Saturday, November 21, 2009

Apa hebat PLUS Expressway untung ?

0 comments
Kenapa secara tiba-tiba media melaporkan PlusExpressway untung pula dalam tempoh 9 bulan. Adakah media pelik dengan keuntungan Plus bawah RM2juta bagi tempoh berkenaan berbanding dengan tahun sebelumnya.

Atau adakah media ada agenda tertentu yang diarahkan oleh tangan-tangan ghaib. Jika dilihat keuntungan Plus Expressway hanya untung RM2 juta tidaklah boleh dibanggakan, tetapi boleh pula jadi bangga bilamana Plus Expressway ini sudah 'tenat' dan selepas diambil alih maka ia mulai pulih. Dan lebih dibanggakan lagi orang yang memulihkan Plus itu adalah orang yang berprofail tinggi dalam politik, maka cara beginilah kredit untuknya bagi memberi singnal awal manusia berkenaan berkelayakan dan bakal duduk dalam barisan kabinet negara pada masa akan datang, ataupun mana-mana ruang dan peluang yang bakal diisikan oleh sipemulih PLUS Expressway ini.

Jika berlaku sebaliknya kes ini jadilah ia tidak hebat. Seandainya kes ini berlaku sebegitulah maka jadilah ia kes yang hebat.




PLUS Catat Untung Sebelum Cukai Sebanyak RM1.187 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan

KUALA LUMPUR: PLUS Expressways Bhd merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 7.3 peratus atau RM1.187 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2009 berbanding RM1.106 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Kumpulan itu berkata peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dan pelunasan yang lebih tinggi ke atas asetaset konsesi, pendapatan kewangan yang rendah dan kos kewangan yang lebih tinggi susulan terbitan sekuriti Islam tambahan dengan jumlah terbitan paling tinggi sepanjang tempoh itu.

Perolehannya juga melonjak 6.94 peratus kepada RM2.325 bilion berbanding RM2.174 bilion sebelumnya.

Ia sebahagian besarnya dipacu oleh pertumbuhan trafik yang kukuh sebanyak 7.8 peratus di PLUS, 6.4 peratus di Elite, 9.2 peratus di Linkedua dan 2.8 peratus di Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim, berikutan perjalanan tempatan yang meningkat terutama semasa musim Hari Raya yang lepas.

"Walaupun ekononi lembab dalam beberapa suku, pertumbuhan trafik ayng kukuh sehingga September tahun ini, terutama PLUS, melebihi jangkaan kami," kata Pengarah Urusannya, Noorizah Abd Hamid hari ini.

"Berdasarkan sejarah, jumlah trafik akan lebih tinggi pada suku akhir tahun, berikutan cuti persekolahan yang panjang dan cuti perayaan. Oleh itu, kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik untuk tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kumpulan itu juga merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak 23.7 peratus sebanyak RM421.939 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2009 berbanding RM341.075 juta dalam suku sebelumnya.

Perolehan meningkat 13.67 peratus kepada RM815.177 juta berbanding RM717.153 juta sebelumnya.

Jumlah pinjaman PLUS ialah sebanyak RM10.9 bilion pada 30 Sept, 2009. BERNAMA

Friday, November 20, 2009

Lagi Projek Mega Negara ?

0 comments

Kerajaan kenal pasti tapak seluas 480 hektar untuk dimajukan di Sungkai
Malaysia jadi hab industri pertahanan

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Malaysia bakal menjadi pusat atau hab industri pertahanan bagi pasaran tempatan serta rantau ASEAN apabila kerajaan mengenal pasti tapak seluas 480 hektar di Sungkai, Perak untuk dimajukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, bagi tujuan itu syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi tinggi telah diminta mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama dengan negara luar khususnya dari negara ASEAN.

Beliau berkata, antara produk-produk pertahanan yang berpotensi dikeluarkan di hab tersebut adalah peralatan berkaitan komunikasi, automotif, maritim, persenjataan serta barangan guna sama.

''Sudah sampai masanya kerjasama di kalangan negara ASEAN untuk kita keluarkan barangan dan peralatan di rantau ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembelian dari luar negara.

''Kerjasama ini akan dapat menguntungkan negara ASEAN dan pada masa sama pemain industri pertahanan negara dapat mempelajari teknologi luar dan dapat mengeluarkan produk barangan untuk kegunaan tempatan dan negara anggota," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang menyelar tindakan kerajaan kerana tidak menggunakan jaket kalis peluru yang dihasilkan oleh syarikat tempatan sebaliknya menggunakan jaket kalis peluru buatan China.

Ahmad Zahid ketika menjelas isu itu berkata, semua anggota tentera negara ini menggunakan jaket kalis peluru hasil buatan syarikat tempatan.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Saifuddin mengenai langkah diambil kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab pengeluaran kelengkapan pertahanan di rantau ini, Ahmad Zahid berkata, negara berkecimpung dalam industri pertahanan negara sejak 1970-an.

''Dari semasa ke semasa, kita berjaya meningkatkan keupayaan untuk terbabit dalam pelbagai bidang termasuk pembuatan, penyelenggaraan, baik pulih, fabrikasi dan pemasangan komponen," katanya lagi.

Katanya, selaras dengan hasrat meningkatkan potensi industri pertahanan tempatan ke peringkat global, kementerian juga sentiasa membantu mempromosi dan menggalakkan perkembangan serta pembangunan keupayaan syarikat industri pertahanan negara.

Antara syarikat tempatan yang berpotensi menjayakan matlamat berkenaan termasuklah Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. dalam pembuatan komponen komposit, Airod Sdn. Bhd. (penyelenggaraan pesawat), SME Ordnance Sdn. Bhd. (pembuatan senjata dan bahan letupan) dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (pembuatan kenderaan tentera).

memang kerja media ?

0 comments
Sememangnya kerja utama media adalah menjadi jurulapor. Namun laporan media hari ini selain paparkan berita 'pergolakan' dalaman MCA yang semakin gawat dan menarik. Di paparkan beberapa paparan tentang 'kes' aktiviti kerajaan Pakatan Rakyat.

Terbaru kes minit isu tanah di Pulau Pinang, kes gambar separuh bogel Eli Wong , exco kerajaan negeri Selangor.

Kerana penulis merasakan bahawa, ini adalah cerita yang menarik selain daripada kes bunuh, kes artis dalam akhbar arus perdana kita.

Thursday, November 19, 2009

KUN dilanjutkan khidmat

0 comments
Tahniah dan syabas kepada Ketua Audit Negara kerana disambungkan tugas lagi sebanyak 2 tahun. Maknanya kerja-kerja cemerlang Ketua Audit Negara amat dihargai oleh negara. Sepadanlah kerjabuat beliau, berbanding dengan khidmat IGP tempoh hari yang juga dilanjutkan tempoh perkhidmatannya walaupun menerima bantahan ramai pihak, kerajaan terus berdegil dan kekalkan lanjutan kontrak berkenaan.

Kerja-kerja Ambrin Buang wajar dihargai. Dan beliau sememanglah seorang cemerlang.



Kontrak Amrin Buang Disambung Dua Tahun Lagi

KUALA LUMPUR: Kontrak Tan Sri Amrin Buang sebagai Ketua Audit Negara akan disambung semula untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Februari 2010.

Konvensyen Blogger PAS 2009

0 comments
See full size image
Lajnah Penerangan mengorak langkah bijak kerana bertindak berani dan ke depan untuk menghimpunkan para Blogger PAS dan pro PAS pada satu tarikh yang pun telah ditetapkan. Sepatutnya Himpunan Blogger PAS sudah mendahului kederasan tindakan sebaik sahaja PR menguasai 5 buah negeri.

Setidak-tidak Blogger yang bersepah - sepah ini wajar 'diurus' oleh PAS dan memberi persepsi tentang PAS dan membantu PAS membentuk serta membuat persepsi berkenaan PAS dan masa depan perjuangan serta tindakan kerajaan negeri pimpinan PR versi PAS. Setidak-tidak menangkis serangan persepsi UMNO BN.

Apa pun syabas atas usaha berkenaan...

Cukup cukuplah isu PMBK

0 comments
Bloger Kontroversi Kickdefella@Syed Azidi Dakwa Nik Aziz Arah Menantunya Letak Jawatan

KOTA BHARU: Bloger kontroversi, Kickdefella@Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendakwa bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan menantunya, supaya melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kickdefella membuat dakwaan itu dalam tampalan terbaru di laman blognya hari ini.

Menurut Syed Azidi, arahan tersebut dikeluarkan Nik Aziz semalam (Selasa).

Bagaimanapun, Syed Azidi mendakwa, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman enggan melepaskan jawatannya dan kini berada di Kuala Lumpur. Syed Azidi mendakwa Nik Aziz membuat keputusan tersebut setelah menilai satu laporan yang disedikan oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan juga pemimpin PAS Negeri dan juga Pusat.

“Saya percaya akhirnya Abdul Ariffahmi, akan bersikap rasional dan menerima nasihat menteri besar," kata Syed Azidi dalam laman blognya itu.

Syed Azidi telah mencetuskan kontroversi selepas Abdul Ariffahmi menamatkan perkhidmatannya di PMBK sebagai pegawai perhubungan korporat pada 10 November lalu.

Sehari selepas beliau dipecat, bloger yang dikenali sebagai penyokong kuat Nik Aziz dan juga PAS itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan pemecatannya dan juga mengancam akan mendedahkan segala penyelewengan dan juga salahguna kuasa di PMBK.

SPR : Jelas Kuli batak UMNO

0 comments

Hari ini penulis cuba membelek kembali berita akhbar digital Utusan Malaysia(UM), tentang DUN Seputeh Kedah, yang mana pihak mahkamah 'bersetuju' dengan tindakan speakker DUN Kedah yang menghantar surat kepada pihak SPR memaklumkan berlaku kekosongan pada kerusi DUN berkenaan. Adalah sah kena dan menepati tatacara aturan dan peraturan undang-undang DUN dan undang - undang tubuh kerajaan Negeri Kedah.

Semalam SPR lebih mendahului bekas calon UMNO BN Hassan , maknanya antara calon UMNO dan UMNO Kedah yang bersungguh-sungguh bersemangat dan beria-ria mempertahankan kerusi berkenaan adalah SPR, bukan UMNO Kedah dan BN Kedah.

Moral cerita kita fahami jelas agak 'keterlaluan' SPR Malaysia yang sepatutnya bertanggungjawab penuh melicinkan kerja-kerja mengurustadbir pilihanraya bertindak sebaliknya, sekaligus agensi ini mempertikaikan keputusan hakim dan jelaslah berlaku lagi satu penghinaan kepada bidang kehakiman negara ini.

Lainlah jika SPR itu duduk sebelah pihak yang dimangsakan, sekarang pihak yang dijadikan mangsanya bukanlah SPR tetapi ADUN Seputeh. Oleh itu bagi mengelakkan rasa janggal, maka 'dipaksa' ADUN berkenaan menfailkan rayuan ke mahkamah.

Jadi akhir jelan cerita LU FIKIRLAH sendiri !!!!


SPR kemuka rayuan Jumaat

DIKUCHING 17 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat ini supaya penguatkuasaan keputusan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah oleh mahkamah itu semalam, ditangguhkan.

Ia bagi membolehkan SPR membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya mahu meneruskan rayuan terhadap keputusan berkenaan menerusi proses undang-undang sehingga ke peringkat terakhir termasuk di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, menurutnya, ia bergantung kepada keputusan pada Jumaat ini sama ada rayuan untuk menangguhkan penguatkuasaan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu akan memihak kepada SPR atau sebaliknya.

‘‘Kita hormati keputusan mahkamah tetapi SPR akan melakukan rayuan berdasarkan proses undang-undang yang dibenarkan.

‘‘Seperti biasa, jika kita sudah mengetahui apakah keputusannya, SPR mempunyai 10 hari daripada tarikh kekosongan sesebuah kerusi DUN itu untuk melakukan pengumuman.

“Tetapi sekarang kita merayu penguatkuasaan keputusan itu ditangguhkan hingga ke peringkat yang akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh seterusnya mengundang satu lagi pilihan raya kecil.

Keputusan dibuat ekoran penyandang kerusi itu, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan Dewan itu secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abdul Aziz berkata, apabila keputusan muktamad sudah diperoleh sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi, maka SPR di bawah peruntukan undang-undang bertanggungjawab untuk mengisytiharkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini SPR akan menunggu proses undang-undang itu tamat terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihaknya tidak akan mengadakan apa-apa mesyuarat pada masa ini.

Permohonan mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Abu Hassan fail notis rayuan

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan beliau bukan lagi wakil rakyat kawasan tersebut.

Abu Hassan memfailkan notis rayuan tersebut melalui peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini pada pukul 1.35 petang ini.

Beliau mengesahkan salinan notis akan diserahkan kepada peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail dan Jabatan Peguam Negara bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, SPR yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said juga memfailkan permohonan serupa hari ini.

Semalam, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh di Kedah kosong setelah Abu Hassan gagal menghadiri dua sidang Dewan pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Hakim itu menyatakan, Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah (UTNK) jelas menyatakan berlaku kekosongan kerusi sekiranya Ahli DUN (ADUN) tidak menghadiri mesyuarat tanpa kebenaran Speaker bagi dua persidangan berturut-turut.

Keputusan Hakim Alizatul mengundang satu lagi pilihan raya kecil jika proses rayuan berakhir dengan mengekalkan ketetapan yang dibuat oleh beliau.

Sejajar dengan pengisytiharan itu, Abu Hassan secara rasmi tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Kedah selama tiga hari yang bermula hari ini.

Hakim Alizatul memutuskan demikian semasa membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Abdul Isa pada 1 Oktober lalu bagi mencabar keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Permohonan SPR bagi menangguhkan pilihan raya kecil yang sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengosongan kerusi tersebut akan didengar Jumaat ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya merupakan pengundi Melayu.

Wednesday, November 18, 2009

SPR: Kota Seputeh Macam Mana ?

0 comments


Kota Siputeh: Bergantung keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini tetapi bergantung kepada proses mahkamah seterusnya.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini, BN akan mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan bagi menimbangkan kembali keputusan tersebut.

Perdana Menteri berkata, BN akan tetap patuh serta menghormati apa sahaja keputusan pihak Mahkamah Rayuan terhadap kes tersebut.

"Ia adalah kes mahkamah, kita hormat keputusan mahkamah dan akan berkerja mengikut sistem yang ada, kalau kita boleh merayu, kita akan buat bermula dari situ.

"Kita akan patuh kepada apa jua keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Bio Malaysia 2009 di sini hari ini.

DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong selepas mahkamah mendapati kegagalan ADUN sebelum ini, Datuk Abu Hassan Sarif menghadiri dua persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah berturut-turut tanpa kebenaran speaker sebagai berasas.

Perlembagaan negeri itu menetapkan mana-mana ADUN yang gagal hadir secara berturut-turut sebanyak dua kali pada persidangan dalam penggal yang sama akan hilang jawatan mereka.

Abu Hassan gagal hadir pada persidangan 19 April dan 9 Ogos lalu.

Permohonan mahkamah dikemukakan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail yang mahu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya mengekalkan Abu Hassan sebelum ini disemak.

Tuesday, November 17, 2009

Perlu di baca: Analisa Masa depan PR ?

0 comments

Satu analisis: Kemenangan PR Kian Kabur?

Thursday : 12 November 2009 | 1:34 pm | admin

Seandainya Najib membubarkan parlimen keesokannya, mungkin penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang “taksub” sahaja akan mempercayai bahawa PR akan mengambil alih kuasa. 14 bulan lalu, ramai orang yang dingin-politik sebelum ini menjadi peminat pelan “16 September” oleh Anwar Ibrahim.

Sahabat saya yang juga seorang pengamat politik berkata, seandainya PRU diadakan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan datang, maka tugas pendukung demokrasi seperti kami adalah membantu pembangkang untuk mengharungi hari-hari setelah Barisan Nasional memulihkan majoriti dua pertiganya.

Sekiranya PR ingin menghambat kejayaan dengan momentum 8 Mac 2008, maka PR pada dasarnya perlu mengekalkan 40% sokongan Melayu, di samping memacu sokongan bukan Melayu kepada 80%. Momentum sedemikian membolehkan PR untuk memenangi kira-kira 100 kerusi di Semenanjung Malaysia, sebagai asas untuk memerintah di seluruh negara.

Namun, undi kaum Melayu kini kembali ke pangkuan UMNO secara stabil, walaupun sokongan terhadap PR belum jatuh ke bawah paras 40%. Dengan cepat undi kaum India beralih, kini mencecah nisbah 6:4 antara BN dengan PR. Hanya kaum Cina yang masih mengekalkan lebih 70% sokongan terhadap PR.

Namun, seandainya Najib mengumumkan peruntukan elaun kepada pelajar sekolah menengah cina persendirian RM1000 seorang setahun, malah membenarkan Pheng Yin Huah (Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Malaysia) untuk memulihkan satu atau dua buah sekolah menengah persendirian di Pahang, apakah angka ini akan jatuh ke 60%?

Mengapakah angin perubahan beralih arah dalam masa yang singkat? Selain pergelutan kuasa dalaman, masalah pokok PR adalah mereka memilih gelanggang yang salah.

Sebelum dan selepas 8 Mac 2008, pembangkang memiliki kelebihannya dalam tiga perkara yang berikut. Pertamanya, politik berbilang kaum yang sederhana; keduanya, politik kompeten dan integriti; ketiga, pendemokrasian. BN bertentang dengan ketiga-tiganya, tampil sebagai lambang politik ektrem dalam perkauman dan keagamaan, rasuah dan lemah, serta pemerintahan autoritarian yang menekan.

Najib berjaya menarik pengundi atas pagar

Kejayaan yang dikecapi “kerajaan baru Najib”, pada hakikatnya hanya menonjol dalam isu hubungan etnik dan agama. Keangkuhan UMNO, terutamanya selepas kemenangan mendadak pada PRU tahun 2004, merupakan punca kemarahan dan kekecewaan “pengundi atas pagar ” terhadap BN pada PRU tahun 2008.

Sekiranya UMNO-BN sanggup menginsafi kesilapan tersebut, malah tidak terus lagi dengan politik perkauman dan keagamaan, pengundi tersebut sudi memberi peluang kepada UMNO-BN. Seandainya kerajaan dapat menguruskan hubungan kaum dan agama, mereka sebenarnya tidak kisah dengan pemerintahan autoritarian, malah boleh bertoleransi terhadap rasuah pada tahap tertentu. Propaganda “1Malaysia” oleh Najib sebenarnya disasarkan kepada golongan pengundi sebegini. Momentum BN kini semakin melonjak, membuktikan bahawa strategi Najib adalah tepat.

Seandainya kita meneliti mesej dan dasar Najib, tidak sukar untuk kita menemui bayang “politik baru” Anwar dan “PAS untuk semua”. Oleh sebab BN menguasai kerajaan persekutuan, Najib memiliki syarat untuk melaksanakan terlebih dahulu dasar Anwar yang bersifat “inclusif”, lantas menghapuskan rasa permusuhan bukan Melayu terhadap UMNO. Seandainya “tumbangkan UMNO” bukan satu kemestian untuk orang bukan Melayu, maka UMNO akan menang dengan majoriti Melayu pada PRU yang akan datang.

Untuk menangkis serangan Najib secara “lembut” terhadap bukan Melayu, jalan keluar yang dimiliki PR adalah, melakukan sesuatu lebih daripada apa yang dilakukan oleh Najib, agar bukan Melayu merasai usaha dan keikhlasannya. Namun, PR berdepan dengan dua kesulitan jika berbuat demikian.

Pertamanya, memandangkan PR masih belum memerintah di peringkat persekutuan, maka Najib boleh terus “memplagiat” manifesto PR, menyebabkan usaha PR sekian lama disia-siakan begitu sahaja; keduanya, pemimpin Melayu dalam PR perlu mempunyai keyakinan yang lebih utuh, barulah dasar yang menjurus ke arah kesamarataan etnik dapat diketengahkan, malah tidak takut difitnah UMNO dan lidahnya sebagai pengkhianat bangsa/agama.

Bertitik tolak dari itu, dasar etnik PR yang sedia ada dilihat terlalu “mesra kepada bukan Melayu”, dari kaca mata sesetengah pemimpin PR. Dasar dan hujah kerajaan PAS Kedah, Exco Selangor Hasan Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi dan sebagainya, pada hakikatnya menyumbang kepada persepsi bahawa UMNO lebih sesuai untuk memimpin Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Pilihan PR: Kompeten dan Integriti

Setelah kehilangan kelebihan dalam isu hubungan etnik-agama, yang paling mudah didominasi, PR kini memiliki satu lagi pilihan, iaitu politik yang memberi penekanan dalam kompeten dan integriti. Dalam isu ini, kerajaan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) Pulau Pinang adalah jawapan terbaiknya. Selangor dan Perak (sebelum dirampas kuasa oleh BN) juga menekankan “good governance” yang mirip kepadanya.

Apa yang terselindung di sebalik wacana ini, boleh menjadi “kesedaran demokrasi”, malah juga boleh menjadi “pemerintahan autoritarian ala-Singapura”. Malangnya, wacana Good Governance yang diketengahkan oleh PR lebih mirip kepada “ala-Singapura”. Malah, sesetengah negeri secara terus-terang mengakui bahawa pembangunan ekonomi adalah matlamat yang paling mustahak, dan reformasi politik boleh dikemudiankan.

Pandangan “Stupid, it’s economy!” yang mesra kepada korporat ini, bukan sahaja boleh mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam syak wasangka “terlalu mesra bukan Melayu”, di samping kemungkinan menonjolkan dilema ahli politik PR yang takut untuk menjauhi bidang perniagaan.

Laporan Ketua Audit Negara yang memberi penilaian positif terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Selangor meskipun merupakan kejayaan strategi ini, tetapi, kelebihan dalam pembangunan ekonomi sebenarnya dimiliki kerajaan persekutuan. Penekanan kepada ekonomi secara berlebihan sebenarnya menonjolkan kelebihan musuh PR. Lain kata jikalau rakyat dapat merasai kelebihan PR untuk mentadbir negara, kalau tidak, kerajaan negeri PR yang dibelenggu dengan situasi kini (belum mengambil alih kuasa pemerintahan peringkat persekutuan) akan dihindari pengundi.

Di samping itu, “politik kompeten dan integriti” sebenarnya menonjolkan kepentingan sesebuah kerajaan yang kuat (strong government). Selain Pulau Pinang dan Kelantan, kerajaan negeri PR yang hanya menang tipis dengan majoriti mudah telah berdepan dengan ancaman dan godaan BN untuk menarik ADUN PR. “Politik kompeten dan integriti” ini selalunya menonjolkan kelemahan PR untuk bergelut sesama sendiri.

Sekiranya Najib berani untuk memancung kepala beberapa orang perasuah, untuk menunjukkan tekadnya dalam usaha membanteras rasuah, maka politik yang memberi penekanan terhadap “kompetan dan integriti” ini mungkin juga menjadi kelebihan Najib, seperti hubungan kaum/agama.

Satu-satunya isu yang kelebihannya tidak dimiliki Najib (gambar kiri) ialah “pendemokrasian”. Seandainya Najib berusaha ke arah pendemokrasian, maka “sistem satu parti yang berpilihan raya” oleh UMNO akan ditamatkan. Biarpun BN masih mengekalkan kuasa pemerintahannya, namun dalam satu sistem yang demokrasi, UMNO tidak mungkin melakukan sesuatu sesuatu sewenang-wenangnya. Maka dasar dan Good Governance yang memanfaatkan semua rakyat akan terlaksana. Ini menjelaskan mengapa Najib enggan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), enggan membebaskan media, enggan mereformasikan sistem pilihan raya, enggan menubuhkan IPCMC…

Pendemokrasian dan reformasi sistem adalah satu-satunya isu yang memberi kelebihan mutlak kepada PR. Ini kerana sama ada Najib cuba menyaingi PR (melakukan sesuatu yang lebih daripada PR) atau tidak, PR tetap akan mengecapi keuntungan daripadanya. Namun, ini jugalah bidang yang mana PR paling tidak berusaha dengan sungguh-sungguh. Bukankah ia pelik?

*Artikel ini ditulis dalam bahasa Cina oleh penganalisa politik, Wong Chin Huat. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

DBP rugi sokmo setahun RM24 juta ?

0 comments
Membaca artikel DBP mesti rugi setiap tahun menyentap semangat penulis. Dengan capaian catatan hutang RM40 juta setahun amat mengejutkan. DBP atau Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956 seiring dengan hasrat kerajaan bagi memperkasakan BM sebagai bahasa kebangsaan. Dan mahukan rakyat Malaysia kelak menyanjungi dan santuni bahasa dalam semua segmen kehidupan mereka (semua kaum di Malaysia).

DBP juga sepanjang usia tersebut melalu tranformasi pimpinan dan kepimpinannya. Maka zaman era Dr M, semua agensi kerajaan di swastakan, termasuklah juga dengan DBP. Bagi semua agensi yang diswastakan maka tidak semua agensi atau badan berkanun berjaya. Sebaliknya menjadi liabilti kerajaan. Dasar Penswastaan cuma dapat memajukan agensi serta badan berkanun tertentu sahaja, sebagai contoh Telekom, POS sikit berjaya, KTMB dan lain-lain lagi yang gagal menyerlah prestasi selepas diswastakan.

Maka semua keberhutangan DBP itu ditanggung oleh rakyat iaitu kita. Katakan cukup dan hentikan, PRU 13 minta semua ubah segera kepimpinan yang gagal merencana kejayaan mentadbir kerana gagal mengurus negara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Pahang diperintah 'selesa' bawah Dato Nan ?

0 comments
Hebat Najib sebagai PM. TKPI Najib dengan keretapi bagaimana KPI Najib dengan kerajaan negeri-negeri, apa teguran yang wajar dibuat dan mahu dibuatnya. Ini kerana negeri asal tumpah darahnya iaitu Pahang Darul Makmur yang sentiasa disebutnya makmur , kelmarin membentangkan Belanjawan 2010 yang defisit bukan kali pertama tetapi kali ke 12.


Jika kerajaan pembangkang dah lama Najib suruh media 'buka'kan. Tetapi Pahang tutup serapat-rapatnya. Najib memang hebat, lihat sahaja bagaimana kes PKFZ ditutup, kes Kartika tutup, kes video Lingam tutup kes. Kesimpulannya semua kes-kes besar DITUTUP Najib.Tetapi bila pimpinan PR buat 'kesalahan' dan ada peluang semuanya dibuka, maka berkejar-kejarlah SPRM yang sepatut bertanggungjawab terus kepada YDPA, tetapi nampak ikut telunjuk kerajaan. Terbaru kes tajaan ke Meca oleh TGNA yang dikatakan bernilai RM65,000. Terbaru Azmin Ali dikhabarkan miliki saham RM8.1 juta.


Malang bagi rakyat Pahang, SPRM asyik jalankan kerja siasatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat, sebaliknya namun negeri Pahang yang makmur ini gagal dimanfaatkan kemakmuran nya. Jelas pimpinan negeri Pahang, pimpinan negeri khasnya gagal dan tidak kreatif dalam menjana ekonomi negeri. SPRM tidak diajak bagi mempersoalkan apa pimpinan UMNO BN lakukan. Saman RM63 juta tertanggung dek kerajaan negeri, gara-gara Dato Nan dan UMNO dengan kes balak, dikatakan bakalan menyusul kes saman RM100j yang semua bakal membebankan rakyat.


Bandingkan kesejahteraan rakyat Kedah bawah PAS yang diterajui Ust Azizan , hanya seorang ustaz 'cemerlang' dalam pentadbirannya. Bukti adalah Ketua Audit Negara memuji kerajaan Kedah dalam laporan dan teguran auditnya tempoh hari.


Inilah jika sesebuah kerajaan terlalu amat lama memerintah, banyak 'penyelewengan' dan sikap ambil mudah memerintah ditambahi dengan sikap 'kurang cakna' dan 'tak pa' rakyat kita khasnya orang Pahang, menjadikan Dato Nan serta rakan-rakan 'selesa' dan langusng tidak rasa bersalah kekal memerintah Pahang dengan aman dan damai. maka jadilah pimpinan kerajaan bawah ketua UMNO terus gah dan berlagak seumpama merak.

Monday, November 16, 2009

DUN Seputeh Kedah KOSONG ?

0 comments

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah ekoran kegagalan wakil rakyatnya menghadiri dua persidangan dewan itu berturut-turut.

ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah. – Utusan.

Imej dicalarkan atau imej dipulihkan ?

0 comments
Isu besar negara adalah isu media 'mengerjakan' TGNA gara-gara beliau ditaja oleh pihak tertentu ke Meca dengan nilai tajaan sejumlah RM65,000. Angka tersebut bagi kita adalah satu angka yang besar, terutama bagi golongan marhein seperti PAS.
Media 'berjaya' memutarkan minda rakyat bila bertemu wang tidak kira siapa sahaja.Hatta orang yang warak dan alim. Dan inilah yang rakyat ditenggapkan atau dipersepsikan oleh media. Bagi media soal benar atau tidak benar itu adalah persoalan kedua.
Kerja 'merosakkan' imej adalah kerja halus yang digerakkan oleh musuh khasnya musuh PAS dengan memberi imej buruk TGNA. Kini UMNo sudah berjaya 'melemahkan' imej TGHH Presiden PAS dengan isu kerajaan muqabalah. Justeru itu sokongan rakyat terhadap TGHH mula dipersoalkan khasnya ahli-ahli rakan Pakatan. Inilah perangkap yang memeranagkap TGHH dan kini imej beliau tercalar dan sukar dipulihkan dalam masa terdekat.
Dalam soal ini kerajaan perpaduan yang ditaja UMNO adalah tidak ikhlas. UMNO kini mahu memulihkan imejnya yang 'suram' selepas PRU12, imej UMNO tidak releven pada massa kini mahu disanggah dan dinyahkan. UMNO mahukan sokongan rakyat dikembalikan. Nampaknya UMNO mulai sudah berjaya.

Pahang Defisit 2010 ?

0 comments

Negeri Pahang kekal berturut-turut selama 12 tahun tanpa henti membentangkan Bajet Defisit. Semalam DUN Pahang dibentangkan sekali lagi Belanjawan Negeri bagi tahun 2010 dan masuk tahun ke 12.

Apa yang menarik senario Defisit di DUN Pahang kurang mendapat perhatian dan serangan media arus perdana. Malahan momentum rakyat Pahang sendiri tidak teruja dengan apa yang berlaku di Pahang.

Maka jadilah Pahang negeri selamat bagi UMNO BN. Malah sebaliknya MB Pahang lahir sebagai tokoh kontroversi kepada UMNo dengan cadangan dan saranan idea yang sokmo mencanggah arus pucuk pimpinan dan kekal gunakan sajak songsang.





Kerajaan BN Pahang bentang bajet defisit 12 tahun berturut-turut

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob membentangkan bajet defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut bagi tahun 2010, pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12, di bangunan Dun, Jumaat lalu.

Bagaimanapun menurutnya, ia berkurangan kepada RM92.48 juta berbanding defisit tahun lalu, RM98.61 juta.

Beliau berkata, sebanyak RM814,365,760 diperuntukkan dalam bajet 2010 membabitkan RM571,871,950 untuk Perbelanjaan Mengurus dan sebanyak RM242,493,810 bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan.

”Bajet bagi 2010 masih dalam keadaan defisit iaitu RM92,481,950,” katanya.

Adnan berkata sumbangan ekonomi negeri itu masih lagi berasaskan pertanian dan industri asas tani.

Bagaimanapun, katanya, berlaku sedikit perubahan kepada struktur ekonomi negeri apabila sumbangan sektor pembuatan mengatasi sektor perkhidmatan.

Katanya, sektor pembuatan menduduki tangga kedua berbanding tangga ketiga sebelum ini dan ini membuktikan struktur ekonomi negeri sudah bergerak ke arah aktiviti ekonomi peningkatan nilai tambah.

“Dalam aspek pendapatan per kapita pada tahun 2005 pula ialah RM6,648. Kerancakan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM8,245 pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, strategi bajet bagi tahun depan ialah mengurangkan jurang defisit dengan meningkatkan hasil melalui penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan tambahan seperti royalti air dan perlombongan di samping penjimatan dalam perbelanjaan tanpa mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Adnan berkata, beliau ingin membetulkan persepsi bahawa kononnya negeri ini masih mempunyai tanah luas.

Sebenarnya, sebahagian besar keluasan tanah negeri ini yang berkeluasan kira-kira 3.6 juta hektar dirizabkan untuk Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai,” katanya.

Kerajaan Negeri berusaha mengambil tindakan positif bagi mengekal dan memelihara khazanah hutan demi kepentingan negara dan pewartaan kawasan hutan sebagai kawasan tadahan air dilaksanakan selaras dengan kehendak dan dasar :Kerajaan Persekutuan.

Katanya, sehingga kini kerajaan mewartakan kawasan hutan seluas 972,839 hektar sebagai kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan semua aktiviti pembalakan sedangkan nilai komersial hasil hutan itu boleh memberi pulangan kepada kerajaan negeri melebihi RM28.1 bilion.

“Saya berharap kesanggupan Kerajaan Negeri berkorban demi kepentingan negara dengan wartakan kawasan begitu luas sebagai tadahan air, akan diberi perhatian serius Kerajaan Persekutuan.

:“Jika semua kawasan hutan negeri ini dihapuskan, ia bukan sahaja jejaskan bekalan air negeri ini tetapi bekalan air ke Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan Perak terjejas kerana paras air sungai utama di negeri-negeri berpunca kawasan tadahan air di gunung dan bukit-bukau di Pahang.

:Beliau berkata, Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan RM280 juta setahun sebagai pengorbanan mewartakan kawasan hutan tadahan air, namun Kerajaan Persekutuan belum bersedia menimbangkan permohonan itu.

“Saya akan usulkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap permohonan ini dipertimbangkan dengan baik,” katanya.

Paparan dan dapatan Op Sikap ?

0 comments
Sudah tahu berbahaya melintas jalan terutama di jalan raya yang sibuk, jangan pula mempertaruhkan nyawa sendiri. Gunakanlah jejantas yang disediakan. Gambar ini dirakamkan di hadapan Kompleks Teruntum, Kuantan. Malah, di situ terpampang tulisan amaran supaya orang ramai menggunakan jejantas bagi mengelak kemalangan.
Seribu 1 tafsiran sikap yang dapat diungkapkan berdasarkan foto yang terpapar. Sampai bilakah jika bengini kempen Ops Sikap akan berjaya ?

Thursday, November 12, 2009

Pimpinan & Kempimpinan: PAS wajar gerakkan jentera memperjelaskan isu ini

0 comments
Tahun 2008 adalah PRU ke 12, Pakatan pembangkang yang mengelarkan nama mereka dalam 1 Pakatan iaitu Pakatan Rakyat (PR), megah dan gagah menawan 5 buah negeri. Sama ada dirancang, atau terancang atau terduga atau luar dugaan itu adalah kemenangan yang wajar diterima dan diurus, kerana selama hari ini pun itulah matlamat akhir dan kehendak mereka. Maka uruslah mereka. Negeri Kelantan mendahului negeri terawal ditangan PAS lebih 19 tahun mampu bertahan. 4 buah negeri Kedah, P Pinang, Perak dan Selangor adalah 4 buah negeri yang baru dimenangi melalui PRU ke 12 yang lepas.

Penulis ingin menfokuskan tentang apa yang berlaku sekarang dalam parti PAS, iaitu jemaah yang dicemburui dan diperhatikan dengan penuh minat oleh semua. Parti Alternatif ( walaupun istilah parti alternatif UMNO enggan digunakan oleh rakan penulis. Beliau lebih suka parti pilihan ).

Semalam penulis mengembara untuk menziarah bapa saudara yang bakal menunaikan fardu haji kali ini. Pemilihan jemaah ke Meca kali ini juga satu hal yang menarik juga jika mahu diperbahasakan.

Berbalik dengan isu PAS diperhatikan, penulis berkesempatan bertemu dengan beberapa orang ahli-ahli PAS, malah dalam ramai yang ditemui semua bercakap tentang apa yang berlaku 'kini' dalam PAS. Rata-rata mahukan penjelasan yang sebenar-benar daripada penulis tentang apa yang berlaku kini. Terasa penulis 'megah' diri kerana memperjelaskan tentang apa yang berlaku, tetapi dalam hati apa yang penulis perjelaskan itu adalah daripada persepsi diri penulis, bukan duduk pendirian sikap PAS yang sebenar, malah PAS juga kini bermazhab-mazhab yang mana masing-masing pemimpin tafsir dan berikan pandangan berdasarkan pendirian dan fahaman masing-masing. Itulah sebabnya orang bawahan dan orang awam menerima tafsiran yang pelbagai.

Merujuk semula dengan sikap dan pandangan ahli akar umbi, luahan keluhan dan pandangan yang diberikan oleh beliau kepada penulis, rata-rata penulis dapat simpulkan soal asas iaitu kepimpinan dalam PAS. Justeru hujah yang diberikan oleh Dr Abu Hassan Hasbullah dalam wacana 7 November 2009 di taman Melewar tempoh hari adalah dapatan yang tepat. Iaitu rakyat yang mendasar melihat kepimpinan PAS itu sebagai liabiliti.

Hatta beliau melihat kemelut kepimpinan dan pemimpin peringkat kawasan yang beliau berada sama seperti dengan apa yang berlaku kini peingkat atasan. Ini semua melemaskan dan mencemaskan beliau. Belaiu mendesak kepada penulis supaya PAS kena agresif bergerak membuat penjelasan kepada ahli-ahli bawahan khasnya dan rakyat amnya tentang situasi kini yang berlaku.