Saturday, April 11, 2009

Lebar Dakwah : Syabas Pemuda PAS !!!

Syabas dan tahniah DPP PAS kerana membuat satu strategi dan gerakkerja yang mengjangkau ke hadapan. Maknanya dalam DPP Pusat kajian masa depan (KMD) mereka wajar disokong oleh semua segenap sayap dan jentera parti. Subur dan semaikan bibit keislaman bersungguh-sungguh ke bumi Bawah Bayu dan Bawah Kenyalang itu dengan cahaya keimanan. Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, Sabah dan Sarawak kita abaikan lama, jangan jadikan alasan demografi dan faktor geografi sebagai alasan. Sebab Rasulllah jauh lebih hebat kerja dakwahnya jika kita lihat demografi dan geografi Tanah Arab waktu itu berbanding masa kini. Teruskan keja-kerja mulia itu.


Pemuda Pas beralih ke Sabah dan Sarawak untuk kenal pasti pemimpin tempatan

11/04/2009 5:43pm

KUALA LUMPUR 11 April — Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mengkaji peluang dan kekuatannya di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk mencari pemimpin baru yang lebih sesuai di kawasan-kawasan itu.

Ketuanya Salahuddin Ayub berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada persiapan awal Pemuda PAS untuk memastikan sokongan orang muda terhadap parti itu dan pakatan pembangkang dapat dikekalkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Kita akan susun pimpinan baru, membuat kajian mendalam terhadap pendekatan baru yang akan kita lakukan nanti.

“Pendekatan ini akan lebih bersifat akademik dan lebih fokus kepada remaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini hari ini. Katanya, pendekatan terbabit diambil hasil daripada indikator yang diperolehi sepanjang proses tiga pilihan raya kecil tempoh hari yang amat meyakinkan PAS dan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, satu gerak kerja yang lebih gigih perlu dilakukan di Sabah dan Sarawak memandangkan pengundi di sana kurang mendapat maklumat seimbang tentang politik semasa ekoran masalah penerbitan media yang terhad.

Salahuddin juga menasihatkan bakal pimpinan PAS yang baru agar mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat secara semula jadi dan bukan dengan niat menjadikan amalan itu sebagai satu strategi politik.

“PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka,” katanya. Katanya, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti hari ini dengan cara hidup sederhana.

Pemuda PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini selama lima hari mulai 3 Jun. — Bernama

No comments: