Monday, April 27, 2009

SPRM : padan muka ?

Syabas Dato Khalid sebagai MB Selangor kerana hari ini menfailkan saman terhadap Pesuuruhjaya SPRM Dato Ahmadi Said atas arahannya fitnah berbaur macam-macam prejedis atas kes lembu yang didakwa penyalahgunaan rasuah oleh agensi kerajaan itu sedikit masa yang lalu.

Pengajaran dan pelajarannya kita mahu semua institusi kerajaan yang ada dalam negara perlu berintegriti dan bertindak secara profesional dan jangan hanya mengikut telunjuk skrip lakonan UMNO semata-mata kerana UMNO itu kerajaan dan pihak berkuasa.

Isu lembu: MB Selangor pula saman fitnah Ketua SPRM

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said dan dua yang lain kerana mendakwa menyalahgunakan dana kerajaan untuk membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.

SPR: Semakin berintegriti atau gila ?

Semakin lama semakin gila SPR, semakin lama SPR makin tidak tentu arah demi semata-mata mahu mengikut telunjuk pelanggan utamanya UMNO. Terbaru SPR mahu pondok panas dan perayu undi ditiadakan, ini kerana atas alasan 'kelicinan' hari pembuangan undi. SPR telah melatih rakyat sudah lama bagi kaedah memudahkan urusan semakan oleh para pengundi di bangsal-bangsal pondok panas samada UMNO BN atau pembangkang, tetapi kini mahu ditiada.

Semua orang tahu, walaupun niat dan tujuan mereka tidak diberitahu kepada ramai. UMNO BN semakin takut dengan bayang-bayangnya. Jika rakyat mahu memiilih UMNO BN macam mana dibuat dilakukan elak ke atau apa-apa sahaja rakyat akan terus mengundi mereka. Jika mereka semakin lama semakin kuat 'strategi menipu' rakyat akhirnya rakyat akan terang-terangan akan menolak mereka. Dan kebimbangan UMNO BN dengan trend rakyat mula menolak mereka semakin ketara.

Sebenarnya UMNO BN kalau nak memenangi pilihanraya kecil buat secara berintegriti. Semua undang-undang dan bola serta pengadil dirtangan anda, berkemampuan merencanakan menipunya silakan, nantikan pembalasan rakyat terhadap kemungkaran mu ?

Pondok panas: Larangan SPR baik elak ketegangan, kata BN

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) menyambut baik larangan yang diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik tidak mengadakan pondok panas selain meraih undi pada hari pengundian.


Saturday, April 25, 2009

Nilai membazir rakyat dr kaca mata UMNO BN

Mereka selalu kata dan ingatkan sesuatu yang dibuat hendaknya tidak membazir duit rakyat. Terbaru PM kita Najib Razak berkata bahawa BN tidak akan masuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN penanti kerana tidak mahu membazirkan duit rakyat. Atas tidak mahu membazirkan duit rakyat maka kita sewajarlah menyokong dengan sepenuh-penuh hati dan jiwa. Mana mungkin kita sebagai pejuang, pendokong atau penyokong perjuangan rakyat masakan mahu tidak menyokoong jika seorang PM tidak mahu membazirkan duit rakyat.

Skrip itu, adalah macam skrip biasa sahaja kita dengar. Maka payahlah kita sebagai pembangkang mahu membangkang, kerana kalau membangkang kita akan jatuh daripada golongan yang suka membazirkan duit rakyat. Rasa salahnya tidak terhingga dibuatnya dek isu DUN penanti ini.

Tetapi rupanya tidak lama sangat, skrip itu menjadi skrip lakonan UMNO BN sahaja. Terkini MB haram Perak mahu melelelong kereta rasmi exco Pakatan Rakyat guna iaitu Toyota Camry (yang dulunya jadi kenderaan mewah0 tapi bila BN UMNO naik nampak tidak jadi mewahlah. Mereka kata menjual kenderaan melalui lelong tidak rugi. Namanya pun dah lelong macam mana tidak rugu, tapi kita tidak tahu mungkin cara lelong UMNO BN adalah jenis leleong terhebat macam di luar negara boleh dapat ratusan juta bagi sebuah kenderaan antik. Mungkin toyota boleh jadi gitu kot.

Inilah namanya, cakap tidak serupa bikin, pimpinan lagi atas mainkan lagu jangan bazirkan duit rakyat, tetapi pimpinan jenis atas UMNO BN buat lain cara tidak mahu bazirkan duit rakyat. Apa salah pada kenderaan Toyota itu kita tidak faham, padalah baru dibeli 11 bulan sahaja, takkan lah spek yang dibuat teruk sangat kerosakannya.

Jika ini berlaku juga, kita rasakan pimpinan atas dan lagi atasan UMNO kini amat berpenyakit dan penyakit ini semakin parah dan membarah. Sukar kita mahu baiki pimpinan begini kecuali caranya tukar seluruhnya dan diganti baru jangan dibaiki pimpinan sedia ada ini.




Tidak rugi lelong Camry - MB Perak

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah kerajaan negeri melelong 16 kereta Toyota Camry yang dibeli oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang sebelum ini, tidak akan merugikan malah mungkin memperoleh harga lebih tinggi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan dibuka pada harga semasa iaitu RM148,000 tetapi besar kemungkinan ada pihak yang akan membuat tawaran harga lebih tinggi.

Katanya, dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya tindakan berkenaan akan merugikan wang rakyat adalah tidak berasas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, kenderaan berkenaan dibeli pada harga RM158,000 dan harga lelong yang dibuka itu ditetapkan berdasarkan kepada susut nilai semasa.

"Kita tidak nafikan bila kereta itu dijual semula terdapat susut nilai tetapi dalam lelongan mungkin ada yang akan menawarkan harga lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri belum bercadang untuk membeli kenderaan baru bagi menggantikan kereta rasmi yang dilelong itu kerana kereta rasmi lama daripada jenis Proton Perdana V6 masih boleh digunakan.

"Jika kita mahu membeli yang baru, mungkin kenderaan yang berharga dalam lingkungan RM120,000 dan bukan yang mencecah RM200,000," katanya lagi.


Friday, April 24, 2009

Politik: Kerjanya politik dikatakan menyusahkan ?

Apa kata kita jika kerja kita sebagai kerja itu dikatakan susah dan menyusahkan. Bayangkan orang politik diminta tidak menjalankan kerja-kerja politik. Maka kan kerja-kerja bagi mengendalikan sesuatu perkara tentang politik itu dimenterikan di bawah satu kementerian dan diagensikan oleh kerajaan dengan nama SPR (Suruhanjaya Pilihanraya).

Tiba-tiba, SPR kata kerja mengadakan pilihanraya yang jadikan hard core bisnes sebagi menyusahkan. Inikan pelik. Kemarahan SPR membara kini, kerana terlalu banyak sangat pilihanraya kecil berlaku sejak PRU 12. Tetapi benda itu tidak dapat dibuat kerana sememangnya kerjanya. Macamlah doktor bersalin, patutkah dia yang berkerja sebagai doktor bersalin marahkan orang beranak. Jika marah sangat maka bunuhlah saja si yang beranak tu.



Hanya menyusahkan rakyat – NGO

KUALA LUMPUR 23 April – Sia-sia dan mempermainkan kepercayaan rakyat.

Itu adalah rangkuman pandangan pelbagai pihak tentang siasatan kes rasuah membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang disahkan ditutup semalam.

Menurut mereka, gara-gara dakwaan kononnya bekas Timbalan Ketua Menteri 1 itu terlibat dalam rasuah, maka beliau telah meletakkan jawatan sebagai ADUN kawasan tersebut. Tindakan itu telah menyebabkan kerusi DUN tersebut kosong dan menuntut pilihan raya kecil diadakan.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun mendapati Mohammad Fairus tidak terlibat dalam rasuah. Namun bekas ADUN itu telah meletakkan jawatan, justeru pilihan raya kecil jika terpaksa diadakan semestinya bukan atas alasan munasabah.

Pengerusi Ikatan Kelab-Kelab Melayu Pulau Pinang (Ikatan), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff menegaskan, sememangnya sentimen rakyat di negeri itu mahukan kepimpinan kerajaan menumpukan pada agenda ekonomi bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Atas sebab itu, katanya, Ikatan merasakan pilihan raya kecil DUN Penanti sebagai sesuatu yang tidak wajar kerana ia bukan tidak boleh dielakkan seperti kematian.

‘‘Kalau misalnya prestasi Fairus tidak baik dan dia hendak digantikan, kita bukan tiada ADUN Melayu lain. Ada dua lagi dari PKR dan satu Pas. Ruang masih ada nak lantik mereka sebagai TKM 1,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad menegaskan, apa yang berlaku di Penanti menunjukkan kerajaan campuran di negeri itu mengambil kesempatan untuk berpolitik mengikut agenda sendiri.

Kata beliau, mereka bukan sahaja tidak menggunakan kesempatan untuk berkhidmat apabila menang, sebaliknya mempermainkan pula kepercayaan rakyat apabila sesuka hati mengosongkan kerusi.

Menurutnya, ini menunjukkan parti pembangkang yang membentuk kerajaan di negeri itu sebenarnya menggunakan DUN Penanti bagi kepentingan agenda peribadi pemimpin tertinggi mereka sahaja.

‘‘Sebab itu saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kaji terperinci kesahihan surat Fairus itu, jangan sampai terperangkap muslihat mereka yang dilihat sanggup kambing hitamkan orang mereka sendiri,’’ jelasnya.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, bukan niat untuk mana-mana NGO campur tangan tetapi suka atau tidak, mengadakan pilihan raya bermakna akan melibatkan wang rakyat.

Apatah lagi, katanya, ketika ini tumpuan adalah kepada membawa kesejahteraan rakyat dan bukannya membelanjakan wang untuk pilihan raya yang tiada faedah.

‘‘Sebenarnya empat tahun sekali peluang rakyat pilih pemimpin, bukan main-main macam kes Penanti. Bila Fairus tak salah, nampak sangat peletakan jawatan dibuat kerana tujuan tertentu.

‘‘Saya tak nak kata ada agenda lain tetapi setiap yang berlaku tentu ada rancangan di sebaliknya.

‘‘Namun perlu kita tegaskan, janganlah demi untuk agenda masing-masing, setiap tiga bulan sekali kita nak pilihan raya. Macam tak ada kerja lain dah di Malaysia. Kalau mati itu lainlah,’’

Tuesday, April 21, 2009

Kerana bekas: Mungkin 7 keturunan mahu dicabutnya

Macam cerita purba dan bangsawan Melayu lagaknya, apakah tidaknya kerana marahkan kerajaan Pakatan Rakyat terdisi drp PAS< PKR dan DAP memerintah Perak. Maka MB Perak waktu itu belilah kenderaan rasmi negeri daripada Perdana V6 (kereta nasional) kepada Toyotan Cammry sebagai kenderaan rasmi mereka.

Tetiba datanglah Najib selaku ketua Perhubungan UMNO Negeri Perak lalu diusahakan untuk memancing dengan bukan kecil pancingnya. Maka terbelilah 3 ADUN Pakatan Rakyat. Secara asasnya tumbanglah kerajaan Perak yang sah.

Maka kini kerajaan Pakatan Rakyat sudah tercabut dan dicabut sebagai pemerintah sah Perak. Maka bertukar tanganlah ia. Oleh itu, memandangkan marah akan bekas yang digunakan kerajaan Pakatan maka habislah mahu dikeluarkan jika boleh dikeluarkan, maka mahu dilelong nya man a yang boleh dilelong, jangan jangan negeripun mahu dilelong kerana hinanya memakai hak namanya bekas-bekas.

Jika dulu tentulah dicungkil tanah bekas orang tidak disukai itu dan dibuang ke lauat. Tidakpuashati lagi. Maka akan dibunuhlah anak cucu orang yang tidak disukai itu selama 7 keturunan bayangkan...

Toyota Camry bekas exco pembangkang di Perak akan dilelong

21/04/2009 8:17pm

IPOH 21 April - Kerajaan Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

- Bernama

ADUN DUN Terengganu : Macam budak sekolah

Disangkankan hujan sampai ke petang, tibakan panas ditengah hari. Itulah kemelut politik semasa di Terengganu pula selepas krisis perlembagaan di Perak.Namun kes di terengganu amat berbeda sekali, kali ini pertelagahan antara sesama UMNO , Maknanya kerajaan Terengganu yang diwakili UMNO dibantah oleh ADUN UMNO itu sendiri. Gara-gara istana menolak MB lama kekal sebagai MB Terengganu.

Tindakan sultan itu akhirnya membawa bantahan secara halus kalangan UMNO. Di mana mereka mahukan MB pilihan istana itu disingkirkan dan ailantik kalangan yang baru sesama mereka. Apa kah kesudahannya selepas PM memberi amaran mereka yang engkar supaya hadiri sidang DUN. Mereka bertindak seperti budak sekolah.




Kemelut Terengganu: Lantikan pemandu hospital cetus kontroversi

KUALA TERENGGANU: Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

"Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak," katanya.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini," katanya.


Sunday, April 19, 2009

UMNO: Kumpulan opourtunis

Buliten TV3 dan media arus perdana memberi 'highlight' titah ucapan Sultan Perak semasa majlis penganugerah darjah kebesaran kepada 800 orang penerima pingat mengenang jasa-jasa mereka oleh Sultan Perak.

Ucapan Sultan Perak dan Raja Muda yang berterus terang dan nampak memihak dan memberi keuntungan besar kepada BN dan UMNO dalam menyorot kemelut politik di Perak. Dengan menyorot minta rakyat jangan asyik berpoltik dan berpolitik secara berlebihan sehingga institusi raja dipersendakan.

Sebenarnya, jika kita semua peka sejarah, pada era Dr M selaku PM sekitar tahun 2003. Institusi raja negara bukan lagi dipersendakan tetapi ditelanjangkan dengan menarik 90% imuniti raja-raja. Adakah mereka lupa, sehinggakan Ibrahim Ali lompat si katak lompat berani menabalkan raja baru sultan kelantan di bawah pokok di sebuah padang sk keterah Kelantan.

UMNo adalah golongan opurtunis, biasa ambil kesempatan atas apa yang dapat dimanfaatkan.





Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda

19/04/2009 12:15pm

KUALA KANGSAR 19 April — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.

“Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

“Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.

Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.

Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.

“Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.

“Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.

“Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.

“Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah,” titah baginda.

Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.

Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.

Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik “Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.

“Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan,” titah baginda.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.

Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

— BERNAMA


Masalah dan permasalahan sejauhmana dimengertikan ?

Biasanya orang yang bermasalah itu mahukan masalahnya itu difahami dan dimengertikan oleh semua orang. Sepertimana yang beliau sendiri fahami dan mengertikan. Justeru itu, sepanjang perjalanan masa masalah berkenaan mahu difahami dan dimengertikan apatah lagi diselesaikan. Maka banyaklah antaranya jiwa-jiwa (orang yang bermasalah dengan masalah berkenaan) yang terkorban.

Berbalik dengan masalah besar, iaitu masalah kemelut politik dan kemelut merebut takhta atau kekuasaan. Jiwa-jiwa yang merebut dengan apa yang direbutiinya wajarlah difahami dan dimengertikan. Justeru kita sebagai pihak yang tidak memahami masalah dan permasalahan tersebut, masing-masing kita terdedahlah dengan apa yang dihujahkan dan apa yang difahami seadanya seperti apa yang dilembagakan. Maka oleh kerana itu, tiadalah kuasa kita sejauh apa yang dimengertikan kepada kita.






Raja berada di atas politik - Sultan Perak

KUALA KANGSAR 19 April — Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.

Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan ’menyalakan api dalam sekam’ yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian,” titah baginda.

Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.

- BERNAMA

Saturday, April 18, 2009

Orang Yang tahu sahaja dapat tahu itu permainan

Bila sesuatu permainan diperkenalkan, tidaklah orang yang bermain itu tahu kecualilah ada guru. iaitu orang yang tahu ianya permainan dan bagaiamankah cara ia dimainkan. Maka barulah kita dapat rasai dan katakan sebagai permainan. Justeru orang yang mahir dan tahu sahajalah yang dapat menikmati permainan tersebut.

Hanya permainan politik

KLANG 17 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan sebagai permainan politik.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu satu keputusan politik yang tidak wajar dilakukan di saat semua pihak sepatutnya memberi tumpuan ke arah membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.

"Sekarang ini terlalu banyak sangat politiking dalam negara. Sedangkan pada masa sekarang ini, kita perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi negara di samping membela kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

"Terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya yang tidak perlu sebenarnya, melainkan seseorang itu meninggal dunia maka ia perlu diganti tetapi peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik.

"Rakyat umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diada-adakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-63 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Presiden ACCCIM, Tan Sri William Cheng.

Najib diminta mengulas mengenai tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletakkan jawatan ADUN Penanti berkuat kuasa semalam.

Mohammad Fairus memberi alasan, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekali gus memberi masa untuk bersama keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugas.

Ditanya sama ada tindakan itu bermakna wakil rakyat telah mengkhianati pengundi mereka, Najib berkata, terpulang kepada rakyat kerana mereka kini sudah cerdik dalam membuat keputusan.

Beliau juga menjelaskan, dalam isu itu bukan soal peluang Barisan Nasional (BN) boleh memenangi pilihan raya kecil tersebut atau sebaliknya, tetapi lebih penting lagi melihat prinsip pilihan raya mengikut Perlembagaan negara.

Katanya, peruntukan dalam Perlembagaan menyebut pilihan raya kecil diadakan apabila ADUN atau Ahli Parlimen meninggal dunia, diisytiharkan muflis dan terpaksa berhenti kerana tidak berkemampuan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

"Tetapi sengaja berhenti adalah bercanggah dengan konsep demokrasi berparlimen atau seumpamanya kerana apabila menawarkan diri, anda patut komited bekerja sepanjang tempoh menjadi ADUN atau Ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib enggan mengulas pertemuan beliau dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said selama sejam di Putrajaya semalam yang dipercayai berhubung kemelut politik di negeri tersebut.

Selasa lalu, 10 wakil rakyat BN Terengganu tidak menghadiri sidang DUN negeri itu setelah tiga daripadanya mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan mengancam nyawa mereka.

Najib: Permainan apa

Dengan keputusan mahkamah Persekutuan memihak kerajaan haram Perak. Setidak-tidaknya mamak Zambry Kadir dan konco-konco BN menarik nafas lega. Maknanya Zambry sebagai peneraju kena ingat 'imbuhan' yang selebihnya dikerusi MB Perak yang didapati secara haram itu akan jatuh haram juga. Jika ia mahu berhukum dengan hukum Islam. Seandainya ia mahu berhukumkan dengan belakang hukum maka tiadalah ia terkena akanya.

Kalau dalam kes DUN Penanti Najib PM Kabinet Rakyat, ulaskan sebagai satu permainan politik, kenapa dan mengapa di DUN Perak yang lebih besar dan lebih berkepentingan lagi kepada rakyat tidak dianggap sebagai satu permainan politik yang luar biasa. Inilah Najib glokal, dan fahaman kita jika permainan itu adalah direncanakan daripada kumpulan sebelah kiri ia dikatakan permainan politik dan disusuli ayatnya menyusahkan rakyat, banyak wang ringgit terbuang. Nampak berhemah dan berjimat sangat PM kita ni.

Kita akan menyokong dan meniakan sokongan jika orang yang bercakap itu dan kumpulan yang mengeluarkan cakap itu mengikut dan berbuat dengan apa yang dicakap, tetapi kalau sahaja berkokok seperti ayam berdegar-degar belakang penuh tahi. Apalah adanya pada cakap tersebut. Sepatutnya Najib kena cerminkan dirinya dahulu dan kumpulannya dahulu ?





DUN Perak bersidang 7 Mei

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan bersidang pada 7 Mei ini, kata Setiausahanya Abdullah Antong Sabri hari ini.

Abdullah turut mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan notis untuk bersidang pada tarikh itu kepada semua anggota DUN mulai hari ini.

"Itu (mengeluarkan notis) adalah tugas saya dan ia dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau juga berkata pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung persidangan DUN itu semalam dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan itu.

Kali terakhir DUN Perak bersidang adalah pada 13 November 2008 dan sekiranya dewan berkenaan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir itu, maka DUN Perak akan bubar secara automatik dan pilihan raya bagi DUN perlu diadakan.

Exco Kanan kerajaan negeri Hamidah Osman, yang juga merupakan ADUN Sungai Rapat, ketika dihubungi mengesahkan menerima notis untuk bersidang hari ini.

"Saya akan hadir kerana ia dibuat mengikut peraturan dan telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Datuk Ramly Zahari, yang merupakan seorang lagi Exco kerajaan negeri dan ADUN Manong, juga mengesahkan menerima notis berkenaan pada tengah hari ini.

"Ya, saya terima notis yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan tengah hari tadi. Jadi 7 Mei ini kita akan bersidang sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi.


Friday, April 17, 2009

Keputusan mahkamah kes DUN Perak macam biasa ?

Macam biasa skrip dan jalan cerita seperti yang dijangkakan. Cuma rakyat menunggu bila masanya sahaja cerita itu akan berakhir. Hari ini Mahkamah Perskutuan bawah 5 panel hakim (yg berwibawa) memutuskan tindakan speaker Sivakumar dari Pakatan Rakyat menggantung MB Perak yang baru Dr Zambry bersama 6 exco kerajaan haram Perak di batalkan.

Maknanya talian hayat UMNO Perak dan Najib secara amnya dapat bernafas lega. Namun demikian mereka kena ingat 'hakim' oleh rakyat adalah seadil-adil penghakiman. Walaupun signal daripada rakyat telah ditunjukkan di PRK Bkt Gantang hakim masih lagi terikat dan diikat keputusan mereka. Cuma kita hanya mahu menunggu keputusan penghakiman yang luar biasa. Iaitu kebenaran dikembalikan. Kebenaran tulen akhirnya diangkat dan dimartabatkan.

Oleh itu, daripada itulah nanti bahawa kita akui kerajaan rakyat Najib, UMNO khasnya telah bergerak untuk berubah, walaupun perubahan yang dilakukan itu adalah pahit dan kelat yang sukar ditelan olehnya.

......................................

Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya - Dr. Zambry

16/04/2009 5:56pm

LUMUT 16 April — Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri V. Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal. - Bernama


Wednesday, April 15, 2009

Kabinet Rakyat : Najib dimalukan rakan UMNOnya

Inilah rupanya hadiah pertama dan sajian pertama Najib bawah Kabinet Rakyat. Rosol dan Idris sengaja mahu memalukan Najib, Pak Lah lah orang yang paling 'padan muka' ambik habuan kat hangpa. Merjuk kes DUN terengganu yang 'tiba-tiba' kecoh sednagkan orang tertumpu ke Perak masa ini.

Malu besar Najib, kerana visi dan misinya bagi mencipta kegemilangan dan kecemeraangan dan terbilang negara hanya sia-sia sahaja. Moralnya, langkah Najib sumbang, ramai yang tidak hormat termasuk kawan-kawannya. ini belum lagi kita kira sabotaj daripada mereka yang dikecewakan Najib (rakan-rakan dalam parti) dan rakan-rakan parti komponen. cabaran kepada Nanib lebih besar daripada cabaran kepada Pak Lah.

Seterusnya, Najib terbeban dengan trademark dan legasi ayahandanya Tun Razak yang bergelar Bapa Pembangunan negara.



009
Kemelut Terengganu: Jangan paranoid, kata Idris

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak mahu ada pemimpin negeri itu yang "paranoid" dan "takut bayang-bayang sendiri" kononnya akan ada usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Idris berkata, kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kembali hadir sidang DUN pagi ini selepas mendapat arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain jaminan polis polis bahawa keselamatan mereka terjamin.

Idris memberitahu, mereka mengambil tindakan untuk tidak menghadiri persidangan itu semalam kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing di samping bersimpati dengan tiga rakan mereka yang menerima SMS ugutan berkenaan.

"Kita patuh pada arahan. Cuma, saya ingin beritahu, jangan ada pihak yang paranoid... takut bayang-bayang sendiri. Kalau tiada (usul undi tidak percaya), tiadalah," kata beliau dipetik Bernama.

Sementara itu, Rosol berkata, beliau sudah mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pihak Istana Terengganu berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berharap polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang menghantar SMS ugutan berkenaan kerana perkara itu dianggap serius.

"Alhamdulillah, semua hadir. Cuma saya berasa pelik kerana yang menghantar SMS ini adalah pegawai kanan kerajaan negeri kepada wakil rakyat kerajaan.

"Perkara ini tidak pernah berlaku dan polis belum mengambil tindakan terhadap beliau," katanya.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, kesemua ADUN berkenaan perlu bersikap positif dan mengutamakan parti serta rakyat untuk menghadiri persidangan Dewan itu.

"Terima kasih, baguslah. Kalau orang lain boleh mari (datang), tak kan mereka tidak boleh mari. Saya tidak berasa hati (dengan tindakan 10 ADUN berkenaan)," katanya.

Ditanya sama ada beliau takut dengan bayang-bayang sendiri mengenai desas-desus usul undi tidak percaya terhadap beliau, Ahmad berkata:

"Saya tidak pernah takut, dulu pun saya pernah (berdepan) dengan perkara (seumpama ini semasa pelantikannya sebagai Menteri Besar)."

Terdahulu kesemua 10 ADUN BN yang tidak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri semalam, hadir pada persidangan itu hari ini.

Kesemua mereka hadir pada persidangan Dewan yang memasuki hari ketiga dan terakhir di Wisma Darul Iman di sini, sebaik mesyuarat berkenaan bermula pada pukul 9.30 pagi.

Suasana persidangan berkenaan yang bermula dengan sesi soal jawab, berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan dihadiri oleh semua wakil rakyat termasuk ADUN pembangkang.

Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. BN mempunyai 24 kerusi DUN manakala selebihnya diwakili oleh pembangkang daripada PAS.

Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri persidangan Dewan itu ialah Idris yang juga ADUN Jertih, Muhammad Ramli Nuh (Tepuh) dan Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Rosol (Ajil), Alias Abdullah (Alur Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Tindakan mereka itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman yang diterima Rosol, Abdul Halim dan Zakaria berhubung kemelut politik di negeri ini, dua hari lepas.

Berfikir takuk lama,

Lain dipancing lain yang mengena. Itu adalah sifir kemelut di Terengganu dan bacaan pimpinan UMNO yang menearjui kerajaan teras BN. Sepatutnya tindakan melatah Menteri Dalam Negeri dan media dihalakan ke para pengugut ugutan bunuh melalui sms ke atas 3 ADUN Terengganu. Sekoyong-konyong itu, maka Setiausaha Agong PAS Dato Kamaruddin Jaafar berbunyi katanya sepatutnya Najib perlu ambil pelajaran dengan apa yang berlaku di Bangkok Thailand, merujuk kemelut di Perak yang berjangkit secara tiba-tiba ke DUN Terengganu.

Jika beginilah apa yang dikatakan berubah dan perubahan yang dibawa UMNO. Cara fikir mereka adalah masih lagi cara lama.Sepatutnya Menteri Dalam Negeri mencakna dan membuat kenyataan apa yang berlaku di Terengganu dan mengarahkan PDRM yang cekap itu mengesan penghantar sms gutan BUNUH tu. Kerana ugutan itu jauh lebih bahaya daripada kata-kata Dato kamarudin jaafar. Tetapi cara berfikir dan cara memikir kelas dunia dan glokal Najib, inilah hasil perubahan yang diinginkan.







  • Ugutan pembangkang cetus provokasi di Perak

    PUTRAJAYA: Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan kenyataan Datuk Kamaruddin Jaffar, bahawa tunjuk perasaan berdarah yang meletus di Thailand mungkin berlaku di Perak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan sebagai amat tidak bertanggungjawab. [+]

  • 'Kenyataan pemimpin Pas berbahaya'

    IPOH: Tindakan pembangkang mengancam mahu mengadakan rusuhan antikerajaan di Perak bagi memaksa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sama seperti di Pattaya dan Bangkok disifatkan perbuatan amat berbahaya dan tidak bertanggungjawab. [+]

Tuesday, April 14, 2009

Kabinet Najib : Dipertikaikan ?

Stail ugut dan gertak Najib adakah serupa dengan stail dan ugut mentornya. Jika zaman Dr M mentor PM Najib memang berkesan dan memberi kesan sehinggakan media tidak berani melaporkan secara terbuka apa yang terbuku di dalam hati-hati pimpinan UMNo dan kerabat BN. Tetapi era itu kini sudah berakhir.

Berita semalam, Najib arahkan semua 10 ADUN Terengganu daripada UMNO kembali hadir ke DUN menjalankan tugas seperti biasa. Gaya dan stail bersahaja Najib nampak macam serius dan marah. Maka kita tunggulah samada arahan nya itu bisa atau tidak bisa. Kalau bisa nah sahlah ilmu mentornya itu dikuasai dengan baik dan Najib bakal mencipta kehebatan memimpin pada masa depan bagi Malaysia. Ya ka....harap ada percaya jangan.

Selepas isu MCA tuntutan kerusi TPM II, kini giliran MIC yang dilaporkan tidak berpuashati dengan agihan dan penyusunan kabinet terbaru Najib yang tidak menggambarkan komposisi kaum etnik yang diwakili. Setidak-tidaknya dari segi bandingan Kabinet Pak Lah terdahulu itu, tidak dipertikaikan oleh kalangan anggota kerabat BN,setidak-tidaknya Pak Lah lebih berjaya daripada Najib. Walaupun kebanyakan orang kata Najib hebat, tetapi lemah berbanding dengan Pak Lah dalam hal ini.

................................................

Usah pertikai Kabinet: TPM



MUHYIDDIN pertama kali secara rasmi memasuki pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam.

Parti komponen BN diminta tidak buat kenyataan terbuka

KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak membuat kenyataan terbuka berhubung isu pelantikan wakil masing-masing dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemimpin komponen BN seharusnya menghormati hak Perdana Menteri dalam menentukan barisan Kabinet dan memberi peluang kepada jemaah menteri baru menjalankan tugas.

"Kalau ada apa-apa perkara yang tidak disenangi, eloklah berjumpa dengan Perdana Menteri sendiri, tak perlu buat kenyataan di luar dan tak perlu tunggu sehingga mesyuarat BN.

"Kalau pembangkang yang kata tidak apa. Ini dalam BN sedangkan atas semangat BN kita berpegang kepada dasar prerogatif Perdana Menteri. Jadi kita harus terima (barisan Kabinet), malah sudah angkat sumpah pun," katanya selepas majlis serah tugas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru, Datuk Mustapa Mohamed.

Jumaat lalu, berapa laporan menyebut MIC mungkin keluar daripada BN kerana tidak puas hati selepas parti itu tidak diberikan portfolio Kerjaraya dalam Kabinet baru yang diumumkan Najib, sehari sebelum itu.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, dalam kenyataannya semalam pula berkata, isu berhubung pelantikan wakil parti itu dalam Kabinet dan dakwaan kononnya MIC akan meninggalkan BN akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Khamis ini.

"Kita akan mendengar pandangan semua pemimpin sebelum membuat keputusan. Saya juga akan cuba mendapatkan temu janji bersama Perdana Menteri. Tidak timbul soal sedih kerana pelantikan Kabinet adalah keputusan Perdana Menteri.

"Saya fikir pada masa depan Perdana Menteri akan mempertimbangkan untuk mengkhususkan satu portfolio kanan dalam Kabinet kepada MIC," katanya.

Samy Vellu menafikan kononnya MIC cuba melobi jawatan Senator untuk beliau supaya boleh dilantik ke dalam Kabinet.

"Laporan ini sungguh tidak wajar dan mengarut," katanya sambil merujuk portal berita yang mendakwa MIC hendak menarik keluar wakil parti itu daripada Kabinet kerana beliau tidak dilantik sebagai menteri.

Katanya, beliau juga akan mendapatkan nasihat peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis dan portal berita terbabit.

Di ALOR GAJAH, Melaka, Setiausaha Agung MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mengakui parti itu kecewa kerana tidak diberi sebarang tambahan jawatan dalam Kabinet, sedangkan Gerakan mendapat tambahan satu menteri, manakala MCA satu timbalan menteri.

MCA kini mempunyai empat menteri dan tujuh timbalan menteri, manakala Gerakan satu menteri dan dua timbalan menteri.

MIC pula kekal dengan satu menteri, iaitu menerusi Subramaniam (Sumber Manusia) dan dua timbalan menteri � Datuk SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk M Saravanan (Wilayah Persekutuan).

Subramaniam berharap lebih ramai wakil MIC diberi peluang menyandang jawatan dalam kerajaan supaya parti itu terus relevan dan menjadi suara masyarakat India.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai perkembangan proses pengukuhan BN, berkata semua parti komponen diberi peluang untuk mengukuhkan struktur masing-masing.

"Masing-masing kena ada perancangan bagaimana parti akan dikuatkan dengan mengambil kira pandangan masyarakat dan pimpinan dalam parti.

"Keadaan kini masih pada peringkat awal, kita baru selesai pilihan raya umum dan baru bentuk kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri baru, jadi mungkin beliau memerlukan masa kerana hal sebegini biasanya tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh singkat.

"Saya sudah katakan sebelum ini bagi Umno dan BN, tahun ini dan tahun depan adalah tempoh amat mencabar, kita mulakan segala proses penambahbaikan, pembaharuan serta transformasi yang hendak kita jalankan dan saya kira sudah pun dimulakan tetapi momentumnya belum lagi dilihat," katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, bahawa Menteri Besar lebih sesuai dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Muhyiddin berkata:

"Kalau ikut sejarah kadang-kadang begitu, kadang-kadang tidak. Ini akan diputuskan Presiden Umno sendiri, mungkin beliau akan umumkan bila mesyuarat Majlis Tertinggi," katanya.

Terenggnau: Matlamat halal cara ?

Bila kes besar dianggap tidak besar. Itu adalah salah satu sifat atau ciri-ciri utama pemimpin UMNO. Apa-apa sahaja yang melibatkan UMNO tidak besar, hatta kes wanita Monggolia, Sirul dan Azilah pertuduh yang dituduh membunuh nyata bersalah itu akan mati pun mungkin tidak dianggap sebagai kes besar pada mereka (UMNO). Inilah daki-daki dosa pemimpin UMNO.

Kes Terengganu adalah balasan daki dosa mereka yang memperlakukan terhadap orang lain. Doa orang yang dizalimi akhirnya dimakbul oleh ALlah SWT. samada mereka sedar atau tidak, mereka berfikir atau mahu merenung serta menginsafi atas apa=apa yang berlaku sebagai pengajaran dan pelajaran kepada mereka.

Kita turut bersimpati dengan kumpulan mereka yang serakah bagi mengejar kuasa, tanpa memikirkan langsung kepentingan rakyat terbanyak. Apa yang menjadi matlamat mereka mereka akan halalkan. Matlamat menghalalkan cara mereka.

Krisis politik Terengganu bukan krisis besar - Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis politik di Terengganu - ekoran tindakan 10 ADUN Barisan Nasional memboikot sidang DUN pagi tadi termasuk oleh bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh - bukan sesuatu yang luar biasa sehingga tidak dapat diselesaikan.


Isu Elaun vs isu seleweng duit Kementerian ?

Isu elaun tidak berbayar atau elaun wakil rakyat terlebih bayar apakah istimewanya. Dalam isu ini di DUN Perlis ADUN PAS iaitu Ust Hashim Jasin ADUN Sanglang membangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa elaun beliau belum lagi dibayar setakat ini. Pertanyaan itu adalah sama dengan pertanyaan atau soalan-soalan lain, cuma kali ini media sahaja yang membangkit-bangkit isu sahaja. Maka jadilah ia besar dan pelbagailah persepsi rakyat terhadapnya.

Gambaran media adalah mahu ceritakan bahawa ADUN PAS memang kebulor duit. Kedua ADUN PAS semuanya tidak berduit itu sebabkan satu-satu harapannya adalah melalui elaun ini sahaja. Inilah yang dikehendakki secara tersirat oleh media terhadap apa yang mahu dilaporkan kelmarin.

Sebenarnya, media mengelapkan bagaimana sesuatu yang tidak menjadi hak menteri membelanjakan budget peruntukan ementerian mereka ketuai dengan membelanjakan untuk tujuan majlis - majlis UMNO dan kepentingan ahli-ahli UMNO. Walaupun ahli UMNO itu adalah cuma sebahagian sahaja daripada rakyat Malasyia, sebab rata-rata rakyat yang bukan UMNO tidak merasai terus nikmat duit. Duit yang dibelanjankan bukanlah sedikit dan bukanlah baru tetapi sudah memakan masa puluhan tahun. Kini secara terang-terangan dan sudah diketahui umum. Pendedahan ini dibuat dan dilaporkan oleh SPRM sempena dengan Pemilihan Agong UMNO tempoh hari.

Mana besar dan mana salah bandingkan dengan dua isu di atas ?




Adun Sanglang dakwa elaun wakil rakyat tak dibayar


KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin mendakwa bahawa beliau belum lagi dibayar elaun sebagai wakil rakyat dan berharap kerajaan negeri segera mengatasi perkara itu.

Ketika membahaskan rang undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2008) tahun 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini, katanya beliau terpaksa mendedahkan perkara itu kerana tanpa elaun beliau sukar melaksanakan tugasnya.

"Apakah kerajaan negeri tak ada duit langsung. Tanggungjawab sebagai wakil rakyat saya kena buat," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis.

Isu Terengganu: Tanya Najib ?

Mainan politik yang memalukan, paling tidak demokratik sesama UMNO tu. Bayangkan mainan politik UMNO sesama lawannya. Dalam PM ke 6 Najib Razak menslogankan kabinetnya adalah kabinet rakyat. Lain pula kabinet Ahmad Said, jangan kata ia tidak ada kena mengena antara keduanya, jangan kata itu lain , ini lain. Sesama kerabat takkan lah ia lain pula, kerana dasar UMNO adalah sama dari dulu kini dan selamanya.

Najib bersorak bangga kerana berjaya membeli 3 Adun Pakatan Rakyat di Perak. Tetapi dengan tidak semena-mena 10 ADUN dalam DUN Terengganu mewakili UMNO memboikot sidang DUN kerana dakwa mereka menerima sms ugutan bunuh. Benar atau tidak ia bukan lah soalnya. Persoalannya, Najib telah mengajar satu lagi ilmu bermain poltik dengan mempolitikkan DUN dan ADUN bagi mencapai hajat kumpulan yang mereka sokong.

Ada guru maka adalah muridnya. Najib menjadi guru dan 10 ADUN Terengganu adalah muridnya. Tak usahllah Najib mahu memberi amaran kepada 10 orang ADUN. Patutnya dia sedar dan insaf bagaimana kekacauan yang dimulakan di Perak kini berjangkit pula ke Terengganu. Kita bimbang ini bukan juga angkara atau helah Najib utnuk mennyingkirkan Ahmad Said, kerana Ahmad Said tidak di restui di peringkat UMNO Pusat sebagai MB Terengganu.



10 ADUN boikot: Ahmad nafi SMS dari Pejabat MB

[DIKEMAS KINI, 4.20 PETANG] KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan 10 ADUN BN Terengganu termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, 'memboikot' sidang Dewan Undangan Negeri pagi tadi manakala Perdana Menteri pula mengarahkan kesemua wakil rakyat itu kembali sertai sidang seperti biasa mulai esok.

Sunday, April 12, 2009

Dirgahyu buat Pak Lah

Abdullah kembali beramal, dan kembali sebagai cucu ulama tersohor di sebelah utara itu.


ABDULLAH bersama umat Islam pada sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara, malam tadi.


ABDULLAH bersama umat Islam pada sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara, malam tadi.

TK : Noh kotakan janji mu ?

Kita sokong, kerana isu ini adalah cadangan paling lama bagi membantu para petani, peladang kita. Khususnya semasa menghadapi musim-musim tengkujuh atau hujan yang tidak menentu kini. Maknanya kita harap ada syarikat insuran dengan kerjasama Agro Bank dapat berbuat sesuatu agar para petani kecil khasnya di negara kita dapat dibela dan terbela nasib mereka. Berilah makna kepada mereka terhadap sokongan mereka terhadap kerajaan BN. Bagi di Pahang sendiri pengundi setia UMNO BN adalah golongan tua para petani peladang di kampung-kampung tradisional dan kawsan tanah rancangan FELDA.


Noh cadang insurans untuk ternakan, tanaman

12/04/2009 4:53pm

BUTTERWORTH 12 April — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan insurans bagi ternakan dan tanaman untuk membantu pengusaha yang kerugian akibat hasil keluaran musnah dalam kejadian banjir atau wabak penyakit.

Menteri berkenaan Datuk Nor Omar berkata skim insurans perlu supaya petani atau penternak terlibat mempunyai sedikit modal untuk memulakan kembali tanaman atau ternakan mereka. Katanya pada masa ini Agro Bank dengan kerjasama sebuah syarikat juru perunding sedang mempertimbangkan idea itu dan menyediakan kertas kerja bagi melihat sama ada skim insurans berkenaan boleh dilaksanakan atau tidak.

“Saya sudah lama mencadangkan kepada kerajaan supaya skim insurans diwujudkan bagi membantu petani atau penternak yang terjejas dengan bencana alam atau serangan wabak penyakit. Saya harap perkara ini dapat diperhalusi dan boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Tanaman Peringkat Kebangsaan disini hari ini.

Noh berkata buat permulaan perbincangan sudah dimulakan untuk dua projek perintis iaitu ternakan ayam di Johor serta tanaman padi di Kedah dan Agro Bank dijangka membentangkan hasil perbincangan kepada beliau tidak lama lagi.

Terengganu: DUN berkocak selepas Perak

Rosol jamin tidak kemuka usul undi tidak percaya terhadap MB

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid memberi jaminan beliau tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula esok.

KJ: Liabiliti UMNO , Najib awas ?

Faktor Khiary Jamaluddin (KJ) dalam UMNO tidak dapat dinafikan sebagai liabiliti parti itu.Walaupun beliau tidak diberikan peranan dalam kabinet Najib, tetapi dijangkakan beliau akan berperanan dalam UMNO khasnya dalam mencatur dan menguasai sayap Pemuda parti itu.

Permata, KJ adalah seorang pejuang yang idealis dengan perjuangannya. Kedua beliau adalah seorang yang bijak, ketiga faktor sokongan lain berduit, keempat beliau seorang yang pandai berpidato dan berdebat. Dan yang terakhir dia dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah dan mudah dipercayai oleh orang lain. Walaupun kita lihat semasa kemenangannya sebagai Ketua Pemuda diboo oleh penyokong Mukhriz dan Khir Toyo. Beliau seorang yang strategis dalam merencanakan masa depan dan sanggup berhadap cabaran.

Langkah pertama Najib salah dan sumbang kerana melebarkan jurangnya dengan KJ. Dengan tidak berperanan dalam Kabinet, masa luang KJ lebih luas. Malah beliau diberi peranan pula untuk bergiat memperkuatkan parti. Ini mudah dibaca orang UMNO mudah dikuasai lebih-lebih dengan WANG.

Kekalutan Najib kerana mendengar nasihat Dr M, kes KJ terpahat dalam minda sampai terpaksa menjawab dan memperjelaskan dari luar negara. Ini bermakna faktor KJ adalah pengancam kepada Najib. Kalau tidak kenapa dan mengapa beliau mengelabah. Justeru jalan mudah Najib kena 'matikan' atau bantutkan kemaraan KJ dalam UMNO.

Najib jelaskan peranan Khairy

PATTAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.

"Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia," kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

"Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat," katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota Umno, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti. BERNAMA

Saturday, April 11, 2009

Lagi kes: Salahlaku PDRM

Kasih seorang ibu, walaupun sejahat mana anaknya, walaupun sekejam mana anaknya, walau sebesar mana kesalahan anaknya, ibu tetap ibu..Inilah keluhan dan rintihan seorang ibu bilamana anak nya diperlakukan sebegitu teruk dan kejam oleh pihak PDRM semasa dalam tahanan, seumpama kes Kugan jugalah.

Adjust font size:
Polis pukul anak saya, dakwa ibu Adi
Andrew Ong | Apr 11, 09 6:31pm
Ibu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan.

jiknah harun adi anwar thinner police 110409 detainee motherJiknah Harun, 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya.

Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.

Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.

Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.

Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi.

Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.

adi anwar mansor thinner police 100409Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jiknah berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan Adi Anwar secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan.

Adi Anwar ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut dan terus tidak sedarkan diri.

Penafian Ku Li: Tidak puji kabinet Najib

Tidak sampai beberapa jam dalam Malaysiakini, Ku Li nafikan bahawa beliau memuji barisan kabinet rakyat Najib...

Adjust font size:
Ku Li nafi puji barisan kabinet Najib
Apr 11, 09 10:53pm
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan beliau memuji barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemas dan berupaya sebagaimana yang dilaporkan media hari ini.

tengku razaleigh 02Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di ibunegara, beliau berkata, keupayaan kabinet baru itu belum lagi kelihatan dan adalah tidak adil bagi beliau menilai mereka pada masa ini.

"Apapun, kesemuanya adalah berorientasikan prestasi, itu bagus tetapi
biarlah kita melihat mereka selepas enam bulan sama ada mereka berjaya untuk tidak berkhidmat sebagaimana yang mereka yang sepatutnya lakukan," katanya.

Razaleigh berkata adalah menjadi harapan ramai orang, termasuk dirinya, terhadap kabinet baru untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan negara kerana jika tidak banyak masalah seperti rasuah, ketidakharmonian kaum dan ekonomi tidak dapat ditangani dengan berkesan, lapor Bernama.

Beliau berkata adalah penting untuk mengadakan pembaharuan dasar dan sistem pendidikan terutamanya berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Razaleigh berkata PPSMI tidak berjaya terutamanya bagi pelajar luar bandar yang lebih menjadi "mangsa dasar PPSMI".

Mengenai tindakan perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan

Dalam Negeri (ISA), beliau berkata langkah itu bagus tetapi mempersoalkan kenapa tidak semua tahanan ISA dibebaskan.

"Kenapa begitu selektif? Membebaskan hanya sebahagian dan tidak kesemua yang lain? Kehidupan rakyat dan kebebasan tidak boleh digunakan sebagai helah politik," katanya.

MB Terengganu: Beri kata dua ?

Hebat politik Malaysia, semakin panas. Kita menyokong usaha Najib, jika di Perak dia mampu dan boleh membeli 3 ADUN Pakatan. Masakan di Terengganu yang sudah dikuasainya sukar nak gugurkan Mohd Said dari kedudukannya. Kini media digunakan menyerang MB Terengganu, menyebabkan beliau melenting. Inilah hukum karma, Tuhan Maha Adil.

DUN Perak minta dibubar, tetapi nampaknya DUN Terengganu terbubar dulu. Najib naik bukan semakin membawa kebaikan kepada rakyat dan UMNO. Nampaknya UMNO dan rakyat kini semakin huru hara. Betullah kata penganalisa kita bukan diganti dengan pengganti yang lemah, tetapi bertambah lemah. Lemahnya itu tanda tiada daya, tiada daya maknanya kekuatan sudah habis dan tenaga nya tidak cukup. Akhirnya, nampak gaya nak 'tutup'lah UMNO atau nak kuburkan UMNO?




ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulah....Terengganu kena tanya Tuankulah," katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya. BERNAMA

Lebar Dakwah : Syabas Pemuda PAS !!!

Syabas dan tahniah DPP PAS kerana membuat satu strategi dan gerakkerja yang mengjangkau ke hadapan. Maknanya dalam DPP Pusat kajian masa depan (KMD) mereka wajar disokong oleh semua segenap sayap dan jentera parti. Subur dan semaikan bibit keislaman bersungguh-sungguh ke bumi Bawah Bayu dan Bawah Kenyalang itu dengan cahaya keimanan. Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, Sabah dan Sarawak kita abaikan lama, jangan jadikan alasan demografi dan faktor geografi sebagai alasan. Sebab Rasulllah jauh lebih hebat kerja dakwahnya jika kita lihat demografi dan geografi Tanah Arab waktu itu berbanding masa kini. Teruskan keja-kerja mulia itu.


Pemuda Pas beralih ke Sabah dan Sarawak untuk kenal pasti pemimpin tempatan

11/04/2009 5:43pm

KUALA LUMPUR 11 April — Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mengkaji peluang dan kekuatannya di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk mencari pemimpin baru yang lebih sesuai di kawasan-kawasan itu.

Ketuanya Salahuddin Ayub berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada persiapan awal Pemuda PAS untuk memastikan sokongan orang muda terhadap parti itu dan pakatan pembangkang dapat dikekalkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Kita akan susun pimpinan baru, membuat kajian mendalam terhadap pendekatan baru yang akan kita lakukan nanti.

“Pendekatan ini akan lebih bersifat akademik dan lebih fokus kepada remaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini hari ini. Katanya, pendekatan terbabit diambil hasil daripada indikator yang diperolehi sepanjang proses tiga pilihan raya kecil tempoh hari yang amat meyakinkan PAS dan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, satu gerak kerja yang lebih gigih perlu dilakukan di Sabah dan Sarawak memandangkan pengundi di sana kurang mendapat maklumat seimbang tentang politik semasa ekoran masalah penerbitan media yang terhad.

Salahuddin juga menasihatkan bakal pimpinan PAS yang baru agar mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat secara semula jadi dan bukan dengan niat menjadikan amalan itu sebagai satu strategi politik.

“PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka,” katanya. Katanya, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti hari ini dengan cara hidup sederhana.

Pemuda PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini selama lima hari mulai 3 Jun. — Bernama

UMNO Media: Panik Amy Search sertai PAS ?

Walaupun dulu mereka kata antaranya tanda-tanda akhir zaman ulama menyokong artis. UMNO BN dan media sepakat mengecam Nik Aziz kerana menjemput dan memuliakan Mawi waktu itu.Tetapi bila PAS kini didekati oleh artis-artis dan TGNA berjaya memecahkan ruyung bahawa PAS anti hiburan, anti artis Melayu, mereka ketawa dan gembira kerana serangan mereka itu berjaya. Dalam serangan itu mereka gunakan juga ulama-ulama dan ustaz-ustaz membalun Tok Guru, malah di dalam PAS sendiri pun ada yang melatah sama membantai Tok Guru mereka sendiri. Tetapi kini semua sudah reda, politik dan dakwah Tok Guru ternyata berjaya.

Beberapa minggu lepas Dato Siti Nurhaliza bersama suami Dato K ke KB. Dan dikesempatan itu mereka berjumpa TGNA. Masakan Siti yang Islam tidak boleh berjumpa Tok Guru, sedangkan sami Buddha, speaker Perak S Sivakumar yang nyata bukan Islamnya boleh bertemu Tok Guru. Kini media jadi panik bila Amy Search masuk PAS? Alahai media arus perdana berfikiran minda UMNO , kenapa dan mengapa singkat kepala otaknya ?

Amy Search nafi sertai Pas

11/04/2009 4:07pm

KOTA BAHARU 11 April — Ikon rock negara, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.

Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

“Tidak,saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.

“Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.

Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.

“Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.

“Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya. — Bernama


Media dan Penasihat Najib sedang bekerja keras ?

Kerja mewajahkan wajah pimpinan negara hitam atau putih adalah media. Sebenarnya media cukup cepat dan berkesan. Itu sebab dalam masa 2 / 3 hari sesingkat Najib naik media massa berkerja keras, walaupun Najib berwatak hitam dan suram dalam 2 dan 3 bulan kejernihan akan dapat dirasakan.

Pembersihan imej Najib adalah agenda utama media sekarang. Dan perjuangan Najib membela rakyat menjadi agenda utama kedua. Maknanya serampang dua mata sedang disusun oleh para penasihat PM bagi menjernihkan rakyat Malaysia. Tempoh masa 6 bulan adalah masa yang sesuai untuk melenyapkan kesangsian orang ramai terhadap nya.

Ini pula berita, yang dapat menjernihkan Najib. Pandangan orang lama atau veteran UMNO terhadap harapan kepimpinan dn masa depan negara.


Ku Li harap Kabinet baru berkesan

GUA MUSANG 10 April - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata hari ini, barisan Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, perubahan adalah perlu bagi memastikan kemerosotan sokongan rakyat tidak berterusan.

Ini, katanya, dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini, BN hanya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air (Sarawak), manakala kerusi DUN Bukit Selambau (Kedah) dan Parlimen Bukit Gantang (Perak) dimenangi pembangkang.

"Sebelum ini rakyat lihat barisan kepimpinan negara tidak begitu kemas dan teratur, menyebabkan timbul kekeliruan terhadap rakyat terutama dalam bidang politik dan ekonomi negara kita.

"Kita akan tengok perkembangan kemajuan dalam Kabinet baru kerajaan yang dibentuk itu dan saya benar-benar mengharapkan barisan kepimpinan baru mampu memberi nafas lega kepada rakyat untuk menikmati kemajuan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini hari ini.

Katanya, barisan Kabinet ini perlu mampu mengembalikan kekuatan ekonomi negara supaya rakyat tidak dibebani dengan masalah perbelanjaan walaupun negara turut berdepan kegawatan ekonomi global.

Katanya, pimpinan baru kerajaan perlu diberi peluang untuk melakukan pembaharuan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan pernah menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti yang lalu, namun beliau hanya menerima satu pencalonan dari kawasan Gua Musang dan tidak melayakkan diri untuk bertanding. - BERNAMA



Isu Kuasa: Hebat Pembangkang di Malaysia

Kalaulah sidang kemuncak 3 negara Asean berlangsung di KL. Kalaulah penunjukan perasaan itu terdiri daripada Pakatan Pembangkang (PR). Kalaulah PAS yang ketuai bantahan melambat sidang. Tahukah kita apa kata media, dan pimpinan rata-ratanya UMNO.

Agak kita seandainya begitu ulasannya hampir 3 atau 6 bulan lamanya menkeroyok parti pembangkang. TV 1 dan TV3 tentu buat liputan secara langsung, dipanggil panel membahaskan kenapa dan mengapa rakyat Malaysia menjadi begitu dan begini. Mungkin kusut negara.

Maksudnya, kerajaan BN dan UMNo patut berterima kasih kepada pakatan pembangkang yang berjaya mengawal ahli-ahli, setidak-tidak tahap kebencian mereka tidak seperti di Thailand. Bayangkan di Thailand rakyatnya satu bahasa, satu keturunan, sama agama tetapi tidak aman dan amannya tidak kekal lama serta berpanjang macam Malaysia.

BN UMNO kena sedar, walaupun kita parti pembangkang bangkangan kita tidak lah sampai seterus macam di Thailand. Hatta walaupun ahli-ahli parti mati dan ditahan ISA sekalipun, kita dapat bersabar. Bayangkan kesabaran tersebut dapat dipupuk dan dikawal pimpinan pembangkang selama mana usia dan umur BN menerajui negara.

Orang UMNO dan BN 'rampas kerajaan Perak. secara tidak beradab. rakyat masih sabar dan pilihanraya diadakan kebetulan, rakyat negara tetap patuh dan setia dan mahu lagi mengikut peraturan yang dibuat. Walaupun SPR itu sendiri dipertikaikan, walaupun kerajaan mengerahkan dan menggunakan kekuatan jentera kerajaan, rakyat masih lagi taat dan patuh dengan aturan dan peraturan. Inilah nilai kematangan dan keistimewaan kita negara Malaysia. Walaupun rakyatnya berbilangan kaum dan berbilang agama. Siapa yang mengatur dan berkehendak sedemikian ini ?



Penunjuk perasaan lambatkan Sidang Kemuncak Asean

PATTAYA: Sidang Kemuncak Asean dengan enam rakan dialognya ditangguhkan pagi ini selepas penunjuk perasaan antikerajaan menghalang semua laluan ke tempat mesyuarat dan bertempur dengan penyokong prokerajaan.

BERITA »


Friday, April 10, 2009

Shahidan : Pencenkan UMNO Perlis !!!

Shahidan ingat adik dia akan dilantik ke kabinet Najib, setidak-tidak Ismail Kasim MP Perlis itu diberikan jawatan tapi tidak. Inilah berita rajuk dan keluh Shahidan, kerana Perlis penyumbang besar juga kepada UMNO BN di utara, alasannya banyak negeri tersungkur kepada pembangkang, tetapi Perlis tetap gah, kubu UMNO sejati. Tapi kali ini tiada peranan dan penghargaan pun Najib ke Perlis.

Umno Perlis kecewa tiada wakil Perlis tersenarai


KANGAR: Umno Perlis menyokong penuh pemilihan barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin walaupun terkilan kerana tiada wakil negeri tersenarai.

Ini diakui sendiri Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Shahidan berkata, sebagai sebuah negeri yang mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, Perlis terkilan kerana tiada wakil daripada negeri disenarai sama ada untuk jawatan Menteri atau Timbalan Menteri dalam senarai Kabinet baru itu.

"Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelantikan sebagai Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri.

"Cuma, saya rasakan kemenangan besar Perlis dalam PRU lalu seolah-olah tidak memberi apa-apa maksud, apatah lagi negeri yang kalah teruk turut mempunyai wakil dalam senarai Kabinet.

"Anggapan awal saya, mungkin akan ada sekurang-kurangnya seorang wakil Perlis dalam senarai berkenaan, tetapi sekarang Timbalan Menteri pun tiada.

"Apa pun, Umno Perlis akan tetap menyatakan sokongan kepada kepimpinan baru dan diharap semua peimimpin yang baru dipilih dapat memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan kerajaan yang ada," katanya.

Kabinet Serba Tahu atau Tidak Tahu ?

Kabinet Serba Tahu atau Kabinet Tidak tahu ?

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bergambar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta anggota Kabinet lain selepas istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia menteri dan timbalan menteri di Balairong Seri, Istana Negara di sini, hari ini. Barisan Kabinet baru yang diumumkan semalam oleh Najib menampilkan 28 menteri dan 40 timbalan menteri bagi 25 kementerian. - Foto Bernama

Kerajaan Maha Tahu Tamat ?

NIEI telah mengmabil peranan, iaitu memberitahu kerajaan bahawa SPR wajar lepaskan pengaruh, konkongan , kawal terus atau campurtangan terang-terangan semasa mengendalikan pilihanraya di Malaysia secara telus. Tahniah dan syabas NIEI kerana menyahut seruan Najib. NIEi cuba memberitahu kerajaan amnya dan khas SPR, mereka masuk terlalu jauh dalam sisitem pilihanraya bebas, sudah tidak bebas lagi. Inilah apa yang jelas dilihat oleh NIEI semasa PRK Bkt Gantang temph hari. Kata Najib, era zaman kerajaan serba tahu dan mahu tahu dalam semua hal perkara sudah di akhiri kelmarin. Sekarang rakyatlah yang maha lebih tahu.

Justeru kita saksi dan nantikan apa reaksi kerajaan dan tindakan mereka selepas NIEI menghantar mesej ini. nantikan realisasi cakap Najib kerana DUN Perak bakal terbubar sedikit masa lagi, bagaimana latah UMNO BN dan latah Najib. Apa pendekatan dan kaedah Najib BN yang akan diambil, selesaikah kemelut politik di Perak.



NIEI mahu SPR bebas pengaruh kendali pilihan raya

PETALING JAYA: Setelah tiga pilihan raya kecil diadakan serentak pada Selasa lalu, badan pemantau dari National Institute for Electoral Integrity (NIEI) mendapati wujudnya beberapa proses yang tidak telus hingga mencemarkan perjalanan pilihan raya yang demokratik.

Pengarah Eksekutif NIEI, Amin Iskandar berkata pihaknya menuntut agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.

"NIEI mempersoal tujuan hari mengundi dibuat pada hari kerja iaitu pada hari Selasa 7 April yang lalu.

"Keputusan SPR untuk meletakkan hari mengundi pada hari bekerja telah menyusahkan para pengundi terutamanya yang bekerja di luar daerah atau negeri untuk hadir pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau berkata tindakan SPR itu dilihat sebagai tidak menggalakkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Jelas beliau lagi kebiasaannya, badan penggendali pilihanraya seperti SPR akan berusaha keras untuk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi tetapi ini tidak berlaku untuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.

Dalam kenyataan itu juga NIEI mempersoalkan mengenai tindakan SPR yang tidak mengira undi di pusat pembuangan undi di beberapa kawasan Batang Ai terlebih dahulu sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi seperti yang dilakukan di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

"Alasan untuk mempercepat proses pengiraan tidak dapat diterima akal kerana pilihanraya di dua bukit ini melibatkan jumlah undi yang besar dan keputusan masih dapat diumumkan tepat pada masanya.

"Keengganan SPR membenarkan wakil-wakil calon ikut serta menaiki helikopter menimbulkan keraguan tentang ketelusan dan keabsahan pilihanraya tersebut," katanya.

Selain itu juga NIEI turut mendakwa pihak polis yang ditugaskan mengawal keadaan keselamatan sepanjang proses pilihan raya diadakan mengamalkan sikap berat sebelah.

"Misalnya pihak polis lambat bertindak untuk menyelesaikan bantahan atau laporan pihak Pakatan Rakyat manakala dengan cepatnya bertindak menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan Barisan Nasional (BN).

"Biarpun Ketua Polis Negara mengeluarkan larangan berkonvoi motosikal, namun dalam kempen BN tetap berbuat demikian, malah diringi oleh pasukan polis," katanya.

Dalam pada itu NIEI turut menegur penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan kempen untuk calon BN.

Menurutnya BN dan Pakatan Rakyat perlu telus dan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

"Kerajaan adalah milik awam yang digerakkan kakitangan awam untuk kepentingan awam atas biaya wang awam, bukannya kepentingan parti yang memerintah.

"Kementerian dan jabatan awam telah digunakan untuk berkempen, contohnya, dalam kempen bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad kemudahan, kakitangan dan jentera beberapa kementerian serta jabatan awam dikerahkan sepenuhnya untuk membantu kempen BN", katanya.

Selain itu NIEI turut mendakwa media arus perdana tidak memberikan laporan yang telus dan seimbang bagi semua parti-parti yang bertanding.