Ketagih dan rasa rindu bilamana tidak dapat masuk dalam blog, walaupun banyak masa dan masih juga tidak kecapaian untuk menulis, terasa tidak tajam, ingin kembalikan dan asah daya fikir.
Kekangan masa dan tiada kelapangan kerana dek diburu hambatan tugasan harian sebelah siang dan urusan jemaah sebelah malam hari. Hari ini, penulis terpanggil lagi kerana ada sebahagian dan rata-rata rakan sepejabat penulis masih meletakkan harapan mengunung kepada Pak Lah. Apa dia bonus.
Penyakitnya adalah dek berlaku ulasan dan perkhabaran oleh media serta reaksi harapan Presiden Cuepas. Sememangnya sebagai presiden Cuepas dia sokmo memperingatkan kerajaan tentang tuntutan honororium tu. Manakala saluran utama tentulah media. Sementera KSN adalah orang yang sentiasa menjadi fokus dan harapan kakaitangan kerajaan.
Bagi orang awam lain terutama yang tiada pendapatan tetap seperti nelayan, petani kampung tradisional, penoreh marhean (yang menumpang getah orang), serta satu dua sektor lain hrapan tiadalah , cuma harapan mereka janganlah harga barang naik.
Berbalik kepada cerita rakan penulis, yang terlalu memanang tinggi dan meletakkan harapan agar honororium dapat juga tahun ini, banyak perbahasan dan hujah masing-masing pertahankan dan menindakkan. Ini yang menjadi keseronokan penulis. Maknanya sifat bersangkabaik orang-orang Melayu rakan sepejabt penulis dengan rakan-rakan yang tidak sebangsa dari segi pendirian ini adalah cukup berbeda. Sememanglah kaum Melayu adalah lembut dan baik. Inilah hakikat yang tidak dapat dinafikan. Ditambahkan lagi bila Islam itu sendiri menjadi agama pegangan mereka. Inilah yang istimewanya.
Sebaliknya rakan penulis bangsa lain, pendirian dan jawapan mereka cukup simple dan tegas. Kalau mau kasi kasilah, kalau tak mau kasi pun takdak hal lah.
No comments:
Post a Comment