Persoalannya di manakah pihak berkuasa , termasuk pihak berkuasa tempatan ? Akibat terlalu menitikberatkan hal-hal lain PBT Kepala Batas, gagal melindungi warga Islam khususnya di bandar itu dan amnya di seluruh Malaysia.
Operasi rahsia selama lima tahun terbongkar

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.
Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
![]() |
| IDERIS Mohamad menunjukkan daging dan perut khinzir yang disimpan bersama bahan mentah lain termasuk ikan di sebuah kilang di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. |
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.
"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah.
"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.
Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.
Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.
Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun.
Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.

Setelah hampir 80 tahun menyumbang bakti kepada masyarakat India sekitar bandar Klang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai akhirnya musnah sekelip mata dalam satu kebakaran pada 22 Disember 2007. Baki bangunan sekolah yang masih ada hanya menunggu masa sahaja untuk roboh menyembah bumi kerana terlalu uzur.






Murad, 78, (gambar) menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.15 malam di sisi anggota keluarganya selepas dimasukkan wad sejak dua minggu lepas akibat jangkitan paru-paru.


KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan".
CYBERJAYA: Model baru Proton Saga, kereta nasional pertama yang dikeluarkan pada 1985, dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat. Ia bagi menggantikan model Iswara dan Saga yang lama.