Tuesday, June 30, 2009

Jerangkap samar media dan agenda media milik UMNO

Sesudah UMNO dikecewakan oleh TGNA. UMNO marah kerana TGNA menjadi penghalang pembentukan kerajaan perpaduan. UMNO khasnya melalui media tajaanya juga masih terus berdendam. Dalam kemelut kerajaan perpaduan ditolak TGNA mengajak secara terbuka pula debat dengan PM. Maka siang-siang lagi Najib menolak. Sebelum Najib menolak para juak beliau terlebih dahulu menolak hatta termasuk Dr M. Cuma yang nampak cool sahaja adalah Pak Lah.

Sekoyong-koyong Debat Nik Aziz dengan Najib. UMNO dan Pemuda UMNO Kelantan TGNA membuat laporan polis kerana mereka dakwa TGNA mengatakan UMNO adalah sesat dan macam komunis. Marahlah Pemuda UMNO Kelantan terhadap TGNA. Mereka pula mencabar TGNA berdebat dengan 'pauk-puak' dia dahulu maksudnya lalui proses saringan sebelum ke acara Debat Perdana bersama PM mereka.

Sebalik hari ini akhbar mempunyai agenda tersendiri, bagi menimbulkan kekecohan mereka mengejar Presiden PAS bagi mendapatkan reaksi tersebut. Maka diolahkan bahawa TGHH mahu dapat penjelasan terlebih dahulu daripada TGNA. Maksudnya jalan ceritanya masih sama dengan isu kerajaan perpaduan. Akhbar mengolah jalan ceritanya begitu. masing-masing dua Tuan Guru ini berhubung dengan media sebagai pengantaranya. Cuma kali isu Debat itulah serisu melibatkan persepakatan dan kesepaduan pakatan dan di sinilah media gagal mencari puncanya. Tetapi olahan cerita itu bagi menarik dan mengendurkan public trust terhadap PAS. Inilah jerangkap samar yang cuba dipasang dan dimainkan oleh UMNO. Apa pun kita pasti media gagal memerangkap TGNA untuk kali keduanya.




PM sifatkan debat tidak bawa faedah

PUTRAJAYA 29 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.

‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini.

Najib ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempelawa Najib berdebat dengannya secara terbuka.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu menyusul selepas Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana didakwa memfitnah UMNO dalam ceramah di Manek Urai baru-baru ini.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, sepatutnya sebelum sebarang perbincangan boleh dilangsungkan, sesuatu pihak itu jangan mengutuk pihak lain.

‘‘Kalau kita menghina dan mengutuk pihak lain bererti bahawa kita tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan itu penting untuk masa depan umat Islam dan negara,’’ katanya.

Nik Aziz ketika berceramah di Padang Awam Laloh baru-baru ini menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis kerana menolak Islam.

Ditanya pertentangan di antara Pas dan UMNO yang tidak berkesudahan menyukarkan usaha perpaduan Melayu, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku menunjukkan wujud perpecahan dalam Pas.

Katanya, terdapat kumpulan dalam parti itu yang mahu duduk berbincang dan UMNO menunggu perkembangan selanjutnya di pihak Pas.

‘‘Kita tengok macam mana, apa yang berlaku terpulang kepada Pas. UMNO telah menyatakan pendirian.

‘‘Dalam erti kata lain kita sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang perbincangan dengan Pas,’’ katanya.


No comments: