Saturday, June 19, 2010

Kedangkalan penulis Umno Apco

Nilai dan erti pembangunan, diukur dengan jalanraya luas, lebar dan cantik dan itulah pengiktirafan kemajuan. Inilah nilaian maju dalam kepala pelapor yang dangkal dan bebal seperti Jamhariah Jaafar daripada BH.

Kebebalan PENULIS itu ditambahi dengan keazaman dan cita-cita politik pembangkang yang mahu membina minda dengan Road To Putrajaya. Maka sekali lagi penulis memperbandingkan antara kehebatan Dr M dan Najib dengan membandingkan TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz cara gaya urus negeri dan negara. Perbandingannya terlalu kauh dan tinggi. Penulis memperlekehkan cita-cita berkenaan. Inilah jenis penulis yang akan sama masuk NAR dan ikut apa kata pemimpin buat. Terlalu kuat mempertahankan kerajaan mungkar yang ada di bumi Malaysia.

Jiwa Umno APCO penulis setiap kali nama Umno Bn disebut dan dikutuk. Secara logiknya dalam dunia dan amalan dunia. Mana ada musuh bersikap lunak dengan musuhnya. Ini adalah amalan biasa.

Mungkin penulis (Jamhariah Jaafar) seorang yang hebat. Maka sikap macam inilah dikala semua orang mengutuk Israel maka Umno Apco macam penulis bebal ini tetap mahu berbaik-baik dengan Israel.

Samanya umno dengan penulis rencana ini gayanya. Pemahaman cara fikir. Penulis ini mengamalkan amalan sufi yang cukup tinggi. Orang sufi tidak menilai orang itu dan ini dan meletakkan hukum pula ?


PAS tak jemu kecam UMNO, masih ada hati ke Putrajaya

Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2010/06/12

MENIKMATI nasi panas, ikan singgang dan mencecah ulam dengan budu di Pasar Siti Khadijah, lebih sedap daripada duduk mendengar ucapan dan perbahasan Muktamar PAS yang penuh dengan kutukan terhadap UMNO serta Barisan Nasional, seolah-olah parti pemerintah ini menzalimi seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh 50 tahun ini.

Daripada persidangan Dewan Ulama, Wanita dan Pemuda yang berlangsung kelmarin, sehinggalah tirai Muktamar ke-56 dibuka secara rasmi oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan semalam, perwakilan Pas dari seluruh negara kelihatan tidak tenteram dengan ucapan dasar pemimpin tertinggi sehingga ada yang merungut, antara lainnya berbunyi:

“Kenapa tak cakap secara serius macam mana nak pastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat sampai ke Putrajaya. Tak ada satu pun yang baru, tak habis mengutuk UMNO dan BN sedangkan Pengerusi (Pengerusi Persidangan Muktamar) pun cakap dia baru nak kawan dengan pemimpin Cina.”

Bermula malam kelmarin, yang memperlihatkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melemparkan impiannya kepada Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat – dengan menyentuh tema ‘Sepakat Putrajaya’, Hadi turut menyuarakan impian sama ketika membuat ucapan dasar semalam.

Perwakilan kelihatan resah apabila terus dihumban dengan keburukan parti pemerintah, kerana ramai gusar dengan kemampuan Pakatan Rakyat terutama PAS sendiri, sekiranya mereka benar-benar berjaya menguasai Putrajaya nanti.

Ketika Hadi sendiri pernah mengalami sejarah hitam dalam pemerintahan PAS selama sepenggal di Terengganu (1999-2004), Nik Aziz yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun juga mula terasa bahang kerana satu demi satu kesilapan pentadbirannya mula didedah dan dipersoal rakyat.

Dalam tempoh 20 tahun PAS di Kelantan, pembangunan prasarana masih tidak banyak berubah. Jalan masuk ke Kelantan dari Tok Bali masih satu lorong dengan suasana sepanjang jalan tidak menampakkan sebarang perubahan sejak lebih 10 tahun keluar masuk ke negeri ini, persekitaran dan penduduk yang dikenali juga tidak menerima sebarang bantuan secara langsung daripada kepemimpinan Nik Aziz.

Satu-satunya daerah yang boleh dianggap berkembang ialah Kota Bharu. Pasar Siti Khadijah lebih besar dan teratur, bangunan sekitarnya semakin tinggi dan moden, tetapi persekitarannya seperti di Jalan Wakaf Mek Zainab, masih tidak banyak berubah wajah.

Amat tidak adil sekiranya kita membuat perbandingan pemerintahan 20 tahun Nik Aziz di Kelantan, dengan tempoh 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara, yang berjaya mengubah wajah Malaysia dari dunia kelas ketiga kepada infrastruktur kelas pertama.

Memang tidak adil untuk membandingkan Dr Mahathir daripada UMNO yang memiliki pelajaran tinggi dan seorang doktor, sebagai pemimpin UMNO yang memiliki wawasan global dengan Nik Aziz, yang turut memiliki impian untuk berpindah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Apa lagi untuk membandingkan kepemimpinan UMNO yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dengan Hadi, Presiden PAS, yang pernah menjadikan Terengganu kelam dan hambar sepanjang pemerintahannya di negeri Penyu itu selama sepenggal.

Terbayang wajah perwakilan PAS apabila Tok Guru Nik Aziz bercakap mengenai ketuanan Melayu yang dianggapnya sebagai satu ‘dongeng’, ketika merasmikan Persidangan Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda, kelmarin.

“Jangan dibiarkan orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang menjadi dongengan pemimpin UMNO.

“Orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka,” kata Nik Aziz, memperlekehkan hak Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam keasyikannya meraih sokongan kumpulan yang dipanggil sebagai non muslim.

Ramai perwakilan senyap apabila Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, turut mengutuk UMNO yang disifatkannya mengamalkan ‘politik perkauman sempit’ dan menjadi pelopor kepada ‘kezaliman’ yang sedang berlangsung di dalam negara ini.

“Setelah 50 tahun Malaysia diterajui Perikatan/BN yang ditunjangi UMNO, negara ini kian jauh daripada keamanan dan kemakmuran. Hasil mahsul dikurniakan Allah SWT yang melimpah ruah tidak dapat dikecapi rakyat kebanyakan, sama ada Melayu atau bukan Melayu,” kata Nasruddin.

PAS perlu jujur kepada diri sendiri sebelum mengutuk dan mengkritik parti politik lain. Agak janggal bila masih ada ahlinya melihat dengan cemburu kemewahan yang dikecapi barisan kepemimpinannya.

“Tengok barisan kereta ni, dia orang ni kerja apa ya sampai mampu pakai kereta mewah macam ni. Kalau kita memerintah nanti, rasanya kita masih tetap macam ni, yang kaya ialah pemimpin-pemimpin. Apa bezanya nanti dia orang dengan pemimpin UMNO?”

Muktamar PAS sudah berusia 56 tahun, maknanya parti itu juga sudah seusia dengan UMNO. Sama dewasa dan sama matang.

Apakah apabila berjaya ke Putrajaya nanti, masih adakah pemimpin PAS akan terus berjubah dan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim akan terus berkain pelikat apabila menghadiri persidangan rasmi seperti ini?

No comments: