Wednesday, January 23, 2008

PAS tetap dapat perhatian ?

PAS cuma pandai cakap... itulah petikan berita dalam Mstar Melayu. Maknanya sesungguhnya cabaran daripada barsian pembangkang dan yang menganacm BN adalah PAS. Jsuteru itu kebelakangan ini, apa sahaja berkaitan PAS akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Ini bertujuan untuk menaikkan mood rakyat agar menolak PAS dalam PRU yang akan datang.

Kata dan apa yang mahu diperkatakan adalah mainan biasa dalam dunia politik. Tiada politik yang tidak mengata, jadi kita nak bertanya kepada orang yang mahu lihat tiada kata mengata dalam dunia politik. Politik apa nama nya tu...

Pengalaman Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) yang pernah bekerjasama dengan PAS selama dua penggal sejak 1990 membuktikan yang PAS tidak mampu melakukan apa yang dirancang untuk rakyat, kata bekas Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat tidak terlaksana menyebabkan rakyat naik muak dengan janji-janji yang dibuat.

Tengku Razaleigh yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang berjanji akan menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan sekiranya parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-12, merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Setakat hendak cakap, siapapun boleh bercakap tapi buat tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (Kwapm) kepada 850 pelajar di Sekolah Kebangsaan Jerek, dekat sini Rabu.

Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh bersamasama dengan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (kini Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) pada 1988. Semangat 46 pernah bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum pada 1990 dan 1994.

Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh dan Dr Rais menyertai UMNO semula.

Tengku Razaleigh berkata apa yang dijanjikan oleh PAS merupakan manifestasi yang tidak mungkin dilakukan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan tanggungjawab untuk membantu rakyat kurang kemampuan melalui pelbagai bantuan dan sumbangan.

Mengenai pilihan raya umum akan datang, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu yakin rakyat Kelantan sudah bersedia menukar kerajaan dan memberi mandat kepada BN memerintah negeri itu.

"Rakyat sudah tahu siapa kerajaan yang mampu memberi perubahan kepada rakyat Kelantan," katanya.

Mengenai pencalonan beliau dalam pilihan raya umum akan datang, Tengku Razaleigh berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. BERNAMA

No comments: