Saturday, April 18, 2009

Najib: Permainan apa

Dengan keputusan mahkamah Persekutuan memihak kerajaan haram Perak. Setidak-tidaknya mamak Zambry Kadir dan konco-konco BN menarik nafas lega. Maknanya Zambry sebagai peneraju kena ingat 'imbuhan' yang selebihnya dikerusi MB Perak yang didapati secara haram itu akan jatuh haram juga. Jika ia mahu berhukum dengan hukum Islam. Seandainya ia mahu berhukumkan dengan belakang hukum maka tiadalah ia terkena akanya.

Kalau dalam kes DUN Penanti Najib PM Kabinet Rakyat, ulaskan sebagai satu permainan politik, kenapa dan mengapa di DUN Perak yang lebih besar dan lebih berkepentingan lagi kepada rakyat tidak dianggap sebagai satu permainan politik yang luar biasa. Inilah Najib glokal, dan fahaman kita jika permainan itu adalah direncanakan daripada kumpulan sebelah kiri ia dikatakan permainan politik dan disusuli ayatnya menyusahkan rakyat, banyak wang ringgit terbuang. Nampak berhemah dan berjimat sangat PM kita ni.

Kita akan menyokong dan meniakan sokongan jika orang yang bercakap itu dan kumpulan yang mengeluarkan cakap itu mengikut dan berbuat dengan apa yang dicakap, tetapi kalau sahaja berkokok seperti ayam berdegar-degar belakang penuh tahi. Apalah adanya pada cakap tersebut. Sepatutnya Najib kena cerminkan dirinya dahulu dan kumpulannya dahulu ?





DUN Perak bersidang 7 Mei

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan bersidang pada 7 Mei ini, kata Setiausahanya Abdullah Antong Sabri hari ini.

Abdullah turut mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan notis untuk bersidang pada tarikh itu kepada semua anggota DUN mulai hari ini.

"Itu (mengeluarkan notis) adalah tugas saya dan ia dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ada," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau juga berkata pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung persidangan DUN itu semalam dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan itu.

Kali terakhir DUN Perak bersidang adalah pada 13 November 2008 dan sekiranya dewan berkenaan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir itu, maka DUN Perak akan bubar secara automatik dan pilihan raya bagi DUN perlu diadakan.

Exco Kanan kerajaan negeri Hamidah Osman, yang juga merupakan ADUN Sungai Rapat, ketika dihubungi mengesahkan menerima notis untuk bersidang hari ini.

"Saya akan hadir kerana ia dibuat mengikut peraturan dan telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak," katanya.

Datuk Ramly Zahari, yang merupakan seorang lagi Exco kerajaan negeri dan ADUN Manong, juga mengesahkan menerima notis berkenaan pada tengah hari ini.

"Ya, saya terima notis yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan tengah hari tadi. Jadi 7 Mei ini kita akan bersidang sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi.


No comments: