Jika kita mahu bekerjasama dengan UMNO pun sampai bila orang lain (kaum lain) tidak akan berpuashati, ataupun rasa tidak puashati. Dasar-dasar UMNO ini jelas dan mereka pegang selagimana kepimpinan UMNO itu berada di atas tampuk kepimpinan negara kita.
Terlalu banyak harapan dan harapan yang disandarkan tidak pernah tertunai, malahan kepentingan yang termaktub dalam perlembagaan pun mereka tidak mampu pertahankan. Perjuangan UMNO bukan lagi perjuangan tentang prinsip, etika, halatujua dan pembinaan negara dan bangsa tetapi wawasan mereka adalah berlandaskan prinsip madiyyah (kebendaan).
Mendengar cakap-cakap pepimpin dan kepimpinan UMNO sahaja tidaklah cukup. Ramai rakyat terbanyak leka dan terpesona, termasuklah kepimpinan muda negara, kerna doktrin UMNO melalui BTN (agensi bawah JPM) lebih cenderung membina jatidiri bangsa Melayu yang dipasak ke dalam semua jiwa anak-anak muda dna diasuh membenci bangsa-bangsa lain yang digambarkan jahat dan menumpang di bumi negara Melayu (Malaysia) ini.
Penulis ada pengalaman tersendiri, terlibat sama dengan hadir sebagai PC atas kerja-kerja ilmiah. Slot subjek bagi anak-anak Melayu yang akan ek IPTA atau IPTS dalam peperiksaan awam STPM. Melihat telatah gelagat pc-pc yang dilatih BTN lebih menerapkan sifat sayangkan kaum sebangsa.
Sebenarnya UMNOlah kepala kepada pemecahan pech dan perintah. UMNO menaja dan warisi sikap dan perangai British. Jika mereka sayangkan negara sudah tentulah mereka menyetujui pembinaan sama negara menjadikan satu bangsa Malaysia melalui ikatan keagamaan.
Wawasan Tuan Guru Nik Aziz walaupun berserban dan memakai kain, beliau berjuang dan terus berjuang membawa PAS (parti yang UMNO labelkan extrimisme) kepada kerjasama pemaufakatan tanpa dibatasi dengan sempadan bahasa, budaya dan agama serta apatah bangsa melalui kerjasama politik terlebih dahulu. Binaan ini, insyallah akan berjaya sesudah kuasa diperolehi maka barulah dapat digerakkan dengan instrument dan task force sedia ada bagi membina masyarakat yang bersatu padu.
Dengan kita tidak menidakkan latihan PLKN yang nampak sedikit kejayaan, tetapi ia belum cukup dengan task force yang tidak lebih kepada keuntungan politik UMNO atau pemerintah semata-mata. Maka keikhlasan dan UMNO manfaatkan atas pelatih bagi memenangkan mereka bila berlaku pilihanraya menjadikan PLKN ini adalah penyumbang kepada legasi hayat hidup UMNO itu sendiri.
.............................
1Malaysia tidak berjaya jika Melayu tidak bersatu - Mukhriz
JITRA 21 Jun — Konsep 1Malaysia tidak akan dapat direalisasikan, sekiranya orang Melayu tidak bersatu kerana kestabilan serta kemakmuran negara bergantung kepada kekuatan bangsa itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata, orang Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kemajuan negara kerana ia merupakan bangsa majoriti di negara ini.
“Kalau orang Melayu tak bersatu, macam mana nak jayakan 1Malaysia dan ia akan merugikan bangsa lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan A-II di Kodiang, dekat sini hari ini.
Beliau berkata, perpaduan perlu dimulai oleh orang Melayu sebagai tonggak serta peneraju dalam menjayakan 1Malaysia dan menjadi contoh kepada bangsa lain.
“Apabila bercakap pasal perpaduan orang Melayu, ia bukanlah bersifat perkauman, tak mungkin wujud kerajaan yang terdiri 100 peratus pemimpin Melayu kerana kita dah lama amalkan sistem kongsi kuasa, dan beri ruang kepada kaum bukan Melayu,” katanya.
Mukhriz juga turut melahirkan rasa gusar terhadap sesetengah pihak yang sering membangkitkan isu perkauman serta tidak senang apabila kerajaan didominasi oleh pemimpin Melayu.
“Saya tidak faham kenapa ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan perpaduan dan tidak suka melihat orang Melayu bersatu sedangkan kita sanggup berkongsi kuasa dengan semua orang,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya sentiasa bermuhasabah kerana mungkin ada perkara yang tidak disenangi rakyat berlaku dan perlu diselesaikan segera.
Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata Umno perlu menonjol dalam usaha membela rakyat kerana dengan cara itu keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap Umno tidak akan terjejas.
— BERNAMA
1 comment:
Salam ziarah,
Terima kasih.
Bulan Penuh 2012
Post a Comment