Malam ini penulis menerima kunjungan seorang sahabat aktivis parti, penulis dan sahabat ini berbincang banyak persoalan. Antara termasuklah nadi parti iaitu penerangan. Titik persamaan bersetuju supaya 'gear' penerangan parti ini ditukar dan lakukan pecutan kerana pilihanraya semakin hampir.
Bagi penulis sendiri, ingin membuat pengakuan sejak ledakan maklumat media negara yang menggunakan internet, bawah sistem jalur lebar hampir-hampir 10 tahun sudah tidak lagi membeli akhbar cetak . Ini kerana e-akhbar sejak diperkenalkan menjadi pilihan utama penulis, tanpa mengira batas waktu dan masa.
Begitulah juga dengan akhbar Harakah sejak kebelakangan ini penulis jarang-jarang membeli atau mendampinginya. Kurang semangat ini, adalah berlaku kekerapan beitu atau isi yang apa terdapat dalam talian internet dan benda yang sama diulang berita sekali lagi. Inilah yang menjadi penulis hambar dan tidak teruja lagi dengan 'bila lagi kehadiran harakah'. Berbanding dengan sebelum ini, khususnya era reformasi sekitar 1999.
Justeru, kita minta pengarang Harakah dapat membuat sesuatu agar era kedahagaan orang ramai dan teruja untuk mendapatkan harakah itu dikembalikan. Penulis terlalu nostalgia dengan waktu itu kerana Harakah menjadi hambatan ramai orang. Dan penulis jadi hebat apabila membawa harakah ke pejabat atau diletakkan didepan desk board kereta yang seringkali menjadi jelingan ramai orang semasa kenderaan berhenti di kawasan lampu isyarat. Itulah nikmat dan bangga bagi penulis yang menjadi nostalgia dan saat itu sukar dikembalikan semula dna penulis terlalu menginginkan kembali.
No comments:
Post a Comment