Wednesday, January 16, 2008

PAS tadbir Kelantan baik daripada UMNo..

Dari Roslan SMS
PAS tadbir Kelantan dengan baik akui ahli Parlimen UmnoKerja untuk meyakinkan rakyat, mengajak mereka menolak BN dan mengundi pembangkang bukanlah sesuatu yang mudah. Selalu kita lihat petugas-petugas parti-parti pembangkang bertungkus-lumus bekerja bagi mendapatkan sokongan rakyat. Kadangkala kaedah yang mereka gunakan samada dalam bentuk ceramah, berdailog, ziarah, risalah berjaya membawa hasil tetapi ada juga yang gagal dan bagaikan senjata makan tuan.
Ringkasnya ia bukan calang-calang kerja.Tetapi kerja-kerja ini menerima seakan lonjakkan atau bantuan besar kiranya ia dibantu oleh mereka yang berada dalam lubuk dan bilik tidur BN sendiri. Apabila mereka ini bersuara, menyatakan sesuautu yang positif berkenaan pembangkang, ketika itu kerja-kerja para petugas tadi menjadi semakin ringan, kerana peluru dalam kubu meletus dalam kubu sendiri.
Dalam akhbar THE SUNDAY STAR Ahad lepas, ahli Parlimen Kota Bharu yang juga bekas Ketua Umno bahagian, Zaid Ibrahim telah secara terus-terang memberikan pandangan beliau berkenaan musuh politiknya PAS. Zaid memang dikenali sebagai seorang tokoh yang berani dan terbuka, dan tindak-tanduk beliau kadangkala tidak disenangi bukan hanya oleh pihak lawan malah sesama kawan sendiri.Dalam ruangan tersebut beliau menceritakan darihal pengalaman dan persepsinya terhadap PAS di Kelantan. Kata beliau:I have always had this fear of PAS, seeing it as an authoritarian party, more autocratic and not a religious body.
PAS sering menakutkan saya, saya melihatnya sebagai sebuah parti otokratik dan bukannya sebuah gerakan agama.Itu pandangan awal beliau terhadap PAS, dan beliau menyambung:But the years have proven me wrong. They have ruled for 17 years and they have done quite well except for personal liberties, (traditional dance) Mak Yong (which PAS has banned), women etc.Tetapi ternyata dari tahun ke tahun (persepsi saya itu) terbukti salah.
Mereka (PAS) telah memerintah (Kelantan) selama 17 tahun dan (pentadbiran) agak baik kecuali masalah hak peribadi, Mak Yong (yang telah diharamkan), wanita dan lain-lain.Bermakna ahli Parlimen Umno/BN sendiri mengakui yang kerajaan PAS di Kelantan telah berjaya memerintah negeri tersebut dengan baik! Kalau tiadalah isu-isu yang beliau tidak berapa berkenan sebagaimana yang dibangkitkannya itu bermakna beliau akan akui bahawa kerajaan PAS adalah baik, mungkin lebih baik dari BN sendiri.Isu hak peribadi atau "personal liberties" yang beliau rujuk itu mungkin berkait dengan beberapa peraturan Islam yang dilaksanakan kerajaan negeri, yang saya yakin jika diterangkan kepada beliau secara mendalam insyallah akan mampu merongkaikan apa sahaja kekusutan yang mungkin berada dalam dirinya.
Begitu juga isu Mak Yong dan lain-lain yang terlalu kecil dan remeh.Yang lebih penting Zaid mengakui secara keseluruhan kerajaan PAS baik, bermakna sia-sialah jika rakyat Kelantan menukar kerajaan yang musuh PAS sendiri akui baik.Kemudian Zaid terus membuat suatu pengakuan yang saya kira sangat penting untuk difahami dan direnungkans ecara mendalam oleh rakyat Kelantan keseluruhannya tidak kiralah orang PAS, Umno atau tidak berparti, kata Zaid:On a personal level, he remains on friendly personal terms with Nik Abdul Aziz and PAS does not make personal attacks against him.Secara peribadi, beliau memang berkawan dengan Nik Abdul Aziz (MB dan Mursyidul Am PAS) sebagai kawan, dan PAS tidak (pernah) menyerangnya secara peribadi.Kalau begitulah PAS Kelantan maka anak-anak Kelantan sewajarnya mengenepikan apa sahaja sentimen dan dalam pilihan raya nanti bersatu mempertahankan kerajaan PAS demi masadepan rakyat dan negeri tersebut.
posted by Roslan SMS 12:54:00 PM

No comments: