Tuesday, April 21, 2009

ADUN DUN Terengganu : Macam budak sekolah

Disangkankan hujan sampai ke petang, tibakan panas ditengah hari. Itulah kemelut politik semasa di Terengganu pula selepas krisis perlembagaan di Perak.Namun kes di terengganu amat berbeda sekali, kali ini pertelagahan antara sesama UMNO , Maknanya kerajaan Terengganu yang diwakili UMNO dibantah oleh ADUN UMNO itu sendiri. Gara-gara istana menolak MB lama kekal sebagai MB Terengganu.

Tindakan sultan itu akhirnya membawa bantahan secara halus kalangan UMNO. Di mana mereka mahukan MB pilihan istana itu disingkirkan dan ailantik kalangan yang baru sesama mereka. Apa kah kesudahannya selepas PM memberi amaran mereka yang engkar supaya hadiri sidang DUN. Mereka bertindak seperti budak sekolah.




Kemelut Terengganu: Lantikan pemandu hospital cetus kontroversi

KUALA TERENGGANU: Pelantikan seorang pemandu ambulan sebagai pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Datuk Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

"Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak," katanya.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini," katanya.


No comments: