Monday, June 28, 2010

Mansuh Peperiksaan awam : UPSR dan PMR

Pemansuhan peperiksaan tak boleh selesai masalah

Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali

PELAJAR negara ini cukup sinonim dengan peperiksaan dan dianggap tunjang utama dalam menentukan kecemerlangan individu serta institusi pendidikan.

pix_middle


Peperiksaan menjadi ukuran kebijaksanaan dan kejayaan negara melahirkan pelapis generasi masa depan lebih berwibawa, selain dianggap aset kecemerlangan.


Justeru, apabila ada cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelbagai pihak tampil melontarkan pandangan.


Ada bersetuju kerana berasakan sistem berorentasikan peperiksaan sudah lapuk dan tidak relevan dengan konsep pendidikan alaf baru tetapi tidak kurang yang membantah. Persoalannya, adakah pemansuhan itu mampu mengubah senario sistem pendidikan negara ke tahap lebih baik atau sebaliknya? Profesor Pendidikan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, peperiksaan sedia ada tidak perlu dimansuhkan supaya tahap penguasaan dan pemahaman pelajar boleh dinilai.

pix_topright


Menurutnya, peperiksaan adalah teras dalam menentukan institusi persekolahan sudah bersedia mencapai sasaran atau masih memerlukan sokongan demi melancarkan proses pembelajaran.


"Memansuhkan peperiksaan tidak boleh menyelesaikan masalah. Perkara yang perlu diperbetulkan adalah pelaksanaan sistem pendidikan bagi melancarkan proses pemberian dan penerimaan ilmu.


"Menilai kesediaan dan mengukur prestasi pelajar adalah menerusi peperiksaan. Melalui cara ini, institusi pendidikan boleh membuat kesimpulan sama ada proses pendidikan diterima berjaya atau sebaliknya," katanya.


Falsafah pendidikan menggariskan tiga kaedah asas menilai prestasi pelajar iaitu penilaian rujukan kendiri seperti memperbaiki pencapaian, penilaian rujukan norma (membandingkan prestasi) dan penilaian rujukan kriteria (pembelajaran pada tahap dijangkakan).


Menurutnya, jika pelajar boleh memberi tindak balas positif terhadap kaedah asas itu, bermakna mereka berkemampuan menjalani proses pembelajaran.


Justeru, masyarakat perlu jelas dan memahami matlamat utama peperiksaan serta tidak melihatnya sebagai mekanisme menyusahkan pelajar.


"Sebahagian besar masyarakat mengaitkannya sebagai tekanan akademik, bebanan yang merosakkan pembangunan modal insan serta sosial. Lihat peranan dan kepentingannya dalam melaksanakan falsafah pendidikan negara. "Juga nilai kesediaan pelajar secara berperingkat terhadap proses pembelajaran supaya dapat memperbaiki pencapaian, " katanya.


Beliau mengakui sistem pendidikan negara juga perlu lebih anjal dan menggunakan mekanisme pendidikan berbeza seperti yang dilaksanakan negara maju.


"Negara seperti Korea menilai tahap pelajar menerusi peperiksaan khas dengan penentuan kelas mengikut tahap kesediaan, selain melakukan pemantauan berkala bagi melihat peningkatan," katanya.


Dr Isahak berkata, kaedah itu diperakui, malangnya tidak dipraktikkan di negara ini mengakibatkan pelajar lemah terus ketinggalan. Tiada istilah pelajar gagal dalam falsafah pendidikan dan masing-masing mempunyai keupayaan berbeza yang memerlukan lebih masa, bimbingan dan latihan bagi memantapkan pencapaian.


"Sistem pendidikan lebih fleksibel berdasarkan minat, kebolehan dan bakat perlu diwujudkan supaya pengakhiran proses pembelajaran mampu mencapai sasaran.


"Jika peperiksaan ingin dimansuhkan, pastikan wujud sistem pendidikan lebih berkualiti dengan penjanaan pelbagai program alternatif seperti melaksanakan ujian mudah berkala.


"Keputusan ujian juga perlu dihebahkan untuk tatapan umum supaya masyarakat boleh melihat prestasi semasa. Sebarang pendekatan sekali pun, perlu ikut kemampuan pelajar," kata Dr Isahak.

Cucu raja Britain tidak berduit ?

Cucu raja tiada duit, bayangkan dengan harga makan sekadar 12.90 pound sterling Putera William gagal membayarkan. Situasi ini adalah bagi seorang anak raja yang bakal mewarisi tahkta besar Britian.

Isu ini kita balikkan ke dalam negara kita. Bagaimana dengan anak-anak pemimpin Umno Apco yang menyambut harijadi di salah sebuah hotel terkenal diibukota.

Bagaimana dengan belanja anak-anak muda berkenaan berbelanja di hotel 5 bintang bagi menyambut harijadi. Pakaian mereka, penampilan mereka, undangan mereka dan mereka-mereka yang bersama-sama mereka. Bayangkan...



Putera William tidak berduit



2010/06/28
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

LONDON: Sebagai pewaris takhta kerabat diraja yang cukup popular, Putera William tentunya bosan apabila ke mana saja beliau pergi, pasti orang mengenalinya.

RAKAMAN CCTV menunjukkan William berkaca mata meminta Kate membuat  pembayaran barangan dibeli.
RAKAMAN CCTV menunjukkan William berkaca mata meminta Kate membuat pembayaran barangan dibeli.
Percubaan beliau untuk menyamar ketika berkunjung ke sebuah kedai di luar bandar minggu lalu terbongkar kerana sebagai kerabat diraja beliau sememangnya tidak pernah membawa wang tunai. Pada mulanya, William, 28, menafikan beliau adalah pewaris takhta Britain itu walaupun kehadirannya ditemani sekumpulan pengawal keselamatan.


Bagaimanapun, penyamarannya terbongkar apabila beliau terpaksa meminta teman wanitanya, Kate Middleton melunaskan bayaran piza dan kentang goreng dipesannya yang dibuat menerusi kad kredit platinum milik Kate. William muncul di pasar mini McColl di pekan kecil Blaenau Ffestiniog, di Wales Utara, semalam dengan berpakaian kasual dan berkaca mata.


Pembantu kedai, Sioned Compton menyedari kehadiran putera itu sebaik beliau ingin membuat pembayaran lantas menjerit kegembiraan, “Oh Tuhan, anda Putera William, bukan?” Bagaimanapun, William hanya menundukkan kepalanya sambil menjawab,” Tidak, saya bukan Putera William. Malu dengan tindakan serkap jarangnya, pembantu kedai berusia 22 tahun itu kemudian tidak membesarkan hal berkenaan. William berbelanja piza peperoni sejuk beku, sebungkus kentang goreng sejuk beku, sekotak salad sejuk, sebungkus daun salad, sebotol jus oren dan dua botol air dengan kesemuanya berharga £12.60 (RM62). Apabila Sioned memberitahu pelanggannya jumlah bayaran perlu dibuat, putera terbabit baru menyedari, seperti neneknya, beliau tidak pernah membawa wang tunai.


William lantas meminta Kate membayar harga barang berkenaan.


Kate yang juga tidak membawa wang tunai kemudian membuat bayaran menggunakan kad kreditnya.


Insiden hujung minggu lalu itu yang terpapar menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pasar mini berkenaan bukan percubaan pertama William menyembunyikan identitinya. - Agensi


Kemelut PKR: Bebanan atau ujian saringan

Rakyat sedang memerhati dengan penuh minat terutama apa yang telah sedang dan akan berlaku dalam PKR. Ini kerana dalam PKR terdapat tokoh ikon pujaan rakyat iaitu Anwar Ibrahim, pemimpin masa depan Pakatan Rakyat.

Dan tidak keterlaluan dikatakan sebagai bakal PM Malaysia selepas Najib dan Umno Apco dijatuhkan menjelang PRU 13. Kini tiada siapa yang menjadi saingan Anwar ke kerusi berkenaan. Ini sebagaimana akuan dan perakuan MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat yang melihat realiti dan potensi kepada Anwar. Kata Tok Guru pada Anwar cukup kelayakannya dari segi fizikal, kemampuan, kebolehan, pengalaman, pengaruh dan segala-gala pakej sebagai pimpinan.

Namun harapan rakyat akan tinggal harapan dengan apa yang berlaku sekarang. Kemelut dalam PKR yang mencalarkan imej PKR. Walaupun dalam PKR ramai pimpinan yang hebat masuk dan gabungkan diri. Kemelut terbaru apa yang berlaku terhadap MB Selangor dan PKR secara umum memeningkan rakyat terhadap persepsi mereka terhadap PKR.

Sementelah kegagalan PKR mengurus isu dan kemelut dieksplotasi dengan baik oleh seluruh media dan medium penyebaran maklumat Umno Apco. Isu ini bukan sahaja menempelak PKR tetapi sekaligus memberi tamparan hebat kepada gabungan Pakatan Rakyat yang namanya harum seketika dibentuk. Waktu itu menjadi sanjungan dan harapan rakyat.

Strategi melemahkan dan ruang kelemahan PKR dimanipulasikan oleh Umno Apco dan kini Umno Apaco menarik nafas lega kerana nafas kelegaan ini memberi talian hayat untuk kekalkan hayat mereka menjelang PRU13. Umno bakal kekal lagi bagi tempoh empat tahun akan datang dan negeri-negeri Pakatan bakal jatuh satu persatu kecuali Kelantan sahaja dapat PAS pertahankan. Inilah hujahan Tun Daim dalam menelah masa depan Pakatan dan Umno pada masa depan.

Apa pun kita hanya berdoa supaya rakyat mengekalkan sokongan kepada Pakatan dan berharap banyak lagi negeri-negeri bakal jatuh. PAS sebagai tunggak utama dapat memainkan peranan secara pro aktif.

Tetapi apa yang kita nampak PAS gagal bergerak secara proaktif dan berperanan sebagai abang tuan dalam memimpin gerakan politik dalam gagasan Pakatan Rakyat. Inilah isunya

Sunday, June 27, 2010

Najib kata: Umno parti ekstream Melayulah

PM secara tiba-tiba sahaja menafikan bahawa parti Umno adalah tidak akan menjadi parti ekstream agama. Walaupun parti itu kelmarin bakal dimasuki seramai 40 orang ulama muda.

Makna dan tandanya sesekali parti Umno tidak akan merelakan dan membenarkan Ulama muda ini berperanan dan memainkan peranan agama mereka serta menjadikan parti Umno sebagai parti berteraskan keagamaan. Bagi Najib bila parti memilih agama sebagai tunjang yang mereka perjuangkan maka automatiklah parti itu akan menjadi parti ekstream agama.

Ingatan pada kumpulan ulama muda 40 orang yang menyerahkan borang, hanya boleh duduk diam dan kami yang akan mencorakkan apa-apa sahaja termasuk soal agama. Ruang untuk beragama dan memperjuangkan agenda-agenda keagama an dalam versi parti Umno Apco adalah boleh dicapai hanya ke tahapnya tidak ekstream. Ekstream dalam pemahaman Umno lah. Maka jika mahu ekstream alur dan salurannya adalah melalui sekolah agama sahaja, pejabat agama dan tahap tertinggi cuma boleh mengusulkan usul agama dalam mesyuarat perwakilan dan persidangan Umno agaknya.

Dalam kata lain Umno bukan parti ekstream agama, tetapi ekstream Melayu atau ultra Melayu. Atau dengan kata lain parti Umno adalah parti assabiyyah Melayu dan Kemelayuaan yang tegar.

Mengapa Umno Tak Akan Jadi Parti Ekstrem?

Saturday, June 26, 2010

Fenomena Janji : Pemimpin Melayu dan Orang Melayu ?

Penulis amat tertarikh dengan hujah Dr Hamzah Jaafar seorang perwakilan PAS Pahang semasa membahaskan usul di Muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu tempoh hari. Antara hujahan yang beliau bawa bagi mengusulkan soal pilihanraya dan PAS kena buat sesuatu bagi meraih sokongan undi-undi kaum Melayu pada PRU 13 nanti.

Hujah beliau antara lain fenomena orang melayu terhadap janji. Bagi beliau pemimpin orang Melayu kebanyakannya sering menaburkan janji dan mereka ini sering menjanjikan baik di sebarang majlis perjumpaan dan pertemuan dengan pengundi dan orang Melayu dengan pelbagai janji.

Tambah beliau lagi janji-janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Melayu ini seringkali para pengundi an orang Melayu cukup percaya. Maka konsep kepercayaan orang Melayu terhadap pemimpin juga haru dikaji dan diselidiki.

Dua perkara ini janji-janji pemimpin Melayu amat diyakini oleh orang Melayu. Biarpun tempoh masa janji itu panjang atau pendek para pengundi melayu tidak persoalkan.

Walhal kita sudah melangkah kali ke 12 pilihanraya. Dan jumlah tahunnya adalah 48 tahun sudah berlalu. Para pengundi Melayu tetap setia dan tetap menunggu janji-janji pemimpin mereka.

Inilah bentuk pemikiran yang sukar dikaji dan kita harus membuat pengkajian secara saintifik kenapa dan mengapa janji-janji pemimpin Melayu terhadap orang melayu terlalu dipercayai.

Kenapa dan mengapa cakap dan janji-janji pemimpin Melayu ini dipercayai sepenuhnya oleh orang Melayu

Friday, June 25, 2010

Masuk Umno Apco: 40 ulama terompah kayu ?

Cerita 1 2 3 lekup mengingatkan kita bagaiamana Sang Kancil dan sebilangan buaya yang diperalatankan mengakhiri cerita minggu ini. SOKONG TETAPI SOKONG MEMBAWA REBAH. Seramai 40 orang ulama muda berumur lingkungan 20an sehingga 40an hari ini menyerahkan borang keahlian umno Apco terus ke tangan Dato Sri Najib Razak PM 1Malaysia sendiri.

Penyerahan borang keahlian Umno yang diketuai oleh Fadlan Othman ini, seorang pensyarah UKM adalah sebagai tanda sokongan bahawa umno Apco betul dilandasannya dan Umno Apco mendapat sokongan para ilmuan agama. Bermakna perjuangan Umno yang berslogankan HIDUP MELAYU ini seruannya itu dikira islamik dengan sokongan tidak berbelah bagi 40 puntung terompah kayu ini.

Senyum dan banggalah Najib Umno Apco kali ini. Maka tidaklah sia-sia pemilihannya sebagai PM pengganti Pak Lah yang mulai diterima rakyat. Ramailah yang akan mengikutinyi nanti. Maka ramailah nanti akan menjadi tukang pencacai pembangkang.

Namun watak kerjernihan Najib gagal dijayakan melalui agenda kemasukan ulama muda seramai 4o orang ke dalam Umno Apco selepas dicalari dengan pelbagai skandal moral dan bebanan ekonomi gagal memulihkan keyakinan rakyat.

Pemulihan imej ini adalah strategik akhir Umno Apco untuk memberi kredit kepada Najib yang wataknya cukup hitam dan hot sebagai PM Malaysia paling kontoversi


TV3: Rai dan rayakan krisis PKR ?

Buliten Utama TV3 sebentar tadi (malam ini) melaporkan berita utamanya tentang kemelut di Selangor. Stesesen TV ini dengan bangga menjadikan berita itu sebagai berita utamanya, dikaitkan perletakan jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga PKNS adalah penandaaras krisis dalam kerajaan pembangkang, lapornya.


Stesen TV ini, seolah-olah bersyukur dan bangga atas apa yang berlaku kepada parti pembangkang ini. Stetesen TV ini mengharapkan kepada perpecahan parti PKR. itu sendiri. Apakah salah PKR kepadanya dan apa dendam stesen ini dengan PKR tidak dijelaskan.


Berdasarkan laporan berita berkenaan jelaslah bahawa siapa sebenar penganjur , penyemarak dan tukang canang kepada perpecahan ummah. Dan apakah hukumnya orang yang suka atas musibah, kesakitan atau perpecahan orang lain. Ini kerana paparan wajah sebenar Umno Apco sebelum ini sering mendakwa bahawa pakatan pembangkanglah khasnya PAS sebagai agen pemecah belah masyarakat.

Malah masyarakat yang tidak bersatu kini adalah berpunca kerana adanya pembangkang. Juga perpaduan Melayu tidak tercapai juga dek pembangkang dan Melayu tidak bersatupadu juga kerananya ada parti pembangkang dan semua atau segala-galanya salahnya parti pembangkang.


Bagi orang islam bilamana kita suka melihat perpecahan orang lain. Dan bergembira di atas berita perpecahan itu sendiri. bagaiamana kedudukan dan pemahaman kita.


Meraikan dan mengiyakan berita itu dipetik sedutan indidvidu-individu mantan bekas YB PKR yang kecewa dalam perjuangan PKR sebagai hujahan krisis itu. Dan mereka terlalu gembira atas apa yang berlaku. Dan jelas-jelaslah mereka itu bukannya pembawa masalah dan puunca masalah PKR.

Malah dalam kaedah perjuangan mereka pandangan individu mahu dijadikan sebagai pandangan agenda parti. Pandangan indidvidu mesti diikuti oleh parti. Apa pun inilah masa proses mengnyahkan parasit-parasit parti dan mereka yang kecewa serta gugur dalam perjuangan.

Apa pun DSAI perjuangan mesti diteruskan.


FELDA: Pemikiran Pak Pandir Menteri Umno Apco

Presiden ANAK Sdr Mazlan Aliman semalam telah membuat laporan polis secara besar-besaran di seluruh negara tentang kes menyusutnya dengan luarbiasa duit aliran tunai FELDA sebanyak RM2.7 billion bagi tempoh 2004 - 2009. Angka penyusutan itu adalah cukup besar dan pembesaran angka itu dilihat oleh pemimpin pembangkang adalah sesuatu yang luarbiasa.

Hari ini, semacam kebiasaan pemimpin Umno Apco mengalihkan perhatian dan isu duit aliran tunai FELDA yang banyak itu dengan menyatakan aset FELDA sahaja katanya pula besar juga daripada RM9.17 bilion pada 2004 dan pada tahun lalu ia melonjak kepada RM15.37 bilion. Kenapa tidak diuar-uarkan ? Kenapa tidak dipelikkan ? lapornya

Inilah bentuk pimpinan Pak Pandir. Jika anak aku mati anak orang lain macam anak aku juga mati. Macamlah seorang pemuda yang bertanya kepada kawannya, kenapa awak tengok berapa ada duit dalam kocek saya. Walhal awak kena kira jumlah nilai wang sama harga kasut saya yang mahal, baju dan seluar saya import dari western dan brandend. Inilah jumlah duit yang saya punyai.Dan kiralah sekali rumah agam saya. Inilah bentuk pengiraan dan taraf menteri Umno Apco.





Felda sasaran pembangkang


Sebahagian pelajar mengikuti kelas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Trolak, Perak yang menyediakan kemudahan pelajaran untuk anak-anak peneroka. - Gambar hiasan


SEPANJANG minggu ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda mendapat liputan meluas khususnya dalam media cetak dan elektronik milik pembangkang mengenai kedudukan tunainya yang menyusut RM2.73 bilion.

Pemimpin pembangkang menyifatkan jumlah yang besar itu menunjukkan bahawa kerajaan kurang arif tentang kebajikan warga Felda. Ada juga akhbar milik pembangkang yang melaporkan perkembangan itu di bawah tajuk berbunyi 'Felda Bankrap'.

Ekoran laporan berkenaan, seorang ahli Parlimen pembangkang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkembangan Felda yang mengalami susut tunai tetapi peningkatan aset.

Berita kedudukan tunai Felda yang menyusut menjadi pemangkin kepada pelbagai isu berhubung Felda dibangkitkan oleh pihak pembangkang seperti pembinaan ibu pejabatnya di premis termahal. Sementara pelaburan Felda pula dianggap sebagai tindakan untuk 'meleburkan' wang Felda.

Perkembangan tersebut mendorong Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas meluahkan hasrat untuk membuat laporan polis.

Begitulah hebatnya asakan dan perhatian yang diberikan media pembangkang kepada Felda beberapa hari kebelakangan ini.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa pula menganggap perkembangan terbaru dalam Felda itu sebagai satu pengkhianatan kepada warga Felda.

Liputan meluas yang diberikan kepada Felda baru-baru ini hanya memberi tumpuan kepada kedudukan tunainya yang merosot.

Kedudukan aset semasa dan aset tetap Felda yang melonjak sebanyak RM6.2 bilion antara 2004 dan 2009 tidak banyak diberi perhatian.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia semalam melahirkan rasa kesal dengan laporan yang tidak menyentuh mengenai aset Felda yang meningkat tetapi hanya memainkan isu tunai Felda yang susut.

''Laporan yang menyerang Felda juga tidak menyentuh mengenai pembiayaan RM2.4 bilion untuk pelbagai program pembangunan sosio-ekonomi bagi kepentingan peneroka dan generasi baru mereka. Ini merupakan laporan yang tidak adil.

''Felda adalah usaha pembangunan tanah yang paling berjaya di dunia serta pemilik ladang yang terbesar di dunia. Felda sudah berjaya menghapuskan kemiskinan 112, 635 keluarga dan membantu 1.6 juta generasi baru," katanya.

Sebelum ini, Ahmad pernah memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa aset Felda berjumlah RM9.17 bilion pada 2004 dan pada tahun lalu ia melonjak kepada RM15.37 bilion.

Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956. Fungsi Felda ialah menjalankan dan melaksana projek pembangunan tanah, memaju serta menguruskan kawasan, melaksana kegiatan memodenkan sektor pertanian dan menyelaras kegiatan sosial dalam kawasan Felda.

Sejak April 2004 Felda diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan seorang menteri yang bertanggungjawab. Ketika mula diletakkan di bawah JPM menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda ialah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Penulis pernah mewawancara Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Nor sempena pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam April tahun lalu.

Bagi Mohd. Yusof, komitmen Najib kepada Felda umpama tanggungjawab dan amanah yang ditunaikan oleh seorang anak kepada ayahnya.

''Dalam kenyataan pertama Najib apabila beliau dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda pada 2004, beliau menyatakan bahawa Felda sudah menjadi darah dagingnya.

''Ini kerana beliau adalah pewaris Allahyarham Tun Razak Hussein yang merupakan pengasas Felda," katanya pada wawancara tersebut.

Bagi Mohd. Yusof, kenyataan berkenaan menggambarkan semangat Allahyarham Tun Razak untuk membangunkan tanah luar bandar mengalir dalam tubuh Najib dan Felda seolah-olah satu kementerian bagi Perdana Menteri.

''Felda macam satu tanggungjawab bagi beliau. Saya tidak tahu apa yang berlaku di antara arwah Tun Abdul Razak dan Najib tetapi cara Najib menjaga Felda umpama Felda merupakan satu amanah yang mesti diteruskan," jelasnya.

Berdasarkan pandangan Mohd. Yusof mengenai komitmen Najib kepada Felda, tidak mungkin Perdana Menteri akan membiarkan nasib para peneroka mahupun generasi muda mereka terbiar dan dikhianati tanpa sebarang pembelaan seperti didakwa oleh pembangkang.

Ada pendapat mengatakan tindakan pembangkang itu merupakan taktik terbaru untuk memburukkan imej Felda dan menanam bibit kebencian di hati warga peneroka.

Ia bertujuan meraih kepentingan politik serta merampas kawasan Felda dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Dakwaan bahawa peneroka sudah dikhianati melalui laporan berat sebelah mengenai Felda itu hanya bertujuan meracuni fikiran warga peneroka supaya mengkhianati Barisan Nasional (BN).


Thursday, June 24, 2010

Runtuh : Fenomena di Malaysia

RUNTUH. Adalah satu perkataan yang dimanglikan serta tidak asing kepada kita di Malaysia. Dalam pepatah Melayu , iaitu khazanah warisan budaya kita, selalu dikaitkan perkataan runtuh dengan perbandingan seperti 'Durian Runtuh'. Istilah ini diberikan bagi memberi gambaran seseorang itu mendapat sesuatu yang luarbiasa dan boleh dimanfaati. Cara laba berkenaan diperolehi adalah dengan jalan dan laluan yang baik.

Namun demikian fenomena zaman nenek moyang dulu itu, zaman pepetah ini direkacipta , kini sudah berubah. Kini durian jarang yang runtuh lagi.

Kini yang ada berlaku fenomena tanah runtuh kerana bangunan tinggi dibina dilereng-lereng bukit, diselangi pula dengan makmal komputer runtuh satu persatu dari negeri ke negeri, maka gempar lagi rakyat negara kita pula dengan stadium runtuh, dan kemuncak daripada runtuhan itu adalah mahkamah Jalan Duta bumbung silingnya runtuh. Inilah gambaran nilai runtuh versi baru dalam masyarakat kita.


Dalam bab runtuh ini penulis teringat para remaja kita. Perlumbaan mereka adalah berlumba-lumba meruntuhkan moral mereka. Dara dihilangkan, seks babas dihidangkan. Sementara para pemimpin badan berkanun atau syarikat milik kerajaan yang diamanahkan rakyat pula mereka bertanggungjawab itu berbangga dengan catatan meruntuhkan institusi berkenaan dengan mencecah angka billion RM.

Para pemimpin negara asyik meruntuhkan wang negara. Terbaru dilaporkan daripada 2004 aliran tunai wang FELDA ada sedia ada iaitu RM4.3 billion, tetapi menjelang 2009 wang tersebut menyusut sebanyak RM2.7 billion kepada RM1.6 billion.

Sementara Sime Darby dirugikan oleh CEOnya sebanyak RM2.3 billion, maka yang lain barulah sedar selepas berbillion rugi.

Inilah fenomena runtuh ala Malaysia

Wednesday, June 23, 2010

Judi: Kenapa kita masih persoalkan ?

Bertuhankan kebebasan dengan menyanjung dan meletakkan logik akal atau pemikiran dalam memberi hujahan mengikut rasional akal semata-mata adalah sesuatu perkara lambang sifat lemahnya manusia. Ukuran , perkiraan, andaian, jangkaan fikiran kita yang dangkal itu gagal melangkaui batas daerah tembok, geografi .

Hari ini masih lagi kedapatan manusia yang terus menerus mempertahankan apa yang tidak sepatutnya dipertahankan. Kali ini golongan penulis atau wartawan menjadikan medium akhbar sebagai saluran mempertahankan hujahan mereka supaya pelesenan perjudian Bola Sepak Piala Dunia dihalalkan juga oleh kerajaan di Malaysia.

Alasan jika dihalang sekalipun tetap ada orang yang akan memanfaatkan judi bolasepak ini. Adalah lebih baik diizinkan sahaja. Tambahan sehingga hari ke 11 hari ini, sudah ratusan juta duit perjudiaan

Gara-gara takutkan berlaku pertaruhan haram, jika tidak diberi lesen halalkan perjudiaan berkenaan.

Isunya yang dibangkitkan dan dipertahankan adalah berkisar tentang judi dan pelesenan judi sempena Edisi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang sedang berlangsung sekarang. Kerajaan Umno Apco dengan sokongan wakil rakyat tegar Umno Apco memutuskan untuk memberikan pelesenan bagi tujuan perjudian bola berkenaan. Namun semua rakyat bangun menentang, membantah, memprotes secara keras. Hinggakan kerajaan terpaksa menangguhkannya buat sementara waktu.

Yang peliknya wajah-wajah mereka yang mahukan perjudian itu diteruskan adalah kalangan Melayu islam, yang semestinya beragama Islam. Inilah yang menghairankan, kenapa dan mengapakah mereka ini yang beria-ia serta bersungguh-sungguh memperjuangkan apa yang diharamkan.

Logiknya adalah moral mereka berjudi ini bukan setakat mempertaruhkan wang semata-mata, malah lebih daripada itu. Hasil percaturan perjudian tentulah pelbagai startegi dijalankan oleh konspirator. Jelas-jelaslah kita lihat bagaimana sukan bolasepak yang tujuan beriadah menjadi medan perjudian. Kesenian bolasepak dan sukan di cemari, kerana semua perlawanan sudah diatur. Lihatlah pasukan-pasukan besar spt Perancis, England dan sebagainya gagal mempamerkan skil dan kemahiran mereka.

Dengan perjudian sukan sahaja banyak lagi permasalahan hiliran yang sama naik. Inilah yang penulis berkenaan enggan memahami.

Malah dalam pendidikan anak-anak di sekolah, apa yang perlu guru-guru mahu jelaskan kepada mereka, Dalam subjek agama judi itu haram, pendidikan moral juga berjudi adalah perbuatan tidak baik. Malah pekeliling Disiplin peringkat sekolah telah menyenaraikan 101 kesalahan displin termasuklah salah satu yang diberi markah demerit adalah kelakuan pelajar berjudi di sekolah.

Dan bila para ustaz memperjelaskan judi itu haram kerajaan akan marah kerana rata-rata ustaz dan guru sekolah menyokong pembangkang terutama PAS.

Inilah dunia cacamarba malaysia tanahairku, itulah fikiran slogan mereka bertukar juga akahirnya daripada HIDUP MELAYU kepada MELAYU CEMERLANG




Hipokrit dalam isu lesen judi Piala Dunia
Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2010/06/23

Kegagalan operasi secara sah dikatakan beri ruang pertaruhan haram berleluasa

TEPAT seperti dijangka, kegagalan ‘melesenkan’ perjudian sepanjang pesta bola sepak Piala Dunia 2010, mencetus pelbagai isu terutama membabitkan pertaruhan secara haram terutama dalam kalangan rakyat bukan Islam.

Antara yang memulangkan paku buah keras ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, yang nyata tidak dapat menahan diri daripada bertanya apakah semua tangkapan yang berlaku sejak dua minggu lalu ada membabitkan rakyat beragama Islam.“Saya nak bertanya adakah apabila kita melesenkan perjudian sukan ini ada umat Islam yang akan terbabit. Orang Islam tidak berjudi, saya tidak berjudi. Jadi benda macam ini (melesenkan perjudian sukan) janganlah hanya bertanya kepada mereka yang beragama Islam, tanyalah kepada mereka yang bukan Islam.“Apakah orang bukan Islam tidak penting di negara ini. Hakikatnya ialah Malaysia bukan saja milik umat Islam, orang bukan Islam juga adalah sebahagian daripada warga negara ini,” katanya tegas.

Nazri adalah antara menteri yang dikritik serius dan dilabel sebagai berpandangan begitu liberal apabila menyokong cadangan Kementerian Kewangan untuk melesenkan perjudian sukan seperti ketika kempen Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan.
Ramai penganut Islam meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap cadangan itu dan antara yang lantang mengkritik kerajaan ialah parti pembangkang yang nyata menangguk di air keruh.

Namun, beberapa kes tangkapan besar-besaran dan hakikat bahawa lebih 200,000 rakyat Malaysia terbabit dalam perjudian haram Piala Dunia setiap hari, dengan pertaruhan lebih RM300 juta, ramai yang membangkang sebelum ini mula menginsafi hakikat sebenar.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata siasatan ke atas 129 orang yang ditahan dalam Ops Soga sejak Piala Dunia bermula dua minggu lalu, mendapati setiap orang bertaruh antara RM50 hingga RM2,000. Jumlah yang dikutip boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 bagi setiap satu perlawanan atau sehingga RM100,000 untuk tiga perlawanan sehari.

Nazri berkata, umat Islam negara ini tidak boleh terlalu emosional apabila berhadapan dengan isu yang sememangnya telah dijangka akan berlaku.

“Saya nak tanya lagi, ada beberapa perkara yang haram bagi umat Islam tapi tidak menjadi masalah kepada mereka yang bukan Islam dan sebagai negara majmuk kita khususkan peraturan untuk perkara seumpama.

“Contohnya, membela dan memakan babi, kita khususkan tempat pembelaan dan kita umumkan kawasan tidak halal apabila membabitkan penjualannya. Begitu juga dengan arak, kita syaratkan tempat dan kenakan hukuman sekiranya berkelakuan mabuk di tempat awam.

“Jadi kenapa dalam isu melesenkan judi sukan ini menjadi masalah pula kepada kita. Bukan kita, umat Islam, yang bertaruh. Mengapa kita perlu takut untuk mengenakan syarat yang dapat mengekang perjudian ini.

“Saya berharap lain kali orang Melayu dan umat Islam janganlah terlalu emosional tak tentu arah. Biarlah orang Cina dan India nak bertaruh... itu duit dia, kita cuma melesenkan bagi memastikan ia tidak mencetuskan pelbagai isu yang tidak diingini,” katanya.

Isu perjudian ini mencetus begitu banyak tekanan kepada pihak berkuasa. Kegagalan melesenkannya akan membuka pintu begitu luas kepada perjudian gelap, yang membawa kepada kepada isu gangsterisme.

Kumpulan gangster yang terbentuk akan mula mencipta ‘jajahan’ masing-masing dan akhirnya boleh membawa kepada pergaduhan kepada kumpulan yang tamak yang tidak teragak-agak menceroboh kawasan.

Jauh lebih buruk, ia boleh turut membabitkan pihak berkuasa apabila ada yang boleh ‘dibeli’ untuk melindungi kumpulan terbabit.

“Ini yang dikatakan ‘black economy’. Kegagalan kita untuk melesenkan perjudian sukan ini telah membawa kepada begitu banyak masalah,” jelas Nazri.

Menteri yang sebelum ini banyak bertentang pendapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, kali ini bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri itu, membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang nyata bersikap hipokrit dalam isu ini.

“Kali ini saya bersetuju dengan pendapat Tun, Anwar memang hipokrit dalam isu melesenkan perjudian sukan, kerana ketika menjadi menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) dia adalah orang bertanggungjawab meluluskan lesen untuk perjudian,” katanya.

Isu melesenkan judi sukan ini telah mencipta perdebatan hangat di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, antara dengan lantang membidas keangkuhan
pembangkang yang mengkritik kerajaan tanpa mengambil kira kesan dan akibat.

Antara yang mendesak kerajaan meluluskan pelesenan untuk pertaruhan sukan ialah Ahli Parlimen (Bebas) Wangsa Maju, Wee Choo Keong, yang mencadangkan lesen ini bukan saja diberi kepada Ascot Sport, bahkan mewujudkan sistem tender terbuka bagi membolehkan syarikat lain turut berniaga.

“Adalah tidak masuk akal untuk kita menghapuskan subsidi, tapi pada waktu sama membenarkan sindiket judi haram sukan mengaut keuntungan yang banyak.

“Mengapa kita boleh menjadi bendul dan buta kepada ini semua? Mengapa rakyat harus menjadi mangsa dengan penghapusan subsidi apabila hasil pertaruhan sukan boleh menampungnya? Pertaruhan yang dikawal selia adalah jawapan kepada masalah ini.

“Sedarlah. Bukalah mata. Janganlah kita mempertuhankan diri. “Dont play god.” Kita sendiri telah mengambil hasil daripada dana haram ini kononnya dengan cukai ke atas lesen arak, Big Sweep dan Empat Nombor Ekor, di semua negeri, termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” kata wakil rakyat Bebas ini mengenai pelesenan yang boleh memberi keuntungan lebih RM500 juta kepada kerajaan, kelmarin.

Tuesday, June 22, 2010

KJ: Melopong dan Terlopong

Beberapa hari lepas Tukimin Superior wartawan RTM diangkat menjadi hero atau pengeran atau pahlawan atau jagoon. Ini adalah kerana tindakan Tukimin mendesak ketua Pembangkang Dato seri Anwar Ibrahim minta mendedahkan segera 'bukti' kuat yang beliau punyai. Tukimin berbangga dan diangkat dipejabatnya kerana berjaya memalukan DSAI semasa sidang media berkenaan.

Melihat kesempatan yang ada KJ iaitu Ketua Pemuda Umno Apco memberi tempoh 24 jam kepada DSAI mendedahkan bukti yang beliau punyai.

Hari ini Tukimin terlopong , KJ ternganga kerana senjata yang digunakan nya itu termakan tuannya. AMK memusingkan senjata itu, kerana KJ adalah salah seorang konspirator bagi mengajak 4 kataki untuk melompat.

Dan menurut Ketua Pemuda AMK, mereka mempunyai bukti kukuh tentang hal itu. 4 kataki telah membeli rumah, ini didedahkan dalam Dewan Rakyat ini pun 4 kataki itu tidak membantah.

Kini apa jaminan SPRM bagi keadilan dan kesejahteraan umah dan imej negara. Semuanya cukup memalukan negara. Tindakan SPRM bersekongkol dan memejamkan mata menyebabkan masyarakat 'luar' mentertawakan kita.

Itulah sebabnya PM Singapura tidak pelik dengan kepimpinan negara kita. Dia boleh jangkakan dan boleh ramalkan jenis macam mana pimpinan kita.

Jadi kini siapa bijak berpolitik antara DSAI dan KJ . KJ yang merasakan dia adalah Ketua Pemuda yang hebat tidak langsung mendapat sokongan saf pimpinannya. Kita nampak KJ bergerak bersendirian, berdemo hanya beberapa kerat exco membantah Israel. Malah kedudukan Timb Ketua Pemuda sendirinya pun dalam kabinet gagal dipertahankan. Apa harapan kepada suara pemuda Umno Apco.



Monday, June 21, 2010

Islam mampu selesai semua permasalahan kronik

Masyarakat dikejut' dengan pendedahan isu kes zina di negara kita di kalangan remaja Melayu islam. Kes ini didedahkan hasil dapatan kajian oleh UPM.

Sekali lagi masyarakat 'gila' sekejap marah, cadang, salah menyalahkan dan pelbagai lagi. Apa pun adalah keyakinan kita, ahli masyarakat dan kerajaan yang menguruskan masyarakat kerana tidak mahu laksanakan dan berhukum dengan hukuman Islam.

Ramai ulama sudah memperjelaskan bahawa kes-kes kronik kita dapat diselesaikan oleh Islam. Ini hendaklah diyakini, kerana semua sesuatu itu datang daripada takdir dan tadbir Allah belaka-laka.

Jika kita menyakini Allah akan kurniakan keberkatan, kesejahteraan, keadilan sosial, keselamatan dan pelbagai lagi ketenangan jiwa manusiawi.





Tangani segera gejala seks bebas sebelum keadaan makin teruk


2010/06/21

PEMBABITAN remaja Melayu dalam kes salah laku seksual dan kegiatan seks bebas seperti disiarkan Berita Minggu kelmarin sungguh mengejutkan. Walaupun laporan itu bagai membuka pekung di dada dan menconteng arang di muka orang Melayu beragama Islam di negara ini, tetapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Sekurang-kurangnya ia dapat menyedarkan kita betapa rosaknya moral dan akhlak remaja sekarang. Jika begitu, tidak hairanlah mengapa kebelakangan ini begitu banyak kes pembuangan bayi berlaku di kalangan wanita Islam di negara ini, serta pengguguran janin yang disiarkan media cetak dan elektronik. Semuanya berpunca daripada keruntuhan akhlak ketika mereka remaja. Oleh kerana semua kejadian disiarkan media itu diperoleh berdasarkan kes dilaporkan orang ramai dan bersumberkan polis, ramai beranggapan ia kes terpencil yang barangkali sebahagian besarnya bukan dilakukan rakyat tempatan. Kita mendakwa ia angkara rakyat asing atau pendatang tanpa izin yang tidak bermoral dan rosak akhlak, sehingga tergamak membuang bayi hidup-hidup dan menggugurkan janin dalam kandungan. Tetapi apabila sudah terbukti menerusi kajian ilmiah, lebih-lebih lagi dilakukan pensyarah berwibawa institusi pengajian tinggi, ternyata kes salah laku seks dan seks bebas banyak membabitkan orang Melayu sendiri. Lebih memeranjatkan, ia membabitkan remaja seawal usia 13 tahun. Kajian terbaru selama enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ itu dilakukan sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) membabitkan 400 responden dalam dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan luar bandar. Kajian diketuai Pengarah Pusat Kokurikulum UPM, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran itu, mendapati 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 dan 25 tahun mengakui terbabit salah laku seksual dan seks bebas.

Mungkin kajian ini tidak menggambarkan keadaan sebenar masalah salah laku seksual dan gejala seks bebas di negara ini secara total, namun ia patut menyedarkan semua pihak khususnya ibu bapa, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta pertubuhan agama mencari jalan terbaik bagi merungkai permasalahan moral yang semakin tenat ini. Sebenarnya, sudah banyak diperkatakan mengenai keruntuhan akhlak remaja kita selama ini. Baik isu merokok yang sudah menjadi perkara biasa yang tiada penyelesaiannya, sehinggalah kepada isu penagihan dadah yang sering dikaitkan dengan remaja Melayu. Sudah tiba masanya semua pihak bertindak segera, jangan tunggu sehingga masalah ini menjadi teruk dan tidak boleh dibendung lagi. Ibu bapa harus memantau kegiatan anak masing-masing. Bukan saja di rumah, malah mengambil tahu ke mana anak mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan. Ibu bapa juga harus memberi didikan agama yang sempurna kepada anak sejak kecil lagi, termasuk soal hukum, had bersosial dan batas sempadan dalam pergaulan seperti ditetapkan agama. Guru khususnya kaunselor di sekolah patut memainkan peranan lebih berkesan membimbing pelajar bermasalah supaya kembali ke pangkalan jalan. Walaupun isu keruntuhan akhlak remaja harus ditangani secara bersepadu membabitkan pelbagai pihak, namun institusi keluarga adalah penggerak utama mencari penawar mujarab kepada penyelesaian ini.

Mulia dan kemuliaan: Nilai manusia disisi Allah bukan nilai manusia


Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diwakili kaum India dan Cina menjadi ahli bersekutu dalam Parti Islam seMalaysia (PAS). Pada Muktmar ke 56 yang lepas, buat pertama kali dalam sejarah wakil mereka diberi laluan untuk berucap bagi menjunjung kasih ucapan terima kasih atas Ucapan Dasar Presiden PAS.

Sememangnya isu ucapan mereka adalah selari dengan arah dna perjuangan. Malah wakil yang berucap melahirkan 'keyakinan' yang menebal terhadap keadilan Islam itu sendiri. Wal hal yang berucap dirostrum waktu itu belaiu adalah beragama Hinddu totok. Namun keyakinan meninggi yang diucapkan sementelahan pembuktian kepimpinan PAS bawah 2 Tok Guru yang cukup berktrampilan akhlaknya memikat dan menebalkan keyakinan mereka.

Malahan wadah perjuangan bangsa India tersedia seperti MIC, PPP, HINDRAF, KIMMA dan sebagainya. Namun mereka bersedia untuk memilih PAS kenapa dan mengapa ? Inilah persoalannya

Apa yang menghairankan kita adalah Melayu yang beragama Islam malah ada yang bertaraf mufti sanggup memilih Umno Apco sebagai wadah pilihan wadah perjuangan. Apa pun alasan hanyalah dia dan Allah yang mengetahuinya.
http://4.bp.blogspot.com/_bR10UkQfBXU/TB5REJKno9I/AAAAAAAAFPA/nSYCxKBm8bo/s1600/Bala+accident+18.6+DHPP.jpg
Maka dari segi zahirnya manusia dapat menilai. Dari segi pilihan manusia boleh memilih. Maka tak nkanlah pilihanya orang yang berilmu pulak tu , memilih Umno. Kalau ia sungguhlah ?

Inilah namanya dunia yang fana, sesiapa yang dikehendaki olehNya untuk diberi hidayah, maka semuanya adalah atas tadbir dan takdirNya.

Sunday, June 20, 2010

Puji dan kata biar bertempat ?

Kelmarin penulis membaca rencana tulisan Jamhariah Jaafar dalam BH terhadap Muktamar PAS 56 di Putik Kota Bharu Kelantan. Entahlah mungkin arahan tugasan beliau kali ini terkena ke muktamar PAS bukan ke Perhimpunan Agung Umno Apco. Antara amarahnya dan geramnya beliau kepada PAS kerana kerjaan utama PAS sepanjang muktamar ini adalah sarat semua perwakilan seia sekata kerja utama mereka kait, sindir dan hentam serta 'mengutuk' Umno Apco. Tambah beliau tiada sesuatu idea yang dapat beliau kutip hasil daripada muktamar tersebut. Sedap muktamar PAS tiadalah sesedap beliau menikmati makanan pagi di Pasar Siti Khadijah sahaja.


Bagi kita orang politik seperti biasa agenda utama dalam politik ialah musuh politik. Maka bagi mengalahkan musuh maka pelbagai cara kaedah dan cara gaya mestilah kita lemahkan. Mana ada di dunia musuh politik dapat memuji-muji musuh politiknya. Jika ia berbanyak memuji maka lebaih baiklah dia masuk bergabung dengan musuhnya kerana antara mereka sudah tidak ada perbedaan, tiada pertentangan dan percanggahan kepentingan.

Dalam hal kutuk mengutuk Umno, sepatah kata Tuan Guru semasa jawaban balas kepada Ketua Pembangkang DUN Kelantan waktu itu Dato Anuar Musa. Demo baru kawe kata sekali je, dah terasa, yang demo kata ke kawe puluh tahun kawe ta terasa', tambah tuan guru di sambut dengan tepukan gamat penyokong di dewan .

Malah bagi kita Jamhariah apa yang media tidak kata kepada PAS dalam media. Minta Jamhariah lihat kutukan laporan media terhadap PAS hari ini sahaja. Baca rencana Utusan Malaysia hari ini, bacalah juga akhbar BH majikan Jamhariah.

Oleh itu, cermin cerminlah diri, datang ke muktamar PAS. Mahukan semua perwakilan dan pemimpin PAS memuji Umno Apco. Mana ada jalan. Cubalah saudari ke Perhimpunan Agong Umno ada mereka mahu puji PAS ?


Pandangan Ahmad Atory Hussin dan PRU 13

Dalam mahu menjalankan pilihanraya kenapa jadikan pandangan Dr M sebagai 'sanad' bagi pilihanraya hendak ada atau ditiadakan. Jelaslah adakah Najib kekal dan mahu mengekalkan Dr M sebagai mentornya.

Rakyat didahulukan, pencapaian Diutamakan ? Slogan kosong kehidupan rakyat tidak pun kita rasa 'tertingkat' sekarang. Malahan keperluan asas kita 'gagal' diturunkan. Harga minyak malah akan dinaikkan, gula tetap tidak mencukupi, ayam menjadi benda yang dikrisiskan. Malahan subsidi mahu ditarik. Seolah-olah kerajaan yang rakyat yang ada ini lebih teruk dan tenat daripada kerajaan-kerajaan lepas.

Kekeringan idea, cuma nampak garang adalah Perkasa Ibrahim Ali yang melakukan kelakar politiknya mencuri perhatian Umno. Kerana beliau mahu 'rujuk' kembali kepada umno. Najib nampak macam tak faham sahaja.

Jadi apa lagi pengharapan kita kepada kerajaan yang ada.

Berbalik pandangan Ahmad Atory Hussin USM hujahan beliau boleh dilontarkan. Pandangannya lebih bersifat lontaran idea sahaja. Kita tidaklah hendak menolak semua pandangan kerana kita sendiri tahu kecenderungan dan citarasa beliau. Itu adalah hak. Memberi nasihat dan pandangan kepada parti yang beliau yakini untuk diberi nasihat juga adalah haknya. Pandangannya itu juga adalah haknya.

Cumanya kita nantikan pandangan dan saranan daripada Dr Nordin Kardi mantan NC UUM. Mungkin beliau insaf dan kembali kehidupan normalnya selepas menjadi penkagum, penyokong kuat Umno Apco. Harap Dr Nordin Kardi dapat menjalani kehidupan normal. Jadi-jadilah Dr


Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Oleh Ahmad Atory Hussain

2010/06/20

Kestabilan ekonomi Malaysia kini faktor paling sesuai adakan pilihan raya

TUN Dr Mahathir Mohamad menyarankan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 perlu diadakan lebih awal dengan alasan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan rakyat ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor serta kedudukan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan.Faktor lain ialah perkembangan mutakhir yang menyaksikan ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti dan menyertai UMNO serta beberapa anggota DUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang juga keluar parti dengan menyatakan sokongan terhadap BN, ditambah pula kemelut berlaku dalam PKR.


Begitu juga isu dan konflik politik yang berlaku di kalangan pemimpin PKR dan PAS Selangor. Maka memang dirasakan BN dan Perdana Menteri perlu mengambil peluang ini untuk memperbaharui mandat baru daripada rakyat. Pada pandangan pemimpin BN dan UMNO, selagi komposisi Parlimen yang diasak sebilangan ahli Parlimen pembangkang (termasuk sesetengah ahli Parlimen BN juga) yang kurang bersikap ‘parliamentarian’, yang semacam merosakkan nama baik Parlimen dan perbahasan yang pada keseluruhannya tidak menguntungkan atau tidak memberi banyak faedah kepada rakyat, maka pertimbangan mempercepatkan PRU Ke-13 kelihatannya adalah wajar.


Inilah kesempatan terbaik buat Perdana Menteri memilih bakal wakil rakyat terbaik berasaskan ‘pemimpin mendahului rakyat dan pencapaian diutamakan’. Hal ini dilihat tidak perlu mengambil kira akan kekalahan BN di Sibu yang mungkin dianggap sesuatu yang kurang impak berbanding faktor ekonomi yang sudah pulih dan sokongan secara umum rakyat terhadap BN dan Najib yang semakin meluas.


Pada hemat saya, saranan Dr Mahathir perlu dinilai secara serius kerana jika BN mengambil langkah terburu-buru, natijahnya akan memakan diri sendiri seperti berlaku ketika PRU Ke-12 yang sepatutnya tidak perlu diadakan pada 2008 kerana mandatnya boleh dilanjutkan sehingga akhir 2009.


Kecuali PRU Ke-6 pada 1982, semua PRU sejak merdeka diadakan sekitar empat tahun dan yang terpendek tempoh mandatnya ialah tiga tahun lapan bulan (1978-1982). Justeru, tidak janggal sekiranya Najib mahu mengadakan PRU Ke-13 pada bila-bila masa, mungkin awal tahun depan, iaitu tempoh mandat tiga tahun saja daripada tarikh PRU 2008.


Apapun, pada hemat saya, Perdana Menteri atau kerajaan yang ada mempunyai kuasa penuh untuk mengadakan PRU pada bila-bila masa yang pada pendapatnya wajar dan sesuai dengan kehendak kerajaan dan parti yang beliau pimpin.


Persoalan pokok di sini bukanlah lama atau cepatnya tempoh mandat pilihan raya umum itu, tetapi dari segi pertimbangan politik yang memerlukan kewajaran dan rasional bagi mengadakan PRU lebih awal.


Pertimbangan serius perlu dilihat, termasuk apakah kepemimpinan Najib benar-benar mendapat sokongan rakyat? Selain itu, apakah dengan pemulihan ekonomi dapat membantu melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN dan UMNO?


Pertimbangan sedemikian penting difikirkan. Soal mengadakan PRU Ke-13 – cepat atau lambat – tidak timbul kerana ia pasti diadakan juga, walaupun sehingga mandatnya mencecah lima tahun pada 2013, popular atau tidak popular BN dan kepemimpinan UMNO, PRU mesti diadakan juga, kecualilah jika kita mahu sistem Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sekali lagi.

Pandangan sesetengah penganalisis nampaknya lebih melihat kepada kritik atau isu dibawa pembangkang, sedangkan kritikan dalam BN dan UMNO sendiri, pada hemat saya perlu juga diambil kira secara serius sebelum keputusan mengadakan PRU Ke-13 dibuat.


Sejarah menunjukkan kritikan atau isu dalam BN dan UMNO perlu ditangani dengan tuntas atau cekap. Bukan semua kritikan di kalangan ahli BN atau UMNO menentang kepemimpinan. Ini yang gagal difahami sesetengah pemimpin UMNO. Jika kritikan dalaman gagal diselesai, tidak mustahil UMNO sekali lagi berdepan masalah seperti sebelum ini.


Mengenai sokongan akar umbi di luar bandar, pemimpin UMNO khususnya perlu meneruskan usaha merakyatkan parti sehingga terjalin hubungan mesra rakyat. Soalnya adakah rakyat sekarang sudah mula menerima BN dan UMNO? Saya masih ragu-ragu tahap sokongan rakyat, terutama di bandar dan luar bandar.

Dalam beberapa pilihan raya kecil, sokongan orang Melayu terhadap BN dan UMNO tidaklah memberangsangkan, walaupun menunjukkan peningkatan. Justeru, transformasi UMNO bukan saja harus ditumpukan kepada pimpinan peringkat atasan dan negeri, malah juga pada peringkat bahagian dan cawangan.

Jika semua faktor di atas dapat diambil kira dengan baik, tidak salah Najib mengadakan PRU Ke-13 lebih cepat. Beliau mahukan mandat semua rakyat, itu sudah menjadi lumrah politik demokrasi. Perdana Menteri berasakan bahawa mandat yang diberikan rakyat sejak 2008 lalu perlu diperbaharui.


Beliau perlu mendapat sokongan padu rakyat dan juga perlu mendapat semula kuasa kerajaan memerintah di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan jika tidak pun Kelantan. Agak keterlaluan dikatakan mandat PRU Ke-12 adalah mandat yang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, manakala Najib hanya meneruskan mandat itu yang sepatutnya berakhir pada 2013.

Perlu diingat, apakah semua isu rasuah perlu diselesaikan terlebih dulu, baru PRU Ke-13 hendak diadakan? Itu tidak mungkin. Yang penting, sudah ada kesungguhan kerajaan membanteras segala macam isu seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan ia sudah cukup sebagai suatu kewajaran mengadakan PRU Ke-13, jika mahu ia dipercepatkan.

Walau apapun faktor dikemukakan sebagai asas mengadakan PRU, pada hemat saya, faktor ekonomi adalah yang terpenting. Ini adalah realiti politik demokrasi di Malaysia. Jika ekonomi lemah, lazimnya sokongan rakyat akan berkurangan.

Sebab itu, sekali lagi Dr Mahathir melihat faktor ekonomi sebagai asas cadangan beliau supaya PRU Ke-13 diadakan sekarang. Sebagai ahli akademik, saya juga berasa demikian. Sebabnya, kemerosotan BN/UMNO pada PRU Ke-3 (1969), Ke-10 (1999) dan Ke-12 (2008), jelas memperlihatkan faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika itu sebagai faktor nombor satu, selain faktor bukan ekonomi dalam mempertimbangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Dengan ekonomi makin berkembang, Keluaran Kasar Negara (GNP) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat, dengan petanda gaji kakitangan swasta dan kerajaan akan naik, harga barang stabil, subsidi kekal dan pelbagai lagi petunjuk politik, maka kewajaran mengadakan PRU Ke-13 sekarang mungkin berasas.

Penulis ialah pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial, USM

Saturday, June 19, 2010

Baik kita dahului sebelum Umno politik dan polimikkan ?

BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya.

Harakahdaily

Bicara Mufti : Alangkah baiknya diikuti sama pimpinan

Bicara Mufti TV9 pagi tadi mencuit sanubari penulis. Kali ini siaran berkenaan telah dihostkan oleh Shahibul Samahah Mufti Negeri Kedah Darul Iman. Pokok bicara dan kupasan beliau tanpa berselindung memperjelaskan secara terang serta jelas bagaimana gejala murtad dan kes-kes murtad itu boleh berlaku dalam masyarakat kita.

Kemudian Dato Mufti berkenaan memperjelaskan tentang kebaikan Islam yang kita anuti. Besarnya dan hebatnya Islam yang wajar dipertahankan sehinggakan bagaimana analogi mudah sembelihan dan islam yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Apakah dengan sekadar membaca bismillah itu sahaja sauha cukup menjadi prasyarat sah sembelihan itu. Jelas beliau Islamlah yang disyarat awalkan duduk tangga pertama dan utama. Kemudian barulah diperlakukan terhadap binatang sembelihan berkenaan.

Sepatutnya pimpinan rakyat dan wakil rakyat Umno Apco dapat mengikuti sama Bicara Mufti berkenaan. Penulis bukanlah tujuan mahu mengenakan terhadap apa yang dikenakan, tetapi sekadar memperingati fahaman dan kefahaman islam Umno Apco yang tidak henti-henti mempolitikkan Islam PAS.

Tolak Umno bukan bererti Melayu berpecah ?

Umno disimbolkan sebagai lambang serta payung penyatuan Melayu di Malaysia. Jika sesiapa menyangah Umno bererti ianya menyangah kesatuan ummah Melayu seMalaysia. Asas penyatuan dan kesatuan Melayu jelas dipelopori oleh Umno. Buktinya Melayu merdeka, maju, negara ditadbir urus dengan jayanya kerana umno. Maka barang siapa sahaja menafikan Umno ataupun tidak sependapat dengan Umno ertinya ianya adalah sebagai golongan pengacau , pemecah belah perpaduan Melayu. Sebab itu umno Apco bangga slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya'. sebagai slogan keramat Umno Apco. Di belakang seruan Umno yang ketinggalan zaman iaitu Hidup Melayu, yang kian tiak relevan.

Justeru mantan PM Dr M , amat 'marah' dan tersinggung dengan pendapat yang keluarkan oleh seorang intelektual universiti yang menafikan kaum Melayu akan menjadi monoriti dalam negara ini. Hujahnya komposisi kaum sekarang orang Melayu adalah 60 % daripada jumlah penduduk Malaysia. jadi hujahnya mana mungkin Melayu menjadi kaum monoriti. Hujahan cendiakiawan Melayu itu disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu arus perdana bagi menjawab pandangan mantan PM itu dalam blognya, yang menyatakan 60% di Malaysia terpecah 3 kini iaitu 20% Umno APco, 20% sokongan kepada PKR dan selebihnya kepada PAS.

Malangnya Dr M enggan menerima jika semua Melayu total menolak UMNo dan memilih PAS. Maka sokongan kepada Umno Apco dialihkan kepada PAS. Penjelasan dan kedudukan inilah yang 'enggan' diterima dan difahami. Kerana kita mahu semua Melayu itu beragama Islam , maka wajarlah mereka memilih PAS sebagai wadah perjuangan ummah bagi masa depan mereka.




Kerajaan jangan khianati mandat rakyat

Apabila kerajaan suka dipuji dan berbangga dengan pujian berkenaan. Kelmarin AS memuji Malaysia kerana negara berada pada tahap 2 bawah aktiviti pemerdagangan manusia di dunia. Katogeri tahap ke 2 ini memberi gambaran Malaysia adalah negara yang terperihatin dan bertindak tegas menangani dengan kes pemerdagangan manusia di abad ini.

Malah hari ini juga dilaporkan PBB bawah Kumpulan hak Asasi Manusia pula memuji Malaysia kerana antara negara yang memberi layanan baik kepada tahanan. Tambah baik lagi lapornya tahanan ISA juga semakin berkurangan. Kini tahanan ISA hanya tinggal 15 orang sahaja.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga amat berbangga dengan pengiktirafan dunia itu. Namun di dalam puji pujian berkenaan pemimpin negara kita wajar kena sedar dan ingat. Masih banyak sudut peminggiran yang negara gagal capai.

Terutama isu berbangkit soal keadilan sistem Kehakiman dalam negara kita. Undang-undang terpilih untuk dakwaan terpilih, terutama melibatkan kes-kes rasuah, ketirisan, projek-projek kerajaan kini mencecah ratusan juta ringgit. Bankrapsi institusi, anak syarikat kerajaan negeri, keberhasilan dan pemerhasilan pendapatan negeri-negeri yang menjunam pendapatan dan 1001 isu yang tertunggak yang merimas dan melemaskan rakyat.

Maka janganlah dengan 1 dan 2 puji pujian tersebut kerajaan kini sudah berpuashati dalam menabur khidmat bakti kepada rakyat yang memikihnya atau memberi mandat kepadanya.

Memperbetulkan caragaya fikir kerajaan

Suka atau tidak judi tetap berjalan dalam masyarakat moden kita. Judi akan memanjangkan angan-angan tahu judi. keketagihan judi ALlah peringatkan dalam Al Quran. Antara perkara-perkara bahaya dan bahana kepada manusia.

Pelaporan demi pelaporan bahawa PDRM berjaya menumpaskan kes perjudian, penulis rrakamkan ucapan sekalung tahniah dan syabas. Namun, PDRM juga ada had masa tempoh semangat untuk memerangi judi. Walaupun dalam PDRM sendiri telah ditubuhkan unit membenteras judi haram sahaja.

kegagahan dan keghairahan PDRM kini adalah komitment nya bagi membuktikan kepada rakyat bahaa mereka adalah agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab dengan apa yang dipertanggungjawabkan. Ini kita tidak nafikan.

Bagi kita adalah lebih mudah sifirnya, bertindak atas apa yang tiada daripada bertindak atas apa yang sudah ada. Sebagai contoh lihat bagaimana payah dan susahnya kita mahu menutup PUB-PUB yang sudah beroperasi di ibu negara. Walaupun serbuan demi serbuan dibuat, hinggakan ada sesetengah PUB itu katanya sudah puluhan kali diserbu pihak berkuasa tetapi gagal membenteras apa yang mahu dibenteras. Maksiat terus berjalan, pil khayal diperdagangkan, arak dijamukan. Ini kerana semata-mata kebenaran kita melesenkan kepada mereka. Justeru kegiatan mereka halal.

Jika belum diberikan lagi. kan mudah kita menutup pintu-pintu maksiat. Maka kita hadkan yang sedia ada ini. Kita pantau dan selia. Adalah bertambah mudah lah agensi penguatkuasa memantau dan menyelianya.

Inilah rasionalnya dengan apa yang dibuat di Kelantan. Premis judi tidak ditambah. Pantau dan selia serta hadkan kedai judi arak. Penguatkuasa pun bertambah ceria dan suka kerana medan seliaan mereka kecil.

Berbalik gejala judi semasa musim Piala Dunia. Aktiviti yang mudah dan menghasilkan pulangan lumayan ini akan diteruskan. Maka peninglah agnesi penguatkuasa kita.


Judi bola sepak RM23.1j tumpas

KUALA LUMPUR 18 Jun – Polis yang menjalankan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi membanteras perjudian bola sepak Piala Dunia 2010 sejak minggu lalu, berjaya menumpaskan beberapa lagi sindiket itu yang melibatkan pertaruhan RM23.1 juta di Selangor dan Perak.

Di Selangor, dalam 13 serbuan yang dilakukan sejak tiga hari lalu dan berakhir awal pagi tadi melibatkan pertaruhan sebanyak RM15.1 juta, polis berjaya menahan 13 lelaki dan seorang wanita tempatan serta sembilan wanita warga Indonesia berusia 15 hingga 45 tahun.

Di Perak pula, seorang wanita antara sembilan yang ditahan dipercayai bookie melibatkan pertaruhan sehingga RM8 juta dalam serbuan di lapan premis berasingan di Ipoh dan Batu Gajah, malam tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, dalam 13 serbuan di sekitar Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, Ampang dan Kuala Langat, 10 sindiket perjudian itu berjaya ditumpaskan.

“Kejayaan itu adalah hasil maklumat orang ramai dan polis turut merampas peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut antaranya lima unit komputer, komputer riba (lapan), telefon bimbit (10 unit) dan sebuah mesin pencetak.


Kedangkalan penulis Umno Apco

Nilai dan erti pembangunan, diukur dengan jalanraya luas, lebar dan cantik dan itulah pengiktirafan kemajuan. Inilah nilaian maju dalam kepala pelapor yang dangkal dan bebal seperti Jamhariah Jaafar daripada BH.

Kebebalan PENULIS itu ditambahi dengan keazaman dan cita-cita politik pembangkang yang mahu membina minda dengan Road To Putrajaya. Maka sekali lagi penulis memperbandingkan antara kehebatan Dr M dan Najib dengan membandingkan TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz cara gaya urus negeri dan negara. Perbandingannya terlalu kauh dan tinggi. Penulis memperlekehkan cita-cita berkenaan. Inilah jenis penulis yang akan sama masuk NAR dan ikut apa kata pemimpin buat. Terlalu kuat mempertahankan kerajaan mungkar yang ada di bumi Malaysia.

Jiwa Umno APCO penulis setiap kali nama Umno Bn disebut dan dikutuk. Secara logiknya dalam dunia dan amalan dunia. Mana ada musuh bersikap lunak dengan musuhnya. Ini adalah amalan biasa.

Mungkin penulis (Jamhariah Jaafar) seorang yang hebat. Maka sikap macam inilah dikala semua orang mengutuk Israel maka Umno Apco macam penulis bebal ini tetap mahu berbaik-baik dengan Israel.

Samanya umno dengan penulis rencana ini gayanya. Pemahaman cara fikir. Penulis ini mengamalkan amalan sufi yang cukup tinggi. Orang sufi tidak menilai orang itu dan ini dan meletakkan hukum pula ?


PAS tak jemu kecam UMNO, masih ada hati ke Putrajaya

Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2010/06/12

MENIKMATI nasi panas, ikan singgang dan mencecah ulam dengan budu di Pasar Siti Khadijah, lebih sedap daripada duduk mendengar ucapan dan perbahasan Muktamar PAS yang penuh dengan kutukan terhadap UMNO serta Barisan Nasional, seolah-olah parti pemerintah ini menzalimi seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh 50 tahun ini.

Daripada persidangan Dewan Ulama, Wanita dan Pemuda yang berlangsung kelmarin, sehinggalah tirai Muktamar ke-56 dibuka secara rasmi oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan semalam, perwakilan Pas dari seluruh negara kelihatan tidak tenteram dengan ucapan dasar pemimpin tertinggi sehingga ada yang merungut, antara lainnya berbunyi:

“Kenapa tak cakap secara serius macam mana nak pastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat sampai ke Putrajaya. Tak ada satu pun yang baru, tak habis mengutuk UMNO dan BN sedangkan Pengerusi (Pengerusi Persidangan Muktamar) pun cakap dia baru nak kawan dengan pemimpin Cina.”

Bermula malam kelmarin, yang memperlihatkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melemparkan impiannya kepada Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat – dengan menyentuh tema ‘Sepakat Putrajaya’, Hadi turut menyuarakan impian sama ketika membuat ucapan dasar semalam.

Perwakilan kelihatan resah apabila terus dihumban dengan keburukan parti pemerintah, kerana ramai gusar dengan kemampuan Pakatan Rakyat terutama PAS sendiri, sekiranya mereka benar-benar berjaya menguasai Putrajaya nanti.

Ketika Hadi sendiri pernah mengalami sejarah hitam dalam pemerintahan PAS selama sepenggal di Terengganu (1999-2004), Nik Aziz yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun juga mula terasa bahang kerana satu demi satu kesilapan pentadbirannya mula didedah dan dipersoal rakyat.

Dalam tempoh 20 tahun PAS di Kelantan, pembangunan prasarana masih tidak banyak berubah. Jalan masuk ke Kelantan dari Tok Bali masih satu lorong dengan suasana sepanjang jalan tidak menampakkan sebarang perubahan sejak lebih 10 tahun keluar masuk ke negeri ini, persekitaran dan penduduk yang dikenali juga tidak menerima sebarang bantuan secara langsung daripada kepemimpinan Nik Aziz.

Satu-satunya daerah yang boleh dianggap berkembang ialah Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah lebih besar dan teratur, bangunan sekitarnya semakin tinggi dan moden, tetapi persekitarannya seperti di Jalan Wakaf Mek Zainab, masih tidak banyak berubah wajah.

Amat tidak adil sekiranya kita membuat perbandingan pemerintahan 20 tahun Nik Aziz di Kelantan, dengan tempoh 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara, yang berjaya mengubah wajah Malaysia dari dunia kelas ketiga kepada infrastruktur kelas pertama.

Memang tidak adil untuk membandingkan Dr Mahathir daripada UMNO yang memiliki pelajaran tinggi dan seorang doktor, sebagai pemimpin UMNO yang memiliki wawasan global dengan Nik Aziz, yang turut memiliki impian untuk berpindah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Apa lagi untuk membandingkan kepemimpinan UMNO yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dengan Hadi, Presiden PAS, yang pernah menjadikan Terengganu kelam dan hambar sepanjang pemerintahannya di negeri Penyu itu selama sepenggal.

Terbayang wajah perwakilan PAS apabila Tok Guru Nik Aziz bercakap mengenai ketuanan Melayu yang dianggapnya sebagai satu ‘dongeng’, ketika merasmikan Persidangan Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda, kelmarin.

“Jangan dibiarkan orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang menjadi dongengan pemimpin UMNO.

“Orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka,” kata Nik Aziz, memperlekehkan hak Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam keasyikannya meraih sokongan kumpulan yang dipanggil sebagai non muslim.

Ramai perwakilan senyap apabila Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, turut mengutuk UMNO yang disifatkannya mengamalkan ‘politik perkauman sempit’ dan menjadi pelopor kepada ‘kezaliman’ yang sedang berlangsung di dalam negara ini.

“Setelah 50 tahun Malaysia diterajui Perikatan/BN yang ditunjangi UMNO, negara ini kian jauh daripada keamanan dan kemakmuran. Hasil mahsul dikurniakan Allah SWT yang melimpah ruah tidak dapat dikecapi rakyat kebanyakan, sama ada Melayu atau bukan Melayu,” kata Nasruddin.

PAS perlu jujur kepada diri sendiri sebelum mengutuk dan mengkritik parti politik lain. Agak janggal bila masih ada ahlinya melihat dengan cemburu kemewahan yang dikecapi barisan kepemimpinannya.

“Tengok barisan kereta ni, dia orang ni kerja apa ya sampai mampu pakai kereta mewah macam ni. Kalau kita memerintah nanti, rasanya kita masih tetap macam ni, yang kaya ialah pemimpin-pemimpin. Apa bezanya nanti dia orang dengan pemimpin UMNO?”

Muktamar PAS sudah berusia 56 tahun, maknanya parti itu juga sudah seusia dengan UMNO. Sama dewasa dan sama matang.

Apakah apabila berjaya ke Putrajaya nanti, masih adakah pemimpin PAS akan terus berjubah dan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim akan terus berkain pelikat apabila menghadiri persidangan rasmi seperti ini?

Friday, June 18, 2010

Di mana SPRM kes RM2 juta

SPRM ? Kenapa diam membisu seribu bahasa ? Apa yang tidak kena dengan SPRM, kerana sebelum-sebelum ini SPRM adalah jagoon pembela kemungkaran dan penegak kebenaran.

Isunya Anwar Ibrahim ketua pembangkang mendakwa mempunyai bukti jelas bahawa MP yang terbabit dalam 'mengikut agenda' melompat menjadi MP Bebas itu memiliki transaski RM2 juta tawaran daripada pihak Umno APCO.

Kita hairan kenapa SPRM kali ini tidak sibuk seperti sediakala. Maknanya SPRM adalah pengikut telunjuk. Kali ini telunjuk yang menelunjukkan itu suruh dia membatu seribu batu lagakkannya.

Umno APCO kali ini lega dan bebaskan diri daripada terjepit dan tersepit. Umno APCO mempergunakan 4 kataki lompat ini menjadi sharpshooter kepada pembangkang.

Malah Bung Raden nampak sibuk dengan kes Zizienya dan Mohammad Aziz Sri Gading pun senyap sahaja seribu bahasa.















Anwar Diminta Ikhlas Mengenai Bukti Bekas Wakil Rakyat PKR Ditawar RM2 Juta

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta bersikap ikhlas dan berani untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan beliau kononnya beberapa Anggota Parlimen daripada parti itu ditawarkan RM2 juta untuk meninggalkan prti itu.

Ketika membuat desakan itu, kumpulan Anggota Parlimen berkenaan yang kini membentuk Konsensus Bebas, berkata Anwar tidak harus menjadikan fitnah dan pembohongan sebagai asas politik bagi mengalih tumpuan umum daripada permasalahan yang dihadapinya.

"Oleh itu, Konsensus Bebas mendesak Anwar bersikap ikhlas dan berani kerana benar untuk mendedahkan bukti, jika ada, seperti yang beliau dakwa," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata beliau akan mendedahkan bukti itu "pada masa dan tempat yang sesuai".

Konsensus Bebas, yang ditubuhkan baru-baru ini oleh lima orang wakil rakyat yang dahulunya daripada PKR, berkata mereka bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Anwar.

"Konsensus Bebas meminta rakyat untuk menilai semula tindak-tanduk dan cara Datuk Seri Anwar Ibrahim berpolitik," kata mereka dalam kenyataan itu. - BERNAMA

Pilihanraya di tetapkan tarikh ?

Nampaknya rumors Najib mahu mempercepatkan pilihanraya PRU 13 semakin kuat. Alasannya pelbagai, antara andaian kita mungkin beliau mahukan mandat baru rakyat. Kerana ini adalah era berPMkan Najib. Mandat hari ini adalah mandat rakyat tinggalan gemulah Pak Lah. Mana mahu Najib makan lebih orang.

Selain itu beliau yakin simpati rakyat Melayu terhadapanya dan kerajaannya tinggi. Lebih-lebih lagi semasa muktamar PAS ke 56. Satu usul telah diperdebatkan dalam Mukmar PAS baru lalu, berkenaan undi Melayu menurun kepada Pakatan Pembangkang yang mengundang reaksi pro dan kontra.

Isu kini adalah seperti mana cadangan Dato Paduka Husam Musa Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau mahukan tarikh pilihanraya di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan P Pinang tarikh pilihnraya ditetapkan.

Maka berdasarkan alasan dan hujahan Dato Husam kita amat bersetuju, agar tindakan kita dapat mengurangkan kegirangan Najib yang angkuh mengumumkan semalam bahawa tarikh pilihanraya hanya ada ditangannya sahaja. Beliau sahaja yang mengetahuinya.

Justeru persepakatan pimpinan Pakatan Rakyat bagi menerima pakai idea ini adalah sesuatu yang luarbiasa. Oleh itu tahap keberanian pimpinan mencaturkan keputusan dan mohon kumpulan pemikir kita memikirkan dari segi strategi tactical dan techinal supaya keberadaan Pakatan Rakyat wajar dihormati.

Kita wajar mengubahnya agar mandat rakyat dan perundangan negara diikuti. Biarlah kali ini pilihanraya diadakan 5 tahun sekali. Maknanya tarikh pilihnaraya ke 13 akan datang adalah 8 Mac 2013.

Semua pihak dapat bersedia, wang rakyat tidak dibazirkan. Sementelahan kedudukan kewangan negara yang menyusut. Langkah penjimatan dan mencari keadilan dan kesamarataan itulah yang rakyat cari dan nantikan.

Teruskan usaha murni berkenaan



Laptop breakdown

Satu hari laptop hangging dan diformat semula. Maka banyaklah maklumat yang 'hilang' begitu sahaja. Alangkah ruginya, alahai apa nak buat.

Maka banyaklah kenangan se masa Muktamar yang dirakamkan semasa kawe menjadi jurufoto Pahangkini.net lesap.

Apa pun inilah percubaan dan ujian menjadi blogger.

Wednesday, June 16, 2010

Bahasa: Peminggiran atau terpinggir

Kerajaan dengan penuh bangga dan bernafsu mengumumkan projek baru mereka bahawa mulai tahun-tahun ke hadapan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diwajibkan menjadi sukatan dalam pendidikan di sekolah kebangsaan iaitu peringkat sekolah rendah.

Namun pendirian dan pengumuman yang gagah dan hebat itu dilihat jelas akan kesungguhan dan kemahuan politik kerajaan yang amat tinggi terhadap kedua-dua bahasa ini. Kaum Cina dan India pula hanya memerhatikan sahaja, mungkin dihati kecil mereka amat bangga. Kerana sesudah 52 tahun merdeka barulah 'mereka' diterima. Dan penerimaan pengajaran kedua-dua bahasa itu adalah sebagai satu bentuk pengiktirafan yang simbolik.


Dalam keghairahan kerajaan mahu melaksanakan kedua bahasa itu masuk ke sekolah kebangsaan. Kedua-dua parti politik dominan Cina dan India iaitu MCA dan MIC hanya sekadar melihat tanpa berbunyi dan bersuara langsung. Setuju, sokong, sambut baik dan sebagainya. Kedua rakan akrab Umno itu mengmabil sikap berdiam diri sahaja. Adakah mereka tidak berbangga ataupun mereka sudah kenal hati budi Umno ?

Bagi kita rakyat benci dan muak dengan 'telatah' kerajaan. Sememangnya perangai kerajaan Umno Bn suka mengambil tindakan membabi buta dan melulu. Bila sesuatu projek dilaksanakan tumpuan dan perhatian tentulah berbeda. Peminggiran BM secara halus dan terancang gayanya.

Kini ramai cendiakiawan dalam masyarakat minta kerajaan jangan leka dan lupa supaya Bahasa Melayu itu dimartabatkan dan diperkasakan. Bagi kerajaan Umno Bn, maksud memartabatkan bahasa pun mereka gagal fahami. Apa lagi bagi menghayatinya. Cuba tanya Sasterawan Negara A Samad Said sendiri apakah yang dimaksudkan dengan pemartabatan bahasa Melayu di negara ini.

Ikuti luahan pandangan mereka yang terlibat secara langsung dalam institusi yang berusaha memartabatkan bahasa di negara kita. Hayati pandangan mereka dengan fikiran yang terbuka dan jernihkan pemikiran kita.

Martabatkan bahasa Melayu dahulu

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua kaum di negara ini perlu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di samping memperkasakan bahasa Inggeris sebelum mempelajari bahasa ibunda lain seperti Tamil dan Mandarin.

Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sekiranya kerajaan mahu mewajibkan pengajaran bahasa-bahasa ibunda tersebut, ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula di sekolah rendah.

"Kita tidak boleh paksa murid-murid belajar bahasa-bahasa tersebut kerana ia agak menyukarkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan mewajibkan penyediaan guru-guru Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran kedua-dua bahasa itu dapat dilaksanakan sepenuhnya di negara ini.

Menurut Abdul Latiff, langkah kerajaan itu sebenarnya merupakan strategi untuk menarik kaum lain menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan.

Namun, jelasnya, untuk mewajibkan pengajaran kedua-dua bahasa tersebut kepada pelajar, ia sedikit menyukarkan kerana secara tidak langsung akan membebankan mereka apabila terpaksa belajar banyak bahasa dalam satu masa.

Katanya, cadangan itu akan lebih berkesan sekiranya kedua-dua bahasa tersebut diwajibkan kepada murid-murid India dan Cina di sekolah kebangsaan manakala pelajar Melayu diberi pilihan belajar Bahasa Arab.

Selain itu, katanya, sekiranya cadangan itu diteruskan, ia perlu melibatkan murid di sekolah rendah terlebih dahulu manakala pilihan pula diberi kepada pelajar sekolah menengah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pula berpendapat, cadangan itu perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan menyediakan prasarana yang mencukupi terlebih dahulu.

Katanya, sekiranya cadangan itu mahu dilaksanakan dalam waktu terdekat, ia memerlukan satu tempoh percubaan untuk menilai kesan dan kelemahan pelaksanaannya.

"Cadangan ini tidak boleh dilakukan secara sambil lewa kerana ia melibatkan bahasa.

"Kementerian perlu berunding dengan pihak-pihak yang terlibat terlebih dahulu untuk mengenal pasti kekurangan dan kelemahannya," katanya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz pula berkata, cadangan itu terlalu awal untuk dilaksanakan kerana penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar masih berada di peringkat tidak memuaskan.

Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan pula berpendapat, langkah itu tidak akan membelakangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Langkah ini membolehkan setiap kaum mempelajari bahasa ibunda masing-masing dan ia tidak akan mengganggu proses untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat," katanya.









ADUN Lompat: Imej tercalar dan mencalarkan ?

Persoalan tertarik atau tidak tertarik adalah tidak berbangkit. Soal tertariknya rakyat kepada Pakatan Rakyat uiaitu pembangkang terkuat kini dalam politik Malaysia diutarakan oelh Dr Rais Yatim Menteri dalam kabinet Najib yang pernah satu ketika dahulu menjadi kumpulan pembangkang.

Secara ikhlasnya kita akui dan terima apa yang diperkatakan oleh Dr Rais. Sebelum berlaku 'fenomena lompat' kalangaan Adun dan MP Pakatan Rakyat. Senario politik negara tampak cantik dan segar. Rakyat dihidangkan dengan keyakinan dan pilihan alternatif bagi dua kumpulan yang berbeda pendekatan ideologi untuk mentadbir dan memerintah Malaysia. Kini situasi itu kembali pudar gara-gara kes lompat melompat.

Situasi ini memberi sedikit impak kepada perjalanan kumpulan pembangkang ini. Biar apapun sekali hujah kita, ia tetap memberi kesan dan terkesan keada rakyat. Rakyat sudah terbina persepsi terhadap fenomena ini.

Apa pun kerajaan Najib bawah nasihat APCO berjaya mengikis imej kepercayaan rakyat kepada gabungan ini. Adalah terlalu lama masanya bagi memperbaiki imej ini. Tambahan dalam kumpulan pembangkang ini, terbabit sama PAS yang membawa imej Islam itu sendiri.

Bagi kita, ketidakwajaran lompatan ADUn dan MP pembangkang ada benarnya. Di manakah letakkan asas perjuangan mereka. Maka rakyat akan simpulkan rata-rata wakil rakyat semua mencari makan atas jawatannya.


Sebenarnya sebelum ini rakyat meletakkan harapan dan pengharapan yang begitu tinggi terhadap Pakatan ini. Di mana rakyat melihat Umno Bn sudah gagal menjalankan tanggungjawabbya kepada rakyat kerana dek telalu lama berada ditampuk kekuasaan.

Adakah harapan rakyat sudah punah ? Adakah rakyat mahu kekal terus dan memberi terus kepercayaan lagi kepada Umno Bn pada PRU 13 nanti ? Hanya masa sahaja yang bakal menentukkannya !!




Pembangkang hilang tarikan

SINGAPURA - Trend wakil rakyat pakatan pembangkang yang keluar parti untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN) mencerminkan parti pembangkang kini 'telah hilang kegemilangan dan cahaya tarikan'.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, lebih ramai wakil rakyat parti pembangkang keluar parti akan menyedarkan para pengundi bahawa mereka tidak mendapat sebarang manfaat kepadanya.

"Tindakan wakil rakyat parti pembangkang yang keluar parti telah membuat pendirian tegas dan berwibawa," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar daripada DAP dan menjadi wakil bebas yang mesra Barisan Nasional (BN) berikutan kekecewaan dengan kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitiking sehingga tanggungjawab kepada rakyat diabaikan.

:Rais berkata sudah sampai masanya rakyat menyokong BN bagi memastikan mereka dan keluarga sentiasa terjaga dan mendapat bantuan yang sepatutnya, selain turut mem:bantu usaha kerajaan memperkukuhkan gagasan 1Malaysia. - Bernama

Tuesday, June 15, 2010

ADUN MALIM NAWAR keluar DAP

ADUN MALIM NAWAR keluar DAP. Berita ini adalah satu kemenangan moral umno Bn. Najib dan pimpinan Umno Perak amatlah berbangga dengannya. Namun berapa jumlah yang dilaburkan wallahualam bisawab. Duit yang digunakan sebagai umpan itu adalah duit rakyat.

Kita jangkakan dan andaikan maka ADUn Malim Nawar itu sendiri tidak tertipu dengan kelicikan Umno Bn. Jika beliau gagal dapatkan nilai tertentu adalah sesuatu yang malang baginya.

Apa pun kehidupan dan kesejahteraan keamanan dirinya akan sentiasa mengiang-ngiang di benak fikiran. Dan rasa bersalah akan tertanam seumur hidupnya. Ingat sesungguh kemenangan dan habuan itu adalah bersifat sementara.

Itulah berita paling sensasi dan gempak waktu ini. ADUN Malim Nawar daripada DAP berbangsa Sikh. Alasannya beliau tidak bersetuju dengan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat yang asyik sibuk berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja membela dan dekati rakyat. Beliau kecewa, hasil daripada kekecewaan itulah maka beliau dikatakan terpikat dengan gerakkerja dna kepimpinan Dr Zambry Kadir MB Perak oleh Mahkamah itu.

Kita amat bersetuju dan menyokong penuh dengan ADUN ini, kerana beliau adalah seorang pejuang rakyat dan berjiwa rakyat. Zaman ini sukar untuk mencari ADUN yang berfikiran dan bersikap sedemikian.



ENGKAU PERGI JUA !!


Al fatihah. Bertepatan dengan tarikh 1 Rejab 1431H almarhum Ust Hassan Shukri menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seorang insan gigih semasa usia muda sehinga ke hari tua nya menginfakkan dirinya terhadap perjuangan PAS.

Daripada Perak beliau berpindah ke Selangor, melibatkan diri seusia muda selepas tamat pelajaran di luar negera. Beliau kekal hidup sederhana, menyatuni semua petugas yang berkunjung ke Taman Melewar. Malah Markaz Tarbiyyah Taman Melewar sendiri senonim dengan nama beliau selepas Ust Nakhie Hj Ahmad.

Jawatan tertinggi dalam parti adalah sebagai Timbalan Presiden PAS. Dan yang paling terhebat beliau adalah seorang pembuat perlembagaan PAS yang cukup hebat. Kehebatan merencana perlembagaan terbaru ini juga adalah hasil sumbangan terakhir beliau kepada parti.

Hari ini, beliau disemadikan. Lanjutan perjuangan beliau yang dipusakai itu wajar diteruskan oleh generasi muda kini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan berada di tempat sewajarnya.

Pencuri yang mulia ?

Terima kasih kita kali ini kepada pencuri. Maka sudah tertulis kali ini kerja jahat pencuri itu kali ini mencuri komputer riba seorang selebriti terkenal indonesia iaitu Aieral Peterpan.


Di takdirkan dan berkebetulan pula komputer berkenaan milik peribadi Aireal Peterpan juga memiliki klip video aksi lucahnya bersama-sama rakan artis wanita serta model Indonesia yang lain. Aksi tersebut dirakamkan atas pelbagai tujuan dan alasan barangkali.


Justeru pencuri berkenaan berniaga dan niagakan benda itu. maka teredarlah klip video berkenaan ke dalam youtube dan gemparlah masyarakat Indonesia.

Usaha 'murni' pencuri mencari keuntungan itu telah sedikit sebanyak membawa satu dimensi baru dunia. khasnya dunia artis dan dunia kehidupan masyarakat kini.


Pertama, kehidupan artis adalah penuh dengan dunia kemaksiatan. Jarang elok daripada yang elok. Jika ada percentagenya adalah terlalu kecil.


Selain itu, usaha pihak-pihak tertentu mahu mengkurikulumkan pendidikan seks dalam kurikulum sekolah dan mewajibkan semua pelajar belajar akannya, menjadikan ia sebagai satu polimek akademik.

Seterusnya , kita akui dunia semakin tua kemaksiatan menjadi raja dan merajai kehidupan muda mudi kita. Pergulana bebas, seks bebas, parti seks, dan lain-lain adalah sudah menjadi barang kelaziman atau kebiasaan. Justeru itu, rakaman aksi seks tanpa nikah yang dirakam itu menjadi sesuatu yang biasa. Dan perlakuan seks sebelum nikah itu adalah tidak mengundangkan apa-apa masalah dalam kehidupan manusia kini.

Inilah cabaran berat dan besar masa ini. Dan bagaimanakah nasib cabaran generasi masa depan kita



Utusan Malaysia yang kayu atau layu ?

Ini pula pemikiran penulis Utusan yang menjadi jurulapor dan sarat dengan pemikiran pelapor tentang telatah dan tindaklaku beliau di pejabat tanah jajahan pasir mas.

Penulis ini adalah berfikiran Umno Apco.

Semua kerajaan tiada duit, kerana kita dibawah kerajaan Malaysia. Kerajaan bakal muflis jika beri subsidi kata Menteri di JPM Idris Jala. Kemudian disanggah oleh Timbalan Menteri kewangan Ke 2 kerajaan Najib. Bahawa kita tidak akan bangkrap.

Jadinya hari ini Idris Jala didesak oleh Pengerusi PERKASA al Kataki iaitu Ibrahim Ali supaya meletakkan jawatan. Dan minta digantikan dengan beliaulah agaknya.

Penulis membangkitkan urusan pen dan tatacara pindah milik dan urusan tanah. Tatacara prosedur peratauran pindah milik adalah tatacara lama yang tersedia secara seragam dan distandardkan di seluruh pejabat tanah dalam negara kita. Dan tatacara urusan tanah tidak boleh berbeda dan banyak berbeda antara negeri-negeri kerana tanah juga mesti mengikut akta Kanun Tanah Negara yang diwartakan dan digunasama ke seluruh pejabat tanah di Malaysia.

Ini perlu difahami, walaupun pihak kerajaan negeri sendiri diberi kuasa dan berkuasa terhadap soal tanah di negeri berkenaan. Penulis Hamzah Jaffar jangan menjadi dungu dan bebal. Tidakkah orang yang secerdik beliau yang lulusannya lebih tinggi daripada penjual pen di hadapan pejabat tanah jajahan pasir Mas gagal berfikir dan memikirkan soal asas ini.

Cumanya kecaman belaiu terhadap pen dakwat basah berharga RM4.20 sen yang perlu diisikan dengan menggunakan borang itu kita boleh fikirkan dan timbangkan kecaman berkenaan. Dan selain itu ingat bukan semua yang ada di pejabat tanah jajahan pasir mas itu sudah 100% menjiwai hasrat murni kerajaan negeri pimpinan PAS. Tidakkah Sdr Hamzah Jaafar tidak boleh memikrikan hal ini ?

Malah dalam akhbar Utusan Malaysia sendiri bukannya semua berfikiran ultra Umno dan ultra Melayu. Hamzah kena memikrikan juga.

Bagi kita sendii kenapakah harga akhbar utusan sendiri 'mahal' sama dengan harga akhbar berbahasa Melayu yang lain juga. Adalah lebih baik harga Utusan direndahkan cuma 10 sen kurang daripada akhbar arus perdana yang lain.

Jika Hamzah dapat memberikan jawapan segera dan memuaskan hati kita. Maka penulis bersetuju untuk ke Pasir Mas dan menyelesaikan sendiri permasalahan yang dibangkitkan olah Hamzah itu sendiri


Pen RM4.20, pejabat tanah dan retorik muktamar

PUKUL 9 pagi di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM) terlihat sibuk. Tidak banyak kerusi orang awam menunggu giliran yang tersisa kosong. Semua hampir penuh dengan orang yang datang silih berganti. Hidup di Pasir Mas, daerah bersempadan Kota Bharu di timur dan Thailand di barat, tetap bermula awal.

Yang buta teraba-raba, yang tuli leka bertanya - mungkin ini gambaran yang dapat dilihat di pejabat ini. Pelanggan, kebanyakan warga tua berusia emas yang ditemani waris seperti teraba-raba dan tertanya-tanya untuk menyelesaikan urusan mereka.

Ada yang lebih selesa menggunakan khidmat orang tengah. Tak perlu mundar-mandir, tak perlu turun naik tangga. Mudah dan tidak membazir masa, kata mereka.

"Pen mata bulat tak boleh, guna pen dakwat basah, boleh tanya kedai di seberang jalan." nasihat seorang petugas. Urusan mengisi borang (pindah milik tanah, bahagian atau pajakan) ternyata rumit. Maklumat yang diperlukan nampak ringkas tapi prosedurnya teramatlah melelahkan.

Bayangkan untuk mengisi borang pun memerlukan pen khusus berharga RM4.20 di kedai seberang! Tidak pula pen itu disediakan di kaunter penerangan di pejabat ini.

Ini belum lagi sikap seorang kakitangan yang lebih mengutamakan keretanya yang perlu dialih daripada pelanggan yang tekun menunggu seperti meminta belas agar dilayani segera.

Dan ini pula jawapan jurujual kedai seberang: "Sepatutnya pejabat tanah sediakan atau jual pen ini di situ, tak perlu susahkan orang melintas jalan untuk beli pen ini."

Seorang jurujual yang mungkin hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun boleh memberi saranan sebegitu. Birokrasi seakan telah melilit gerak kerja pejabat tanah ini.

Ia masih jauh daripada visi PTJPM bersalut harapan - untuk menjadi institusi pejabat tanah dan jajahan yang terulung dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam era teknologi dan globalisasi menjelang 2020.

Slogan indah ada ditampal di mana-mana. Tapi sayang ia tidak diserap dalam perkhidmatan secara keseluruhannya. Diakui majoriti kakitangannya mesra dan sopan tetapi tahap kecekapan kerja masih jauh daripada yang diharapkan.

Borang mudah berharga RM2 perlu diisi dengan pen RM4.20 di kedai seberang adalah mula birokrasi yang melelahkan. Selepas borang lengkap diisi, ia kemudian perlu disahkan di kaunter berbeza. Perlu naik turun tangga dan menunggu giliran.

(Bangunan dua tingkat PTJPM unik kerana pintu utama di depan jarang digunakan pelanggan tapi sebaliknya tumpuan utama keluar masuk ialah di pintu tengah iaitu antara dua blok bangunan pejabat tanah ini).

Selepas itu, perlu ke tingkat dua untuk berurusan dengan bahagian jurunilai tanah. Kemudian ke tingkat bawah semula ke pejabat penolong pentadbir tanah bagi mendapatkan pengesahan nilai setem. Di pejabat ini, semua penama yang terlibat perlu membuat pengesahan dengan cap jari.

Mujurlah pejabat pos terletak berdekatan untuk membeli setem. Mungkin ini bukti secanggih mana kita, pejabat pos masih tetap diperlukan.

Setelah setem hasil dibeli, pelanggan perlu pula ke kaunter untuk pengesahan dan matikan setem. Ada cara tersendiri menyusun setem kerana ruangnya terhad dengan jumlah setem bernilai beratus ringgit perlu ditampal kemas.

Nilaian berbeza-beza bergantung kepada jenis tanaman di tanah berkaitan. Ini pun menimbulkan rungutan kerana nilai cukai telah mendadak naik. Yang terdengar daripada perbualan mereka ialah kerajaan negeri tidak ada duit.

Setelah urusan melekat setem selesai, ke kaunter lain pula untuk fotokopi borang. Salinan dan borang asal perlu diserahkan ke kaunter yang berbeza. Begitulah rencah dan ragamnya untuk urusan yang satu ini yang mengambil waktu seharian. Wajar sahaja urusan pindah hak milik tanah ini jarang-jarang orang lakukan. Kalau tidak, lagi kelam kabut pejabat tanah ini.

Urusan belum selesai. Malang sekali kerana jam telah menunjukkan tepat pukul 1. Semua kaunter ditutup dan hanya dibuka semula 2 petang. Tak ada kompromi kerana tidak ada petugas yang boleh melayani pelanggan.

Sebaik pukul 2, salinan dan borang asal diserahkan ke kaunter berasingan. Tetapi petugas maklumkan ada tanda tangan pegawai penilai tertinggal dan perlu juga diisi. Sedangkan pegawai berkenaan tadinya memaklumkan tanda tangannya bukan satu kemestian.

Mujurlah juga pegawai ini meminta maaf setelah dimaklumkan kakitangan bawahannya tetap bertegas mengenai keperluan tanda tangannya. Bagaimana boleh ada dua prosedur - satu kakitangan dan yang satu versi pegawai?

Selepas itu salinan asal diserahkan ke kaunter pengesahan sama ada cukai hasil telah dibayar atau tidak. Jika belum dibayar dan juga untuk membuat bayaran pindah milik, pelanggan perlu turun tangga lagi untuk membuat pembayaran.

Setelah itu disusuli naik tangga semula untuk mendapat surat pengesahan geran baru. PTJPM menjanjikan geran baru siap selang sehari. Wah hebat. Dengan kecanggihan teknologi, geran baru dapat siap dengan cepat. Tak payah tunggu berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Mungkin ini maksud menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam era teknologi dan globalisasi menjelang 2020 dalam visi jabatan itu. Visi yang nampak dipaksa-paksa untuk dicapai.

Kedengaran perbualan dua lelaki, masing-masing bertongkat yang merungut susahnya urusan pindah milik tanah. Sewajarnya pelanggan seperti dua lelaki bertongkat ini diberi keutamaan dan keistimewaan. Kasihan, mereka warga tua tak perlu dipaksa turun naik tangga untuk mendapatkan cap jari.

Pasti PTJPM telah banyak melakukan kajian dan sesi lampas otak untuk menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin. Tetapi realitinya, kualiti manusia dan kesungguhan pengurusan yang akan menentukannya. DI PTJPM, era teknologi dan globalisasi belum ketara. Mengapa tidak belajar dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Imigresen?

Mungkin agak keterlaluan dikatakan bahawa mentaliti sebahagian kakitangan mahupun penguasa yang menaungi pejabat ini masih di takuk tahun 1988 - tahun bangunan PTJPM dirasmikan.

Mungkinkah visi dan misi pejabat ini turut dikongsi oleh pimpinan kerajaan negeri? Kira-kira 50 kilometer dari pejabat ini, pada hari yang sama di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, kepemimpinan nampaknya lebih gemar bercakap soal politik.

Memang muktamar Pas ke-56 ini medan untuk berpolitik, tempat untuk mengukuhkan persaudaraan politik. Jarang kedengaran teguran mengenai polisi mahupun pelaksanaan polisi kerajaan negeri. Semuanya totok politik!

Pemimpin mahupun pembahas di muktamar ini lebih banyak membahas soal kepentingan mereka. Sedangkan, kini parti mereka bersama dua rakan pakatan pembangkang memerintah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Tidak adakah cacat-celanya pentadbiran kerajaan negeri ini sehingga tidak kedengaran kritikan mahupun cadangan untuk menambah baik kualiti kepemimpinan pakatan pembangkang yang semerbak dengan pelbagai slogan? Aneh, ramai pembahas mengakui adalah profesional muda tetapi tidak berani menyuarakan hati nurani rakyat.

Muktamar ke-56 ini yang nampak berbeza dengan kehadiran penyokong bukan Islam, adalah seloka lama. Masih banyak retorik, termasuk ungkapan-ungkapan memuji kualiti pembahas bertambah baik. Sehingga ada pemerhati menelah mungkin pembahas telah diberi amaran supaya tidak membangkitkan perkara sensitif atau kritikan tajam kepada kepemimpinan.

Yang banyak dikecam ialah UMNO/Barisan Nasional. Yang selalu salah ialah kerajaan BN. Punca anak muda rosak akhlaknya ialah BN. Yang menipu rakyat ialah pemimpin BN. Semua salah BN tanpa ditanyakan efektifkah peranan mereka di empat negeri ini?

Jika di negeri lain isu bekalan air bersih yang begitu lama tertunggak boleh menumbangkan kerajaan negeri tapi nampaknya tidak di Kelantan. Mungkin pemimpin mereka bijak mengalihkan isu, dengan cara memainkan sentimen dan emosi rakyat.

Akhirnya, seperti yang kita hadapi sekarang, dari pilihan raya ke pilihan raya, negara tetap terus dibebani dengan kegiatan berkepentingan politik semata. Maka, penduduk Pasir Mas akan terus memerlukan pen RM4.20 untuk berurusan dengan pejabat tanah.