Isu ini kita balikkan ke dalam negara kita. Bagaimana dengan anak-anak pemimpin Umno Apco yang menyambut harijadi di salah sebuah hotel terkenal diibukota.
Bagaimana dengan belanja anak-anak muda berkenaan berbelanja di hotel 5 bintang bagi menyambut harijadi. Pakaian mereka, penampilan mereka, undangan mereka dan mereka-mereka yang bersama-sama mereka. Bayangkan...
LONDON: Sebagai pewaris takhta kerabat diraja yang cukup popular, Putera William tentunya bosan apabila ke mana saja beliau pergi, pasti orang mengenalinya.
RAKAMAN CCTV menunjukkan William berkaca mata meminta Kate membuat pembayaran barangan dibeli.
Bagaimanapun,  penyamarannya terbongkar apabila beliau terpaksa meminta teman  wanitanya, Kate Middleton melunaskan bayaran piza dan kentang goreng  dipesannya yang dibuat menerusi kad kredit platinum milik Kate.  William  muncul di pasar mini McColl di pekan kecil Blaenau Ffestiniog, di Wales  Utara, semalam dengan berpakaian kasual dan berkaca mata.
Pembantu  kedai, Sioned Compton menyedari kehadiran putera itu sebaik beliau  ingin membuat pembayaran lantas menjerit kegembiraan, “Oh Tuhan, anda  Putera William, bukan?” Bagaimanapun, William hanya menundukkan  kepalanya sambil menjawab,” Tidak, saya bukan Putera William.  Malu  dengan tindakan serkap jarangnya, pembantu kedai berusia 22 tahun itu  kemudian tidak membesarkan hal berkenaan.    William berbelanja piza  peperoni sejuk beku, sebungkus kentang goreng sejuk beku, sekotak salad  sejuk, sebungkus daun salad, sebotol jus oren dan dua botol air dengan  kesemuanya berharga  £12.60 (RM62).  Apabila Sioned memberitahu  pelanggannya jumlah bayaran perlu dibuat, putera terbabit baru  menyedari, seperti neneknya, beliau tidak pernah membawa wang tunai.
William  lantas meminta Kate membayar harga barang berkenaan.
Kate  yang juga tidak membawa wang tunai kemudian membuat bayaran menggunakan  kad kreditnya.
Insiden hujung minggu lalu itu yang terpapar  menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pasar mini berkenaan bukan  percubaan pertama William menyembunyikan identitinya.  - Agensi  






 
No comments:
Post a Comment