Tuesday, June 30, 2009

Semua masalah ada jalan penyelesiannya

Tiba-tiba Buliten TV3 menjadi hero kepada penduduk setinggan di Kg Buah Pala Pulau Pinang. Hadir bertemu mereka adalah penasihat KM Pulau Pinang yang 'bersemuka' dengan pimpinan India yang sedang marah gara-gara mereka diberi notis sebulan supaya mengosongkan kawasan tersebut. Terselit ditengah-tengah setinggan India adalah Ketua AMK Shamsul Iskandar yang nampak perihatin terhadap para penduduk setinggan ini.

Kita sebagai pemerhati yang memerhati, jika ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan pemjau yang mendapat restu kerajaan negeri hendaaklah diselesaikan secara berhemah. Tahap kemusnahan rumah mereka belum lagi dirodok oleh jentolak tetapi mereka melenting bagai nak gila. Rombongan ini berarak ke KOMTAR seolah-olah ini adalah sudah tidak ada dan sudah buntu. Inilah gambaran atau persepsi rakyat yang menyaksikan sajian berita tersebut melalui Buliten TV3.

AMK bawah Shamsul janganlah bertindak sebagai juara, kerana berada PKR berada sama dan menjadi teras pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, sepatutnya dia menjadi pemudah cara. Sokongan secara tidak langsung Shamsul ini 'kurang manis'. Ini menunjukan persepsi kepada rakyat sedidkit kepincangan kita dalam urus tadbir kerajaan negeri. Kami PAS walaupun cuma 1 kerusi tidaklah bertindak menjuarai isu semasa ini. Di mana silapnya ?

Sebenarnya layanan KM terhadap semua pihak adalah sama. Ikutlah kaedah dengan cara beradab. islam mengajar kita mengutamakan adab kemudian barulah mengikut adat. Patuhi etika ini semua masalah ada jalan penyelesiannya, sementelahan kes yang besar seprti penyakit semua ada penawar dan ubatnya.

Islam dirosaki oleh orang islam itu sendiri !

Kecewa yang tidak bertempat. Inilah manifestasi bila islam dan agama Islam mahupun kesuciannya dipermudahkan. UMNO dan mneteri UMNO meremehkan soal agama. Meletakkan agama islam sama dengan agama-agama lain. Dalam hati mereka 'langsung' tidak ada rasa hati atau berhati-hati dalam menjaga agama mereka sendiri.

Ketidakfahaman atas kejahilan mereka menilai dan meletakkan nilai agama amatlah parah dalam masyarakat kita. Agama bukanlah barang dagangan dan bukanlah barang yang boleh dijualbeli dan ditawar menawarkan. Paling malang adalah bila yang berfikiran begitu adalah seorang yang bertaraf seorang menteri. Orang yang 'kita' amanahkan bagi menjagai kepentingan agama dan keagamaan kita. malangnya lagi orang inilah yang menjadi 'perosak' dan mereka bersikap mudah dan mengambil mudah dalam bab-bab keagamaan. Apakah yang mampu kita harapkan lagi kepada orang seperti ini, golongan seumpama ini dan kumpulan serupa ini bagi meletakkan mereka diatas pundak pemerintahan negara. Awas semua umat islam ?





Isu agama: Nazri kecewa pindaan 3 akta tidak dapat dibentang esok

Majlis Raja-raja perlukan lebih masa untuk halusi, kata Menteri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau secara peribadi kecewa kerana pindaan tiga rang undang-undang bagi menangani isu-isu berkaitan tukar agama tidak dapat dibahaskan di Parlimen sesi semasa sebagaimana telah dirancang.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan memenuhi permintaan Majlis Raja-raja Melayu semalam yang mahukan lebih banyak masa untuk menghalusi pindaan berkaitan.

"Ya, saya kecewa... saya sebenarnya yakin rang undang-undang ini akan dibaca kali pertama, kali kedua dan ketiga pada sesi kali ini," kata beliau pada sidang media di Parlimen sebentar tadi.

"Anda boleh wajah (gambarkan perasaan kecewa)," tambah baliau.

Jelas Nazri, selepas memberikan taklimat Majlis Raja-raja Melayu berpendapat pihaknya memerlukan masa selain mendapatkan pandangan Majlis-majlis Agama Islam Negeri.

"Kesemua isu dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Raja-raja kami telah jelaskan. Bagaimanapun mereka (Majlis Raja-raja memerlukan masa, kita beri," katanya.

Pindaan membabitkan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Kata Nazri, beliau sebenarnya yakin bahawa rang undang-undang ini dapat dibahas dan diluluskan pada kali ini selepas persiapan selama ini dan pengumuman yang dibuat April lalu.

"Selepas ini saya tidak boleh mengatakan dengan yakin bila rang undang-undang ini akan dibentangkan...saya tidak tahu bila boleh...," katanya.

Semalam Majlis Raja-raja memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas semalam, Majlis Raja-raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu.

Pada 22 April lepas, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.


Bola di gilai dunia

Sukan bukanlah segala-galanya dan segala-galanya bukan sukan. Kini dalam arena sukan antara sukan berprestij di mata dunia dan diterima ramai adalah bolasepak, selain tenis, squash dan sebagainya. Oleh itu beberapa buah negara di dunia mempunyai liga berpretij dan digilai oleh para pelabur bola, pengedali bola dan lain-lain institusi melibatkan urustabdir bola.

Bagi kita di dunia Islam dan bukan Islam bola sepak tidak meletakkan batas sempadan. Terkini EPL dijadikan tempat pelabur Arab melaburkan duit emas hitam mereka, kerana di sini pelabur boleh mendapat kan apa sahaja.

Terkini, Manc City diketuai oleh seorang pelabur Arab, yang baginya duit bukan masalahnya. Perlumbaan kelab-kelab Eropah mendapatkan pemain kini sudah menjadi satu kegilaan. Kegilaan mereka menabur wang sudah menjadi perkara biasa sahaja.

Keberadaan mereka dan kemewahan wang mereka seolah-olah mereka ini (pelabur Arab) rakus membelanjakan wang mereka kepada benda-benda yang kurang pengamalan dan rasa tanggungjawab lain yang lebih besar dan mencabar keberadaan mereka. Kita bukanlah bertindak mencabar apa yang mereka ingin lakui, tetapi dengan membelanjakan dan berbelanja semahu-mahu dengan paparkan kemewahan menjadi satu 'bentuk' perlumbaan yang kurang kepada kesejahteraan ummah.

Maksudnya dalam mereka berbelanja sejumlah itu, ramai sudara seagama yang mewakili 1 juta wajah dan miliki 1 aqidah yang berada dalam kejepitan dan kesempitan yang membarah dan parah. Negara-negara Afrika yang rata-rata miskin perlukan mereka lakukan 'ke arah' pelaburan yang bermanfaat, bukannya setakat zakat lebih dengan tuntutan fiqh alawiyyat.


Gaji Eto'o RM1.5j seminggu?


ETO'O dapat
tawaran lumayan daripada City.


LONDON - Manchester City telah membuat tawaran gaji tertinggi di dunia kepada penyerang Barcelona, Samuel Eto'o dengan bayaran £250,000 (RM1.5 juta) seminggu.

Jika perpindahan bernilai £25 juta (RM146.3 juta) itu berjaya, Eto'o bakal menerima gaji £13 juta (RM76 juta) setahun.

Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata, Eto'o telah mendapat tawaran luar biasa itu daripada City dan ia mampu menjadikannya sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia.

"Dia (Eto'o) mahu kekal di sini, tetapi tawaran lumayan seumpama ini memang sukar untuk ditolak," kata Laporta.

Eto'o, 28, telah menjaringkan 34 gol musim ini termasuk gol pembukaan sewaktu Barcelona menewaskan Manchester United 2-0 pada final Liga Juara-Juara.

Bintang antarabangsa Cameroon itu hanya mempunyai baki kontrak di Nou Camp sehingga musim depan.

Namun, bagi Barcelona yang juga juara Eropah, mereka lebih rela menjual pemain itu pada musim ini daripada kehilangannya secara percuma pada musim depan.

Barcelona pastinya tidak dapat menandingi gaji yang ditawarkan City itu kerana ia sekali ganda daripada gaji yang diterima Eto'o ketika ini.

Dalam pada itu, Laporta mengakui bahawa Barcelona masih berhasrat untuk membawa masuk pemain Liverpool, Javier Mascherano.

"Mascherano merupakan rakan baik kepada (Lionel) Messi. Kita akan lihat apa terjadi nanti. Dia seorang pemain yang cukup saya minati," jelasnya. - Agensi


Urustadbir agama dengan baik

Tuntutan agama dan hal-hal keagamaan adalah sentiasa hidup. Jarang hal-hal keagamaan ada noktah penamat, kerana ia sentiasa hidup dan dihidupkan disisi manusia, manusia amat memerlukan agama. Dengan hidupnya hal-hal keagamaan bermakna ALlah memberi 'kerja' kepada umatnya untuk menyelesai atau menangani dengan cara terbaik sesama mereka. Allah memberi pilihan kepada manusia beragama, dan yang beragama itu digariskan sebagai had-had dan batas. Urus tadbir dengan sebaik-baik berdasar keilmuan yang ada dan berperanan sebagai hamba kepada ALlah SWT. Inilah sebaik-baik hamba yang berterima kasih kepada khaliq. Ujian timbang tara manusia janganlah sehingga menolak hidup kemanusiaan sesama mereka.

Mentadbir agama Allah SWT, balasannya adalah pahala. Memikir dan berbuat sesuatu kepada agama ertinya kita meninggikan agama ALlah SWT. Mempertahankannya adalah menunjukkan kesucian hati penganut bagi mempertahankan agama ALllah dengan segala upaya yang ada.


Tangguh Pindaan

KUALA LUMPUR 29 Jun – Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu, demikian menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat itu.

Pada 22 April lepas, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak menjadi mangsa. – Bernama

Jerangkap samar media dan agenda media milik UMNO

Sesudah UMNO dikecewakan oleh TGNA. UMNO marah kerana TGNA menjadi penghalang pembentukan kerajaan perpaduan. UMNO khasnya melalui media tajaanya juga masih terus berdendam. Dalam kemelut kerajaan perpaduan ditolak TGNA mengajak secara terbuka pula debat dengan PM. Maka siang-siang lagi Najib menolak. Sebelum Najib menolak para juak beliau terlebih dahulu menolak hatta termasuk Dr M. Cuma yang nampak cool sahaja adalah Pak Lah.

Sekoyong-koyong Debat Nik Aziz dengan Najib. UMNO dan Pemuda UMNO Kelantan TGNA membuat laporan polis kerana mereka dakwa TGNA mengatakan UMNO adalah sesat dan macam komunis. Marahlah Pemuda UMNO Kelantan terhadap TGNA. Mereka pula mencabar TGNA berdebat dengan 'pauk-puak' dia dahulu maksudnya lalui proses saringan sebelum ke acara Debat Perdana bersama PM mereka.

Sebalik hari ini akhbar mempunyai agenda tersendiri, bagi menimbulkan kekecohan mereka mengejar Presiden PAS bagi mendapatkan reaksi tersebut. Maka diolahkan bahawa TGHH mahu dapat penjelasan terlebih dahulu daripada TGNA. Maksudnya jalan ceritanya masih sama dengan isu kerajaan perpaduan. Akhbar mengolah jalan ceritanya begitu. masing-masing dua Tuan Guru ini berhubung dengan media sebagai pengantaranya. Cuma kali isu Debat itulah serisu melibatkan persepakatan dan kesepaduan pakatan dan di sinilah media gagal mencari puncanya. Tetapi olahan cerita itu bagi menarik dan mengendurkan public trust terhadap PAS. Inilah jerangkap samar yang cuba dipasang dan dimainkan oleh UMNO. Apa pun kita pasti media gagal memerangkap TGNA untuk kali keduanya.




PM sifatkan debat tidak bawa faedah

PUTRAJAYA 29 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.

‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini.

Najib ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempelawa Najib berdebat dengannya secara terbuka.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu menyusul selepas Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, sepatutnya sebelum sebarang perbincangan boleh dilangsungkan, sesuatu pihak itu jangan mengutuk pihak lain.

‘‘Kalau kita menghina dan mengutuk pihak lain bererti bahawa kita tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan itu penting untuk masa depan umat Islam dan negara,’’ katanya.

Nik Aziz ketika berceramah di Padang Awam Laloh baru-baru ini menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana menolak Islam.

Ditanya pertentangan di antara Pas dan UMNO yang tidak berkesudahan menyukarkan usaha perpaduan Melayu, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku menunjukkan wujud perpecahan dalam Pas.

Katanya, terdapat kumpulan dalam parti itu yang mahu duduk berbincang dan UMNO menunggu perkembangan selanjutnya di pihak Pas.

‘‘Kita tengok macam mana, apa yang berlaku terpulang kepada Pas. UMNO telah menyatakan pendirian.

‘‘Dalam erti kata lain kita sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang perbincangan dengan Pas,’’ katanya.


Sunday, June 28, 2009

UMNO sudah parah, nazak mahu ditalqinkan ?

Berita malam ini melaporkan TPM yang berkesedaran tinggi minta semua komponen parti-parti gabungan BN duduk semeja untuk bersepakatan. Hanya TPM sahaja yang melihat UMNO berkeperluan dan memerlukan rakan kongsi yang sedia ada memperkuatkan persepakatan mereka. Jarang kita dengar dan lihat seruan kempimpinan UMNO menyeru ke dalam. Selalu dan lazimnya mereka menyeru arah ke luar. Baik persepakatan, perpaduan dan sebagainya, tetapi kini sudah terbalik. Mestilah ada sesuatu yang mengapa jadinya begitu ? Tempua bersarang rendah, Muhyiddin ke yang merendah ?

Meninjau persepakatan BN yang dislogankan masih utuh dan mantap sejak 52 tahun dulu. Tidak pernah surut dan tidak pernah bergolak dan menggugatkan persepoakatan mereka. Itulah wirid UMNo dengan BN yang diuar-uarkan kepada rakyat. Public trust atau keyakinan rakyat menerima wirid ini dengan percaya sungguh bahawa pakatan BN itu kuat dan jarang bergolak. Maka disinilah duduknya 'kebijaksanan' pemimpin UMNO BN mengawal, tetapi mereka mengawal persepakatan dengan bekerjasama erat ,mengaagihkan kekayaan negara mengikut kontels sama rata. Inilah 1Malaysia yang sudah lama diamalkan. Cuma kini sahaja 1Malaysia mereka sama-sama 'merompak' dan membahagikan kekayaaan negara sebiji macam filem P Ramlee, lakonan Aziz Satar, S Shamsuddin dan P Ramlee sudah lama mereka aplikasikan dalam 'memanjangkan' jangka hayat BN.

Cuma, penyakit itu kini ibarat sudah mereput dan bernanah dan semakin membusuk yang sukar dilindungi apatahlah tiada ubat dan penawar yang mampu merawat sakitnya ini. Rasuah politik wang sudah menjadi penyakit semua barisan kepimpinan dan kelas kepimpinan dalam pakatan BN.

UMNO tunggu masa ditalqinkan ?


Kabinet PAS Pahang PRU 13

Saf kepimpinan PAS Pahang 2009-2011
Basiron Abdul Wahab
Sun | Jun 28, 09 | 7:46:25 am MYT

TEMERLOH, 28 Jun (Hrkh) - PAS Pahang mengekalkan sebahagian besar muka lama dalam kabinet baru PAS Negeri.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan barisan kabinet PAS Pahang baru-baru ini.

Antara yang dikekalkan ialah Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Yusuf Embong dan Dr Hamzah Jaafar bagi kawasan timur dan barat manakala bagi kawasan tengah Syed Hamid Mohamad dilantik menggantikan Abdul Majid Hassan.

Dalam sidang media dipejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Badan Perbubungan Negeri, Tuan Ibrahim berkata mesyuarat turut mengekalkan Roslan Zainal Ahmadi dan Musanif Abdul Rahman sebagai Setiausaha dan Bendahari PAS Pahang.

Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada muka baru, Hasanuddin Salim manakala Abdul Majid Hasan dilantik sebagai pengarah pilihan raya mengambil alih tempat Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub.

Mesyuarat juga melantik tujuh orang Ahli bagi menduduki senarai ahli jawatankuasa yang dilantik, mereka ialah Dr Abdul Wahab Ismail, Abdulah Abdul karim, Syed Muhamad Tuan Lonik, Abdullah Suhaimi Lebai Saad, Syed Abdul Rahman Al Khareed, Azizah Khatib Mat dan Alawiah Kasdan. - mks._

Itulah UMNO dan UMNo begitulah ?

Bila Dr M berpandangan macamlah juga mana-mana pimpinan UMNO berpandangan. Maka pandangan mahathir macamlah juga pandangan Najib, serupa cuma tidak sama sikit sahaja. Dr M hari ini menolak mentah-mentah cadangan TGNA berdebat dengan Najib bagi menyelesaikan kekalutan antara kedua parti tersebut. Maknanya pertemuan UMNO - PAS.

Dr M sendiri ada pengalaman tersendiri bila 'berdebat' bersemuka sikit masa dulu dengan Presiden PAS waktu itu Dato Ust Fadil Noor di DBP. Itu atas isu Palestine sahaja, pun dikira Debat jugalah. Memanglah pertemuan itu adalah pertemuan percuma. UMNO tidak dahulu mempelawa PAS dan PAS juga tidak mendahului mempelawa PAS. Tetapi bila mana tempoh hari PAS ajak membentuk kerajaan perpaduan, yang mulanya UMNO bersikap dingin, tetapi bingkas bangkit menyahutnya terkedu sekalipun tangan dihulur macam dah nak sampai. Semuanya kerana PAS mulakan dulu. Tetapi bila berdebat UMNO terus melihat dia tiada keuntungan dan manfaat atasnya. Debat semestinya PAS yang untung. Maka awal-awal lagi UMNO tolak melalui Dr M.

Entahlah kalau-kalau Najib mempunyai keberanian luar biasa untuk berdebat. Cuma kini ayatnya sahaja yang berbeda dan membawa maksud berbahaya. Ayat inilah yang tidak disukai oleh Sayuti Omar yang masih lagi melutu TGNA dah terlambat, tiada apa-apa makna. Terkilannya Sayuti Omar macam terkilan pimpinan UMNO berkerjasama dalam kerajaan perpaduan tempoh hari.

Alasan lain Dr M, debat di Malaysia bukan macam di Amerika iaitu debat terbuka antara Presiden Amerika yang masing-masing yang bakal terpilih sebagai Presiden nanti. Ini maksudnya adalah debat antara Presiden UMNO yang sedia jadi dah PM dengan TGNA yang sekadar ketua kepada parti pembangkang yang sedia membangkang sahaja. Jadi logik Dr M nya maka buang masa sahaja lah kerja tersebut.

Maka inilah UMNO dan rupa dan wajahnya sebenar sentiasa memandang rendah dan merendahkan semua orang. Jadi apalah guna kita bina kerajaan perpaduan dengan puak dan golongan ini. Cuma sekarang Najib nampak berhati-hati memberi reaksi kerana Manek Urai dah menuggu nya. Jika tiada pilihanraya kecil menanti, maka nada Najib pun samalah macam nada Dr M, mereka serupa tetapi tidak sama itu sahaja. Selagi nama UMNO begitulah ?




Debat hanya buang masa: Dr M


ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza.

"Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.

"Debat di Malaysia tak macam di Amerika, di Indonesia pun ada debat untuk calon Presiden.

"Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Mubarak Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Pengerusi Mubarak Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempelawa Najib supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlarutan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno itu untuk mengadakan perdebatan berkenaan sudah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.




Mufti dikaburkan mata UMNO yang untung ?

Golongan agama digunakan musuh untuk melemahkan orang agama juga. Begitulah apa yang berlaku. Jika golongan peniaga mereka akan didengki oleh golongan peniaga juga. Jika ia seorang guru mereka akan didengki oleh guru juga. Maka jarang dalam dunia golongan guru berdengki dengan golongan peniaga dan sebaliknya.

Terbaru selepas tiada isu kerajaan perpaduan. Ulama yang mahukan perpaduan menegur golongan ulama juga yang 'enggan' perpaduan. Isunya perpaduan sesama Islam antara UMNO dan PAS. Perbalahan golongan ini adalah atas sebab 'pegangan' politik masing-masing. Yang menjadi masalahnya Mufti Perak marahkan PAS (yang dilihat berpegang kuat dengan agama tetapi enggan ikut agama). Mufti ini bangkit popular membelasah PAS dan inilah yang dihajati dan UMNO amat berterima kasih lah atas kerja mufti itu.

Media pro UMNO hari ini, membuat sorotan khas memberi laluan lebar kepada mufti ini membelasah PAS. Sebenarnya mufti ini kelabu mata kerana pujian daripada UMNO dan sememangnya berkecenderungan menjadi ulama usuk yang bernaung bawah ketiak umara. Beliau bukan bersikap penegur kepada khalifahnya tetapi menjadi pengampu dan tukang kipas.

Oleh sebeb buta ulama ini, beliau meracau-racau menjadi benteng kini. Maka peluru serangan PAS tidaklah kepada UMNO tetapi terkena atas batang tubuh. Dia menjadi penahan, macam kisah Sigapura dilanggar todak, mufti ini menjadi batang pisang. Itulah nilai dan harga diri mufti ini yang sanggup menjadi batang pisang kepada pemerintah yang muda daripadanya, sebabnya penguasa tersebut membelai mufti ini dengan madiyyah. Mufti ini leka dan lunak dengan pemerintah.

Mana besar marah, golongan yang taja hudud, golongan yang ingin dirikan negara Islam, golongan ingin hapuskan judi, golongan yang mahu hapuskan rasuah. Mulianya UMNO(kumpulan) yang mahukan sekadar perpaduan dimulut. kata-kata mahu ke arah perpadunya itu telah memikat mufti ini, dengan sekali lafaz tanpa mufti tersebut melihat sejarah dan apa yang ketua kumpulan yang lafazkan itu lakukan dalam negara ini.

Jangan ikut etika syaitan

SEPERTI diduga, apabila Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA mengeluarkan kenyataan mengkritik gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam, beliau telah menerima kecaman yang hebat.

Pandangan Harussani tidak lagi dilihat sebagai pendapat seorang ulama yang harus dihormati tetapi beliau dikecam dan dituduh sebagai menyokong UMNO. Segalanya berlaku apabila Harussani menyuarakan kekesalan berikutan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas dan UMNO. Beliau diserang habis-habisan di dalam blog-blog tetapi beliau tidak peduli semua itu.

‘‘Saya bercakap yang hak (benar), dalam Islam mengeratkan silaturahim antara saudara Islam adalah wajib, jadi saya hairan daripada rujukan mana sesetengah pihak itu ambil sehingga sanggup mencela saudara seagama,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD ZIN di pejabatnya di Ipoh, Perak.

Walaupun sekali sekala dalam berhujah, Harussani menyelitkan kata-kata gurauan namun nada beliau sentiasa serius apabila menekankan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Bagi Harussani, masa depan golongan itu dalam semua bidang termasuklah politik akan berhadapan dengan bahaya, jika mereka terus berpecah belah.

Harussani juga kecewa kerana ada sesetengah ahli politik begitu mudah mengeluarkan hujah yang mengelirukan dan mencela sesama Islam. Oleh itu beliau mengingatkan dalam apa pun perkara berkaitan hubungan sesama Islam, jangan sesekali mengikut etika syaitan.

MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri berhubung kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan, yang sekali gus menggagalkan usaha untuk menyatukan umat Islam di dalam UMNO dan Pas?

HARUSSANI: Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Rukun Iman dan salah satunya ialah percaya kepada Allah, yang bererti kita mengucap dua kalimah syahadah, apabila kita mengucap dua kalimah syahadah kita masuk kumpulan muslim.

Apabila kita sudah masuk dalam kumpulan muslim, Allah sudah 'ikat' kita melalui firman-Nya dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya."

Manakala Rasulullah SAW pula pernah bersabda bahawa, orang muslim itu adalah saudara bagi orang muslim yang lain, kemudian Nabi kata, siapa sebenarnya orang muslim itu, orang-orang muslim yang selamat daripada keburukan lidahnya dan keburukan tangannya. Maka itu Rasullullah sendiri dalam membentuk ajaran Islam baginda mempersaudarakan orang Islam.

Maknanya, itulah perjuangan utama kita iaitu mesti mempersaudarakan sesama orang Islam. Ia adalah perbuatan yang sebagaimana dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya bermaksud: … dan peliharalah hubungan silaturrahim… (an-Nisa': 1).

Oleh itu, kalau kita memecah belah orang Islam itu bukan ajaran Islam, itu ajaran syaitan. Tuhan sudah sebut bahawa syaitan itu bertujuan untuk membangkitkan di antara kamu permusuhan dan pergaduhan. Jadi pada saya, perpaduan itu adalah sesuatu yang cukup mustahak, perkara pokok yang wajib kita usahakan dalam apa bentuk pun. Berdasarkan kepada hujah itu, saya berpendapat, idea kerajaan perpaduan adalah satu idea yang cukup baik dan saya amat bersetuju dengan langkah tersebut.

Kalau kita lihat pada waktu ini, apabila orang Islam berpolitik, mereka berpecah sesama mereka. Ini berbeza dengan kaum lain, orang Cina contohnya, mereka pun berpolitik tetapi walaupun berada dalam parti yang berbeza-beza, mereka bersatu, ertinya mereka berpecah untuk mendapatkan sesuatu sedangkan kita berpecah untuk menghilangkan sesuatu.

Mereka (orang Cina) berpecah supaya banyak suara atau banyak jurusan bagi membolehkan mereka menuntut sesuatu demi kepentingan bangsa mereka, begitu juga dengan kaum India, mereka berpecah supaya mereka mempunyai banyak jalan bagi menyuarakan tuntutan atau pandangan. Tetapi bagaimana dengan orang Melayu? Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan daripada etika Islam bahkan ia etika syaitan. Maka itu saya cukup kecewa apabila orang Islam sendiri menolak perpaduan dan lebih mementingkan perpaduan dengan bangsa asing daripada bersama orang Melayu.

Kita jangan lupa kedudukan Melayu dalam negara ini, hanya berapa peratus sahaja. Mungkin kalau kita bandingkan dari segi pecahan Islam dan bukan Islam, mungkin 50-50. Ia bermakna kalau kita berpecah suara kita menjadi minoriti, jadi bila kita hendak berjaya?

Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang Melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India (35 peratus), orang Melayu sudah 18 tahun tidak meningkat. Dalam 18 tahun itu juga, orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu, kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu ketinggalan di belakang. Oleh itu, kalau kita berpecah lagi, keadaan umat Islam akan menjadi bertambah buruk. Allah sudah menyatakan perkara ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang mengingatkan kita bahawa jangan kamu berpecah, kamu akan gagal dalam hidup ini. Akan hilang wibawa kamu dalam masyarakat. Itu Tuhan sudah sebut terang-terang, kenapa kita memilih jalan perpecahan, ini yang saya paling kecewa.

Tetapi Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa pernah ditipu suatu ketika dahulu, apakah ini wajar?

HARUSSANI: Tak kan kerana perkara itu, ia tidak boleh dimaafkan? Kalau itu satu pengalaman tidak bolehkah kita baikinya supaya tidak berulang? Kita sudah ada perjanjian bagi memastikan perkara itu tidak berlaku lagi. Anak kita pun kadang-kadang buat salah dengan kita tetapi kenapa kita boleh makan bersama semula dan boleh beri nasihat? Allah pun menyeru memohon keampunan kepada-Nya dan menyuruh kita bermaaf-maafan.

Jadi tak kanlah hanya kerana satu peristiwa itu, kita hendak menjadikan sandaran, apakah kita hendak hancur? Ini yang menjadi masalah. Atau kita hendak pakai juga pepatah, biar papa asal bergaya? Maknanya kita jadi hero tetapi kita kalah, kita kecundang, apa gunanya semua itu.

Saya tidak peduli, apa pun orang nak tuduh bila saya bercakap macam ini. Di Kuala Lumpur, orang-orang muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata Mufti Perak sudah masuk UMNO, saya tidak pernah masuk mana-mana parti , UMNO pun tak suka saya.

Kalau UMNO tidak betul, UMNO saya 'bantai', kalau raja tak betul, raja saya 'hentam' saya nak kisah apa. Malah suatu masa dulu, Suharto ketika minum bersama saya, bila dia cakap tak betul dari segi hukum berkaitan faedah (bunga) bank, saya tegur. Pada hal seluruh ulama Indonesia sentiasa menyokong apa sahaja yang beliau kata, tetapi saya tidak.

Masalahnya apabila seseorang bertaraf Mursyidul Am dalam Pas bercakap, orang lebih mempercayai kata-katanya biarpun dia mengecam sesama Islam.

HARUSSANI: Kita pun tidak menafikan perangai pemimpin UMNO dahulu, sombong dan berlagak, tetapi sekarang sudah ada kesedaran berhubung kesilapan yang dilakukan. Tetapi kalau kita masih dengan hujah masing-masing, itulah masalahnya. Kita sudah tengok kaum India yang merupakan kelompok kecil sudah mempunyai suara yang cukup kuat tetapi kita semakin lemah kerana berpecah.

Bagaimanakah kita hendak satukan orang Melayu, kalau penyokong parti masing-masing terus mengamalkan politik sempit?

HARUSSANI: Kita lupakan soal politik, kita balik kepada agama kita, balik kepada Tuhan kerana Islam menyuruh kita bersatu kerana kita bersaudara sesama Islam, haram memutuskan silaturahim. Kembalilah kepada ajaran Islam jangan terlalu banyak politiking.

Kita berpolitik dengan tujuan mentadbir negara sahaja, bukan untuk berkelahi sesama kita, tetapi malangnya apa yang berlaku sekarang apabila orang Melayu kita masuk politik mereka menjadi taksub. Apabila bersikap demikian maknanya orang lain tak betul dia sahaja yang betul.

Contohnya, krisis politik di Perak, apabila pakatan pembangkang membawa kes itu ke mahkamah, pada mulanya mereka menang, mereka seronok. Kemudian apabila UMNO membuat rayuan dan menang, mereka (pakatan pembangkang) kata ini tidak boleh, ini tidak betul. Persoalannya apakah (keputusan) yang dahulu betul? Tak kan dulu seorang hakim dan sekarang tiga hakim, tiga yang buat salah. Kemudian buat rayuan kepada Mahkamah Agung, lima hakim yang bersidang membuat keputusan yang sama, jadi tak kan kita tidak mahu terima, tak kanlah hakim-hakim itu berat sebelah.

Oleh itu, saya tidak boleh terima tindakan pembangkang tetapi bila saya cakap macam ini mereka kata saya anti Pas, bila keluar kenyataan saya dukacita kerana kerajaan perpaduan gagal, mereka kata patutlah dapat (dianugerah) Tan Sri, sedangkan saya tak tahu fasal 'Tan Sri'. Sebelum ini saya berada di Mekah, balik sahaja ada surat suruh terima, bukan UMNO yang beri tetapi Yang di-Pertuan Agong.

Ada pihak mengkritik meminta Tan Sri jangan campur urusan politik, apa komen Tan Sri?

HARUSSANI: Saya cuba melihat perjalanan politik mereka dan saya lihat ia tidak betul dari segi syarak, itu yang saya tegur. Begitu juga bila UMNO bersikap tidak adil atau sombong, saya akan tegur. Dalam soal Pas, saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam, oleh itu apabila apabila saya melihat tindakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah. Tak kanlah kerana itu pun nak suruh saya masuk UMNO.

Memang saya tidak tahu politik, kalau nak suruh cakap fasal politik, saya tak tahu, suruh cakap fasal ekonomi, saya bukan ahli ekonomi. Sebab itulah kebanyakan ustaz-ustaz yang menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), apabila orang bahas ekonomi, dia tidak boleh bercakap. Golongan ustaz-ustaz ini hanya tahu soal dakwah, tidak tahu fasal politik. Kita perlu faham politik ini harus tahu semuanya.

Sebab itu saya tidak mahu terlibat dalam politik, kalau mahu dah lama saya boleh berbuat demikian. Saya fikir kalau saya jadi ahli Parlimen atau ADUN, jika orang bercakap perkara saya tak tahu, buat apa. Kita tengok dalam Parlimen, apabila bercakap soal agama Islam ia lebih banyak menyentuh soal zakat, wakaf dan urusan pejabat agama, itu sahajakah? Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan, begitu juga ahli UMNO, kalau soal Islam tanya fasal berapa kutipan zakat, sepatutnya tak perlu tanya, itu kita punya.

Adakah dalam soal perpecahan umat Islam ini, para alim ulama harus campur tangan?

HARUSSANI: Selamanya kita sudah memainkan peranan, tiap kali bersyarah saya akan membangkitkan soal perpaduan, soal silaturahim, saya bangkit soal etika permasyarakatan, jangan lupa hukum bermasyarakat kerana kalau kita lupa dan buat silap sikit kita boleh menjadi fasiq, tapi siapa yang peduli?

Ketika memberikan tazkirah sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, semalam (Khamis) saya bercakap sedikit sahaja mengenai sembahyang. Saya tidak kupas berapa rakaat sembahyang, saya tekankan soal firman Allah bahawa sembahyang itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar. Bila kita sembahyang, pejamkan mata dan cuba lakukan pembetulan dalam diri, apakah kita mempunyai sifat-sifat seperti ego, takbur, sombong, marah, mengumpat orang dengki atau khianat kepada orang lain. Kalau ada sifat itu masa sembahyang kena buang, kalau ada sifat itu ketika sembahyang, maka sembahyang kita tidak terpakai, ini Allah tegaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud; Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)

Itu semua harus dihapuskan, bila sembahyang lahirlah dia sebagai insan Rabbani. Bila kita tidak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur. Kalau dia seorang bapa dia seorang bapa yang bertanggungjawab, kalau suami dia akan berikan hak kepada isteri dengan sebaik-baiknya, kalau dia isteri dia akan menjaga suami dan anaknya.

Adakah kuasa yang menjadi penyebab atau faktor yang tersirat di sebalik yang tersurat menjadi punca keengganan menjayakan kerajaan perpaduan ini?

HARUSSANI: Jika kuasa menjadi matlamat sampai bila-bila pun perpaduan umat Islam tidak akan dapat dicapai dan pelaksanaan kerajaan perpaduan tidak mampu dilakukan. Sepatutnya, kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai perpaduan, keadilan dan persaudaraan.

Sebab itulah orang Arab tidak boleh menang melawan Israel. Begitu juga apabila setiap negara mengatakan ia lebih kuat daripada yang lain. Contohnya, Libya dan Mesir, sudah beberapa kali mereka berpecah akibat perbezaan politik. Ia berlaku kerana masing-masing merasakan mereka lebih berkuasa, ini masalahnya.

Kalau kuasa itu menjadi matlamat, maka kita tidak akan berjaya tetapi kalau matlamat kita adalah untuk melahirkan kedamaian, persaudaraan dan keadilan itu maka ia akan berjaya.

Dalam soal ini, kedua-dua parti terlibat, UMNO pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana, saya bukan nak kata kepada Pas sahaja.

Kalau persengketaan ini berterusan apa yang berlaku kepada orang Islam?

HARUSSANI: Jika ini dibiarkan berterusan, orang Islam akan hancur. Bila berpecah, kita akan jadi lemah dan hilang wibawa termasuk kuasa politik. Jika ini berlaku, hancurlah kita, ini yang saya lihat.

Ada bertanya kenapa saya berani bercakap, Saya hanya bercakap yang hak (benar), apa hendak jadi, jadilah. Politik tidak lagi dilihat sebagai alat tetapi bagi mendapatkan matlamat iaitu kuasa, kalau itu tujuannya habislah orang Melayu dan Islam.

Apa yang paling merisaukan ialah keyakinan orang kepada individu bertaraf ulama, akibatnya apa sahaja dia cakap orang akan percaya, biarpun ia boleh memberi kesan yang buruk kepada perpaduan umat Islam, apa komen Tan Sri?

HARUSSANI: Rasulullah pernah mengingatkan takutlah kamu kepada penyelewengan ulama kerana dia mempunyai pengaruh. Tetapi kita sama-sama Islam dan berilmu kita boleh timbang sendiri, jangan kita taksub tak tentu fasal, lepas itu kita gelar orang macam-macam, dari segi syarak itu haram.

Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).

Tetapi apa yang kita lihat ada panggil orang komunis, ayah pin, ini apa? Tambahan pula yang dengar itu pula orang tak tahu. Contohnya seorang doktor bila dia bagi ubat orang percaya, tok bomoh cerita fasal penyakit barah orang terus percaya sebab dia tok bomoh. Pada hal dia pun tak tahu apa-apa.

Islam menerima perbezaan pendapat. Malah al-Quran dalam surah an-Nisa' ayat 59 menjelaskan bagaimana menghadapi perbezaan pendapat. Soalnya, mengapa terdapat parti-parti politik yang terlibat tidak mahu mentaatinya?

HARUSSANI: Dalam ayat itu Allah berfirman yang maksud-Nya, Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Sepatutnya, sebagai saudara seagama, kita patuh kepada arahan Allah. Kita juga wajib patuh kepada pemerintah selagi mana tidak diarahkan membuat maksiat. Kalau tidak taat, maka kita durhaka. Sekali pun jika pemimpin itu zalim.

Rasulullah SAW bersabda: Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, Kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara kita menolongnya.

Sepatutnya hubungan sesama Muslim itu penuh dengan kasih sayang bukannya menyemai sikap benci membenci atau keras. Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)

Rasulullah SAW bersabda, "Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara."

Kesimpulannya, bagaimana kita hendak selesaikan kemelut ini?

HARUSSANI: Kalau ulama perlu ambil peranan untuk selesaikannya, kita harus kembali ke pangkal jalan. Asas utama yang perlu adalah perpaduan, silaturahim dan hormat-menghormati. Perseteruan, pecah belah dan persengketaan adalah ajaran syaitan. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).


Buatlah, tawarlah, tajalah selagi ada kesempatan ?

Berapa banyak biasiswa yang mahu diwujudkan, berapa banyak tabung yang dibawa. Rakyat terus derita bagi mereka yang miskin. Adakah kerana Nik Madihah yang mabil 20 subjek dapat 'street' A menjadikan Menteri Pendidikan dan Kemneterian Pelajaran tidak keruan. Siapakah yang membuat sistem boleh ambil 20 subjek, adalah Nik Madihah. Apakah salahnya sisitem kita? Adakah setiap kali menteri pelajaran baru, maka setiap kali sisitem pelajaran negara 'dibedahsiasat' diujikajikan' PPSMI ke mana ? Mungkinlah ini namanya liberlisasi pendidikan selama ini, kerajaan terjerat dan menjerat rakyat?

Hari ini, menteri Pelajaran Malaysia yang baru, 'menawarkan' Biasiswa Nasional kepada semua pelajar 'yang layak' berdasarkan merit demerit. Jika biasiswa yang ada diperkasakan samada hak negeri atau milik persekutuan (BKP). Maka tidaklah terlalu banyak 'kecamuk' sistem yang ada. Kenapa Biasiswa Kecil Persekutuan tidak menjadi Biasiswa Nasional. Ini mungkin kata kemneterian dan menteri setakat sekolah sahaja. Jawabannya jika mereka mahu buat 1001 alasan mereka boleh pinda dan ubah. Bukannya susah BKP bukannya melibatkan hukum. Entah dimana buruknya BKP. tetapi dalam membelanjakan wang kerajaan dengan mudah menyuntik pakej rangsangan RM60 juta dengan mudah tanpa melalui prosiding peraturan yang memayahkan.

Namun bila menyelesaikan peringkat rakyat yang tidak berkuntungan direct kepada 'mereka' maka jadi payah dan memayahkan. Di Malaysia lagi banyak dibuat tabung lagi keadilan tidak dapat diujudkan. Lagi banyak keadilan tidak ujud lagi banyak kebencian rakyat. maka lagilah cepat kerajaan yang ada akan jatuh. maka kita alu-alukan buatlah apa yang mereka mahu buat, di atas peluang kesempatan yang ada. Selepas ini sudah tiada peluang dan kesempatan.

Biasiswa Nasional

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Kerajaan akan umumkan tahun depan (dan bukannya tahun ini), lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) baru sahaja mengumumkan had subjek yang perlu diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (10 subjek).

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.




Nantikan Rosmah isme dalam kerajaan BN ?

Bermula dan menular nya Rosmahisme dalam Kabinet Najib Razak. Jika sebelumnya ramai melabelkan Pak Lah adalah kerajaan yang dikuasai oleh Tingkat 4. Maka atas 'penguasaan' tersebutlah yang membuat Dr M mantan PM lalu marahkan Pak Lah.

Terkini Najib yang direstui oleh Dr M sebagai PM yang 'layak', masih mendiamkan diri lagi, tetapi kita akan lihat babak serangan Dr M sedikit masa lagi. Perang tersebut akan bermula jika tempat Dr Hassan Merican dalam Petrnos akan disikan oleh tokoh-tokoh proksi Najib. Percubaan pertama Najib dalam masa terdekat ini berjaya 'dihalang'.

Maka kita tunggulah apakah pula 'perancangan' sebalik kelambu oleh Rosmah. Jelas Rosmahisme terpancar dalam gambar tetera di bawah. Tafsirkan ? Waktu ini di mana isteri TPM, di mana isteri Rais? Bandingkan cantik ? atau Najib Rosmah macam belangkas ? Dah tua dan masa tumpu untuk tadbir negara bukan berjalan berdampingan berbanding dengan isteri Barak Obama. Antara US dengan Malaysia, mana hebat ? Mana besar? mana berpengaruh ?

Sedikit masa lalu Najib kata program-program kerajaan tidak usah letak bilboard, karpet merah, smabutan hebat-hebat, sekarang macam mana janjinya di awal ambik Malaysia daripada Pak Lah, tertunai atau tidak ? Lihatah benda yang tercacak di belakang background Najib, kosmetik 1MALAYSIA ke ape ?


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kanan) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan); Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis pelancaran logo dan lagunya di Dataran Merdeka, di sini, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Saturday, June 27, 2009

Manek Urai: PAS namakan calon

Adjust font size:
Fauzi calon PAS di Manek Urai
Jun 26, 09 6:48pm
Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.

Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam ini.

fauzi abdullah manek urai by election 260609Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Friday, June 26, 2009

Minta dimengertikan dan difahamikan !

Sosek-sosek kerajaan perpaduan masih ada. Ada pihak yang merasa lega dan ada pihak yang turut kecewa dukacita. Antara kedua-dua suka dan kecewa tadi ada datang dari pihak dalam dan luar. Inilah namanya lumrah hidup dan pusingan hidup. Bagi orang lama atau veteran dalam PAS yang sayang dan setia sungguh dan sayang sangat PAS mereka sudah tentulah lega. kerana mereka ada pengalaman tersendiri yang mengajar dan mendewasakan mereka . Situasi inilah yang sukar dan payah di fahamkan atau diterjemahkan oleh orang luar daripada isu tersebut. Mereka yang lega khususnya otai dalam PAS bila pimpinan PAS sebahagian besar menolak idea ini bersama kerjasama Pakatan. Sukar dan payah menterjemahkan kesukaan veteran PAS ini seperti analogi dibawah.

Contoh mudah dalam hal ini, serupa kesnya macamlah kita mahu memahami generasi para pejuang kemerdekaan yang terlibat langsung untuk dapatkan kemerdekaan dengan cara kaedah mereka perjuangkan. Samada bersenjata atau tidak bersenjata. Ada dalam UMNO dan ada dari kalangan pejuang kiri. Membayangkan dan memahamkan perjuangan golongan kiri adalah terlalu amat sukar bagi generasi muda pasca merdeka ini. Bagi mereka (pejuang veretan menuntut kemerdekaan dari tangan British. Pengorbanan mereka ada yang ssampai sanggup masuk hutan dan korbankan segala-gala sepanjang hidup mereka dan ada yang mati bersamanya. Demi tuntuan perjuangan mereka tolak kehidupan sebagai manusia, tolak kemudahan dan kesenangan yang sepatutnya mereka kecap selepas tiada British, tentulah kita anggap mereka sebagai golongan yang bodoh. Malah ada yang pergi jauh memperjuangkan negara waktu itu bergabung dengan PKM lagi (yang dikatakan atau dilabelkan tiada pegagangan agama). Situasi ini pun sukar kita mahu fahamakan bagi kita generasi kini. Sampai hari ini pun ramai masyarakat yang tidak faham-faham. Maka penulis pun termasuk yang tidak faham walaupun penulis sendiri ada pengalaman mengkoreksi jejak-jejak perjuangan mereka semasa menuntut di UKM dahulu paper wajib membuat research tentang komunis. pun sukar terima dan fahamkan perjuangan mereka. Malah kami setahun sekali daripada 3 dan 4 tahun jumpa Pak Ibrahim Ketua Rejimen ke 10 PKM di Temerloh untuk siapkan tesis tidak dapat menerima penjelasan dan pendiriannya kenapa dan mengapa sampai ke akhir masih kuat pegang dengan PKMnya.

Justeru, begitulah bagi veteran PAS yang pernah merasai pengalaman bersama-sama dalam kerajaan UMNO BN sehinggalah PAS disingkirkan daripada BN. Genarasi kini tentu banyak alasan hujah syarie contoh sirah yang meletakkan susun galur mehnah orang terdahulu lebih hebat ujian dan cubaan berbanding kita, pun sukar kita fahami dan selami. Perasaan veteran PAS yang punyai pengalaman pahit bersama pakatan BN dulu harus kita mengertikan. Sekadar mengerti akan ketidakmahuan mereka sudah cukup, tidak lebih daripada itu tuntutannya.

Nik Aziz : Media akan buru dan UMNo akan ajar ?

Oleh kerana marahkan Nik Aziz, kerana menjadi penyebab gagalnya Gagasan Kerajaan Perpaduan. Yang diidamkan oleh UMNO. Maka UMNO rasa payahlah untuk mendapat peluang lain bagi menyimpul mati dan memerangkap PAS dalam permainan politik di Malaysia. Satu ketika jerat kerajaan perpaduan hampir membelit PAS. Oleh kerana tentangan Niz Aziz yang luar biasa itu, maka gagasan itu dicabut terus. Dan UMNO terlompong dan kempunan yang amat sangat. Kerana yang memberi dan menghulur umpan itu adalah PAS, yang teramat sayang untuk dilepaskan.

Hari ini, media dan semua perkakas UMNO, mata telinga di kampung akan melaporkan apa sahaja tindakan Nik Aziz. Bagi mereka Nik Aziz perlu diajar. Maka hari ini, media bersama UMNO sepakat untuk 'menyerang' Nik Aziz dan memberi gambaran Nik Aziz ini adalah salah, jahat, keras, dan manusia yang perlu disingkirkan, kerana ia adalah manusia yang tidak mahu masyarakat Islam bersatupadu. Gambaran media lagi kepada rakyat bibit-bit kebencian mulai disemai dan ditanam, mereka akan terus menyerang dan menyerang Nik Aziz sehingga jika boleh letak jawatan MB dan senyap maka barulah UMNO dan media milik UMNo akan berpuashati.

Sebenarnya, kita tidak terkejut ada ramai lagi pimpinan pembangkang yang kata kepada UMNO lebih teruk lagi daripada apa yang Nik Aziz cakap. Kenapa media milik UMNO tidak menyairkannya kerana mereka tidak ada kepentingan disana. Mereka media milik UMNO pernah bercakap aHarakah media pembangkang lain adalah sekadar akhbar nyamuk sahaja. Kerana nyamuk sekali spray sahaja dengan resect boleh mati.

Yakinlah dan percayalah UMNO dan media akan 'mengerjakan' Nik Aziz dari semasa ke semasa . UMNo dan media terlalu amat mendendami Nik Aziz sekarang. Jika satu masa dahulu Hj Hadi pernah digambarkan sebagai seorang yang keras, payah bawa berunding, bila Hj hadi pegang PAS, parti ini akan lebih radikal dan keras, sekarang media berjaya lunakkan. Amanat Hj Hadi yang popular kini tidak dimainkan dan tidak diuar-uarkan.

Justeru hari ini, media dan UMNO akan mengejar apa sahaja kata dan ucapan Nik Aziz di mana sahaja. Jika tersilap dan terlanjur kata mereka akan putarbelitkan dan belitputarkan. Kita memang sudah lama kenal UMNO. Itulah UMNO, dan itulah kehidupan mereka(UMNO)

Itu hanya kiasan - Nik Aziz

26/06/2009 5:32pm

KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi menjelaskan ucapannya pada satu ceramah di Kuala Krai apabila beliau menyamakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan menyamakan UMNO sebagai mempunyai ideologi sosialis kerana menolak agama dan prinsip ketuhanan. - Bernama


Thursday, June 25, 2009

UMNO perhamba rakyat. Wang bukan segala-gala

Menyorot kembali tulisan LanH, UMNO mengajar rakyat menjadi hamba. Atau dalam konteks lain UMNO memperhambakan rakyat. Lontaran idea datang daripada jiwa penulis yang menggambarkan rakyat khasnya waktu itu orang Melayu dalam sejarah negara semasa zaman pra awal kerajaan Melayu tua, jika kini mahu dibandingkan dengan Melayu kini dari segala aspek jiwa dan kejiwaannya adalah cukup jauh berbeda sama sekali.

Terkini pemimpin negara dari bangsa Melayu sendiri yang diterajui oleh parti melayu UMNO sering memperhambakan rakyat dalam negara sendiri dengan memperhambakan orang Melayu dengan mendidik jiwa mereka dengan wang atau kebendaan. Mereka(rakyat melayu) menjadi hamba wang. Jiwa dan kejiwaan mereka adalah dipenuhi wang. Contoh jelas jika tidak bukan kerana wang mereka bergaduh, bangunan stadium tidak akan runtuh, berjuang dalam menjatuhkan sesama mereka kerana matalamat akhir mereka adalah wang, dan segala-galanya wang sebagai matlamat. Pemimpin dan pengikut diasuh membuat kerja-kerja diupah dengan wang, sehingga memayahkan orang-orang bukan UMNO yang ada sama dalam masyarakat. Malah kerajaan yang dikepalai oleh orang Melayu sendiri dalam negara ini mementingkan pembangunan fizikal dan kebendaan. Usaha membangunkan kebendaan semakin hari semakin hebat dengan kecanggihan sains dan teknologi dunia. Sehingga pencapaian fizikal dalam negara jauh meninggalkan pembangunan kemanusiaan itu sendiri.

Buktinya, banyak kejadian jenayah, masalah sosial, keruntuhan akhlak, tiada adab moral kalangan anak-anak yang kejar kerjaya dan wang anak-anak diasuh oleh pengasuh dan serba serbi jauh ketinggalan sudut kemanusiaan sehingga manusia menjadi hamba wang, manusia hamba hutang, manusia hamba itu dan ini, sehingga tinggal dan tidak sedar mereka adalah hamba ALlah. Hatta, dilema sekarang kita ke majlis kenduri pun menghulurkan wang yang tuan rumah kerana sudah menjadi 'adat' yang diistiadatkan oleh UMNO. Kini menjadi satu trend berbanding dengan majlis kenduri khawin yang pada mulanya bermatlamat memanggil orang susuah dan jiran tetangga ke majslis pengisyitiharan perkhawinan anak-anak kita dalam masyarakat kita.


Bimbang Khair Toyo Himpunan 100 ribu PR

Ingatan Khir Toyo dengan Himpunan 100 ribu ahli dan para penyokong PR di Selangor dalam masa terdekat, 30 Jun ini menarik dan mengundang perhatian tinggi daripada Khir Toyo. Beliau adalah seorang MB yang menghadiahkan 'penyapu' kepada kakitangan kerajaan bawahnya semasa menjadi MB. Beliau juga selaku Ketua Pembangkang yang satu masa dulu tidak pernah terlintas dalam benak hati dan rasanya. Kini terkial-kial mencari publisiti, meraih dan mahukan simpati rakyat Selangor, yang mana kita nampak semakin lama semakin sukar.

Khir payah dan sukar mahu saingi MB Selangor Pakatan Dato Khalid Ibrahim bekas seorang tokoh koporat ternama sebelum nya bersama Pakatan dan anak jati Selangor yang berjaya. Kebolehan dan kecekapan Khalid Ibrahim sebagai MB seandai mendapat sokongan terbaik semua jentera kerajaan insyallah rakyat bakal menerima limpahan 'kebajikan'.

Hari ini Khir nampak sangatlah 'baru mahu ambil berat' terhadap perbelanjaan kewangan kerajaan negeri (duit rakyat). Kita ucapkan terima kasih atas ingatan dan pesanan yang sangat ikhlas daripada Khair. Namun jahatnya Khir 'terserlah' bilamana dia secara 'tidak gentelment' bertindak menyerahkan RM1 juta lebih duit BALKIS yang diketuai isterinya kepada pihak BAKTI serta merta semasa peralihan kuasa temoh hari. Inilah IKHLAS cara gaya UMNO.

Ingatan Khair terhadap MB Selangor agar brhati-hati membelanjakan wang negeri bagi majlis anjuran Pakatan Rakyat dibimbangi Khair akan mengancam integriti Pakatan Rakyat. terima kasih sekali lagi. Yang kita pelik sangat UMNO dan dalam kepala pimpinan UMNo dan orang-orang UMNO adalah soal wang. Mereka membangunkan negara dengan wang. Bagi UMNO gayanya wang adalah seala-gala. Justru wang sebagai matlamat dan wang dikejar dan dijagai. Maka jadilah UMNO dulu kini dan selamanya adalah hamba wang. Pimpinan UMNO amat bimbang wang habis dibelanjakan, daripada pembangunan rakyat, jati diri rakyat, akhlak rakyat, didikan dan pendidikan rakyat. UMNo bangun dan berjuang semata-mata mengembangkan pembangunan fizikal semata-mata kerana di sana ada wang. Maka banyaklah projek-projek dicipta bagi membolehkan mereka mendapat wang dan mengejar wang sahaja.


Justeru kita dengan penuh sedar, minta pimpinan Pakatan Rakyat menerima teguran tersebut dnegan terbuka. Tan Sri Khalid gunakan jika tiada duit parti mintalah kutipan derma selepas himpunan insyallah dapat tampung perbelanjaan program himpunan tersebut. Usah bimbang selagi mana ada PAS dah tentu biasa kerja-kerja seumapam itu. Kami biasa hidup tanpa wang ?







Usah guna wang negeri: Dr Khir

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) dinasihatkan tidak menggunakan wang negeri dan perkhidmatan yang sedia ada dalam menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat, 30 Jun ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, PR boleh mengadakan perhimpunan itu tetapi segala kos bagi himpunan itu mestilah ditanggung sendiri Pakatan Rakyat.

“Mereka boleh mengadakan himpunan itu tetapi jangan guna duit negeri dan jangan guna kemudahan yang sedia ada. Jika mereka hendak gunakan perkhidmatan yang sedia ada mereka mestilah bayar, jangan bazirkan duit negeri dengan mengadakan perhimpunan seperti itu.

“Biarlah mereka nak buat apa pun itu hak mereka. Terpulang apa yang mereka cuba hendak terangkan, isu itu pun bukannya datang dari kita,” katanya ketika diminta mengulas himpunan perdana yang akan diadakan PR akhir bulan ini, di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor berkata, isu kerajaan perpaduan adalah satu gimik politik PR dan ditimbulkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukannya UMNO.

“Yang bermasalah itu PR dan sekarang mereka hendak adakan pula himpunan rakyat untuk menjelaskan kononnya UMNO dan BN yang menghuru-harakan keadaan.

“Negara kita sudah lama berpadu dan kerajaan yang dilaung-laungkan ini timbul dari Abdul Hadi sendiri, kini mereka memutuskan pula untuk tidak mahu bergabung. Terpulang pada mereka untuk buat himpunan, kita tidak takut apa-apa,” katanya.

Himpunan PR di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Kelana Jaya itu dikatakan untuk memperjelaskan segala fitnah dan konspirasi UMNO dan BN.


Jelas selagi ada UMNO tiada akan capai perpaduan

Inilah manusia yang mahukan kerajaan perpaduan, inilah kelompok yang mahukan perpaduan kaum, inilah juga kumpulan yang menaburkan pelbagai kelunakan sebelum 'kita' kita jatuh terjelopok dalam perangkap mereka.

Jelas-jelaslah bilamana pengisytiharan 'tiada' kerjasama , kumpulan ini akan membelakangkan apa sahaja dan akan membuat tindakan apa sahaja. Asalkan kepentingan kelompok mereka terjejas. Apalah ada dengan kenyataan berbanding dengan tidakan UMNO menafikankan hak-hak rakyat Kelantan selama 19 tahun, apalah ertinya kenyataan berbanding dengan hak pendaratan gas bumi Kelantan di daratkan di Songkla Thailand.

Apalah beda dan hak bernegara dan berwarganegara. Bilamana tindakan UMNO BN menubuhkan JPP bagi mengambilalih kerja-kerja jabatan dan agensi persekutuan bilamana selama 19 tahun Kelantan bawah PAS.

Sememangnya mereka sedar dan terima kenyataan bahawa UMNOlah punca segala-gala. Betullah kata orang selagi mana ada UMNo maka perpaduan tidak akan tercapai. Perhatikan cara mana UMNO boleh dan dapat mencapai perpaduan. Perjuangan UMNo adalah berpaksikan kaum Melayu, di bumi bukan sahaja ada kaum Melayu ada ALlah jadikan suku kaum yang bukan Melayu. Selagi mana ada UMNo perpaduan tidak akan tercapai, jelas-jelaslah UMNO menjaga kepentingan UMNO sebagai yang utama dan rakyat bukan UMNO jangan ke tidak.

Pemuda UMNO buat laporan polis kenyataan Nik Aziz

25/06/2009 2:05pm

KOTA BAHARU 25 Jun — Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Baharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas. - Bernama


dua situasi dua maksud

Angkasawan rakam gunung meletus


ANGKASAWAN di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) merakamkan gambar gunung berapi Sarychev Peak.


STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS) - Beberapa angkasawan di ISS merakamkan detik gunung berapi paling aktif di dunia, Sarychev Peak meletus dan menghambur asap debu ke udara, lapor sebuah akhbar semalam.


DUNIA

CIA didakwa jadi dalang


TENTERA Udara Iran mengadakan latihan di sebuah lokasi di selatan negara itu semalam.


TEHERAN - Menteri Dalam Negeri Iran, Sadeq Mahsouli semalam menuduh Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS) membantu membiayai kumpulan perusuh di sini.

Dakwaan tersebut mengukuhkan lagi tuduhan bahawa Barat terlibat dalam siri bantahan jalanan yang mempertikai keputusan pilihan raya Presiden pada 12 Jun lalu.

"Britain, AS dan rejim Zionis mendalangi kekacauan di Teheran baru-baru ini," kata Sadeq.

"Ramai perusuh mempunyai hubungan dengan AS, CIA dan Pertubuhan Mujahideen Khalq (MKO)," tambahnya.

MKO merupakan sebuah pertubuhan tempatan yang berpangkalan di luar Iran.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki berkata, Teheran sedang menimbang sama ada akan merenggangkan hubungan dengan Britain selepas setiap negara mengusir dua diplomat pada minggu ini.

Beliau turut menyatakan tidak akan menyertai mesyuarat Kumpulan 8 (G8) iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Rusia, Britain dan AS di Itali esok.

Wednesday, June 24, 2009

Trend Baru dalam Dewan Rakyat

Satu trend baru dalam Dewan Rakyat. Speaker Dewan akan menggunakan 'budi bicaranya' dan 'dengan kuasa yang dipeuntukkan' akan bertindak 'mudah' samada mereka (spekar) akan bertindak menghalau, mengantung Ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang, atas apa yang dinamakan 'kesalahan' biarpun 'kesalahan' itu besar atau kecil yang kesalahan sama dilakukan oleh MP dari BN spekar akan mendiamkan diri dan berpura-pura MP BN mematuhi sungguh tata cara dan etika perbahasan dalam Dewan rakyat.

Tujuannya mudah, iaitu memberi gambaran bahawa MP-MP daripada PR atau pembangkang adalah membawa satu 'budaya' songsang yang jauh tidak bermoral dan speaker wajar berhak membenterasnya. Tambahan pula media massa pula berperanan menyambut dengan memberikan watak hitam kepada mana-mana ahli MP pembangkang ini, dan menggambarkan kesalahan itu besar dan mewajarkan pula hukuman dijatuhkan lebih-lebih lagi dari kacamata rakyat umum. Inilah kelebihan political maillage yang diingini oleh spekar tajaan UMNO BN yang jelas terlalu bias dan tidak menampakkan kematangan langsung dan tiada berprinsip adil dan menjunjung keadilan, hak samarata lebih-lebih lagi Dewan Rakyat itu diuar-uarkan sebagai institusi terlalu amat mulia dan dimuliakan dalam negara kita selain YDPA komponen perundangan dalam negara kita.

Hari jelas kambing hitam dan watak hitam ke atas MP daripada DAP mewakili PR dikenakan hukuman dihalau dari Dewan rakyat. Gara-gara beliau berdiri dan bangun bagi mencelah perbahasan daripada MP UMNO BN Pasir Salak atas isu, MP-MP dalam Dewan tiada kelayakan dan kemahiran khas terhadap apa yang beliau perbahaskan.





MP DAP PJ Utara dibuang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua dibuang Dewan Rakyat - sehari - tengah hari tadi kerana mengingkari arahan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar agar duduk ketika perbahasan.

Arahan itu dikeluarkan beberapa minit sebelum sidang Dewan Rakyat berhenti untuk rehat pukul 1 tengah hari tadi.

"Saya tidak tahu apa kesalahan saya sehingga saya dibuang dari Dewan... saya hanya berdiri untuk minta laluan bagi mencelah (Ahli Parlimen-BN) Pasir Salak (Datuk Tajuddin Abdul Rahman)," kata Pua ketika ditemui di lobi Parlimen.

"Beliau (Timbalan Speaker) minta saya keluar, saya keluar lah," katanya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berharap Wan Junaidi akan menarik balik keputusan bagi membolehkan Pua mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sebelah petang nantiWan Junaidi mendakwa Pua bertindak tidak mengikut aturan mesyuarat.

Ketika Tajuddin berbahas, Pua bangun dan mengemukakan soalan sektor mana yang beliau "mahir" apabila wakil rakyat Pasir Salak itu mengatakan bahawa ahli-ahli Parlimen membahaskan segala isu yang mereka "tidak biasa".

Pada ketika itu, Wan Junaidi meminta Pua duduk memandangkan ia merupakan ruang bagi Tajuddin membahaskan usul, malah tidak diberi ruang oleh wakil rakyat itu."Bila saya mengarahkan yang lain duduk, mereka duduk," katanya.

Pua yang duduk, kemudian bangun semula untuk mencelah Tajuddin.

Ekoran tindakannya itu, Wan Junaidi mengarahkan Pua keluar Dewan Rakyat. Kejadian berlaku ketika sidang membahaskan usul pembahagian semula peruntukan bagi beberapa kementerian ekoran penyusunan Kabinet baru-baru ini.

Usul itu dibahaskan sejak semalam.Dewan Rakyat akan bersidang semula pukul 2.30 petang hingga 6 petang.


Tuesday, June 23, 2009

Isu UG: PAS Pandang Ke Depan



Walaupun yang cadang UG 'depa' dan kemudian yang tolak juga 'depa'. UMNO BN terkunang-kunang cadang nak gunakan senjata ini bagi melawan seteru politik mereka iaitu kumpulan Pakatan Rakyat (PR).

Marah dan nada kecewa juga lahir daripada Naib Presidennya Shafie Afdal 'kecewa' kerana katanya PAS tundukan kepada tekanan. Itulah gentelmentnya PAS menerima dan mendengar pandangan ahli teramai yang 'menolak' pakatan bergabung politik dengan UMNO.

Masalah kalau mahu jumpa-jumpa, sembang-sembang dan berbual-bual (ikut Shahidan kassim) dalam siaran Astro Awani bersama Mujahid kata dia takkan inipun tidak boleh. Sebenarnya lama dah orang bawahan UMNO yang hatta matipun ada petugas PAS yang memandikan mayat dan menguruskan jenazah mereka.

Oleh itu, kita minta pimpinan di atas, janganlah ungkit cerita dulu-dulu. Sejak zaman era arwah ust Fadil Noor, PAS di masyarakatkan, iaitu memasyarakatkan PAS telah diperkasakan dalam denyut nadi masyarakat kini.

Cuam pimpian UMNO yang dungu bebal dan tidak faham, masih lagi bangkitkan isuy-isu lapok, seperti sembahyang dua imam dan sebagai. PAS dah lama tutup buku, PAS sudah pandang ke hadapan, PAS tidak pandang ke belakang.

Harapan dan Masa Depan: Sukan dan Pembangunan Sukan Malaysia

Benarlah kata YB Wan Hassan ADUN Sura Terengganu dalam ucapan dan ceramah beliau tempoh hari. Beliau juga turut mengulas tentang Idris Jusoh yang dilabelkan oleh rakyat Terengganu sebagai 'Cap Ayam'. Kebenaran kata-kata YB Wan Hassan adalah maslah satu persatu 'bala' diterima oleh rakyat Terengganu.

Walaupun selepas Monsun Cup yang 'belanja duitnya runtuh' diikuti pula dengan atap bangunan dewan SMK A Wakai Tafai Terengganu runtuh diteruskan dengan atap bangunan Stadium Sultan Mizan yang jumlah RM nya cukup besar. Inilah rentetan kebenaran bagiamana baginda sultan Mizan 'enggan' sungguh menerima Idris Jusoh sebagai MB Terengganu. Tentulah dalam 'hal' ini ada orang yang perlu dipertanggungjawabkan.

Gara-gara pembinaan pemberian tender terus tanpa kawalan agensi kerajaan yang diamanahkan JKR. Semuanya jadi kacau dan menunjukan kecacamarbanya.

Bagi kita Malaysia sendiri, jelas dalam membangunkan sukan, membangun dan menyediakan prasarana 'sukan' cukup hebat dan tip top sebab, bila ada projek 'boleh seng' kata orang Terengganu. Sukan tidak dibangunkan dan pembangunan sukan tidak diutamakan. Maka tercorotlah Malaysia.

Monday, June 22, 2009

BN: Najib kembali sesak , tiada reahat dan lega ?

Najib pantas mendakwa bahawa kerajaan perpaduan bukan gambarkan UMNO BN lemah. Najib masih lagi bermimpin jika UMNO BN tidak lemah tidaklah 5 buah negeri jatuh ke tangan Pakatan. Kini pakar stratei BN UMNO kena mencari sesuatu lagi jenis peluru bila pelurunya "kerajaan perpaduan' digagalkan pada hari ini.

Oleh itu, kita minta pimpinan Pakatan Rakyat jangan mudah terlatah, jangan cuba-cuba melontarkan sesuatu benda yang lontaran itu cukup 'banyak' kerugian daripada keuntungan. Apa pun lontaran itu tidak salah, cuma tekniknya sahaja yang perlu diperbaiki. Mana ada manusia di atas muka bumi ini enggan ke arah kebaikan, apatah lagi kepada perpaduan lebih-lebih rakan sebangsa seagama.






Kerajaan perpaduan: Tidak timbul soal BN lemah, kata Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mampu untuk meneruskan agenda pentadbiran negara meskipun Pakatan Rakyat telah menolak idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan PAS.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini yang menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu.

Najib berkata, kerajaan BN masih kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.

"Istilah kerajaan perpaduan datang daripada mereka (PAS) sendiri.

"Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melontarkan cadangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan, bagaimanapun idea tersebut mendapat tentangan daripada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ditanya adakah penolakan cadangan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh PAS itu akan menyebabkan kerajaan BN lemah, Najib berkata: "Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan."

Jelasnya, reaksi yang diberikan oleh kerajaan BN terhadap cadangan itu adalah sekadar memberikan respons positif kerana menganggap ia (kerajaan perpaduan) sesuatu yang baik untuk negara.

Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata:

"Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat.

"Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak."

"Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Ditanya sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan diadakan di masa hadapan, Perdana Menteri berkata, dalam politik apa saja boleh berlaku.


UG: Selesai tahniah

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat (dari kiri) Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang pada mesyuarat parti Pakatan Rakyat
di Parlimen, hari ini sepakat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan
Umno/Barisan Nasional yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat
kekuatan mereka. - Foto Ghazali Bujang

Episod Kerajaan Perpaduan ditamatkan. Hasil pertemuan tiga kepimpinan Pakatan Rakyat. Tuan Guru Hj Hadi Awang (PAS), Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mencapai kata sepakat 'menghentikan' mempromosi dan menjual kerajaan perpaduan.

Semua ahli-ahli Pakatan Rakyat menyambut baik, pada masa akan datang kita tidak mahu perkara-perkara 'mengugat' keharmonian kerjasama Pakatan digoyohkan sehingga menimbulkan perasaan tidak senang sesama ahli komponen pakatan.

Justeru, tindakan Ketua penerangan PAS ingin membuar seminar dan retreat membincangkan erti UG dihentikan serta merta, kerana tidak membawa faedah. Jika diteruskan mestilah akan lahirkan kumpulan pro kontra yang akan 'bertempur' kemudiannya.

Sunday, June 21, 2009

UMNO: memang mahu rakyat tidak bersatu ?

UMNO sememangnya adalah memperjuangan Melayu. UMNO adalah sebuah negara parti bangsa Melayu. Walaupun beberapa tahun yang lepas membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu tetapi dikatogerikan sebagai 'bumiputera'. Justeru semua dasar-dasar UMNO lebih mirip dan cenderung kepada menjaga kepentingan satu kaum. Manakala dalam menjaga kaum tersebut kepentiungan sebahagian Melayu yang rapat dengan pucuk kepimpinan UMNO sahaja akan mendapat laba, dampak kepada perjuangan UMNO itu sendiri.

Jika kita mahu bekerjasama dengan UMNO pun sampai bila orang lain (kaum lain) tidak akan berpuashati, ataupun rasa tidak puashati. Dasar-dasar UMNO ini jelas dan mereka pegang selagimana kepimpinan UMNO itu berada di atas tampuk kepimpinan negara kita.

Terlalu banyak harapan dan harapan yang disandarkan tidak pernah tertunai, malahan kepentingan yang termaktub dalam perlembagaan pun mereka tidak mampu pertahankan. Perjuangan UMNO bukan lagi perjuangan tentang prinsip, etika, halatujua dan pembinaan negara dan bangsa tetapi wawasan mereka adalah berlandaskan prinsip madiyyah (kebendaan).

Mendengar cakap-cakap pepimpin dan kepimpinan UMNO sahaja tidaklah cukup. Ramai rakyat terbanyak leka dan terpesona, termasuklah kepimpinan muda negara, kerna doktrin UMNO melalui BTN (agensi bawah JPM) lebih cenderung membina jatidiri bangsa Melayu yang dipasak ke dalam semua jiwa anak-anak muda dna diasuh membenci bangsa-bangsa lain yang digambarkan jahat dan menumpang di bumi negara Melayu (Malaysia) ini.

Penulis ada pengalaman tersendiri, terlibat sama dengan hadir sebagai PC atas kerja-kerja ilmiah. Slot subjek bagi anak-anak Melayu yang akan ek IPTA atau IPTS dalam peperiksaan awam STPM. Melihat telatah gelagat pc-pc yang dilatih BTN lebih menerapkan sifat sayangkan kaum sebangsa.

Sebenarnya UMNOlah kepala kepada pemecahan pech dan perintah. UMNO menaja dan warisi sikap dan perangai British. Jika mereka sayangkan negara sudah tentulah mereka menyetujui pembinaan sama negara menjadikan satu bangsa Malaysia melalui ikatan keagamaan.

Wawasan Tuan Guru Nik Aziz walaupun berserban dan memakai kain, beliau berjuang dan terus berjuang membawa PAS (parti yang UMNO labelkan extrimisme) kepada kerjasama pemaufakatan tanpa dibatasi dengan sempadan bahasa, budaya dan agama serta apatah bangsa melalui kerjasama politik terlebih dahulu. Binaan ini, insyallah akan berjaya sesudah kuasa diperolehi maka barulah dapat digerakkan dengan instrument dan task force sedia ada bagi membina masyarakat yang bersatu padu.

Dengan kita tidak menidakkan latihan PLKN yang nampak sedikit kejayaan, tetapi ia belum cukup dengan task force yang tidak lebih kepada keuntungan politik UMNO atau pemerintah semata-mata. Maka keikhlasan dan UMNO manfaatkan atas pelatih bagi memenangkan mereka bila berlaku pilihanraya menjadikan PLKN ini adalah penyumbang kepada legasi hayat hidup UMNO itu sendiri.


.............................

1Malaysia tidak berjaya jika Melayu tidak bersatu - Mukhriz

21/06/2009 4:49pm

JITRA 21 Jun — Konsep 1Malaysia tidak akan dapat direalisasikan, sekiranya orang Melayu tidak bersatu kerana kestabilan serta kemakmuran negara bergantung kepada kekuatan bangsa itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata, orang Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kemajuan negara kerana ia merupakan bangsa majoriti di negara ini.

“Kalau orang Melayu tak bersatu, macam mana nak jayakan 1Malaysia dan ia akan merugikan bangsa lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan A-II di Kodiang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, perpaduan perlu dimulai oleh orang Melayu sebagai tonggak serta peneraju dalam menjayakan 1Malaysia dan menjadi contoh kepada bangsa lain.

“Apabila bercakap pasal perpaduan orang Melayu, ia bukanlah bersifat perkauman, tak mungkin wujud kerajaan yang terdiri 100 peratus pemimpin Melayu kerana kita dah lama amalkan sistem kongsi kuasa, dan beri ruang kepada kaum bukan Melayu,” katanya.

Mukhriz juga turut melahirkan rasa gusar terhadap sesetengah pihak yang sering membangkitkan isu perkauman serta tidak senang apabila kerajaan didominasi oleh pemimpin Melayu.

“Saya tidak faham kenapa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan perpaduan dan tidak suka melihat orang Melayu bersatu sedangkan kita sanggup berkongsi kuasa dengan semua orang,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya sentiasa bermuhasabah kerana mungkin ada perkara yang tidak disenangi rakyat berlaku dan perlu diselesaikan segera.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Umno perlu menonjol dalam usaha membela rakyat kerana dengan cara itu keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap Umno tidak akan terjejas.

— BERNAMA


Rakyat perlu hukum PM dan UMNO mereka tipu

Satu masa dahulu dalam ucapan PM semasa merasmikan salah sebuah parti komponen , beliau menyarankan agar kita terlalu jangan atau asyik berpolitik dan berbuat banyak politiking dalam masyarakat di negara kita. Selepas selesai sesi pemilihan beliau mahu semua pimpinan parti politik dalam negara menumpukan dan memberi keutamaan kepada rakyat dan menggalakkan pencapaian cemerlang.

Sehinggakan slogan beliau dikeramatkan menjadi slogan semua kini. Di bawahnya, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Adakah benar ? adakah seruan agar semua agensi, menteri pemimpin dan ahli parti UMNo dan yang seangkatannya tidak berpolitik.

Hakikatnya, tidak media milik UMNO samada bawah UMNO putera, UMNO puteri kini selagi mana ada isu selagi itulah mereka berpolitik dan bermain politik.

Terkini, UMNO dimodalkan dengan modal percuma. Modalnya adalah Unity Goverment yang dilunakkan daripada perkataan BM iaitu kerajaan perpaduan. Bila di sebut sahaja kerajaan perpaduan kemarahan ahli-ahli, penyokong, pendokong PAS teramat bukan kepalang menyinga mereka, tetapi bila dilunakkan kepada UG dia nampak lebih lunak dan menyejukkan hati.

Inilah peranan media milik UMNO. Mereka akan berusaha meraih keuntungan atas apa sahaja kesempatan yang ada. Saranan supaya tidak banyak politiking itu sendiri adalah saranan halua telinga. Buktinya jika tidakan masakan media paparkan 3 mangsa Ah Long diseksa seperti tahanan penjara Giantanamo. Tahanan yang dirantai bagaikan haiwan gara-gara gagal meminjam wang daripada RM690 menjadi RM2000. Jika tidak banyak poltiking bank-bank agensi kerajaan tetulah rakyat tidak sederita ini. Itu belum dicampur lagi dengan campurtangan ketua-ketua UMNO-UMNO bahagian jika berlaku apa-apa sahaja projek peringkat kampung atau dalam parlimen berkenaan. Untuk pengetahuan PM realiti hari ini, penentuan maju mundur saluran wang projek pembangunan daerah yang menentukan bukan Pegawai Daerah (DO) tetapi adalah ketua UMNO bahagian.

Bayangkan slogan hentikan berpolitik dan politiking adalah slogan kosong Najib PM baru, yang membuat lawak bodoh.

Saturday, June 20, 2009

UG: Kita tuntut ambil sikap dan pendirian , tiada atas pagar ?

Tabiat penulis veteran MSO dalam blognya Tinta Merah, beliau adalah pejuang UG dan ingin menegenegahkan idea ini. Beliau memang suka menyanggah dan rasakan dirinya bersikap betul dan seringkali jika bertemu beliau, katakan saya senang dengan apa yang saya pegang dan fahamkan terhadap diri saya, jika saya berlawan dengan orang pun saya tida berdepan atau bersemuka tetapi bebas dari dalam bilik sahaja. Tidak payah bertegang leher berdebat atau apa sahaja yang konvesional . Itulah rupa bentuk diri MSO yang sebenar sejak dari dulu lagi. Katanya yang populas dia tidak bergantung dan cari makan dengan orang politik. Itulah falsafahnya.

Dalam blognya masih dia menafsir ikut tafsiran dia kenapa dan mengapa 10 MP PAS buat pendirian sikap. Mereka berdiri dan setuju dan sependapat dengan TGNA. Dia selalu tulis(MSO) kita atas dunia ada dua paksi x dan y, ada hitam putih dan syurga neraka, tiada itilah atas pagar. Jadi duduk belakang TGHH atau TGNA itulah sebab MP PAS 10 orang ambil sikap. Itu adalah hak mereka. Kita selalu bercakap hak, kebebasan dan sebagai. Itu pendirian mereka kita kena terima, usah dikaji dan dihujahi baik tidak baik, bagus kerana mereka ambil sikap, tegas, berpendirian, senang dan mudah dibaca. Cepat selesai lah MSO dan para penyokong idea UG


Susupan Petang

Apakah Rasionalnya 10 Ahli Parlimen Pas Buat Kenyataan

SAYA tercari-cari apakah keperluannya dan tujuan 10 orang ahli parlimen Pas membuat kenyataan bersama menyatakan pendirian mereka menolak idea kerajaan perpaduan di parlimen semalam. Apakah tujuannya?

Mereka yang terlibat membuat kenyataan itu, Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Kenyataan bersama itu menimbulkan sedikit tanda tanya. Apakah keperluan dan tujuannya. Sekiranya bertujuan untuk menyatakan sikap menyokong Nik Aziz Nik Mat yang menolak idea kerajaan perpaduan ummah sehingga tergamak menghalau Nasharudin Mat Isa dari Kelantan rasanya tidak berbangkit dan tidak perlu lagi kerana semua kalangan ahli parlimen Pas sepakat menolak idea berkenaan.

Semua ahli parlimen Pas tentu berpegang kepada keputusan muktamar di Ipoh seperti mana menjadi pegangan Nik Aziz yang bersetia dan berjanji untuk menguatkan Pakatan Rakyat. Jadi untuk apa lagi kenyataan sedemikian yang boleh menimbul pesepsi buruk kepada Pas?

Misalnya dengan hanya 10 orang saja menanda tangani pernyataan itu orang akan bertanya ke mana 13 orang lagi. Ahli Parlimen Pas sebanyak 23 orang? Apakah yang 13 lagi menyokong idea perpaduan berkenaan?

Kenyataan berkelompok itu juga tidak manis kerana ia menunjukkan kalangan ahli parlimen juga ikut sama berpecah macam para pengikut tegar Pas di bawah. Mereka juga berselisih pendapat walaupun bergelar ahli Yang Berhormat yang dianggap pemimpin.

Seharusnya tidak berlaku keadaan demikian. Jelas mereka yang mencetuskan idea mengadakan kenyataan bersama itu tidak tinggi diplomasi politiknya. Kurang semangat ukhwah sesama sendiri dan suka kepada perbalahan dan sengaja membuka perkara yang sudah hendak ditutup dengan motif tertentu. Cara mereka itu bukan menenangkan keadaan tetapi menambahkan lagi kecelaruan di kalangan ahli bawahan.

Kalau pun kalau hendak bermain politik janganlah sampai begitu rendah sekali mutunya. Kita sebagai ahli parlimen sepatutnya menunjukkan sikap rasional dan semangat ukhwah yang tinggi. Ahli parlimen bukan patut menunjukkan perangai-perangai buruk sebalik tunjuklah akhlak yang baik kerana mereka menjadi ikutan orang ramai.

Ahli parlimen sepatutnya menjadi contoh. Kalau ada pertelingkahan merekalah yang perlu mendamai ataupun melindungi masalah yang boleh memburukkan keadaan dan parti dari terbelek kepada umum. Dengan berbuat kenyataan begitu ia seolah membuka pekong di dada. Baik pihak UBN tidak nampak apa yang berlaku kini ia sudah semakin terang dan bersuluh dan sudah terbawa ke tangga parlimen pula. Sikap ini sungguh tidak bijaksana.

Kalau orang mengatakan Pas berpecah, Pas berpihak marah! Dikatakan cuba menimbulkan kecelaruan di kalangan Pas. Tetapi kalau pemimpin peringkat kelas lima bintang seperti ahli parlimen itu sendiri buat tak mengapa?

Memerhati kepada wajah-wajah dalam gambar kalangan 10 ahli parlimen yang membuat kenyataan itu tidak menghairankan. Wajah-wajah inilah yang sering kali ternampak sewaktu Anwar Ibrahim membuat kenyataan akhbar di rumahnya di Segambut. Mereka ini lebih berwala' kepada Anwar daripada Abdul Hadi Awang!

Mereka inilah yang saya katakan bila bunyi saja germercingan locing di rumah Anwar mereka akan berlari untuk mendapatkan Anwar sanggup tinggal pinggan nasi demi Anwar. Mereka akan berlari bagaikan anak ayam takutkan helang.

Semoga 12 lagi ahli Parlimen yang tidak bersama kumpulan ini akan meneruskan sikap profesional mereka, perangai buruk janganlah diikut. Kepada dua naib presiden Pas, Sallahudin Ayub dan Mahfuz Omar yang tidak termasuk dalam kumpulan ini diucapkan syabas kerana tindakan anda kali ini betul. [wm.kl. 3:45 pm 19/06/09]

Mukriz takut kena maki budak pegagng bendera ?

Antara maki semasa kempen dengan maki luar kempen pilihanraya. Adalah dua benda yang berlainan. Mendidik dan mendapat pendidikan sepanjang hayat adalah perkara yang berlainan juga. Sebagai seorang muslim belajar adalah dituntut Islam. Dalam Islam sesiapa sahaja boleh memberi nasihat, samada ibubapa, guru, orang tua, pemimpin atau sebagainya. Menteri adalah pemimpin, di malaysia ada seorang lelaki bekas anak PM namanya Mukris Tun Dr M. Hari ini beliau berkacap. Mukriz menjadi guru dan memberi nasihat anak-anak muda jangan memaki orang tua kerana sebab memegang bendera. Baguslah sangat tidaklah kita mahu membantah atas nasihatnya itu. Peliknya kanak-kanak ini teruja 'bila pegang bendera, maki selalu orang tua'. Justeru atas kepelikan itulah yang kita mahu kaji dan renungkan. Kenapa dan mengapa hal ini dibangkitkan, apa masalah dan puncanya.

Bagi kita, sebenarnya kanak-kanak itu tahu dan faham, jika tidak faham atau tahupun, dia akan diberitahu, sememanglah sifak kanak-kanak kena diajar dan belajar kenal mengenal apatah lagi kenal mengenali orang. Mereka akan difahamnkan orang tua macam ini perlu dan kena hormat, orang tua macam ini (jenis munafik) tidak perlu dihormati. Mungkin mereka dah jumpa orang tua hipokrit jenis munafik yang sebangsa yang katogeri makhluk perosak negara bangsa, maka semestilah dia faham bahawa Orang tua itu mestilah daripada kumpulan mereka yang laksanakan dasar-dasar yang menyusahkan abang-abang, kakak atau bangsa mereka, maka mereka inilah orang tua dan kumpulan orang tua yang sekongkol mahu BI wajib lulus, PPSMI Sains & Mt dalam BI, biasiswa tukar kepada PTPTN pinjam bayar balik sedangkan hasil mashul negara banyak, minyak di daratkan di Siam sedangkan sepatutnya negeri seagama dan sebangsa, kayakan diri ambil duit rakyat berbillion, cukai kenakan atas kepala rakyat, buat sekolah buatlah tetapi kosnya aduhai milion-million, awal tahun baru ajak muda mudi 'doa dan wirid' dengan nyayian. Itulah bentuk pendidikan kepada generasi yang memegang bendera.


Jangan ajar anak-anak maki orang tua




KUALA KRAI - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir bimbang dengan amalan pihak tertentu mengguna kanak-kanak mengibar bendera sambil memaki hamun orang tua ketika kempen pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, perbuatan itu tidak seharus berlaku kerana kanak-kanak perlu diberi didikan yang baik agar minda mereka tidak dinodai perkara yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi masa depan.

“Kita di tadika dan sekolah rendah tidak ajar anak membenci orang lain, kita ajar anak kasih sayang bukan membenci orang lain,” katanya kepada Bernama di sini.

Mukriz berkata, perbuatan sedemikian boleh meracuni fikiran kanak-kanak supaya membenci orang lain.

Beliau juga kecewa dengan seruan sesetengah pemimpin pembangkang yang berunsur provokasi terhadap jentera pilihan raya Barisan Nasional.

Mukriz berkata, sekiranya cara itu tidak dikawal tidak mustahil perkara buruk akan berlaku dan rakyat akan berada dalam ketakutan dan kebimbangan.

Entah apa itu UG kabur aku ?

Bila pendokong idea UG kata orang lain tidak faham. Padahal dia sendiripun tidak faham tentang UG . Beliay terpaksa ambil kaul oran itu orang ini sebagai bandingan. Oleh kerana sesuatu benda itu kabur masalah lebih besar dan makan masa untuk oarng ahli PAS faham, hentikan. Terkini negara kita bukan berlaku darurat, yang darurat tenat adalah UMNO, ekonomi pulih hujung tahun ni kita tunggulah UMNO buat kerja pulihkan UMNO. Berjasalah kepada emak ayah dan ibu kandung dan adik beradik kita dulu (PR) sebelem tolong musuh kita.

Kenapa Idea Kerajaan Perpaduan dipolemik menjadi Boneka UMNO?
Posted on Friday, June 19 @ 21:30:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh Suhaimi Al-Maniri

Cuti sekolah minggu lepas, saya pulang ke Terengganu kerana anak-anak hendak melihat Stadium Sultan Mizan yang dibina dengan harga ratusan juta tuntuh dalam masa tidak sampai setahun. Ini benda ajaib yang tak pernah rakyat Terengganu lihat sebelum ini. Sudah tentu ia juga memahat sejarah. Beberapa orang rakan yang saya temui lebih berminat menceritakan pergolakan dalam UMNO berbanding perkara ini.

Malah beberapa aktivis PAS pula lebih berminat untuk mengetahui siapa pempimpin PAS yang akan dilantik sebagai Setiausaha Agong, Ketua Penerangan, Bendahari dan Ketua Pengarah Pilihanraya serta Pesuruhjaya PAS Terengganu. Bila pergi kenduri kendara saudara mara dikampong, ada yang datang bertanya, apa sebenarnya isu yang menjadi pergeseran dua Tok Guru yang menjadi tonggak kekuatan PAS selama ini. Mereka sedih kenapa boleh jadi begini, kerana semua orang Terengganu tahu mana mungkin Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh menjadi ‘boneka’ UMNO atau dituduh nak bawa PAS masuk UMNO?. Sukar untuk dipercayai bahawa cetusan idea Kerajaan Perpaduan dilontarkan oleh Presiden PAS dalam menyelesai krisis politik di Perak dan kemelut ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini merupakan agenda membawa PAS untuk masuk UMNO? Malah pada satu ketika, Amanat Haji Abdul Hadi yang diambil dari ceramah beliau di kampong Banggol Peradong, Terengganu pada tahun 1981 yang antara lainnya menyebut konsep jihad, negara islam, Islam dan sekularisme, agama dan politik serta beberapa perkara berkaitan dengan pemerintahan Islam telah diputarbelitkan oleh pihak UMNO terutama menjelang pilihanraya dan pilihanraya kecil tanpa menyiarkan sepenuhnya ucapan tersebut.Sejak Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang menyebut perkataan "kerajaan perpaduan" di Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini, pelbagai pihak memberikan reaksi. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Malah ada yang tidak ambil pusing dengan isu ini, tetapi turut melenting bila dikatakan PAS nak bersatu dengan UMNO.Apa itu kerajaan Perpaduan?Sekarang ini ahli politik dan akademik mula membincangkan konsep Unity Government ini. Oleh kerana Tuan Guru Hj Abdul Hadi tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya dengan "kerajaan perpaduan", maka ia mendedahkan konsep itu kepada pelbagai tafsiran. Dalam berpolemik, ada yang menyamakan "kerajaan perpaduan" dengan "kerajaan campuran." Saya tidak fikir itu yang dimaksudkan oleh Presiden PAS. Dalam konsep yang yang umum, campuran semua parti adalah benar, tetapi lebih tepat lagi perpaduan atau muafakat semua parti yang ada dalam satu Dewan Perundangan (legislature). Seorang ahli sains politik, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif yang sekarang menjadi Pengarah, Pusat Penyelidikan PAS dalam “Antara Dua Tok Guru: Penjelasan dan Penjernihan Terhadap Konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government) menyebut, Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai “ satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik ( atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara” . Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri. Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang. Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia. Sementara itu, seorang daripadanya, al-Kundangi membincangkan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran, iaitu ; 1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak Ahli Parlimen daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran pula biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya; 2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila-bila masa saja mengikut suara terbanyak ahli parlimen.; 3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parlimen bukannya parti-parti tertentu kerana bila masuk ke dalam parlimen ia seolah-olah bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.; 4. Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri; 5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang; 6. Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu2 isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu-isu besar.Tuan Guru Presiden PAS menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini. Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.Ternyata apa yang dilontarkan oleh Presiden PAS mendapat reaksi yang berbagai dikalangan rakyat Malaysia. Terlalu banyak perbincangan dalam internet berhubung dengan Unity Government ini. Di antara prinsip-prinsip lain yang dibincangkan oleh seorang penulis (maaf; lupa nama) adalah;1. Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly” ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan; .2 .‘Unity Government” bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua Ahli Parlimen adalah anggota kerajaan. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. Konsepnya berlainan samasekali sebab ‘Unity Government” pada hakikat sebenarnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT dan ianya bukannya menjadi ‘Coalition Government” ( Kerajaan Campuran) maupun ‘National Front” BN atau Pakatan Rakyat;3. SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT ) THE PEOPLE’S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA.Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan; 4.,Di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja );5. ‘Unity Government” juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman (sudisciary ), aau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif ( Speaker ). tetapi berlakumnya ‘ Separation of Powers ” secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu :i] Judiciary (badan Kehakiman ),ii)]Badan Eksekutif dan iii] Legislative ( Badan Perundangan ), iaitu 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.Manakala Nobisha dalam http://nobisha.blogspot.com/ pulaq nak tanya: Salahkah Presiden PAS mencadangkan "kerajaan perpaduan"? … Baginya, "kerajaan perpaduan" lebih mengambil bentuk politik muafakat. Rakyat yang sudah muak dengan politik pertentangan yang tak habis-habis sejak PRU12 mengharapkan budaya politik baru. Mereka ingin melihat semua ahli-ahli Parlimen dan DUN yang dipilih dapat duduk semeja dan melakukan sesuatu untuk rakyat. Kesampingkan dulu politik kepartian sehingga PRU13. Saya tidak setuju untuk PAS dan UMNO bergabung dalam satu entiti kerana ia akan menimbulkan kecurigaan di kalangan orang-orang bukan Islam / Melayu. Dalam sebuah negara multiras seperti Malaysia, ini tidak sihat untuk jangka masa panjang. Biarlah PAS dan UMNO menjadi dua entititi politik yang berbeza.Cukup setakat ini, apa yang saya sedutkan dari internet untuk peminta-peminat kolum kalam perantau ini. Maklumat lanjut, rujuk http://kalamperantau.wordpress.com