Tuesday, January 22, 2008

Eksklusif: Ezam bakal sertai pilihanraya sebagai calon bebas PDF Print E-mail
Tuesday, 22 January 2008

Foto
"Saya akan bincang dengan rakan-rakan"

Oleh Wartawan KLpos.com

Eksklusif KELANA JAYA: Pengerusi GERAK Mohamad Ezam Mohd Nor memberitahu bahawa beliau akan berbincang dengan rakan-rakan serta memohon petunjuk daripada Allah SWT sebelum membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 12. Bagaimanapun beliau tidak menolak minat untuk bertanding di Petaling Jaya Selatan, tempat di mana beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Bahagian Umno sebelum dipecat pada September 1998.

"Memang saya sedang mempertimbangkan beberapa pilihan termasuk bertanding calon bebas, tetapi saya juga mendengar pandangan rakan-rakan dan memohon petunjuk dari Allah SWT sebelum membuat keputusan muktamad," katanya.

Sumber KLpos.com memberitahu, biarpun Ezam menerima tawaran untuk bertanding di atas tiket tiga parti politik namun ramai penyokong GERAK mahukan beliau kekal tidak berparti.

Tawaran itu dipercayai dibuat atas kapasiti Ezam sebagai Pengerusi GERAK yang berjuang melawan rasuah. Ezam merupakan individu terbaik untuk mengangkat isu-isu rasuah di Parlimen.

Mengenai kawasan Parlimen yang diperhatikan Ezam pula, kata sumber KLpos.com, Ezam minat untuk bertanding di Petaling Jaya Selatan ataupun Shah Alam.

Sementara itu, sumber GERAK memberitahu KLpos.com, Ezam dijangka lebih berminat untuk bertanding sebagai calon bebas kerusi Parlimen daripada menerima tawaran mana-mana parti politik.

"Ezam mahu bawa mesej GERAK dapat di dengar di Dewan Rakyat," katanya ketika dihubungi KLpos.com.

Mengenai kawasan Parlimen yang diperhatikan Ezam pula, kata sumber KLpos.com, Ezam minat untuk bertanding di Petaling Jaya Selatan ataupun Shah Alam.

"Di Petaling Jaya Selatan, Ezam mempunyai akar umbi yang kuat, terutamanya di kalangan orang Melayu, beliau merupakan bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno di situ dan mengenali baik masyarakat di kawasan itu," kata sumber tersebut.

Ezam kali terkahir bertanding pilihanraya adalah pada tahun 1999, di Shah Alam, di mana beliau berjaya mengurangkan undi majoriti BN daripada 40 ribu kepada hanya seribu undi.

Pada tahun 2004, Ezam tidak bertanding dalam pilihanraya kerana masih mempunyai kes di mahkamah.

Ezam kali terkahir bertanding pilihanraya adalah pada tahun 1999, di Shah Alam, di mana beliau berjaya mengurangkan undi majoriti BN daripada 40 ribu kepada hanya seribu undi.

Sementara itu, dalam wawancara dengan akhbar PAS, Harakah, Ezam menjelaskan secara terperinci objektif beliau termasuk menangkis pelbagai tohmahan serta spekulasi yang bakal dilemparkan kepadanya sekiranya mengambil keputusan untuk menyertai pilihan raya umum akan datang.

"Agenda perangi rasuah masih menjadi fokus saya sama ada saya bertanding ataupun tidak kerana misi saya supaya gejala bahaya ini dibanteras di peringkat atasan dan bawahan sehingga rakyat meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu dalam negera.

"Tetapi ada yang berpendapat saya boleh ketengahkan isu-isu rasuah dan mendedahkan kepincangannya dengan lebih effisien di peringkat Parlimen dan kerana itulah mereka (parti-parti politik) menawarkan kerusi kepada saya," katanya.

Dalam wawancara terbabit beliau menjelaskan sekiranya beliau menerima tawaran untuk bertanding, beliau mempunyai tiga pilihan atau kaedah tersendiri termasuk memilih parti tertentu untuk menyertai pilihan raya tersebut bagi memastikan matlamat Gerak selama ini tercapai.

Sementara itu ketika ditanya kenapa 'iklim' kebangkitan rakyat memerangi rasuah di Malaysia lesu dan kurang menyerlah jika dibanding dengan negara jiran seperti Indonesia, Ezam menjelaskan bahawa ekonomi negara serta mata pencarian rakyat tidak terjejas teruk akibat gejala rasuah yang berleluasa namun akan memberi kesan buruk jika tidak dikekang daripada sekarang.

"Rasuah ini umpama batu karang, bila air pasang tak nampak tetapi bila surut baru orang sedar akan kesannya.

"Bila orang boleh makan dan tak jejaskan kehidupan, orang tak rasa rasuah ini bahaya tetapi bila menyebabakan orang lapar, tiada pekerjaan dan menyempitkan hidup mereka barulah rakyat tahu betapa buruknya rasuah kepada negara," katanya.

No comments: