Wednesday, January 23, 2008

Perjuangan belum selesai ?

Guru tiada kuasa di luar sekolah


KERATAN KOSMO! semalam.


KUALA LUMPUR – Walaupun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah mencadangkan agar guru diberi kuasa mengawal kelakuan pelajar selepas tamat waktu sekolah, namun usaha itu seperti sia-sia sahaja.

Ini kerana, cadangan itu ditolak oleh beberapa pihak termasuk ibu bapa yang bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak diingini jika kuasa tersebut diberikan kepada setiap guru termasuk menahan pelajar yang menghisap rokok di luar sekolah.

Presidennya, Anuar Ibrahim berkata, beliau pernah membentangkan kertas cadangan mengenai perkara itu pada satu seminar tahun lalu tetapi ia tidak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

“Ada yang bimbang jika kuasa ini diberikan kepada setiap guru, pelajar yang melakukan kesalahan berkemungkinan ditimpa kemalangan lain ketika cuba mengelakkan diri daripada ditangkap.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan KOSMO! semalam berhubung sikap sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Rawang yang ‘selamba’ merokok berhampiran dengan kawasan sekolah terbabit.

Pada masa kini, guru tidak mempunyai kuasa untuk menangkap pelajar yang melakukan kesalahan di luar pagar sekolah seperti yang termaktub dalam Peraturan Disiplin Sekolah 1959.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN ), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, dalam membanteras gejala ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

“Ini bukan masa untuk menyalahi mana-mana pihak, tapi masa untuk bekerjasama dalam membanteras gejala ini.

“Ini melibatkan pihak PIBG sendiri, NUTP mahu pun masyarakat sekeliling dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” jelasnyatanya.

No comments: