Friday, April 10, 2009

Shahidan : Pencenkan UMNO Perlis !!!

Shahidan ingat adik dia akan dilantik ke kabinet Najib, setidak-tidak Ismail Kasim MP Perlis itu diberikan jawatan tapi tidak. Inilah berita rajuk dan keluh Shahidan, kerana Perlis penyumbang besar juga kepada UMNO BN di utara, alasannya banyak negeri tersungkur kepada pembangkang, tetapi Perlis tetap gah, kubu UMNO sejati. Tapi kali ini tiada peranan dan penghargaan pun Najib ke Perlis.

Umno Perlis kecewa tiada wakil Perlis tersenarai


KANGAR: Umno Perlis menyokong penuh pemilihan barisan Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin walaupun terkilan kerana tiada wakil negeri tersenarai.

Ini diakui sendiri Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Shahidan berkata, sebagai sebuah negeri yang mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, Perlis terkilan kerana tiada wakil daripada negeri disenarai sama ada untuk jawatan Menteri atau Timbalan Menteri dalam senarai Kabinet baru itu.

"Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelantikan sebagai Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri.

"Cuma, saya rasakan kemenangan besar Perlis dalam PRU lalu seolah-olah tidak memberi apa-apa maksud, apatah lagi negeri yang kalah teruk turut mempunyai wakil dalam senarai Kabinet.

"Anggapan awal saya, mungkin akan ada sekurang-kurangnya seorang wakil Perlis dalam senarai berkenaan, tetapi sekarang Timbalan Menteri pun tiada.

"Apa pun, Umno Perlis akan tetap menyatakan sokongan kepada kepimpinan baru dan diharap semua peimimpin yang baru dipilih dapat memainkan peranan untuk membantu mengukuhkan kerajaan yang ada," katanya.

2 comments:

Unknown said...

tak takut. masih boleh rompak juga...

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
PM baru kata, line -up kabinet yang baru semua nya bagus ?
Ya ke.?
Bagi pendapat saya PM Baru dan line-up kabinet baru semua datang dari kumpulan yang sama iaitu BN Group .PM baru kita adalah timbalan dari line up kabinet Mr Clean.Mr Clean gagal menangkat martabat Negara Malaysia .Kalau Mr Clean gagal bermakna line-up kabinet Mr Clean pun gagal juga dan Pm Baru ada seorang line up dari kumpulan Line Mr Clean . So dulu 2 X 5 ,dan sekarang line up kabinet yg baru pun 8 + 2 = BN group .Pusing mana pun jawapan nya tetap sama .so don't hope.