Monday, June 28, 2010

Kemelut PKR: Bebanan atau ujian saringan

Rakyat sedang memerhati dengan penuh minat terutama apa yang telah sedang dan akan berlaku dalam PKR. Ini kerana dalam PKR terdapat tokoh ikon pujaan rakyat iaitu Anwar Ibrahim, pemimpin masa depan Pakatan Rakyat.

Dan tidak keterlaluan dikatakan sebagai bakal PM Malaysia selepas Najib dan Umno Apco dijatuhkan menjelang PRU 13. Kini tiada siapa yang menjadi saingan Anwar ke kerusi berkenaan. Ini sebagaimana akuan dan perakuan MB Kelantan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat yang melihat realiti dan potensi kepada Anwar. Kata Tok Guru pada Anwar cukup kelayakannya dari segi fizikal, kemampuan, kebolehan, pengalaman, pengaruh dan segala-gala pakej sebagai pimpinan.

Namun harapan rakyat akan tinggal harapan dengan apa yang berlaku sekarang. Kemelut dalam PKR yang mencalarkan imej PKR. Walaupun dalam PKR ramai pimpinan yang hebat masuk dan gabungkan diri. Kemelut terbaru apa yang berlaku terhadap MB Selangor dan PKR secara umum memeningkan rakyat terhadap persepsi mereka terhadap PKR.

Sementelah kegagalan PKR mengurus isu dan kemelut dieksplotasi dengan baik oleh seluruh media dan medium penyebaran maklumat Umno Apco. Isu ini bukan sahaja menempelak PKR tetapi sekaligus memberi tamparan hebat kepada gabungan Pakatan Rakyat yang namanya harum seketika dibentuk. Waktu itu menjadi sanjungan dan harapan rakyat.

Strategi melemahkan dan ruang kelemahan PKR dimanipulasikan oleh Umno Apco dan kini Umno Apaco menarik nafas lega kerana nafas kelegaan ini memberi talian hayat untuk kekalkan hayat mereka menjelang PRU13. Umno bakal kekal lagi bagi tempoh empat tahun akan datang dan negeri-negeri Pakatan bakal jatuh satu persatu kecuali Kelantan sahaja dapat PAS pertahankan. Inilah hujahan Tun Daim dalam menelah masa depan Pakatan dan Umno pada masa depan.

Apa pun kita hanya berdoa supaya rakyat mengekalkan sokongan kepada Pakatan dan berharap banyak lagi negeri-negeri bakal jatuh. PAS sebagai tunggak utama dapat memainkan peranan secara pro aktif.

Tetapi apa yang kita nampak PAS gagal bergerak secara proaktif dan berperanan sebagai abang tuan dalam memimpin gerakan politik dalam gagasan Pakatan Rakyat. Inilah isunya

No comments: