Wednesday, January 23, 2008

Al Fatihah , Tan Sri Murad Md Noor

Tokoh pendidikan, Tan Sri Murad meninggal dunia PDF Print E-mail
Wednesday, 23 January 2008

KL: Tokoh pendidikan dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Murad Mohamed Noor meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang di sini Selasa malam.

Tan Sri Dato' (Dr) Haji Murad Bin Mohamad NoorMurad, 78, (gambar) menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.15 malam di sisi anggota keluarganya selepas dimasukkan wad sejak dua minggu lepas akibat jangkitan paru-paru.

Adiknya, Tan Sri Marzuki Mohamed Noor berkata allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam dan masih dalam keadaan sedar pada pukul 8 malam ini.

"Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah (Damansara Heights) malam ini sebelum disembahyangkan pagi esok. Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk dikebumikan di sebelah kubur allahyarham ibu kami," kata Marzuki kepada pemberita.

Murad, Ketua Pengarah Pelajaran dari 1976 hingga 1985 pernah menerima Anugerah Khas Yang Amat Berhormat Menteri Menteri Pelajaran untuk Kepimpinan Pendidikan pada 16 Mei 2004 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-33.

Murad yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (USPI) pernah menghasilkan Laporan Murad yang membincangkan isu keciciran pelajaran dan mengemukakan syor yang dilaksanakan semasa beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran, Kementerian Pelajaran.

Antara sumbangan allahyarham ialah mewujudkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1983 yang menekankan aspek membaca, menulis dan mengira serta bertanggungjawab dalam pengambilalihan Sekolah Agama Rakyat dan menjadikannya Sekolah Kebangsaan.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu yang dilahirkan di Penaga, Pulau Pinang meninggalkan balu Puan Sri Azizah Aiyub Ghazali dan empat anak.

KLPOS.COM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

No comments: