aklimat SPR: 90% selesai
PUTRAJAYA 22 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hampir melengkapkan 90 peratus urusan taklimat kepada semua pegawai pengurus dan anggota penguatkuasanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Johor masih belum diadakan taklimat berkenaan.
‘‘Johor adalah negeri terakhir bagi program tersebut yang dijadualkan pada akhir bulan ini.
‘‘Taklimat kepada pegawai pengurus ini adalah fasa terakhir menjelang pilihan raya umum. Mereka adalah pegawai SPR yang tertinggi dan bertanggungjawab mengendalikan urusan pengundian nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Sibu hari ini.
Wan Ahmad berada di Sibu sebelum ke Miri esok bagi menyampaikan taklimat kepada pegawai dan penguat kuasa SPR mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum.
Menurutnya, taklimat kepada semua petugas SPR lain seperti kerani dan penjaga peti undi telah selesai baru-baru ini.
SPR menyediakan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk mengendalikan pilihan raya umum yang dijangka diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.
Segala persiapan sama ada dalam bentuk tenaga kerja yang dianggarkan seramai 250,000 orang serta kemudahan logistik termasuk penyediaan 40 buah helikopter untuk membawa peti undi dan kakitangan SPR ke pedalaman kini berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment