada kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini mengenai cadangannya pada Muktamar Pas ke-55 mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, UMNO juga tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka. - Bernama

Lima resolusi bakal diserah kepada sultan

KUANTAN: Sekretariat Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang, yang terdiri daripada 14 pertubuhan akan menyerahkan lima resolusi ‘Memartabatkan Perundangan Syariah Pahang’ kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, lima resolusi itu dipersetujui 14 NGO terbabit pada Seminar Perundangan Syariah, sebagai tanda sokongan kepada Sultan Pahang, selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Resolusi pertama y:ang dicapai ialah, penguat kuasa Agama Islam dan Mahkamah Syariah perlu diberi kuasa dan kebebasan sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mencegah dan menjatuhkan hukuman ke atas sebarang kesalahan jenayah Syariah yang dilakukan sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Enakmen Syariah Negeri tanpa sebarang pengaruh dan tekanan dari mana-mana pihak.

Kedua, ahli politik Islam perlu memainkan peranan proaktif dalam menjamin dan memperjuangkan kedaulatan agama Islam dan Mahkamah Syariah, seterusnya memperjuangkan supaya bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat diperluaskan daripada aspek bentuk kesalahan jenayah Syariah yang dilakukan dan jumlah hukuman yang dikenakan.

Ketiga, pihak berkuasa negeri dan kerajaan perlu memberi tekanan kepada pihak media untuk menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada NGO Islam dalam mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan segala isu yang menyentuh kepentingan umat Islam keseluruhannya.

Keempat, institusi Kehakiman Syariah dinaikkan taraf supaya setanding dan seiring dengan Institusi Kehakiman Mahkamah Sivil supaya ia tidak dilihat sebagai mahkamah kelas dua daripada sudut kepakaran dalam bidang pendakwaan, perjawatan dan jumlah kakitangan.

Sementara resolusi terakhir, pihak kerajaan perlu mewujudkan satu badan pemantau atau undang-undang yang mempunyai kuasa mengawasi pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan nama Islam supaya objektif dan perjuangan pertubuhan berkenaan selari dengan prinsip Islam dan bukan bertujuan untuk mengelirukan umat Islam dengan ideologi-ideologi yang nyata bertentangan dengan Islam.

Menurut Amidi, NGO-NGO terbabit kini cuma menunggu perkenan Sultan Pahang untuk mereka menghadap dan menyerahkan resolusi berkenaan.

“Kami NGO-NGO Islam di negeri ini akan menyerahkan lima resolusi perundangan Syariah kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai mewakili rakyat Islam di negeri ini untuk menyatakan sokongan kami terhadap Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Seminar Perlaksanaan Perundangan Jenayah Syariah: Isu dan Cabaran, di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), di sini semalam.

Seminar satu hari itu dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan turut dihadiri kira-kira 300 peserta.

Beliau berkata, NGO-NGO Islam di seluruh negara ini akan meneruskan seminar seumpama ini bagi membolehkan orang ramai terutamanya orang bukan Islam faham perbezaan antara perlaksanaan hukuman Syariah dan Sivil.

Menurutnya, beberapa lokasi lain akan turut diadakan seminar sedemikian pada minggu depan iaitu di Shah Alam, Selangor, Kelantan dan Perak yang dianjurkan oleh NGO-NGO Islam di negeri-negeri itu.

EGM PAS: Ada jalan penyelesiannya ?

Pelbagai pihak memberi pandangan bercampur baur tentang PAS dan kepimpinan PAS. Isunya gara-gara 'kemarahan' TGNA mahu 'singkirkan' atau 'bersihkan' PAS daripada elemen atau sindrom mahu berbaik-baik dengan UMNO.

Isunya adalah selepas keputusan Muktamar PAS ke 55 di Perak sebulat suara supaya PAS memperkukuhkan kerjasama persepakatan, perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Namun ada segelintir pimpinan PAS di negari-negeri PAS berkerusi minoriti dengan bermasalah dengan PKR negeri berkenaan mengambil sikap lunak mahu bekerjasama dengan UMNO.

Hal ini dilihat oleh TGNA sebagai sesuatu yang tidak sihat, sementelahan beliau adalah Mursidul AM PAS yang bertanggungjawab dari segi moralnya untuk mempertahankan apa yang diputuskan dalam muktamar PAS tempoh hari.

Cumanya tindakan TGNA secara terbuka (melalui media) mahu menyingkirkan beberapa pimpinan utama PAS dilihat 'kurang' molek dan keterlaluan. Adalah molek dan baik TGNA berhubung terus atau hubungi terus individu berkenaan bagi memperjelaskan pendirian dan pandangannya.

UMNo dan media dapat galak dan birah menggarap isu dan kesempatan ini dengan sepenuhnya. Ini lebih sensasi dan menarik minat umum bagi memperbahasakannya.

Monday, October 26, 2009

EGM PAS apakah perlu ?

Persada politik negara diwarna warni silih berganti , ada seketika pergelutan parti-parti komponen daripada kumpulan pemerintah dan daripada kumpulan pembangkang juga tidak ketinggalan, kali ini khasnya dalam PR . Waktu ini PAS dilihat 'bermasalah' dan menghadapi masalah. Bagi kita mana-mana parti politik pasti ada masalahnya tersendiri. Justeru PAS juga tidak terkecuali dan mempunyai pemasalahan tersendiri juga.

Masalah PAS kali ini adalah berhubungan percanggahan pandangan antara pimpinan utama atau atasan dalam beberapa perkara, kali ini adalah soal kerjasama. Bagi pimpinan tertentu dalam PAS kerjasama yang patut diutamaan adalah soal kerjasama sesama Pakatan pembangkang, bukannya kerjasama dengan parti tertentu dalam kerajaan yang dibentuk sekarang.

Sebaliknya bagi pimpinan tertentu pula soal kerjasama adalah amat terbuka, soal kerjasama tidak terhad kepada kumpulan 'kita' sahaja, ia harus diperluaskan.

Justeru, percanggahan dua idea ini dengan dua dokongan utama daripada dua kumpulan bercangah idea ini, mengundang 'perbalahan' umum yang digarap menjadi berita utama, sehingga menggelamkan isu-isu rakyat yang lain termasuk laporan audit yang diperkatakan.





Cadangan EGM Pas perlu diselesai secara musyawarah, kata Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, malam semalam.

Ini merupakan kenyataan pertama Abdul Hadi selepas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan dalam blognya, www.bloktokguru.com supaya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya itu ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Abdul Hadi berkata beliau telah pun mengarahkan Mustafa supaya menentukan tarikh yang sesuai dalam masa terdekat untuk diadakan mesyuarat bagi membincangkan permasalahan yang timbul.

"Kita berdoa agar Allah sentiasa memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti," katanya.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada anggota parti itu, manakala individu-individu yang dikaitkan sebagai 'pemimpin bermasalah' setakat ini mengambil pendekatan sama ada untuk berdiam diri atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataan berkenaan.

Semalam, Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana parti itu sebaliknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu dalaman parti seperti yang disarankan Nik Abdul Aziz dalam pertemuan mereka di Kota Baharu kelmarin. B

Friday, October 23, 2009

Audit Pahang: UMNO yang tidak MALU


Pemuda PAS lapor SPRM kes seleweng kereta CBD 88


TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2008.

Naib Ketua DPPNP Abdullah Abdul Karim berkata, laporan yang dibuat di pejabat SPRM Cawangan Temerloh pada 21 Oktober itu bertujuan meminta pihak SPRM menyiasat jika wujud penyelewengan kerana ia melibatkan kewangan kerajaan.

“Ini membabitkan duit kerajaan yang juga merupakan wang rakyat dan ditegur oleh Ketua Audit Negara sendiri kerana berbelanja secara tidak berhemat. Sudahlah kewangan Kerajaan Negeri Pahang berada dalam keadaan teruk ”.

“Sebab itu DPPNP membuat laporan supaya SPRM membuat penyiasatan dan sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan patut diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Laporan audit baru-baru ini seperti yang turut disiarkan laman berita Bernama, melaporkan sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang dalam perbezaan satu minit saja, direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.

Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dan diedarkan di parlimen sehari sebelum itu mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.

Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177.

Laporan itu menyebut pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.

Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95.

Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.

Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.

Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya.

Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.

Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat.

Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.

Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.

Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya.

Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.

Laporan DPP pahang


Dipetik daripada Sidang Online......

Pemuda PAS lapor SPRM kes seleweng kereta CBD 88

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2008.

Naib Ketua DPPNP Abdullah Abdul Karim berkata, laporan yang dibuat di pejabat SPRM Cawangan Temerloh pada 21 Oktober itu bertujuan meminta pihak SPRM menyiasat jika wujud penyelewengan kerana ia melibatkan kewangan kerajaan.

“Ini membabitkan duit kerajaan yang juga merupakan wang rakyat dan ditegur oleh Ketua Audit Negara sendiri kerana berbelanja secara tidak berhemat. Sudahlah kewangan Kerajaan Negeri Pahang berada dalam keadaan teruk ”.

“Sebab itu DPPNP membuat laporan supaya SPRM membuat penyiasatan dan sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan patut diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Laporan audit baru-baru ini seperti yang turut disiarkan laman berita Bernama, melaporkan sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang dalam perbezaan satu minit saja, direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.

Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dan diedarkan di parlimen sehari sebelum itu mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.

Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177.

Laporan itu menyebut pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.

Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95.

Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.

Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.

Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya.

Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.

Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat.

Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan.

Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.

Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya.

Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.