Thursday, August 27, 2009

Sensasi : PM takut rakyat ke timbalannya

Jangan timbulkan sensasi – PM itu adalah ingatan dan pesanan Dato Seri najib Razak semasa mempengerusikan mesyuarat kabinet kelmarin. PERDANA Menteri memberi ingatan kepada semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat. Ingatan ini adalah untuk semua media cetak dan elektronik baik surat khabar berbahasa Melayu mahupun Cina. Ini demi kesejahteraan dan keamanan negara.

Tegas beliau hari ini mengingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat. Tambahnya lagi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu kerana ketara masyarakat ketika ini terlalu banyak dihidangkan atau membicarakan isu-isu yang tidak menguntungkan.Serentak itu, kata beliau, kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri diketuai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memainkan peranan sebagai orang tengah, berurusan dengan pihak media agar tidak ada unsur keterlaluan untuk mensensasikan sesuatu isu atau kes tertentu.

“Contohnya dalam bulan-bulan kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan laporan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sehingga ini tidak ada apa-apa (perkembangan). Namun, disebabkan berita ini telah disensasikan, maka ia sendirinya mencetuskan kontroversi dalam masyarakat. “Ingatan ini adalah untuk semua media cetak dan elektronik baik surat khabar berbahasa Melayu mahupun Cina. Ini demi kesejahteraan dan keamanan negara, juga untuk mengekalkan suasana harmoni sedia ada,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Jelaslah PM mengakui dan menyedari isu melabelkan Anwar sebagai Pengkhianat Melayu telah memakan diri, serentak dengan itu sebaliknya Anwar menjadi hero dimata masyarakat Melayu khasnya dan amnya dalam masyarakat negara ini.
Manakala dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina kematian Teoh Benc Hock di perkarangan bangunan SPRM adalah amat memalukan dan menimbulkan pelbagai tandatanya. Isu ini menjadikan Pakatan Pembangkang semakin ke depan dan diyakini rakyat untuk menolak UMNO BN secara total.
Perkembangan inkues terhadap Teoh Benck Hock adalah dinanti-nantikan. Inilah yang mengusarkan pimpinan negara termasuk PM dan Dr Rais Yatim yang memegang secara langsung media utama kerajaan UMNO BN.
Tambahan pula, krisis kerajaan Perak yang tidak dapat diselesaikan walaupun UMNO BN cuba mengheret istana bermain sama dengan permainan politik mereka. Keadaan lebih parah lagi bilamana kerajaan UMNO BN di terengganu melibatkan pergeseran dua puak. Pertama Idris Jusoh yang enggan tunduk kalah bertembung dengan Ahmad said MB yang mendapat restu dan pilihan istana.
Justeru PM melihat dengan mendengar nasihat Think Tanknya bahawa kerajaan UMNO BN yang diketuai oleh beliau selepas 100 hari sebagai PM amat mengecewakan kerana terlalu banyak kontroversi dalam masyarakat sehingga merencatkan penumpuan beliau dalam membina imej dan karisma, khasnya mahu membawa imej hebat setidak-tidak baik sedikit daripada Pak Lah yang dianggap lemah itu.
Pergelutan imej Najib dan zaman Najib yang baru naik sebagai PM gagal memberi imej baik dan hebat dalam meniti kerusi PM yang diidamkan oleh TPMnya pula kini.
Maka disebalik isu sensasi, Timbalannya selesa bergerak bagi membentuk imej baru, sebagai bakal pengganti yang hebat. Dr Rais cuba mempertanahkan bosnya. Dan inilah yang ditauti oleh Najib. Kini Muhyiddin lebih diserlahkan di mata rakyat seorang yang bersih, komited, terkehadapan, mahu tanggani masalah rakyat secara lebih agresiff.
TPM telah membuka mata rakyat bahawa jangan lupa Timbalan PM adalah seorang yang jauh lebih baik dan tiada kontroversi dalam masyarakat.

No comments: