Masyarakat dikejut' dengan pendedahan isu kes zina di negara kita di kalangan remaja Melayu islam. Kes ini didedahkan hasil dapatan kajian oleh UPM.
Sekali lagi masyarakat 'gila' sekejap marah, cadang, salah menyalahkan dan pelbagai lagi. Apa pun adalah keyakinan kita, ahli masyarakat dan kerajaan yang menguruskan masyarakat kerana tidak mahu laksanakan dan berhukum dengan hukuman Islam.
Ramai ulama sudah memperjelaskan bahawa kes-kes kronik kita dapat diselesaikan oleh Islam. Ini hendaklah diyakini, kerana semua sesuatu itu datang daripada takdir dan tadbir Allah belaka-laka.
Jika kita menyakini Allah akan kurniakan keberkatan, kesejahteraan, keadilan sosial, keselamatan dan pelbagai lagi ketenangan jiwa manusiawi.

Tangani segera  gejala seks bebas sebelum keadaan makin teruk
2010/06/21
            PEMBABITAN remaja Melayu dalam kes salah laku seksual dan kegiatan  seks bebas seperti disiarkan   Berita Minggu kelmarin sungguh  mengejutkan. Walaupun laporan itu bagai membuka pekung di dada dan  menconteng arang di muka orang  Melayu beragama Islam di negara ini,  tetapi itulah kenyataan yang harus kita terima. Sekurang-kurangnya ia  dapat menyedarkan kita betapa  rosaknya moral dan akhlak remaja  sekarang. Jika begitu, tidak hairanlah mengapa kebelakangan ini begitu  banyak kes pembuangan bayi berlaku di kalangan wanita Islam di negara  ini, serta pengguguran janin yang disiarkan media cetak dan elektronik.  Semuanya berpunca daripada keruntuhan akhlak ketika mereka  remaja. Oleh  kerana semua kejadian disiarkan media itu diperoleh berdasarkan kes  dilaporkan orang ramai dan bersumberkan polis, ramai beranggapan ia  kes  terpencil yang barangkali sebahagian besarnya bukan dilakukan rakyat  tempatan. Kita mendakwa ia angkara rakyat asing atau pendatang tanpa  izin  yang tidak bermoral dan rosak akhlak, sehingga tergamak membuang  bayi hidup-hidup dan menggugurkan janin dalam kandungan. Tetapi apabila  sudah terbukti menerusi kajian ilmiah, lebih-lebih lagi dilakukan  pensyarah berwibawa institusi pengajian tinggi, ternyata kes salah laku  seks dan seks bebas banyak membabitkan orang Melayu  sendiri. Lebih  memeranjatkan, ia membabitkan remaja seawal usia 13 tahun. Kajian  terbaru selama enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku  Seksual’ itu dilakukan sekumpulan pensyarah Universiti Putra Malaysia  (UPM) membabitkan 400 responden dalam dua kumpulan sasaran di Lembah  Klang dan luar bandar. Kajian diketuai Pengarah Pusat Kokurikulum UPM,  Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran itu, mendapati 300 remaja Melayu di  bandar dan luar bandar berusia antara 13 dan 25 tahun mengakui terbabit  salah laku seksual dan seks bebas. 
Mungkin kajian ini tidak menggambarkan keadaan sebenar masalah salah laku seksual dan gejala seks bebas di negara ini secara total, namun ia patut menyedarkan semua pihak khususnya ibu bapa, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta pertubuhan agama mencari jalan terbaik bagi merungkai permasalahan moral yang semakin tenat ini. Sebenarnya, sudah banyak diperkatakan mengenai keruntuhan akhlak remaja kita selama ini. Baik isu merokok yang sudah menjadi perkara biasa yang tiada penyelesaiannya, sehinggalah kepada isu penagihan dadah yang sering dikaitkan dengan remaja Melayu. Sudah tiba masanya semua pihak bertindak segera, jangan tunggu sehingga masalah ini menjadi teruk dan tidak boleh dibendung lagi. Ibu bapa harus memantau kegiatan anak masing-masing. Bukan saja di rumah, malah mengambil tahu ke mana anak mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan. Ibu bapa juga harus memberi didikan agama yang sempurna kepada anak sejak kecil lagi, termasuk soal hukum, had bersosial dan batas sempadan dalam pergaulan seperti ditetapkan agama. Guru khususnya kaunselor di sekolah patut memainkan peranan lebih berkesan membimbing pelajar bermasalah supaya kembali ke pangkalan jalan. Walaupun isu keruntuhan akhlak remaja harus ditangani secara bersepadu membabitkan pelbagai pihak, namun institusi keluarga adalah penggerak utama mencari penawar mujarab kepada penyelesaian ini.

No comments:
Post a Comment