Tuesday, June 30, 2009

Urustadbir agama dengan baik

Tuntutan agama dan hal-hal keagamaan adalah sentiasa hidup. Jarang hal-hal keagamaan ada noktah penamat, kerana ia sentiasa hidup dan dihidupkan disisi manusia, manusia amat memerlukan agama. Dengan hidupnya hal-hal keagamaan bermakna ALlah memberi 'kerja' kepada umatnya untuk menyelesai atau menangani dengan cara terbaik sesama mereka. Allah memberi pilihan kepada manusia beragama, dan yang beragama itu digariskan sebagai had-had dan batas. Urus tadbir dengan sebaik-baik berdasar keilmuan yang ada dan berperanan sebagai hamba kepada ALlah SWT. Inilah sebaik-baik hamba yang berterima kasih kepada khaliq. Ujian timbang tara manusia janganlah sehingga menolak hidup kemanusiaan sesama mereka.

Mentadbir agama Allah SWT, balasannya adalah pahala. Memikir dan berbuat sesuatu kepada agama ertinya kita meninggikan agama ALlah SWT. Mempertahankannya adalah menunjukkan kesucian hati penganut bagi mempertahankan agama ALllah dengan segala upaya yang ada.


Tangguh Pindaan

KUALA LUMPUR 29 Jun – Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas itu, Majlis Raja-Raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu, demikian menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat selama dua setengah jam di Istana Negara itu dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berangkat ke mesyuarat itu.

Pada 22 April lepas, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak menjadi mangsa. – Bernama

No comments: