Sunday, April 12, 2009

TK : Noh kotakan janji mu ?

Kita sokong, kerana isu ini adalah cadangan paling lama bagi membantu para petani, peladang kita. Khususnya semasa menghadapi musim-musim tengkujuh atau hujan yang tidak menentu kini. Maknanya kita harap ada syarikat insuran dengan kerjasama Agro Bank dapat berbuat sesuatu agar para petani kecil khasnya di negara kita dapat dibela dan terbela nasib mereka. Berilah makna kepada mereka terhadap sokongan mereka terhadap kerajaan BN. Bagi di Pahang sendiri pengundi setia UMNO BN adalah golongan tua para petani peladang di kampung-kampung tradisional dan kawsan tanah rancangan FELDA.


Noh cadang insurans untuk ternakan, tanaman

12/04/2009 4:53pm

BUTTERWORTH 12 April — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan insurans bagi ternakan dan tanaman untuk membantu pengusaha yang kerugian akibat hasil keluaran musnah dalam kejadian banjir atau wabak penyakit.

Menteri berkenaan Datuk Nor Omar berkata skim insurans perlu supaya petani atau penternak terlibat mempunyai sedikit modal untuk memulakan kembali tanaman atau ternakan mereka. Katanya pada masa ini Agro Bank dengan kerjasama sebuah syarikat juru perunding sedang mempertimbangkan idea itu dan menyediakan kertas kerja bagi melihat sama ada skim insurans berkenaan boleh dilaksanakan atau tidak.

“Saya sudah lama mencadangkan kepada kerajaan supaya skim insurans diwujudkan bagi membantu petani atau penternak yang terjejas dengan bencana alam atau serangan wabak penyakit. Saya harap perkara ini dapat diperhalusi dan boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Tanaman Peringkat Kebangsaan disini hari ini.

Noh berkata buat permulaan perbincangan sudah dimulakan untuk dua projek perintis iaitu ternakan ayam di Johor serta tanaman padi di Kedah dan Agro Bank dijangka membentangkan hasil perbincangan kepada beliau tidak lama lagi.

No comments: