Sunday, June 28, 2009

Itulah UMNO dan UMNo begitulah ?

Bila Dr M berpandangan macamlah juga mana-mana pimpinan UMNO berpandangan. Maka pandangan mahathir macamlah juga pandangan Najib, serupa cuma tidak sama sikit sahaja. Dr M hari ini menolak mentah-mentah cadangan TGNA berdebat dengan Najib bagi menyelesaikan kekalutan antara kedua parti tersebut. Maknanya pertemuan UMNO - PAS.

Dr M sendiri ada pengalaman tersendiri bila 'berdebat' bersemuka sikit masa dulu dengan Presiden PAS waktu itu Dato Ust Fadil Noor di DBP. Itu atas isu Palestine sahaja, pun dikira Debat jugalah. Memanglah pertemuan itu adalah pertemuan percuma. UMNO tidak dahulu mempelawa PAS dan PAS juga tidak mendahului mempelawa PAS. Tetapi bila mana tempoh hari PAS ajak membentuk kerajaan perpaduan, yang mulanya UMNO bersikap dingin, tetapi bingkas bangkit menyahutnya terkedu sekalipun tangan dihulur macam dah nak sampai. Semuanya kerana PAS mulakan dulu. Tetapi bila berdebat UMNO terus melihat dia tiada keuntungan dan manfaat atasnya. Debat semestinya PAS yang untung. Maka awal-awal lagi UMNO tolak melalui Dr M.

Entahlah kalau-kalau Najib mempunyai keberanian luar biasa untuk berdebat. Cuma kini ayatnya sahaja yang berbeda dan membawa maksud berbahaya. Ayat inilah yang tidak disukai oleh Sayuti Omar yang masih lagi melutu TGNA dah terlambat, tiada apa-apa makna. Terkilannya Sayuti Omar macam terkilan pimpinan UMNO berkerjasama dalam kerajaan perpaduan tempoh hari.

Alasan lain Dr M, debat di Malaysia bukan macam di Amerika iaitu debat terbuka antara Presiden Amerika yang masing-masing yang bakal terpilih sebagai Presiden nanti. Ini maksudnya adalah debat antara Presiden UMNO yang sedia jadi dah PM dengan TGNA yang sekadar ketua kepada parti pembangkang yang sedia membangkang sahaja. Jadi logik Dr M nya maka buang masa sahaja lah kerja tersebut.

Maka inilah UMNO dan rupa dan wajahnya sebenar sentiasa memandang rendah dan merendahkan semua orang. Jadi apalah guna kita bina kerajaan perpaduan dengan puak dan golongan ini. Cuma sekarang Najib nampak berhati-hati memberi reaksi kerana Manek Urai dah menuggu nya. Jika tiada pilihanraya kecil menanti, maka nada Najib pun samalah macam nada Dr M, mereka serupa tetapi tidak sama itu sahaja. Selagi nama UMNO begitulah ?




Debat hanya buang masa: Dr M


ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza.

"Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.

"Debat di Malaysia tak macam di Amerika, di Indonesia pun ada debat untuk calon Presiden.

"Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Mubarak Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Pengerusi Mubarak Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempelawa Najib supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlarutan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno itu untuk mengadakan perdebatan berkenaan sudah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.




No comments: