Saturday, January 12, 2008

Cukup mudah hujah UMNO, masjid adalah ukuran Islam atau tidaknya ?



Apabila UMNO melihat buat masjid semata-mata adalah solah-olah memperjuangkan Islam. Ini adalah hujah calang-calang orang tetapi hujah ini adalah hujah TPM anak Tun Razak . Hujah ini tubit bilamana Najib Razak berkunjung ke Kelantan dalam siri Road Show bertemu rakyat Kelantan, yang juga petanda pilihanraya makin hampir.




Adalah malang, walaupun hujah dangkal ke , atau apa-apa sahaja hujah TPM, dan dia tahu bahawa hujahnya adalah hujah dangkal, tetapi itulah realiti masyarakat Melayu Malaysia dengan berhujah sebegitu hujahnya yang simple dan mudah rakyat terbanyak boleh 'makan' hujahnya.




Dalam memperkuatkan hujannya Najib berkata sebenarnyalah ....Umnolah yang sebenarnya memperjuangkan Islam. Ini katanya Najib kerajaan PAS di Kelantan telah gagal membawa Islam sebagaimana yang dijanjikan. Buktinya kerajaan negeri tersebut tidak mampu membina walau sebuah masjid pun sedangkan memerintah negeri tersebut sejak 1990.Yang membawa Islam sebenarnya adalah Umno, buktinya masjid-masjid yang dibina oleh Umno dan BN termasuklah di Kelantan.





Ulangan hujah yang sama juga bergema kali ini di Marang Terengganu, menonton Buliten TV3 malam ini sungguh membosankan dan menyampah.




Justeru , jika kita fikirkan bahawa hujah mentah Najib sedemikian boleh mempesoankan orang kampung, malah UMNO boleh mengekalkan kerusi di Kelantan dan merampas Terengganu. Maka tidak hairanlah lagi ramai rakyat terpikat di negeri-negeri lain yang jatuh kagum dan terpesona dengan hujah Najib ini. Hujah Najib walaupun nampak kampung tetapi termakan juga dek golongan cerdik pandai yang mahu diangkasakan itu. Sememang yang cerdik pandai dibandar seperti kata Syed Bukhari masyarakatnya berpecah-pecah kerana 'wang'. Di kawasan kampung-kampung katanya kerana pecahnya penduduk dek pegang fahaman politik masing-masing.


Sekularnya cerdik pandai dengan mengekalkan golongan sekular atas persengkokolan pimpinan sekular memerintah negara adalah sama dangkal dengan rakyat kampung yang 'sekularnya' memilih UMNO bagi memerintah negaranya.

No comments: