Sunday, June 28, 2009

UMNO sudah parah, nazak mahu ditalqinkan ?

Berita malam ini melaporkan TPM yang berkesedaran tinggi minta semua komponen parti-parti gabungan BN duduk semeja untuk bersepakatan. Hanya TPM sahaja yang melihat UMNO berkeperluan dan memerlukan rakan kongsi yang sedia ada memperkuatkan persepakatan mereka. Jarang kita dengar dan lihat seruan kempimpinan UMNO menyeru ke dalam. Selalu dan lazimnya mereka menyeru arah ke luar. Baik persepakatan, perpaduan dan sebagainya, tetapi kini sudah terbalik. Mestilah ada sesuatu yang mengapa jadinya begitu ? Tempua bersarang rendah, Muhyiddin ke yang merendah ?

Meninjau persepakatan BN yang dislogankan masih utuh dan mantap sejak 52 tahun dulu. Tidak pernah surut dan tidak pernah bergolak dan menggugatkan persepoakatan mereka. Itulah wirid UMNo dengan BN yang diuar-uarkan kepada rakyat. Public trust atau keyakinan rakyat menerima wirid ini dengan percaya sungguh bahawa pakatan BN itu kuat dan jarang bergolak. Maka disinilah duduknya 'kebijaksanan' pemimpin UMNO BN mengawal, tetapi mereka mengawal persepakatan dengan bekerjasama erat ,mengaagihkan kekayaan negara mengikut kontels sama rata. Inilah 1Malaysia yang sudah lama diamalkan. Cuma kini sahaja 1Malaysia mereka sama-sama 'merompak' dan membahagikan kekayaaan negara sebiji macam filem P Ramlee, lakonan Aziz Satar, S Shamsuddin dan P Ramlee sudah lama mereka aplikasikan dalam 'memanjangkan' jangka hayat BN.

Cuma, penyakit itu kini ibarat sudah mereput dan bernanah dan semakin membusuk yang sukar dilindungi apatahlah tiada ubat dan penawar yang mampu merawat sakitnya ini. Rasuah politik wang sudah menjadi penyakit semua barisan kepimpinan dan kelas kepimpinan dalam pakatan BN.

UMNO tunggu masa ditalqinkan ?


No comments: