Sunday, January 27, 2008

Miskin milik semua kaum ?

Pelajar India Belajar Di Kandang Kuda dan Kontena Usang

Setelah hampir 80 tahun menyumbang bakti kepada masyarakat India sekitar bandar Klang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai akhirnya musnah sekelip mata dalam satu kebakaran pada 22 Disember 2007. Baki bangunan sekolah yang masih ada hanya menunggu masa sahaja untuk roboh menyembah bumi kerana terlalu uzur.

Ekoran dari itu, pihak sekolah terpaksa menumpangkan pelajar-pelajar mereka di kandang kuda milik Majlis Perbandaran Klang (MPK). 150 pelajar tahun satu hingga enam agak terkejut dan tidak selesa dengan ‘wajah’ baru sekolah tersebut.


Bukan nak kata , tapi sungguh bagai yang dipaparkan. Hinddraff kini menajdi idola masyarakatIndia. Penulis ada banyak pengalaman tentang orang India. Kumpulan orang India satu bangsa yang amat taat dan patuh kepada pemimpin , lebih-lebih jika kalangan yang memimpin itu adalah daripada pemerintah.

Bukti nya sejarah , sejak zaman British menjajah India, kaum India dikerahkan dan diambil sebagai tentera upahan ke seluruh tanaha jajahan British termasuklah Malaysia. Faktor mengapakah mereka amat taat kepada ketua, lebih berkisar adalah soal soruu atau lebih tepat lagi pasal kemiskinan. Pepatah kais pagi makan pagi itulah okok persoalan.


Di sini penulis ingin menurunkan beberapa pengalaman, pertama penulis pernah tinggal dalam komuniti kaum ini khususnya di kawasan setinggan KTMB di salah sebuah bandar besar di Perak. Golongan marhein ini hidup dan bertahan cukup lama di kawasan setinggan dan sesetengah yang bernasib baik sebagai buruh majlis perbandaran , kerjanya adalah menagangkat najis, baik sikit tukang sapu , baik lagi sebagai mandur di Municipal. Kehidupan mereka amat simple.Hakikat mereka terus hidup dan taat dengan ulil amri.


Isu kemiskinan sebenarnya bukanlah hak mutlak masyarakat India, jika pemimpin negara turun pandang mereka akan bertemu dengan situasi seperti mana yang penuis paparkan beberapa potert di bawah bagi tatapan pemimpin negara >







No comments: