Thursday, December 31, 2009

Harapan rakyat Imej UiTM yang baru ?

UiTM mendapat Naib Canselor baru dan harapan rakyat dapat imbangi imej UiTM dibawah Abu Shah yang memberi pelbagai signifikan kepada UiTM.

Prof Sahol Hamid adalah seorang ahli akademik yang diharapkan dapat membina imej UiTM sebenar-benar sebagai pusat pengajian tinggi terulung di negara khas dalam melahirkan cendikiawan Melayu yang berdaya saing.

Harapan ini tergalas kepada Dr Sahol.


Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar Naib Canselor Baru UiTM

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa esok (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

Pada masa yang sama beliau juga merupakan segelintir daripada tenaga pengajar dari Malaysia yang dilantik sebagai profesor di universiti antarabangsa.

Setiap tahun sejak tahun 2000, Prof Dr Sahol mengajar beberapa kursus pada peringkat ijazah lanjutan dan mengawalselia program penyelidikan Phd di Universiti Stuttgart, Jerman.

Di atas sumbangannya itu, beliau akan menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Stuttgart pada November depan.

Sebagai tenaga staf akademik UiTM pula, Prof Dr Sahol bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan melaksanakan pembinaan 9 bangunan utama dan kampus termasuklah menara kembar 20 tingkat Kompleks Kejuruteraan UiTM, Masjid UiTM dan Hotel UiTM.

Beliau juga bertanggungjawab merancang, menyelia dan membina kampus Pahang, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perlis dan Pulau Pinang.

Ketika beliau dilantik untuk mengetuai kampus Pulau Pinang, Prof Dr Sahol telah memperkenalkan program mendekatkan kampus dengan masyarakat melalui program tuisyen kepada murid-murid sekitar yang dikendalikan oleh pelajar UiTM sendiri.

Program ini menjadi sangat terkenal sehinggakan ketika perasmian kampus Pulau Pinang oleh perdana menteri, lebih 12,000 orang telah membanjiri kampus berkenaan.

Dengan kepakaran yang beliau ada, Dr Sahol telah dilantik untuk mengetuai Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan universiti awam negara.

Program Apex iaitu Program Pemacuan untuk Kecemerlangan atau Accelerated Program for Excellence yang mana Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih sebagai universiti yang pertama untuk menerajui program ini adalah merupakan salah satu daripadanya.

Beliau juga bertanggungjawab merangka Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan juga agenda kritikal pengajian tinggi yang merupakan antara komponen terpenting pelan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof Dr Sahol juga bertanggungjawab memperkenalkan program ePMO iaitu satu sistem yang dapat menjejaki perkembangan pelan strategik pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh semua universiti awam negara termasuk KPI Kementerian.

Wednesday, December 30, 2009

Episod hitam ?

Pepatah Melayu ada menyatakan tidak dapat ...tanduk pun dipulas juga. Demikianlah persepsi persengkokolan media dan agen kerajaan UMNO BN dalam kerangka 'mengerjakan' PAS amnya dan PAS Kelantan khasnya.

Setelah serangan fasa demi fasa serta episod demi episod Tn Guru MB Besar tidak berjaya ditumbangkan. Bermula dengan kerajaan Perpaduan kepada para exco sekeliling dan kini kepada anak buah barisan exco. Terbaru setiausaha politik kepada Dato Paduka Husam Musa iaitu Dr Rosli dijadikan sasaran gara-gara membawa lari 'anak orang' dan berkhawin secara paksa seperti yang di dakwa.

Media memainkan isu ini sudah masuk hari yang ke 3. Semalam rumah Dr Rosli diserbu oleh sepasukan 'rakyat' yang perihatin bagi menangkap Dr Rosli bersama dengan mertuanya bersama yang menjadi 'dalang' dan hero utama dalam episod ini.

Dan kita nantikan kesudahan ceritanya di tamatkan bagaimana ?

Tuesday, December 29, 2009

BN berhak dan wajar terus berada dalam zon selesa

Kita amat bersetuju agar BN sentiasa berada dalam ZON SELESA. Sebabnya semua usaha memberi imej dan persepsi bukanlah dibuat sepenuhnya oleh jentera BN, tetapi adalah dijalankan dan dilaksanakan oleh jentera kerajaan, hatta termasuklah juga jentera BTN itu yang dimiliknegarakis an bawah pentadbiran UMNO.

Selain itu, sekelompok dan sebahagian besar para pemikir khas dan pemikir secara terhutang budi kalangan cerdikpandai di IPTA yang terus memberi impak sokongan moral dan buah fikiran dalam terus memperkasakan BN di mata rakyat dijalankan berterusan. Hatta mana-mana pegawai besar yang sudah diintroduksikan diri, minda, pemikiran, gaya dengan BN dan kerajaan Bn adalah segala-galanya.

Ini adalah hakikat yang membenarkan bahawa BN sentiasa berada dalam zon selesa. Cumanya kesugaran pemimpin dan kepimpinan seperti Najib yang baru naik tahkta tentulah perkara ini jangan berlaku dan mahu kesiap saigaan BN pada setiap masa dan saat.

Kempen 1Malaysia Najib kini nampak 'terjual' dengan laris sekali dan diterima oleh kebanyakan rakyat. Ini adalah hasil dapatan kajian Dr Abu Hassan pendedahan maklumat ini tempoh hari semasa dalam majlis Konvesyen Blogger PAS di taman Melewar.






BN Perlu Elak Berada Dalam Zon Terlalu Selesa - Najib

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada berada dalam zon terlalu selesa untuk memastikan anggotanya tidak hilang semangat berjuang ke arah mencapai kejayaan lebih besar lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kejayaan demi kejayaan yang dicatat mungkinmenyebabkan timbul anggapan sudah berada pada satu tahap yang baik sekarangsehingga menjadikan BN terlalu selasa dan hilang semangat untuk berjuang lebihgigih lagi.

"(Kita kena) ubah perasaan (berada) dalam zon terlalu selesa, (jangan lupa) misi dalam perjuangan kita (ialah) untuk bawa parti dan negara kita ke arah kejayaan yang lebih besar pada hari muka nanti," katanya semasa merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini, hari ini.

Katanya, parti-parti politik seperti BN yang telah lama wujud dan menjaditunggak kepada satu negara ataupun berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaannegara tersebut, boleh hilang kuasa jikalau parti itu tidak melakukan perubahan.

"Apatah lagi kalau parti itu sudah tidak relevan lagi, dilihat jasanya hanya dalam lipatan buku sejarah, tapi tidak mampu tangani tuntutan perubahan yang diingini rakyat terutamanya generasi muda," tegas beliau.

Najib berkata, perjuangan BN dalam mengurus tadbir negara dan juga daripada segi pengurusan politik bukannya mudah ekoran keunikan Malaysia iaitu kepelbagaiannya yang merentasi segala dimensi kehidupan rakyat.

Namun, Perdana Menteri berkata, dalam cabaran mentadbir 13 buah negeri dengan pembahagian kumpulan etnik yang begitu banyak serta mentadbir 13 buah parti komponen BN, perjuangan BN boleh dikatakan berjaya berlandaskan ukuran yang Malaysia dianggap sebuah negara cemerlang selama ini.

Beliau berkata, BN akan dijadikan sebagai parti yang lebih menarik, lebih 'umph' dan yang mampu melakukan perubahan dan menurutnya sebagai parti yang berkuasa hari ini, BN mampu lakukan semua itu.

"Yang kita hendak ialah BN dilihat sebagai parti yang menjadi juara rakyat, parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat kerana pembangkang hanya ada satu objektif sahaja dan tiada satu ideologi, di mana objektif tunggal itu jatuhkan BN.

"Apakah parti yang hanya berdiri (berpegang) pada satu tujuan boleh pimpinnegara ini? Oleh itu, yakinlah BN "is still the party" dengan syarat kitasentiasa menyegarkan imej BN dan sentiasa dilihat sebagai parti progresif dandinamik, jangan berbalah antara kita," katanya.

Mengenai PBRS, Najib berkata walaupun PBRS dianggap sebagai parti yang kecilsecara relatifnya tetapi parti itu tetap berada di hati sanubaripemimpin-pemimpin BN kerana kesetiaan, komitmen dan kepercayaannya terhadap perjuangan BN tidak pernah luntur selama ini. "Saya gembira melihat obor perjuangan BN masih marak membakar di hatituan-tuan dan puan-puan.

"Saya percaya PBRS akan terus menjadi rakan setia BN kerana saya dapat lihat semangat kuat, dalam kongres ini pun nampak sekali," katanya kepada perwakilan yang hadir, sambil mengucapkan tahniah kepada Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup bagi kepimpinannya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata, setiap parti komponen BN tanpamengira saiz, sama ada besar atau kecil mempunyai peranan dan sumbangan yangboleh dilakukan oleh mereka.

"Ini disebabkan kalau kita cantumkan sokongan yang boleh disumbangkanmelalui setiap parti komponen dalam satu-satu kawasan pilihan raya, bererti akantambah kekuatan kita (BN).

"Ada sesetengah tempat, parti komponen tertentu lebih kuat daripada partilain tapi bagi kawasan lain pula, parti lain lebih kuat daripada parti tadi.

"Jadi kalau kita pegang kepada prinsip BN yakni kita sokong sesiapa saja yangdipilih mewakili sebagai calon BN, kita akan dapat sokongan sangat padu,"katanya menjawab soalan sama ada saiz sebuah parti itu relevan dalam menyumbangkepada BN.

Kurup dalam ucapannya pula berkata, dalam usaha melakukan perubahan terhadap PBRS, parti itu sudah sedia untuk meminda perlembagaannya bagi memperkasakanlagi parti supaya dapat memberi kekuatan tambahan kepada BN.

"Ada orang menyelar parti kita sebagai parti luar bandar... parti kita kecil.Sebenarnya saya gembira kerana mempunyai talian rapat dengan rakyat luar bandardan merekalah sebenarnya intisari perjuangan PBRS dari mulanya.

"Malah parti kita merupakan salah satu parti pertama bersama dengan BN yangturut sama membina asas perjuangan BN di Sabah sejak tahun 1994, kita telah membuktikan banyak pengorbanan," katanya dan menurutnya PBRS kini mempunyai79,521 ahli berbanding 75,579 ahli pada April tahun lalu.

Dalam usaha membasmi kemiskinan, Kurup berkata PBRS mencadangkan peruntukankhas dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan penubuhan pasukan khasuntuk mengambil tindakan konkrit dan lebih menyeluruh.

Parti itu turut menggesa satu jawatankuasa khas dibentuk untuk mengkajipemberian biasiswa kerajaan dan pengambilan pekerja dalam perkhidmatan awam yang lebih adil bagi membolehkan lebih banyak anak Sabah mendapat peluang itu.- B

Amanat PJ PAS Pahang kepada petugas

Gambar 2: PJ PAS Pahang dengan nada kesungguhan memperjelaskan sesuatu kepada para perserta

Gambar 1: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan amanah kepada ahli

Jerantut: Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang dalam rangka mensasar Pahang adalah sebagai negeri ke 7 bakal jatuh ke Pakatan Rakyat pada PRU13 masa depan. Bagi merealisasikan usaha tersebut semua jentera parti telah ditaklimatkan dan bergerak dengan kuasa maksimum. Dan rakyat telah dijanjikan masa depan mereka insyallah adalah menjadi agenda dan fokus utama atau KPI utama kerajaan Pakatan nanti.

Ini adalah intisari penegasan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertemua dengan semua kepimpinan PAS Negeri Pahang baru lalu. Program pengauditan lajnah-lajnah atau downline PAS adalah dalam kerangka memastikan piawaian minimum standart parti setiap kawasan dapat dipenuhi serta bersiap siaga.

Selain itu juga, pihak PAS Kawasan dapat memainkan peranan sebagai 3 fungsi utama iaitu sebagai medorator,faslitator, executor. Menjadi murabi dalam kaedah pemahaman islamnya.

Kini PAS bukan lagi keseorangan dan PAS memerlukan kawan dan

Monday, December 28, 2009

Sandiwara belaka: Penyokong minta keluar Pakatan

Adalah sesuatu yang pelik semalam dan hari ini media memberi "liuputan luarbiasa' kepada beberapa puluh orang ' penyokong PAS' bukan ahli PAS pun yang berarak ke hadapan pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut barangkali mendesak agar PAS Selangor sahaja KELUAR daripada Pakatan Rakyat.
Alasan KELUAR adalah DAP memperalatkan PAS. Jika puluhan tahun GErakan berkuasa di Pulau Pinang tidaklah ahli-ahli UMNO PP minta keluar dari Gabungan BN, tiada lah pulak alasan diperalatan oleh Cina Gerakan. Masanya cukup lama.
Semalam, tiada polis yang berkawal. Kelaziman Polis cukup cepat menghidu dan mengesan mana-mana Himpunan Haram itu, lebih-lebih lagi anjuran PAS. Media khasnya media elektronik jarang memberi liputan berita utama jam 8.00 mlm. Semalam cukup luar biasa liputannya.
Sebaliknya dalam keghairah itu, pembaca berita itu sendiri menyatakan 'tiada langsung kelibat' pimpinan PAS khasnya daripada PAS Kawasan Shah Alam.
Selain itu, melihat susuk gaya cakap dan lagaknya tiada menampakkan pemuda berkenaan macam penyokong PAS.
Rumusannya inilah kata arwah Dato Fadzil Noor SANDIWARA belaka. Perkataan inilah yang menyebabkan UMNO marah sangat.

Friday, December 25, 2009

TAHNIAH MEREKA YANG CEMERLANG

Semoga kecemerlangan akademik, seiring dengan kecemerlangan akhlak. Mukhtahir ini kebanyakan para pelajar tidak terdidik dengan didikan kerohanian. Pengalaman penulis sendiri melalui proses ini dan hal ini dipandang enteng. rata-rata sekolah lebih menekan dan memberatkan dengan pemberatan soal akademik berbanding dengan akhlak.

Jelas kesannya akan kita kesani selepas 20 tahun mereka yang cemerlang ini, terjun dalam masyarakat. Hanya Islam sahaja penyelamat segala-galanya. Kita tiada pilihan lain selainnya.

Thursday, December 24, 2009

Gangguan media awal tahun Hijrah

Bila media dalam berita melaporkan tentang perkahwinan sensasi Bung Raden Kinabatangan dengan artis seksi Zizie. Media laporkan penafian Bung dan dolak dalik Zizie dengan ayat 'biasalah artis bercakap gitu gini'. kalau tidak cakap begitu bukan artis Malaysia.

Namun hari ini, dilaporkan KDN entah bila pulok membuat inkuri umum atau lebih tepat survey tentang ISA. Satu Akta yang anti demokrasi, katanya 'tinggalan penjajah' , satu dokumen usang. Sementelahan pula dunia kini tanpa sempadan (mereka juga yang canang kita harus berubah sesuaikan dengan zaman). Ketakutan, kebimbangan, ketidaktentuan hala tuju berfikir dan ketidakyakinan mereka kepada diri (kerajaan yang ada) dengan izin tidak membenarkan mereka bagi menghapuskan terus ISA dibumi Malaysia.

Maka banyak faktor, para pemikir mereka juga bersetuju ISA wajar kekal kerana bukan namanya ISA tetapi kepentingan kekuasaan mereka itu adalah segala-galanya. Justeru kesilapan sekali sahaj mereka akan mengundang padah seumur hidup. Membenarkan ISA kekal adalah seumpama memberi 'nyawa' kepada jangkahayat kerajaan UMNO BN.

Demi mengekalkan kekuasaan mereka, mereka 'sanggup' menyogok para cerdik pandai , media, kalangan PTD bersama-sama dengan mereka. Kekal kan minda rakyat dan buat apa sahaja yang penting kerajaan UMNO BN kekal lagi dalam tempoh 1 dekad akan datang.

Pembohongan 'besar' UMNO BN adalah akan 'membinkan' apa sahaja keputusan mereka dengan ayat, demi rakyat, kerana rakyat, dari rakyat. Maka segala-galanya rakyat.

Benarlah kata-kata Dr Abu Hassan [UM], media ienternet adalah 'pilihan utama' atau 'selera anak muda' bagi mengekalkan laluan mereka tidak 'ditolkan'. Mereka mahu bebas dan tidak mahu terganggu.

Rumusannya media kita 'belum lagi sedar', walaupun kita sudah memasuki beberapa hari dalam tahun HIJRAH. Mereka masih kekal cara lama, berfikiran masih sama, entah bila mahu hijrah pemikiran mereka. Pemikiran mereka masih belum merdeka, cara fikir inikah minda media kelas pertama. Semua ini adalah sekadar RETORIK sahaja.


Enam Sesi Pertemuan Awam, KDN Setuju ISA Dikekalkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan enam sesi Pertemuan Awam dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan masing-masing bersetuju akta itu dikekalkan bagi tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau tindakan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima isu pokok telah dikenalpasti yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan akta tersebut.

Aspek-aspek tersebut melibatkan kuasa-kuasa menteri, tempoh tahanan, hak-hak dan layanan terhadap orang tahanan, persepsi umum bahawa pelaksanaan akta itu bagi tujuan politik dan penahanan tanpa bicara, menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, enam sesi pertemuan itu melibatkan agensi penguatkuasa, badan bukan kerajaan, pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli politik, anggota parlimen, pengamal media dan orang awam bagi mendengar pandangan serta mendapatkan buah fikiran daripada semua pihak berkenaan.

Katanya, tindakan itu dibuat selaras dengan pengumuman dan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar akta itu dikaji semula secara terperinci dan sehubungan itu KDN telah menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang yang bertanggungjawab untuk menyemak dan mengkaji peruntukan-peruntukan dalam akta itu, prosedur pelaksanaannya serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

Hishammuddin berkata, KDN telah mengambil langkah lanjut dengan mengadakan lima sesi perbincangan bersama kumpulan-kumpulan fokus yang telah dikenal pasti bagi memberi peluang dan ruang yang lebih kepada ahli-ahli kumpulan tersebut bagi meneliti serta mengemukakan pandangan dan cadangan terhadap isu-isu yang telah dikenal pasti serta cadangan terhadap pindaan akta itu.

"Saya ingin memaklumkan bahawa hasil daripada pertemuan itu, Jawatankuasa Teknikal sedang di peringkat akhir untuk meneliti setiap pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan semasa sesi-sesi tersebut sebelum sebarang pindaan dibentangkan di Parlimen," katanya.

Beliau berkata, ISA merupakan undang-undang pencegahan yang sangat penting dan sebarang penggubalan atau pindaan berhubung kait dengannya memerlukan kajian serta penelitian yang terbaik.

Jawatankuasa teknikal itu juga katanya turut membuat perbandingan undang-undang sedia ada yang diamalkan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat (USA Patriot Act 2001 & Homeland Security Act 2002),Australia (Terrorism Act 2005), United Kingdom (Terrorism Act 2000), Singapura (Internal Security Act 1963), Tanzania (Tanganyika Preventive Detention 1962), Bangladesh (Special Powers Act 1974), Ghana (Preventive Detention Act 1958), Israel (Emergency Powers [Detention] Law) dan Sri Lanka (Prevention Of TerrorismAct 1982).

Menurutnya, kajian itu turut meneliti hasil-hasil kajian dan penulisan oleh ahli akademik, pengamal undang-undang dan sebagainya, khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan ISA.

"Saya merasakan bahawa pindaan ini lebih sesuai dibentangkan dan dibahaskan terus pada sidang Dewan Rakyat akan datang kerana jika dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini ia hanya dapat dibentangkan semata-mata tanpa boleh dibahaskan," katanya.

Menurut beliau, pertemuan awam yang dilaksanakan telah berlangsung dengan jayanya serta terdapat permintaan daripada anggota parlimen pembangkang agar mereka turut dilibatkan dalam pertemuan awam seterusnya.

"Permintaan ini disuarakan kepada saya ketika penggulungan Bajet 2010 KDN pada 10 November lepas, malah permintaan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan sesi-sesi penerangan dan perbincangan awam untuk mendapat respons juga perlu diberikan perhatian dan ruang masa secukupnya," jelasnya.

Katanya, setiap kajian dan penelitian terperinci yang dilakukan sentiasa mengambil kira lima isu pokok yang telah dikenal pasti bagi memastikan sebarang pindaan atau penambahbaikan yang dilakukan terhadap ISA adalah adil dan saksama serta tidak akan menimbulkan sebarang salah faham atau persepsi negatif apabila pindaan tersebut dikuatkuasakan kelak.

Pihak kerajaan sentiasa berpendapat bahawa ISA adalah yang terbaik dan berupaya untuk mengekalkan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat daripada sebarang ancaman atau tindakan yang boleh menggugat kestabilan negaradan rakyatnya. - BERNAMA


PAS Pekan bersiap sedia gempur PM

Gambar 6: YDP PAS Pekan Ust Abu Qasssim menerima pelan PIPP tawan Pekan
Gambar 5: SUP BPPNP Sdr Roslan Zainal Al Ahmadi sedang memberi amanat
aGambar 4: Peserta yang turut hadir
Gambar 3: YDP Kawasan Pekan Ust Abu Qasim B Abd Manaf


Gambar 2: Peserta atau aktivits veteran yang gigih perlu diteladani
Gambar 1 : Peserta khusyuk mendegar taklimat daripada SU BPPNP

Wednesday, December 23, 2009

Semaraknya atau kemaruk 1 Malaysia ?

Najib dan Rosmah sememangnya suka sangat idea 1Malaysianya 'dibeli' oleh rakyat. Kini bawah agensi kerajaan 'promosi' idea ini dibuat secara gila-gila, agresif dibuat. Macamlah Wawasan 2020 zaman Dr M dan Islam Hadhari bawah Pak Lah.

Kini 1 Malaysia Najib dipelopori pula dalam KWSP. Ironisnya bukan tabungan dan simpanan itu yang difokuskan, tetapi adalah usaha 'mengelapkan' mata dan pemikiran rakyat, zaman Najib adalah zaman 'ketidakcukupan' ekonomi negara yang berada bawah paras 'tenat'.

Zaman Nabi Yusof iaitu 7 tahun menabung dan 7 tahun kemudian berbelanja tidak dijadikan asas sandaran. Kesan yang memboros daripada era Dr M dan diikuti penerusan oleh Pak Lah serta diwarisi oleh Najib


Skim persaraan 1Malaysia diperkenal

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bagi menangani ketidakcukupan simpanan semasa bersara bagi golongan yang bekerja sendiri.

Cadangan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2010 pada Oktober lalu, sebagai satu tanggungjawab sosial untuk mengambil berat kebajikan semua peringkat rakyat yang bekerja sendiri iaitu kategori individu yang tidak mempunyai skim simpanan persaraan secara formal.

Skim itu yang mula ditawarkan 3 Januari ini, bertujuan memberikan perlindungan kewangan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap apabila mereka mencapai usia tua.

Menurut Jabatan Perangkaan, bilangan rakyat Malaysia yang berkerja sendiri adalah seramai kira-kira 2.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap ketidakcukupan simpanan sewaktu persaraan yang menjadi kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya golongan bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap bulanan.

“Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menawarkan golongan terpilih berkenaan fleksibiliti dalam menentukan berapa jumlah yang mampu disimpan untuk simpanan persaraan mereka,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak seperti skim simpanan KWSP yang biasa, jumlah yang dicarumkan ke dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia bergantung kepada tahap kemampuan pencarum.

Beliau menjelaskan, ahli boleh memilih untuk mencarum jumlah minimum antara RM50 dan RM5,000 sebulan sebagai simpanan persaraan mereka.

“Caruman adalah secara sukarela dan pencarum juga tidak perlu membayar caruman setiap bulan, ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka.

“Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sejumlah wang secara berterusan tidak kira berapa jumlahnya ke dalam skim persaraan ini kerana disiplin amat perlu apabila menyimpan untuk persaraan,” ujarnya.

Simpanan di bawah skim itu akan menerima dividen tahunan mengikut kadar yang diumumkan KWSP sebagai tambahan kepada sumbangan kerajaan sebanyak lima peratus dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun, selama lima tahun bermula dari tahun depan hingga 2014.

Skim itu terbuka kepada individu bekerja sendiri seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, deejay, pengajar di pusat kesihatan dan kecergasan, penyanyi dan pelakon, serta pemilik perniagaan dalam talian.

Individu yang berminat menyertai skim itu perlu mengisi Borang KWSP 16G(1M) yang boleh diperoleh di cawangan KWSP seluruh negara atau memuat turun borang itu menerusi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 3 Januari tahun depan dan mengembalikannya ke cawangan KWSP yang berhampiran atau melalui serahan mel.

Bagaimanapun, individu yang berminat tetapi bukan ahli KWSP perlu berdaftar sebagai ahli terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3 dan mengemukakannya sebelum memohon untuk menyertai skim itu.

Simpanan boleh didepositkan secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(2) di kaunter bayaran KWSP seluruh negara.

Ahli KWSP sedia ada yang bekerja sendiri juga layak menyertai skim baru tersebut.

Konvensyen Blogger PAS




Gambar 2: Seorang peminat bersama Dr Abu Hasan

Gambar 1: Seorang blogger bersama Cucu Mat Kilau

Boleh difilemkan Enjin Oh Enjin

Menurut Kata Dr Abu Hassan Hasbullah, orang yang mahu berjaya(dalam konteks sebagai pemimpin politik). Kita hendaklah berjaya membuat "krisis". samada krisis itu dicipta atau sebaliknya, maka ia (pemimpin) atau parti itu akan berjaya.

Dalam dunia media ini adalah suatu kejayaan. UMNO dan BN selalu gunakan dan pakaikan kaedah ini. Terbaru Menteri Pertahanan Malaysia 'mendedahkan' bahawa enjin jet atau kapalterbang yang berat itu, yang dicuri atau dipindahkan mesti gunakan kontena dan lori kargo yang besar boleh hilang dalam simpanan kementerian.

Maknanya menunjukkan di malaysia semua tidak selamat. hatta enjin pun 'dicuri' orang. Bagi kita banyak yang boleh diandaikan dan difafsirkan . Sebagai orang politik dalam UMNO bukan sahaja setakat enjin dicuri. Wang ringgit daripada kertas atau apa sahaja diniagakan.

Pemugaran dan pemunggahan khazanah serta harta negara bawah UMNO akan dieksplotasi dengan semaksima mungkin. Rakyat masih lagi bersikap tidak apa dan tiada apa-apa. Inilah istimewanya Malaysia.

Uniknya Malaysia. Bagi kita enjin kapalterbang hilang bukan sesuatu yang pelik. Lebih pelik kita , kita mahu tanya enjin itu sendiri. Sampaikah enjin itu di kawasan simpanan enjin atau enjin ini digudang enjin pengeluar jet itu lagi.




Avionik F-5E turut hilang – Zahid

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Selain dua enjin pesawat F-5E, beberapa peralatan lain didapati turut hilang daripada inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kejadian dua tahun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mendedahkan perkara itu berkata, peralatan itu termasuk alat ganti pada sistem avionik pesawat berkenaan.

“Selain dua enjin itu, ada peralatan berkaitan yang turut hilang dalam kelompok (range) sama, avionik,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Maldives, Ameen Faisal di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sabtu lalu, beberapa akhbar tempatan melaporkan kehilangan sebuah enjin pesawat pemintas F-5E TUDM pada 2007 iaitu ketika proses penghantarannya ke negara luar untuk diperbaiki.

Empat individu termasuk orang awam dan anggota pangkat lain TUDM dikenal pasti terlibat dalam kes yang kini disiasat polis serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hari ini, akhbar mendedahkan bahawa sebenarnya bukan satu tetapi dua enjin pesawat jenis itu yang dilaporkan hilang pada tahun sama dan dijual ke salah sebuah negara di Amerika Latin.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid menegaskan, terdapat ramai lagi individu terlibat secara tidak langsung dalam kes berkenaan selain empat yang disebut sebelum ini.

“Memang kita akan lakukan sesuatu kepada pegawai atasan dalam perkhidmatan berkaitan (TUDM) yang bertanggungjawab semasa ia (kehilangan) berlaku,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, ada antara individu yang dikenal pasti terlibat dalam kes itu masih berkhidmat dengan ATM dan Kementerian Pertahanan kerana tindakan lanjut ke atas mereka akan hanya ditentukan selepas menerima nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, pembelian enjin itu dibuat sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu kota serta mempunyai cawangan di negara jiran.

“Saya juga fikir syarikat itu mempunyai rangkaian antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyifatkan individu yang terlibat dalam skandal kehilangan enjin dan peralatan pesawat itu sebagai pengkhianat serta penderhaka negara.

Katanya, walaupun sistem rekod dan inventori peralatan ATM berada pada tahap terbaik tetapi masih terdapat ‘penderhaka’ yang sentiasa mencari jalan menembusi sistem tersebut.

Istimewanya pemimpin di Malaysia

Itulah Malaysia. Pemimpin adalah ISTIMEWA dan ada hak imuniti. Maka pemimpin jadi ketakutan rakyat, bukan sebaliknya. Inilah Malaysia. Hari ini media melaporkan pemimpin boleh mempersoalkan kenapa dan mengapa rakyat mempersoalkan apa yang dibuat oleh pemimpin itu. Biarpun apa yang dibuat itu menyebabkan negara dan rakyat menderita terhadap apa yang telah pemimpin itu perbuatkan.

Pemimpin atas namanya pemimpin boleh membelanjakan wang rakyat ikut suka pemimpin dan rakyat tidak ada hak atau berhak mempertikaikannya.

Justeru jika ada pihak yang berani mempertikaikan apa yang diperbuatkan oleh pemimpin, maka pemimpin boleh pertahankan.

Itulah pemimpin Malaysia. Istimewanya dia sebagai pemimpin.

Dr Mahathir Ada Hak Saman Wain, Kit Siang Dan Malaysiakini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mempunyai hak untuk menyaman dua individu dan sebuah portal berita kerana menuduhnya membazirkan RM100 bilion bagi projek-projek mega sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia bergantung kepada keputusan SuruhanjayaDiraja yang dicadangkan pemimpin DAP Lim Kit Siang, bagi menyiasat sama ada beliau telah membelanjakan wang tersebut bagi projek-projek mega dan amalan rasuah sepanjang tempoh itu.

"Bergantung kepada keputusan suruhanjaya (yang dicadangkan), saya berhak untuk saman (penulis) Barry Wain, Lim Kit Siang dam Malaysiakini.com kerana membuat fitnah bagi jumlah yang akan diumumkan kemudian," katanya dalam blognya semalam.

Wain merupakan penulis buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", menganggarkan bahawa Dr Mahathir telah membazirkan sehingga RM100 bilion sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, Wain mesti menyediakan bukti kukuh berkenaan mana-mana amaun yang didakwa telah "hangus" itu.

Beliau juga mengalu-alukan cadangan Lim semalam, yang menggesa kerajaan untuk mewujudkan suruhanjaya diraja sama ada beliau ada membazirkan sejumlahwang berkenaan. BERNAMA

Sikap membudaya sesuatu itu menunjukkan bangsanya

Hari ini minyak diberitakan akan dinaikkan dalam 2 versi subsidi. Kata Menteri yang berkenaan. Bagi rakyat samada ada makenaism atau tiada makenisma , apa yang pentionmg harga minyak naik.
Kesimpulan mudah pada Mei 2010 rakyat terbeban lagi, ditambah pula dengan GST (Goverment Servis Tact) . Rumusan mudah rakyat Malaysia bakalan berhada[pan dengan kehiddupan atau kesukaran hidup.
Paras dan tahap inflasi akan melonjak, rakyat terbeban kesan daripada 'kebobrokan' ketamakan, salah urus belanja mewah kerajaan sebelum ini.
Tambah sakit MAS rugi selepas atau sebaik Idris Jala yang diangkat serta dilambung sebagai pengeran dalam filem, akhir bertukar menjadi petualang kepada emas. Sisip dan sorok maklumat adalah 'budaya lama' berakar umbi dalam masyarakat kita.

Saturday, December 19, 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat


/index.php/malaysia/46983-opposition-in-show-of-unity
Lihat keakraban 3 pimpinan Pakatan Rakyat.

Hadi: Ucap utama Konvesyen Pakatan Rakyat

Konvensyen medan perkukuh pakatan - Presiden PAS | Print | E-mail
Harakahdaily
SHAH ALAM, 19 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu konvensyen yang berlangsung hari ini memberi natijah terbaik kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau dalam ucapan perdananya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini menekankan betapa pentingnya Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai," katanya.

PRU ke 12 lalu ujarnya telah membuktikan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk membuat perubahan khususnya mengambil alih pemerintahan negara.

Namun untuk mencapai hasrat itu ujarnya, semua pihak dalam pakatan harus tahu dan mencari kaedah terbaik.

"Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepincangan dalam amalan Demokrasi, katanya lagi.

Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.

Pakatan rakyat yang diwujudkan berasaskan masyarakat majmuk katanya mahu menyelamatkan rakyat negara ini yang sedang ditipu dan diperbodoh parti pemerintah disebalik nama demokrasi berparlimen sejak Umno Barisan Nasional memerintah negara 50 setengan abad lalu.

Demokrasi negara katanya kini dalam keadaan tenat kerana sedang dikongkong oleh satu parti sehingga memggagalkan perubahan dalam banyak aspek berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

Ianya termasuk perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya.

"Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah," katanya lagi.

"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak.

"Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Dalam aspek perpaduan pula, PAS juga katanya mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

"PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu....maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama," katanya.

Kehadiran Pakatan Rakyat juga antaralain mahu menentang segala kezaliman yang dicipta pemerintah Umno BN.

Kegagalan pemerintah memberikan keadilan kepada semua pihak dilihat telah memecahbelahkan rakyat termasuk memecahbelahkan kompenen perti mereka sendiri.

"Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.

"Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya.

Selain itu beberpa teras penting harus diberi keutamaan oleh Pakatan Rakyat khususnya mencapai hasrat menjadi pemerintah menggantikan kerajaan sedia ada adalah dengan menunjukkan contoh terbaik melalui negeri negeri yang dikuasai.

"Kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu," katanya lagi.

Dan pada masa yang sama, jentera setiap parti harus berperanan sebaiknya, dan mampu merancang secara strategik dan bukan hanya melihat kemenangan atas angin sahaja tanpa justikikasi yang boleh disandar.

"Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, ... jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita.

"Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan, katanya.

Friday, December 18, 2009

Sultan Kedah: Umat Islam Di Malaysia Mesti Bersatu

Sultan Kedah: Umat Islam Di Malaysia Mesti Bersatu
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua, kiri) berkenan melihat pingat anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah yang diperolehi Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Mohamed Noor (kanan) selepas disampaikan baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Turut serta seorang lagi tokoh Maal Hijrah iaitu Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej. Jen Datuk Jamil Khir Baharom (tiga, kiri).- Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menitahkan masyarakat Islam di negara ini bersatu dan terus mengorak langkah untuk menjadi umat contoh.

Baginda yang juga Sultan Kedah bertitah, umat Islam mesti meletakkan kepentingan syariat mengatasi segala-galanya kerana hanya dengan berbuat demikian mereka akan terselamat daripada pelbagai gangguan, tohmahan, pergeseran dan perpecahan.

"Umat Islam hendaklah sentiasa menanam rasa kasih sayang antara satu sama lain. Sebarang bentuk perbezaan pendapat yang boleh merugikan dan memecahbelahkan ummah haruslah diselesaikan dengan baik dan bijaksana,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuanku Abdul Halim turut menyeru umat Islam menjadikan peristiwa hijrah sebagai titik permulaan untuk melakukan perubahan bagi memantapkan ukhwah agar dapat membina umat yang terbilang.

"Mudah-mudahan dengan ukhwah yang terjalin kukuh, kita mampu menjadi sebuah umat yang terbilang dan sentiasa mendepani cabaran semasa.

"Hanya melalui ketulusan hati dan iman yang kukuh sahaja dapat menjana kembali persaudaraan dan kecintaan kepada Islam," titah baginda.

Titah Sultan Kedah, umat Islam perlu mencontohi sifat dan akhlak terbaik Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Baginda.

"Contohilah sikap, semangat, kepimpinan yang telah dijana oleh Baginda yang telah terbukti mampu menghasilkan keadilan, ketulusan dan kebenaran.

"Oleh itu, umat Islam sekarang mesti bekerja keras untuk menguasai segala kekuatan, kehebatan dan keunggulan yang pernah dimiliki oleh umat Islam dulu.

Sehubungan itu, baginda bertitah umat Islam perlu melakukan transformasi bagi mengangkat dan memartabatkan semula umat Islam di persada keagungan.

“Pada ketika itu umat dan negara kita akan sentiasa dihormati dan dicontohi,” titah baginda.

Justeru, umat Islam perlu memperkukuhkan kembali ikatan persaudaraan yang sebenar, titah baginda.

"Hanya melalui ikatan ukhwah yang kukuh akan dapat memastikan kelangsungan ummah yang utuh. Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan agar hasrat ini tercapai," titah baginda.

Sementara itu, 'Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah' dipilih sebagai tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Ponteng mesyuarat

Bahang kemarahan rakyat terhadap sikap, tanggungjawab, tugas ahli-ahli MP Dewan Rakyat dari kerajaan menjadi isu ulasan utama akhbar, blog dan semua media milik UMNO.

Media UMNO sendiri mula 'mempersoalkan' tentang tanggungjawab ahli-ahli legaslitif ini dalam pembentangan Bajet 2010 dimana hasil nya hampir-hampir Bajet itu ditolak. Ini kerana sebahagian besar wakil rakyat BN tidak hadir semasa usul pengundian itu sedang dilangsungkan.

Ponteng’ sidang Parlimen dan mogok menulis Zaini

KETIDAKHADIRAN ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketika meluluskan usul Bajet 2010 yang hampir menumbangkan kerajaan serta mogok menulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Zaini Hassan antara isu yang dikupas oleh para penulis blog pertengahan minggu ini.

Norizan Shariff dalam Nobisha (nobisha.blogspot.com) menulis, penyokong BN boleh menyalahkan pembangkang atau memberikan pelbagai alasan tentang insiden majoriti tipis ketika meluluskan usul bajet tersebut tetapi yang jelas wakil rakyat BN tidak mengambil berat tugas mereka.

Tulis beliau, hal yang serupa berlaku di Dewan Undangan Negeri sehingga menyebabkan ADUN Kota Seputeh digantung dan kerusi kawasan itu telah diisytiharkan kosong oleh mahkamah kerana wakil rakyat terbabit tidak menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut.

“Sikap acuh tak acuh inilah yang menyukarkan BN untuk kembali memenangi hati rakyat yang kecewa dalam pilihan raya umum ke-12 dulu. Untuk berubah, BN usah menyapu masalah ini di bawah permaidani,” tulis beliau.

Tulis beliau, apa yang berlaku malam tersebut tidak boleh diterima, walau apa pun alasan yang diberikan kerana sewaktu dewan bersidang anggota legislatif adalah di Parlimen dan bukannya di pejabat, luar negara atau di majlis keramaian.

Blog UMNO Johor (umnojohor.blogspot.com) menulis, sewajarnya ahli-ahli Parlimen yang tidak mempunyai jawatan dalam Kabinet perlu menumpukan masa mereka di Parlimen.

Tulis beliau, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN perlu meminta surat tunjuk sebab dari ahli-ahli Parlimen BN yang tidak hadir sidang dewan dua kali berturut-turut manakala ketua whip BN pula diberi peluang menggunakan kuasa sepenuhnya untuk mendisiplinkan mereka.

“Ahli Parlimen BN perlu berhenti daripada mimpi-mimpi indah seperti menukar kereta mewah, berkahwin dengan artis, menuntut jawatan menteri dan bermacam lagi sedangkan gara-gara sikap tidak bertanggungjawab andalah yang meletakkan kerajaan BN hampir ditumbangkan.

“Ini bukannya zaman dahulu kala. Kini rakyat memerhati sama ada ahli Parlimen yang dipilih menjalankan tanggungjawab mewakili mereka di Parlimen atau asyik menghilangkan diri.

“Jika tidak mampu, undurlah dan beri peluang kepada mereka yang lebih bertanggungjawab!,” tulis blog tersebut.

Hambali Ab. Latiff dalam Rakyat Malaysia (hambali1.blogspot.com) menulis, BN tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak pembangkang kerana cuba menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan Parlimen kerana itu adalah tugas mereka untuk memalukan BN.

Tulisnya, tindakan pemimpin BN yang marahkan pembangkang dan beranggapan mereka mengamalkan politik samseng kerana menggunakan Bajet 2010 untuk menggulingkan kerajaan merupakan kenyataan yang tidak berdasarkan realiti politik semasa.

“Juga nampak sangat ahli Parlimen BN masih tidak mengendahkan pentingnya undi di Dewan Rakyat, khususnya perkara membabitkan bajet.

“Bukan sekadar longgar tetapi memalukan apabila kita menuding orang lain tetapi tidak melihat diri sendiri. Cerminlah apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen BN sendiri,” tulis beliau.

Sementara itu, Ahmad A. Talib dalam Pahit Manis (ahmadatalib.blogspot.com) menulis, tulisan Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang, Kumpulan Utusan bertajuk “India di India, India di Malaysia” rupa-rupanya menjadi hangat dan ditentang sebahagian pembaca keturunan India di negara ini.

Tulis beliau, tentangan seperti itu adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh para penulis tanah air kerana sikap masyarakat kita yang tidak senang dengan buah fikiran orang lain.

“Saya harap Zaini jangan pedulikan sangat pandangan mereka ini dan terus menulis. Jika Zaini tidak menulis, maka bergembiralah mereka yang berusaha melenyapkan suara seorang lagi penulis kita.

“Soalan saya pada Zaini, mengapa biarkan mereka lenyapkan suara mu yang lantang beb?” tulis beliau.

Penulis blog Mummy Rokiah (mummyrokiah.blogspot.com) pula menulis, beliau percaya ramai lagi editor lain yang menghadiri forum tersebut lebih celupar berbanding Zaini dan mereka boleh menulis perkara yang lebih teruk dari itu.

Bagaimanapun, tulis beliau, tindakan mogok menulis yang dilakukan oleh Zaini adalah satu tindakan yang terburu-buru.

“Zaini nampaknya terperangkap dalam ‘gempaq kelin’ yang dilakukan oleh mereka yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka selalu bikin kecoh, kecoh, kecoh dalam negara ini.

“Zaini seharusnya terus menulis dan tidak melancarkan mogok kerana ini adalah perangkap “gempaq kelin”,” tulisnya.

SPRM siasat tanpa had ?

Tanpa had waktu. Bebas siasat secara tidak terhad. Kita bersetuju pada prinsip yang mahu dilaksanakan. Cuma bukan soal masa siasatan yang dipersoalkan, dari segi perpanjangan masa siasatan itu. Kini inilah 'hak' kuasa yang diberikan kepada SPRM.

Siasat tanpa had waktu

PUTRAJAYA 17 Dis. – Hak untuk menyoal saksi tanpa batasan masa dikembalikan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan badan tersebut menjalankan siasatan melepasi waktu pejabat.

Panel tiga hakim mahkamah tersebut yang diketuai oleh Hakim Datuk Hasan Lah sebulat suara memutuskan, waktu siasatan tidak boleh dibataskan atau terhad dalam tempoh masa bekerja yang biasa.

Justeru itu, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 19 November lalu yang memutuskan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat dalam waktu pejabat antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang, diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim Hasan yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memutuskan, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah selaku responden dalam rayuan tersebut membayar RM10,000 sebagai kos kepada SPRM.

Suruhanjaya berkenaan melalui Ketua Suruhanjaya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM selaku perayu mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof.

Pada tarikh tersebut hakim itu memutuskan, SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi hingga ke malam kerana Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa untuk berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi itu menyatakan, frasa ‘‘hari ke hari’’ dalam seksyen berkenaan bukan bermaksud 24 jam, tetapi merujuk kepada waktu bekerja biasa.

Hakim Hasan sebaliknya menegaskan bahawa mahkamah bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh tentang pembahagian Seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Menurut Hakim Hasan, Seksyen 30(3)(a) akta tersebut jika diteliti tiada menetapkan atau memperuntukkan tempoh masa untuk SPRM menjalankan soal siasat.

Dalam akta tersebut, ujar hakim itu, tiada langsung menyebut bahawa SPRM hendaklah melakukan siasatan terhad dalam waktu pejabat 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.

Menyentuh lanjut Seksyen 30(3)(a) akta tersebut, Hakim Hasan menyatakan bahawa ia terbahagi kepada dua bahagian. Iaitu dalam bahagian pertama membawa interpretasi bahawa tidak ada tempoh masa ditetapkan untuk merekodkan kenyataan saksi.

Bahagian kedua, frasa ‘hari ke hari’ pula adalah menunjukkan bahawa siasatan perlu diteruskan pada setiap masa (hari ke hari) sehinggalah selesai.

Terdahulu, panel hakim mendengar hujah Amarjeet yang menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf ketika membuat keputusan.

‘‘SPRM adalah satu badan istimewa yang ditubuhkan bagi menangani gejala rasuah menerusi pendekatan siasatan yang efektif.

‘‘Memandangkan kegiatan rasuah tidak mengenal waktu maka tempoh masa siasatan tidak boleh dihadkan, hanya dalam waktu pejabat. Pegawai SPRM sentiasa berada dalam tugas memandangkan perbuatan rasuah boleh dilakukan pada bila-bila masa,’’ kata Amarjeet.

Sehubungan itu tambah beliau, skop menjalankan siasatan tidak boleh disempitkan kerana interpretasi tersebut tidak betul.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Boon Wah selaku responden memohon supaya mahkamah itu menolak rayuan yang dikemukakan oleh SPRM.

Menurut Karpal, keselesaan saksi mesti diutamakan kerana hasil siasatan yang lengkap boleh menjamin kepada satu sabitan yang tidak goyah.

Sejurus selepas keputusan, Ketua Bahagian Pendakwaan Undang-Undang SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika ditanya memberitahu, keputusan tersebut memberikan pilihan kepada saksi untuk datang membantu siasatan suruhanjaya.

‘‘Dalam kekangan masa disebabkan kesibukan tugas, saksi boleh datang pada bila-bila waktu untuk keterangan mereka direkodkan kerana SPRM beroperasi 24 jam,’’ kata Abdul Razak.

Dalam perkembangan sama, Karpal ketika ditanya memberitahu bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

Ini kerana menurut Karpal, keputusan itu membawa implikasi besar dan secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa SPRM boleh membawa sesiapa sahaja ke premis mereka untuk direkodkan keterangan meskipun larut malam.

Walhal tambah Karpal, hak seseorang saksi perlu dijaga demi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selesa sepanjang disoal siasat.

Halatuju kepimpinan dan pemimpin kita ke mana ?

Moral cerita di bawah, Presiden AS Barak Obama 'membuka' ruang 'rakyat' bertemu dengannya tanpa 'protokol' dan para 'pegawai' Obama 'dimaklumkan' supaya rakyat dapat 'lepas' masuk berjumpa dengannya tanpa banyak soal.

Pimpinan Obama adalah satu contoh pimpinan 'besar' berjiwa rakyat. Ini adalah bumi AS. Bumi subur demokrasi, bumi subur keganasan, bumi subur jenayah, bumi subur dan utuh sistem kehakiman didaulatkan.

Setidak-tidak Obama memberi 'ruang' kepada rakyat agar 'mudah' bertemu dengan Orang No 1 dalam negara mereka.

Justeru cerita ini, harus dijadikan cerminan kepada kita. Bagaimana dengan pimpinan dalam negara kita. Usahkan ke tahap status Obama, wakil rakyat yang mereka pilih pun belum tentu menjemput dan mempelawa rakyat atau tetamu masuk dan diajak makan bersama mereka dalam rumah Tok Wakil Rakyat berkenaan. Ini adalah realiti.

Sebabnya, sisitem pendidikan kita telah mengasuh, minda kita telah 'diset' mengikut acuan sisitem penjajah. Mereka adalah rakyat, mereka kena ikut prosedur dan protokol bilamana mahu berjumpa pemimpin dan pimpinan. Slogan pimpinan hak milik rakyat, atau rakyat berhak ke atas pimpinan yang mereka lantik, belum lagi melarut dan dilarutkan dalam pemikiran kita. Asas pendidikan kita selama hari ini dibentuk sedemikian rupa.







Tetamu Tak Diundang Sarapan Bersama Obama
Presiden Amerika Barack Obama

SECARA tidak sengaja, pasangan suami isteri Harvey dan Paula Darden telah menjadi tetamu yang tidak diundang ke istana White House dalam satu majlis sarapan bersama Presiden Amerika, Obama serta isterinya Michelle.

Mereka memasuki ruangan kediaman Presiden Obama yang salah setelah pengiring rumah agam itu mengarah mereka ke bilik East Room.

Sekali lagi ‘orang dalam’ White House dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan bagaimana seseorang yang tidak jemput boleh menjejakkan kaki mereka ke dalam rumah yang didiami oleh Presiden Amerika.

Pengembaraan tidak masuk akal Harvey and Paula Darden, yang juga merupakan peyokong Obama dari Georgia berlaku pada Hari Veteran lalu.

Dua minggu sebelumnya, dua ahli sosialit dari Virginia, Tareq dan Michaele Salahi tersalah masuk ke majlis makan malam Obama bersama Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Manakala pasangan Darden pula secara silap tiba sehari lebih awal untuk menghadiri lawatan ke White House dari jadual yang ditetapkan oleh ahli kongres mereka.

Sementara itu, pihak White House dan Servis Rahsia mempertahankan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa pasangan Darden melalui pemeriksaan sekuriti yang telah ditetapkan walaupun tersalah masuk.

Mereka juga menambah pasangan Darden dibenarkan untuk bersarapan di White House sebagai tanda budi bahasa kerana tiada lawatan awam lain yang tiba di White House, hari itu.

Rumah agam, White House yang didiami oleh Presiden Amerika Barack Obama

Kenyataan itu merupakan ‘berita’ untuk Harvey Darden, berumur 67 tahun, seorang ahli farmasi yang telah bersara.

Menurutnya, beliau serta isteri pada mula menyangka mereka baru memulakan lawatan mereka sebelum mereka diringi ke East Room, dan disajikan dengan sarapan bufet. Suami isteri itu kemudiannya dimaklumkan yang mereka akan bertemu dengan Presiden Obama.

“Kami terkejut kerana dibenarkan masuk jauh ke dalam White House,” jelas Darden kepada akhbar The Associated Press.

Tambahnya, dia dan isteri berpaling sesama mereka dan tidak pasti sama ada berada di tempat yang betul.

Sejurus itu, mereka mendekati seorang pembantu White House kerana sangsi tetapi mereka dimaklumkan untuk menuruti apa yang disuruh.

“Saya berasa kekok kerana sayalah satu-satunya lelaki yang tidak memakai kot dan tali leher dalam bilik itu dan hanya merupakan seorang pelancong biasa,” kata Darden.

Sementara itu, jurucakap Servis Rahsia White House, Ed Donovan berkata agennya melakukan prosedur pemeriksaan sekuriti sama ke atas pasangan Darden seperti tetamu-tetamu yang lain.

“Agen kami memeriksa latar belakang dan rekod jenayah pasangan Darden,” jelasnya.

Prosedur itu tidak dilakukan ke atas Tareq dan Michaele Salahi pada 24 November lalu ketika mereka tersalah masuk ke dalam White House.

Manakala jurucakap White House, Nick Shapiro pula berkata pasangan Darden melalui pemeriksaan pihak Servis Rahsia. Oleh itu, mereka dibenarkan untuk menikmati sarapan bersama veteran-veteran lain sebagai tanda sopan.

“Membenarkan orang yang masuk sebagai pelawat ke majlis-majlis White House sekiranya mempunyai ruang bukanlah satu perkara luar biasa untuk staf-staf yang bekerja di situ.

“Ini termasuk majlis-majlis yang berlangsung di ruang ketibaan Marine One, East Room dan Rose Garden,” jelas Shapiro.

Beliau menambah White House Office of Public Engagement yang ditubuhkan oleh Obama sendiri bertujuan untuk melibatkan orang awam dalam akitiviti-aktiviti yang berlaku dalam White House, harus dipertanggungjawabkan kerana membenarkan pasangan Dardens dan tetamu-tetamu lain ke dalam bilik itu.

Jabatan Sosial White House pula harus disalahkan kerana membenarkan Tareq dan Michaele Salahi ke ruang makan malam Obama bersama Perdana Menteri India.

Presiden Amerika Barack Obama bersama isteri serta dua orang anak perempuannnya

Pada pagi pasangan Darden tiba di White House, seorang pegawai sekuriti yang menyemak beberapa senarai nama mula membenarkan orang awam masuk ke dalam White House.

Apabila pasangan Darden tiba di ‘checkpoint’ dan menyebut nama mereka, pegawai itu maklumkan nama mereka tiada dalam senarai tersebut dan diarah untuk menunjukan foto pada kad pengenalan serta ditanya beberapa butiran lain.

Selepas agen Servis Rahsia menyemak butir-butir pasangan Darden, mereka diiringi ke bilik East Room. Seramai 200 orang telah pun berkumpul di situ untuk majlis sarapan itu.

Pada masa itulah mereka mendekati salah seorang pembantu White House yang sedang berkenalan dengan para tetamu.

“Saya telah memberitahu pembantu itu bahawa saya berasa bilik itu bukan sebahagian daripada tempat lawatan.

“Pembantu tersebut bersetuju dengan saya, dan memberitahu memang bilik itu bukan sebahagian daripada lokasi lawatan. Dia berkata hanya veteran yang diundang sahaja hadir pada majlis sarapan itu,” ujar Darden yang tidak mengingati nama dan pangkat pembantu tersebut.

Tambahnya, pembantu itu kemudiannya bertanya kepada Darden sama ada dia adalah seorang veteran. Dan apabila Darden memberitahunya bahawa dia adalah seorang pesara tentera laut, pembantu itu mencadangkan agar Darden dan isterinya menyertai majlis itu.

Selepas itu, pasangan Darden menikmati bufet sarapan dan duduk ditempat yang disediakan di East Room.

Tidak lama kemudian, Barack dan Michelle tiba. Mereka mula bercakap dan mengambil gambar dengan setiap tetamu yang duduk. Timbalan Presiden Amerika, Joe Biden serta isterinya, Jill turut hadir.

Darden akui pengalaman bersua dengan pasangan Obama dan Joe Biden sesuatu yang 'amat istimewa.'

Tetapi Darden masih binggung bagaimana dia serta isterinya boleh tersalah masuk ke majlis sarapan persendirian itu.

Pada mulanya, Darden bimbang apabila terdengar episod Salahi melalui berita, namun kini pasangan tersebut kesal kerana mereka tidak menerima salinan gambar yang diambil bersama pasangan Obama.

Bolasepak: 20 tahun baru bangkit ?

BERAKHIRNYA PENANTIAN 20 TAHUN ... Skuad bola sepak kebangsaan meraikan kemenangan selepas menumpaskan Vietnam dalam perlawanan akhir sempena Sukan SEA Ke-25 di Stadium Utama di Vientiane, semalam. Malaysia memenangi pingat emas selepas mengalahkan Vietnam 1-0. --fotoBERNAMA

Subjek Agama Kristian dalam Silibus KPM

CADANGAN dibawah mengundang banyak polimek dan perbahasannya. Ramai ahli masyarakat akan bimbang dan gusar. Cadangan ini cuma merupakan cadangan. Cadangan yang bersikap terbuka begini di kala rakyat semua 'tertekan' dengan isu-isu sosial, ekonomi yang tidak kunjung padam.

Dengan pengenalan subjek ini, aqidah pelajar dan kebanyakan rakyat Malaysia yang semakin terhakis akan lagi bertambah parah. Bayangkan bagaimana hanya 'tulisan jawi' yang dibuang 20tahun dahulu dalam silibus KPM. Kesannya rata-rata pelajar kini 'Buta Al Quran'. Apatah lagi dengan pengenalan subjek ini. Maka akan lebih mudahlah pelajar-pelajar Melayu Islam terutamanya akan dipesongkan. Sementelahan Majlis Kristian ini memiliki dana yang cukup besar.

Kesimpulannya saya selaku blogger membantah KERAS usaha ini. Kerana kemudaratannya lebih besar daripada kebaikkan. Rakyat Malaysia belum boleh dibuka dan diberi kebebasan memilih sedemikian rupa.




Majlis Kristian Mahu Pengetahuan Bible Untuk SPM

PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk menghadkan subjek tambahan kepada Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.

"Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ia menyedarkan kami bahawa ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.

"Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolahkita," katanya.

Yap berkata, pihak majlis meminta kementerian supaya memberikan pilihankepada calon untuk memilih dua subjek tambahan yang ingin mereka ambil dalampeperiksaan itu. - BERNAMA

Thursday, December 17, 2009

Bajet 2010 GST rakyat didahulukan ?

Umno mana ada serius dalam memerintah negaraserta hal-hal yang berkaitan. Hatta keluhan Bajet 2010 yang baru lalu , kelmarinpun telah diluluskan dengan dengan 3 undi adalah menjadi satu peristiwa bersejarah dalam sejarah parlimen Malaysia. Parlimen semalam telah meluluskan Bajet 2010 dengan undi 63 menentang dan 66 menyokong.
Bagi kita rakyat Malaysia perlu sedar dan menilai kerja-kerja orang politik kini bukanlah lagi memperjuangkan dan memikirkan permasalahan rakyat. Sebaliknya mereka yang dilantik (wakil rakyat) berlumba-lumba mengaut, membolot khazanah negara dengan serakus-rakusnya. Bajet 2010 adalah lebih kepada usaha menujudkan peluang danb ruang bagi memberi projek dana saluran wang negara ke projek-projek mega untuk diratah mamah kumpulan/puak mereka.
GST adalah cukai barang yang akan dikenakan kepada kita kelmarin, barisan pembangkang perlu bangun memberi penjelasan dengan sikap keterlaluan kerajaan yang tidak habis-habis mahu merakyatkan bebanan ekonomi dengan rakyat didahulukan.

Wednesday, December 16, 2009

Dua aset besar bagi PAS

Kita sebagai ahli-ahli PAS haruslah mengambil sikap proaktif. Aset 3.7 juta orang pengundi muda hendaklah didaftarkan, mereka harus disedarkan bahawa mereka juga ada tanggungjawab dalam membantu mencorakkan kepimpinan negara.

Justeru itu jentera gerakan mendaftar para pengundi muda ini hendaklah digerakkan dengan semaksimanya. Di samping itu kita juga jangan lupa menjelang MAC 2011 ada satu event besar dalam negara dari segi politiknya. Bilamana peruntukan Perlembagaan Malaysia memberi ruang kepada kerajaan sedia ada membentuk pensempadanan pilihanraya yang baru. Genap 8 tahun sekali.

Ini adalah dua event yang menarik yang perlu jentera PAS peka.




3.7 juta belum daftar mengundi

PUTRAJAYA 15 Dis. - Kira-kira 3.7 juta orang rakyat yang melepasi umur 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Menurutnya, peratus terbesar yang belum berbuat demikian merupakan orang Melayu, diikuti kaum India dan Cina.

''Mereka seharusnya sedar tanggungjawab sebagai pengundi untuk menentukan masa depan rakyat dan negara ini.

''Jangan ingat jika anda mendaftar hari ini, esok boleh mengundi. Sekurang-kurangnya empat hingga lima bulan diperlukan oleh SPR untuk memasukkan senarai nama anda dalam Daftar Pemilih yang disahkan untuk mengundi," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mengikut rekod SPR, DAP paling aktif dalam membantu badan itu mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.

Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembab adalah MIC dan Gerakan.

Kerjasama SPR dengan parti-parti politik adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.

PPS daripada DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, SPR mendapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India.

Monday, December 14, 2009

Kuasai B.Inggeris Agar Tidak Dijajah Semula - Mahathir

Mantan PM Dr Mahathir Mohammad berkata kuasai BI agar tidak dijajah semula. Ini adalah arah pandangan beliau sahaja. tetapi aliran pandangan ini terlalu dangkal. Itukan sebab di zaman nya beliau mahukan dan gilakan sangat agar sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.
Kini beliau terus konsisten mempertahankan mentaliti mengagungkan BI, memuja BI dan mengiktiraf BI sahaja sebagai bahasa ilmu di dunia. Kini beliau terus melontar idea tersebut dan cuba mempengaruhi PM agaknya agar meneruskan dasar-dasar yang diputuskan olehnya semasa khidmatnya 20 tahun lalu.
Soal bahasa dan soal dijajah semula adalah dua perkara yang berbeda. Kita akui rata-rata negara di dunia kini sudah merdeka. Zahirnya negara mereka diperintah oleh bangsa mereka sendiri, khususnya bekas-bekas tanah jajahan British yang dikelompokkan bawah nama Komenwel.
Namun hakikat sebenar merdeka mereka termasuk Malaysia sendiri adalah bukan sepenuhnya. Ini kerana rata-rata dasar, kiblat, tindakan, pentadbiran meniru bulat dan mengikut terus budaya pentadbiran penjajah. Berbanding dengan Jepun ataupun bangsa Korea yang mempunayi jatidiri budaya pentadbiran, cara berfikir sendiri. Dan mereka berjaya memajukan negara bangsa mereka dengan budaya, teknologi mereka sendiri. Mereka meniru penjajah untuk memajukan bangsa dan teknologi luar untuk bangunkan bangsa dan negara.

Kuasai B.Inggeris Agar Tidak Dijajah Semula - Mahathir
SHAH ALAM: Rakyat Malaysia amat perlu menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan memastikan negara ini tidak kembali dijajah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata rakyat negara ini tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu dengan cepat jika mereka tidak menguasai bahasa tersebut.
Kegagalan berbuat demikian akan membuka jalan kepada pihak yang lebih berilmu menguasai dan mempengaruhi mereka sama ada secara langsung atau sebaliknya.
"Bahasa Inggeris adalah bahasa bagi zaman pengetahuan ini. Negara yang tidak menguasai bahasa Inggeris bukan saja akan ketinggalan, malah menghadapi risiko dijajah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Tanpa ilmu, sesebuah negara akan ditekan dan diserang," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Komponen Kepimpinan dan Dasar bagi Masyarakat Berilmu: Amalan Terbaik Yang Dicadangkan bagi Negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)' pada Persidangan Akademi Sains Dunia Islam ke-17 (IAs).
Persidangan itu dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah hotel dekat sini.
Persidangan empat hari itu, yang bermula hari ini, adalah anjuran bersama IAS, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Akademi Sains Kehidupan dan Bioteknologi Islam Antarabangsa.
Dr Mahathir berkata hanya dengan mengusai bahasa Inggeris, rakyat negara ini mampu memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan tidak tersisih daripada arus pembangunan.
Beliau berkata rakyat negara ini tidak akan hilang jati diri sekiranya mereka mengejar ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
"Bahasa Ingegris bukan untuk orang Inggeris saja, tapi adalah bahasa universal. Saya bukan orang Inggeris, tapi saya juga bertutur dalam bahasa itu," katanya.
Dr Mahathir juga berkata kepimpinan sekarang "mengabaikan kejayaan" apabila memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris dan kembali menggunakan bahasa Malaysia bagi tujuan itu.
"Saya rasa kerajaan tak faham tentang pentingnya bahasa Ingeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila mereka membuat keputusan menukar daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia (dalam mengajar dan mempelajari sains dan matematik).
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk beralih semula kepada penggunaan bahasa Malaysia bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan serta sekolah Cina dan Tamil mulai 2012. Dasar PPSMI dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam pada 2003 semasa Dr Mahathir menerajui negara.
Terdahulu, dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat, terutama dalam bidang sains, sedangkan buku serta penulisan tentang mata pelajaran ini, menggunakan bahasa Inggeris.
Kata beliau ada kemungkinan kepercayaan tentang sesuatu perkara dalam bidang sains sebelum ini akan berubah, bukan seperti dalam bidang geografi dan sejarah.
"Ilmu sains tidak statik, berbeza dengan bidang geografi dan sejarah di mana faktanya sudah tersusun sedmikian rupa dan terhad.
"Dalam bidang sains, kita boleh persoal prinsip-prinsip saintifik dan membuat keputusan sama ada ia betul atau tidak," kata beliau sambil menambah bahawa penemuan baru juga banyak disebarkan dalam bahasa Inggeris.-BERNAMA

Rakyat Malaysia amat perlu menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan memastikan negara ini tidak kembali dijajah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata rakyat negara ini tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu dengan cepat jika mereka tidak menguasai bahasa tersebut.Kegagalan berbuat demikian akan membuka jalan kepada pihak yang lebih berilmu menguasai dan mempengaruhi mereka sama ada secara langsung atau sebaliknya."Bahasa Inggeris adalah bahasa bagi zaman pengetahuan ini. Negara yang tidak menguasai bahasa Inggeris bukan saja akan ketinggalan, malah menghadapi risiko dijajah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Tanpa ilmu, sesebuah negara akan ditekan dan diserang," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Komponen Kepimpinan dan Dasar bagi Masyarakat Berilmu: Amalan Terbaik Yang Dicadangkan bagi Negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)' pada Persidangan Akademi Sains Dunia Islam ke-17 (IAs).
Persidangan itu dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah hotel dekat sini.

Persidangan empat hari itu, yang bermula hari ini, adalah anjuran bersama IAS, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Akademi Sains Kehidupan dan Bioteknologi Islam Antarabangsa.
Dr Mahathir berkata hanya dengan mengusai bahasa Inggeris, rakyat negara ini mampu memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan tidak tersisih daripada arus pembangunan.
Beliau berkata rakyat negara ini tidak akan hilang jati diri sekiranya mereka mengejar ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
"Bahasa Ingegris bukan untuk orang Inggeris saja, tapi adalah bahasa universal. Saya bukan orang Inggeris, tapi saya juga bertutur dalam bahasa itu," katanya.
Dr Mahathir juga berkata kepimpinan sekarang "mengabaikan kejayaan" apabila memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris dan kembali menggunakan bahasa Malaysia bagi tujuan itu.
"Saya rasa kerajaan tak faham tentang pentingnya bahasa Ingeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila mereka membuat keputusan menukar daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia (dalam mengajar dan mempelajari sains dan matematik).
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk beralih semula kepada penggunaan bahasa Malaysia bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan serta sekolah Cina dan Tamil mulai 2012. Dasar PPSMI dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam pada 2003 semasa Dr Mahathir menerajui negara.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat, terutama dalam bidang sains, sedangkan buku serta penulisan tentang mata pelajaran ini, menggunakan bahasa Inggeris.

Kata beliau ada kemungkinan kepercayaan tentang sesuatu perkara dalam bidang sains sebelum ini akan berubah, bukan seperti dalam bidang geografi dan sejarah.
"Ilmu sains tidak statik, berbeza dengan bidang geografi dan sejarah di mana faktanya sudah tersusun sedmikian rupa dan terhad.
"Dalam bidang sains, kita boleh persoal prinsip-prinsip saintifik dan membuat keputusan sama ada ia betul atau tidak," kata beliau sambil menambah bahawa penemuan baru juga banyak disebarkan dalam bahasa Inggeris.-BERNAMA