Sunday, January 27, 2008

Sejak bila TPM jadi baik ?

Sejak bila Najib TPM mulai kesian dengan kakitangan awam, kesnya kata beliau sebab ada pihak-pihak tertentu pandang hina. Amboi baik sungguh ni... kalaulah kita buat-buat baik pada seseorang tentulah orang tertentu mulai rasa syak begitulah juga dengan Najib. Kalau dulu macam-macamlah dia ingatkan kat kakitangan kerajaan ni jangan berpolitik, jangan buat ini atau itu.


Tiba-tiba hari ini di Kedah , jadi baik. Masing-masing kita boleh faham bagi melihat cara gaya politk murahan UMNO BN, apa -apa sahaja akan baik menjelang pilihanraya, kesnya kerana mahu menarik simpati semua orang. Dengan kenyataan selembut ini , kita jangkakan ramai yang terkulai layu dan ada juga yang menyampah serta berbulu. Aapa pun kita semua mau ingatlah tentang apa yang dah depa buat.





TPM kesal kakitangan kerajaan dihina

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan kesal dengan pihak-pihak tertentu yang menghina mutu perkhidmatan kakitangan dan pentadbiran awam.

Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana mutu perkhidmatan awam negara ini kini semakin bertambah baik.

Menurutnya, kakitangan awam adalah begitu penting dalam pentadbiran negara kerana mereka menterjemahkan dasar-dasar kerajaan dan menyampaikannya kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan sentiasa menjaga hubungan baik dengan penjawat awam dan mencari jalan agar kebajikan 1.2 juta pegawai serta kakitangan awam diperbaiki dengan sistem penyampaian ditingkatkan.

``Ada pihak tertentu hina pegawai dan kakitangan kerajaan. Kita tidak setuju.

``Pegawai dan kakitangan awam adalah rakan kongsi pihak pentadbiran dalam membawa pembangunan, isi harapan dan inspirasi rakyat. Tidak mungkin kerajaan dapat memenuhi matlamat ini tanpa sokongan dan dokongan mereka (penjawat awam),'' kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Dengan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Negeri Kedah yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Sri Mentaloon di sini, hari ini.- Utusan

No comments: