Malu besar Najib, kerana visi dan misinya bagi mencipta kegemilangan dan kecemeraangan dan terbilang negara hanya sia-sia sahaja. Moralnya, langkah Najib sumbang, ramai yang tidak hormat termasuk kawan-kawannya. ini belum lagi kita kira sabotaj daripada mereka yang dikecewakan Najib (rakan-rakan dalam parti) dan rakan-rakan parti komponen. cabaran kepada Nanib lebih besar daripada cabaran kepada Pak Lah.
Seterusnya, Najib terbeban dengan trademark dan legasi ayahandanya Tun Razak yang bergelar Bapa Pembangunan negara.
KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak mahu ada pemimpin negeri itu yang "paranoid" dan "takut bayang-bayang sendiri" kononnya akan ada usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketika ditemui di luar Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Idris berkata, kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kembali hadir sidang DUN pagi ini selepas mendapat arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain jaminan polis polis bahawa keselamatan mereka terjamin.
Idris memberitahu, mereka mengambil tindakan untuk tidak menghadiri persidangan itu semalam kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing di samping bersimpati dengan tiga rakan mereka yang menerima SMS ugutan berkenaan.
"Kita patuh pada arahan. Cuma, saya ingin beritahu, jangan ada pihak yang paranoid... takut bayang-bayang sendiri. Kalau tiada (usul undi tidak percaya), tiadalah," kata beliau dipetik Bernama.
Sementara itu, Rosol berkata, beliau sudah mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pihak Istana Terengganu berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, beliau berharap polis dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang menghantar SMS ugutan berkenaan kerana perkara itu dianggap serius.
"Alhamdulillah, semua hadir. Cuma saya berasa pelik kerana yang menghantar SMS ini adalah pegawai kanan kerajaan negeri kepada wakil rakyat kerajaan.
"Perkara ini tidak pernah berlaku dan polis belum mengambil tindakan terhadap beliau," katanya.
Mengulas perkara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, kesemua ADUN berkenaan perlu bersikap positif dan mengutamakan parti serta rakyat untuk menghadiri persidangan Dewan itu.
"Terima kasih, baguslah. Kalau orang lain boleh mari (datang), tak kan mereka tidak boleh mari. Saya tidak berasa hati (dengan tindakan 10 ADUN berkenaan)," katanya.
Ditanya sama ada beliau takut dengan bayang-bayang sendiri mengenai desas-desus usul undi tidak percaya terhadap beliau, Ahmad berkata:
"Saya tidak pernah takut, dulu pun saya pernah (berdepan) dengan perkara (seumpama ini semasa pelantikannya sebagai Menteri Besar)."
Terdahulu kesemua 10 ADUN BN yang tidak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri semalam, hadir pada persidangan itu hari ini.
Kesemua mereka hadir pada persidangan Dewan yang memasuki hari ketiga dan terakhir di Wisma Darul Iman di sini, sebaik mesyuarat berkenaan bermula pada pukul 9.30 pagi.
Suasana persidangan berkenaan yang bermula dengan sesi soal jawab, berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan dihadiri oleh semua wakil rakyat termasuk ADUN pembangkang.
Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. BN mempunyai 24 kerusi DUN manakala selebihnya diwakili oleh pembangkang daripada PAS.
Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri persidangan Dewan itu ialah Idris yang juga ADUN Jertih, Muhammad Ramli Nuh (Tepuh) dan Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Rosol (Ajil), Alias Abdullah (Alur Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Tindakan mereka itu dipercayai mempunyai kaitan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman yang diterima Rosol, Abdul Halim dan Zakaria berhubung kemelut politik di negeri ini, dua hari lepas.
1 comment:
Macam2 ada la politik sekarang ni
Post a Comment