Skrip itu, adalah macam skrip biasa sahaja kita dengar. Maka payahlah kita sebagai pembangkang mahu membangkang, kerana kalau membangkang kita akan jatuh daripada golongan yang suka membazirkan duit rakyat. Rasa salahnya tidak terhingga dibuatnya dek isu DUN penanti ini.
Tetapi rupanya tidak lama sangat, skrip itu menjadi skrip lakonan UMNO BN sahaja. Terkini MB haram Perak mahu melelelong kereta rasmi exco Pakatan Rakyat guna iaitu Toyota Camry (yang dulunya jadi kenderaan mewah0 tapi bila BN UMNO naik nampak tidak jadi mewahlah. Mereka kata menjual kenderaan melalui lelong tidak rugi. Namanya pun dah lelong macam mana tidak rugu, tapi kita tidak tahu mungkin cara lelong UMNO BN adalah jenis leleong terhebat macam di luar negara boleh dapat ratusan juta bagi sebuah kenderaan antik. Mungkin toyota boleh jadi gitu kot.
Inilah namanya, cakap tidak serupa bikin, pimpinan lagi atas mainkan lagu jangan bazirkan duit rakyat, tetapi pimpinan jenis atas UMNO BN buat lain cara tidak mahu bazirkan duit rakyat. Apa salah pada kenderaan Toyota itu kita tidak faham, padalah baru dibeli 11 bulan sahaja, takkan lah spek yang dibuat teruk sangat kerosakannya.
Jika ini berlaku juga, kita rasakan pimpinan atas dan lagi atasan UMNO kini amat berpenyakit dan penyakit ini semakin parah dan membarah. Sukar kita mahu baiki pimpinan begini kecuali caranya tukar seluruhnya dan diganti baru jangan dibaiki pimpinan sedia ada ini.
Tidak rugi lelong Camry - MB Perak
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah kerajaan negeri melelong 16 kereta Toyota Camry yang dibeli oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang sebelum ini, tidak akan merugikan malah mungkin memperoleh harga lebih tinggi.
Beliau berkata, kenderaan berkenaan dibuka pada harga semasa iaitu RM148,000 tetapi besar kemungkinan ada pihak yang akan membuat tawaran harga lebih tinggi.
Katanya, dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya tindakan berkenaan akan merugikan wang rakyat adalah tidak berasas.
Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, kenderaan berkenaan dibeli pada harga RM158,000 dan harga lelong yang dibuka itu ditetapkan berdasarkan kepada susut nilai semasa.
"Kita tidak nafikan bila kereta itu dijual semula terdapat susut nilai tetapi dalam lelongan mungkin ada yang akan menawarkan harga lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri belum bercadang untuk membeli kenderaan baru bagi menggantikan kereta rasmi yang dilelong itu kerana kereta rasmi lama daripada jenis Proton Perdana V6 masih boleh digunakan.
"Jika kita mahu membeli yang baru, mungkin kenderaan yang berharga dalam lingkungan RM120,000 dan bukan yang mencecah RM200,000," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment