Friday, June 25, 2010

Masuk Umno Apco: 40 ulama terompah kayu ?

Cerita 1 2 3 lekup mengingatkan kita bagaiamana Sang Kancil dan sebilangan buaya yang diperalatankan mengakhiri cerita minggu ini. SOKONG TETAPI SOKONG MEMBAWA REBAH. Seramai 40 orang ulama muda berumur lingkungan 20an sehingga 40an hari ini menyerahkan borang keahlian umno Apco terus ke tangan Dato Sri Najib Razak PM 1Malaysia sendiri.

Penyerahan borang keahlian Umno yang diketuai oleh Fadlan Othman ini, seorang pensyarah UKM adalah sebagai tanda sokongan bahawa umno Apco betul dilandasannya dan Umno Apco mendapat sokongan para ilmuan agama. Bermakna perjuangan Umno yang berslogankan HIDUP MELAYU ini seruannya itu dikira islamik dengan sokongan tidak berbelah bagi 40 puntung terompah kayu ini.

Senyum dan banggalah Najib Umno Apco kali ini. Maka tidaklah sia-sia pemilihannya sebagai PM pengganti Pak Lah yang mulai diterima rakyat. Ramailah yang akan mengikutinyi nanti. Maka ramailah nanti akan menjadi tukang pencacai pembangkang.

Namun watak kerjernihan Najib gagal dijayakan melalui agenda kemasukan ulama muda seramai 4o orang ke dalam Umno Apco selepas dicalari dengan pelbagai skandal moral dan bebanan ekonomi gagal memulihkan keyakinan rakyat.

Pemulihan imej ini adalah strategik akhir Umno Apco untuk memberi kredit kepada Najib yang wataknya cukup hitam dan hot sebagai PM Malaysia paling kontoversi


2 comments:

mz said...

bro; aku ade pandangan lain berkanaan merka2 ini-semua yg masuk adalah golongan muda yg dipanggil salaf dan Dicop wahabi oleh golongan ulama konservatif.

mereka masuk umno sebab penarik dan penolak

faktor penarik- asal mereka adalah pendakwah bebas (dan aku pasti dlm
pilihanraya mereka sokong pas).tp sebab dicop wahabi dan tak jadi ahli umno mereka dikenakan tindakan@tak bg tauliah oleh jabtan agama islam negeri selain
perlis dan kelantan(sbb takyah tauliah).jadi utk teruskan dakwah dkt masjid direct kpd umum terpaksalah masuk umno. Tgk nanti jais mungkin akan bg tauliah.hehe

faktor Penolak- bukan shj di negeri bn selain perlis mereka dihalang , dinegeri PR juga dihalang.cth selangor-jais yg halang tp itu tak ada hal lagi.sebab sejarh masjid/surau dekat selangor ni walaupun jais halang tp kalau ajk masjid-atau surau masih panggil bg kuliah, masih lagi boleh jalan. Tp sejak akhir2 ini, ajk masjid sendiri enggan membenarkan mereka bg kuliah lagi. Cth dkt surau aku dkt shah alam-semua yg dicop wahabi tidak lagi dipanggil bg kuliah selepas ajk masjid bertukar tangan kepada golongan konservatif..

Kesimpulannya: tak masuk umno-mereka takleh bg kuliah. negeri pr atau ajk surau bawah pr pon tolak mereka-takde pilihan lain melainkan masuk umno-at least boleh bg kuliah kat surau lagi..kalau tak langsung tak boleh- sebab golongan konservatif dlm pas pon tolak mereka. dan yg rugi sebenarnya PAS dan PR juga..disebabkan sebilangan golongan konservatif pas tak boleh berbeza pandangan- bg aku memang ade golongan yg dicop wahabi yga agak eksterm-sama juga yg sunni ni-ada gak yg eksterm- tp ramai gak yg pemikiran sederhana.sepatutnya berlapang dada- sekrg org dah lari..sape yg rugi??dan mcm biasa golongan konservatif eksterm peduli ape pasal hal ni-sbb bg mereka, mereka saja yg betul.. aku open, yg baik aku ambil semua..:).. walaupun aku tak agreed mereka masuk umno-tp strategise wise mereka takde pilihan sbenarnya..

zbh2663 Muhajirin said...

OK juga alasan you too!!