Tuesday, June 30, 2009

Islam dirosaki oleh orang islam itu sendiri !

Kecewa yang tidak bertempat. Inilah manifestasi bila islam dan agama Islam mahupun kesuciannya dipermudahkan. UMNO dan mneteri UMNO meremehkan soal agama. Meletakkan agama islam sama dengan agama-agama lain. Dalam hati mereka 'langsung' tidak ada rasa hati atau berhati-hati dalam menjaga agama mereka sendiri.

Ketidakfahaman atas kejahilan mereka menilai dan meletakkan nilai agama amatlah parah dalam masyarakat kita. Agama bukanlah barang dagangan dan bukanlah barang yang boleh dijualbeli dan ditawar menawarkan. Paling malang adalah bila yang berfikiran begitu adalah seorang yang bertaraf seorang menteri. Orang yang 'kita' amanahkan bagi menjagai kepentingan agama dan keagamaan kita. malangnya lagi orang inilah yang menjadi 'perosak' dan mereka bersikap mudah dan mengambil mudah dalam bab-bab keagamaan. Apakah yang mampu kita harapkan lagi kepada orang seperti ini, golongan seumpama ini dan kumpulan serupa ini bagi meletakkan mereka diatas pundak pemerintahan negara. Awas semua umat islam ?





Isu agama: Nazri kecewa pindaan 3 akta tidak dapat dibentang esok

Majlis Raja-raja perlukan lebih masa untuk halusi, kata Menteri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau secara peribadi kecewa kerana pindaan tiga rang undang-undang bagi menangani isu-isu berkaitan tukar agama tidak dapat dibahaskan di Parlimen sesi semasa sebagaimana telah dirancang.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan memenuhi permintaan Majlis Raja-raja Melayu semalam yang mahukan lebih banyak masa untuk menghalusi pindaan berkaitan.

"Ya, saya kecewa... saya sebenarnya yakin rang undang-undang ini akan dibaca kali pertama, kali kedua dan ketiga pada sesi kali ini," kata beliau pada sidang media di Parlimen sebentar tadi.

"Anda boleh wajah (gambarkan perasaan kecewa)," tambah baliau.

Jelas Nazri, selepas memberikan taklimat Majlis Raja-raja Melayu berpendapat pihaknya memerlukan masa selain mendapatkan pandangan Majlis-majlis Agama Islam Negeri.

"Kesemua isu dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Raja-raja kami telah jelaskan. Bagaimanapun mereka (Majlis Raja-raja memerlukan masa, kita beri," katanya.

Pindaan membabitkan Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Kata Nazri, beliau sebenarnya yakin bahawa rang undang-undang ini dapat dibahas dan diluluskan pada kali ini selepas persiapan selama ini dan pengumuman yang dibuat April lalu.

"Selepas ini saya tidak boleh mengatakan dengan yakin bila rang undang-undang ini akan dibentangkan...saya tidak tahu bila boleh...," katanya.

Semalam Majlis Raja-raja memutuskan supaya pandangan Majlis Agama Islam Negeri diperoleh terlebih dahulu berhubung cadangan pindaan undang-undang yang berkaitan penukaran agama dan pindaan kepada undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

Pada satu mesyuarat khas semalam, Majlis Raja-raja membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan pindaan itu.

Pada 22 April lepas, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Kabinet berpendapat penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anak.

Jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.


No comments: