Friday, November 30, 2007

Kemelut demi kemelut melanda negara, isu demi isu tuntutan bertindih, satu kaum tidak puas hati terhadap istimewa dan lebih kaum itu, kaya dan miskin sering diperbandingkan. Itulah gambaran senario negara, justeru apakah ramuan yang boleh mengakhiri semua kemelut. Selalu orang bercakap tiada jalan yang tida penghujung, tiada masalah tiada jalan penyelesiannya. Nah maka ditangan kitalah cara baik bagi kita oleah dan selesaikannya.
Terbaru adalah tuntutan Hindraff , yang mendakwa mahu ungkit kembali bahawa mereka miskin kerana di bawah penjajah Inggeris ke TM dan dijadikan hamba abdi, justeru mereka kekal miskin dan tegar kemiskinan di Malaysia negara merdeka jajahan British ini.
Rasa ketidakpuashati mereka dizahir dan dicetuskan pada 25 Novemver lalu di ibu negara dengan jumlah kehadiran melebihi 30,000 orang dari seluruh negara. Himpunan ini adalah manifestasi daripada perasaan tidakpuashati itu yang terpendam sejak 50 tahun dulu lagi, tarikh paling minima kerana mengikut sejarah buruh India di bawa British bermula dengan adanya benih getah di TM.
Atas perasan amarah berpunca dari itulah, mereka mahu kerjaan British membayar RM1 juta seorang kepada manusia India di Malaysia. Kita ingat tuntutan mereka berakhir dan berkisar isu itu sahaja, rupa-rupanya diperincikan lagi dengan kes kemiskinan, kes pendidikan dan besarnya hal kuil yang kata mereka tidak diambil berat oleh kerajaan.
Pak Lah, teruslah panggil hero Tamil Samy Velllu mengadap dan minta satu laporan penuh masalah itu ke kabinet...bertajuk PM arah MIC tubuh segera jawatankuasa khas sedia laporan lengkap ke Kabinet
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan MIC menubuhkan segera jawatankuasa khas bagi mengkaji tuntutan dan pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat India di negara ini. Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, kelmarin, Abdullah mahu jawatankuasa itu menyediakan laporan lengkap mengenai tuntutan masyarakat India untuk dipertimbangkan Kabinet.


"Saya membangkitkan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India, seperti peluang pekerjaan dalam sektor awam, pendidikan dan pembinaan kuil. "Perdana Menteri bersimpati dengan permintaan MIC dan berjanji akan mengkajinya," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini, semalam. Samy Vellu menjelaskan beliau sering mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri bagi menyuarakan permintaan masyarakat India.

Malah, katanya, Jun lalu MIC mengemukakan laporan bertajuk Mekanisme Bagi Pelaksanaan Yang Berkesan kepada Perdana Menteri, yang mencadangkan beberapa cara bagi membantu masyarakat India. Mekanisme itu antara lain membabitkan program kesedaran usahawan, latihan kemahiran dan pembinaan semula Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT). Samy Vellu berkata, beberapa cadangan baru juga akan dikemukakan jawatankuasa khas itu, termasuk meminta sektor awam mengutamakan pengambilan bukan Bumiputera di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk bukan Bumiputera yang tinggi, terutama dalam pekerjaan berkaitan kebajikan, pendidikan, kesihatan dan belia. Katanya, dalam laporan yang akan dikemukakan nanti, MIC akan memberi perincian data mengenai bilangan dan jawatan yang disandang bukan Bumiputera dalam sektor awam di peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Samy Vellu berkata, MIC juga akan menubuhkan Pusat Panggilan untuk memudahkan masyarakat India menyalurkan masalah yang dihadapi. Beliau berkata, pusat berkenaan yang akan diwujudkan kira-kira dua atau tiga bulan lagi, juga bertanggungjawab menangani isu berkaitan kuil dan SRJKT. Ditanya sama ada imej MIC terjejas berikutan dakwaan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) kononnya masyarakat India di negara ini terpinggir, Samy Vellu berkata: "Kami sudah buat kerja, kami tidak menghiraukan apa yang orang lain kata, kami hanya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk orang ramai. "MIC bukanlah kumpulan pemalas yang membiarkan kaum India terpinggir. Kami sentiasa bekerja kuat untuk masyarakat India," katanya. Mengenai pampasan RM344 juta yang terpaksa dibayar kerajaan kerana tol tidak dinaikkan, tahun depan, Samy Vellu berkata, kerajaan tidak bercadang memanjangkan tempoh konsesi syarikat lebuh raya bagi mengatasi masalah itu. Katanya, kerajaan tidak boleh berbuat demikian kerana syarikat konsesi lebuh raya terikat dengan perjanjian untuk membayar balik pinjaman bank dalam tempoh 15 tahun.

Thursday, November 29, 2007

Ye ke budaya jalanan bukan budaya kita ?

Kesombongan dan angkuh, itulah hadiah terbaik buat Nazri Aziz, menteri di JPM bawah kabinet Pak Lah, menteri kerajaan Malaysia yang diteraskan oleh parti Melayu UMNO dan parti bangsa-bangsa lain yang bergabung bawah BN.

Berita media elektronik malam ini, menfokuskan dan penegasan sera pengulangan ugutan serta gertak Nazri Aziz bahawa tiada kompromi lagi masa hadapan dengan para demontrasi jalanan. Inilah tahun ini satu ugutan paling keras dan serius dengan media propaganda oleh TV3, media elekronik yang tiada etika selepas RTM.

Sebelum interbiu dengan Nazri, tiba-tiba sahaja ucapan Raja Nazrin, raja muda Perak menjadi berita utama la ni. Sebelum ini, rakyat tidak tahu apa sahaja maklumat persidangan atau mesyuarat raja-raja , yang ada cuma umum mula puasa dan mula raya itulah kerja raja-raja kita. Tapi tiba-tiba ucapan Raja Nazrin kini tiba-tiba jadi penting dan dipetik.

Jawapan mudah kepada Nazri, jika tidak mahu budaya demontrasi jalanan, demontarsi bukan buaya kita, negara kita bukan Pakistan Thailand atau Filipina. Maka mudah sahajalah buatlah apa yang dituntut oleh BERSIH agar beberapa perkara berkaitan pilihanraya itu diambil kira , bukannya susuah daftar pemilih bersih, undi pos dimansuhkan dan lain-lain.

Maka itu yang dimahukan oleh rakyat. Jika dipenuhi maka senanglah rakyat, baiki sisitem dan teluskan SPR. Berpilihanraya cara pilihanraya yang adil dengan bermain di atas padang yang sama rata. Berilah laluan pimpinan pembangkang berucap, kempen pilihanraya 21 hari, tarikh pilihanraya diumumkan awal-awal. Jangan main-main sorok-sorok macam tu. Kita kalau jadi bapak tak kan kita nak sorok-sorok dengan anak-anak.

Bila semua-semua perkara di atas dipenuhi, mas atu marah demontrasi jalanan kita sokong, memng inilah masa bukan budaya kita. Ni laporan BPR oleh GERAK dah buat aduan 7 tahun terhadap seorang menteri masih tidak sampai laporan tersebut, bayangkan jauhnya jarak perjalanan ke apa dalam birokrasi negara kita ?

Jadi kita malas nak bangkit, budaya-budaya yang lain yang bukan budaya kita, tapi puak-puak demo amal dan wiridkan budaya tu, berjanji tak tunai budaya kita ke ? dan lain-lain perkara yang bukan budaya kita dalam semua aspek dan disiplin hidup timur negara kita.

Awaas dengan Daftar Pemilih 2007 !!

Pengundi berdaftar melebihi 10.7 juta. Itu adalah bunyi berita BH pada hari ini. Apa pun bagi parti pembangkang khususnya PAS dalam memilih cara demokrasi melalui pilihanraya, antara proses daftar, semakan bantah dan sebagainya. Kerjaya terakhir sebelum diwartakan nama-nama pengundi adalah membuat protes atau bantahan DPT sUku Tahun Ketiga baru lalu. Kerja bantahan ini adalah satu bentuk excercise baru kepada para petugas parti bagi mempelajari dan mengalami sendiri sebagai satu pengalaman.


Selain itu ' latihan' bantahan ini jika dibuat bagi DUN-DUN tertentu selain di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah memberi pengalaman baru, memberi isyarat baru terutama kepada SPR khasnya dan kerajaan amnya kerana kebanyakan rakyat sudah sedar dan ada ilmu 'supaya jangan ditipu hidup-hidup' dengan sistem dan terma-terma ciptaan SPR , dengan membuat 'pertolongan' mudah dengan niat untuk memberi laluan mudah kepada kemenangan BN dan UMNO.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Ketiga 2007 yang mengandungi 412,756 pemilih termasuk 308,076 pengundi baru, menjadikan pengundi berdaftar di seluruh negara kini melebihi 10.7 juta orang.

Seramai 104,680 pengundi lagi memohon pertukaran alamat serta pusat mengundi sepanjang tempoh DPT suku tahun ketiga itu bermula 1 Julai hingga 30 September lalu.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata dalam tempoh sama SPR juga mengeluarkan nama 141,063 pengundi daripada senarai daftar pemilih itu atas pelbagai faktor, seperti bertukar alamat, meninggal dunia dan dilucut hak kewarganegaraan.


Beliau berkata, DPT suku tahun ketiga itu diperakui SPR pada 19 November lalu dan diwartakan hari ini.

“Perakuan terhadap DPT Suku Tahun Ketiga 2007 dibuat sebagai mana dikehendaki Peraturan 22(1) Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan supaya DPT diperakui sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihan raya.

“Dengan pengesahan DPT suku tahun ketiga ini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara selepas dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk 2006, DPT Suku Pertama 2007, DPT Suku Kedua 2007 dan DPT Suku Tahun Kedua yang terbabit dengan siasatan awam adalah 10,798,709 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sabri juga berkata, sebanyak 1,381 tuntutan bagi permohonan baru dan bertukar alamat yang diterima pada suku tahun ketiga itu tidak dapat diselesaikan kerana bahagian pilihan raya berkenaan terbabit dengan urusan bantahan dan terpaksa dibawa ke suku tahun keempat 2007.

Kawasan Parlimen yang terbabit dengan tuntutan itu meliputi Sik (P13) di Kedah dan empat lagi di Kelantan - Kota Bharu (P21), Ketereh (P26), Pasir Putih (P28) serta Kuala Krai (P31).

SPR juga menerima 1,873 bantahan membabitkan kawasan Parlimen Tumpat (P19), Pengkalan Chepa (P20), Kota Bharu (P21), Pasir Mas (P22), Rantau Panjang (P23), Kubang Kerian (P24), Bachok (P25), Ketereh (P26), Tanah Merah (P27), Pasir Puteh (P28), Machang (P29), Jeli (P30) dan Kuala Krai (P31) di Kelantan.

Di Terengganu, kawasan Parlimen yang terbabit dengan bantahan ialah Kuala Nerus (P35), Kuala Terengganu (P36), Marang (P37) dan Dungun (P39), manakala Pahang di Pekan (P85), Bera (P90) dan Rompin (P91).

Sabri berkata, semua bantahan itu sedang disiasat pendaftar Pemilih negeri berkenaan.

Orang ramai yang ingin membeli naskhah DPT Suku Tahun Ketiga 2007 boleh mendapatkannya di ibu pejabat SPR di sini.

SPR juga memohon kerjasama waris menghantar salinan sijil kematian atau permit mengebumikan waris bagi membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar.

Sabri berkata, pemilih berdaftar juga digalak menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi membuat pembetulan jika ada kesilapan data membabitkan ejaan nama, nombor kad pengenalan, jantina dan nombor rumah pemilih.

“Jika ada sebarang kesilapan, pemilih boleh membuat pembetulan dengan menghantarnya ke spr@spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR,” katanya

Wednesday, November 28, 2007

Cara Anugerah Baru dan Bentuk Perniagaan Jenis Baru !!!!

Nilai kebodohan kepimpinan negara kita, angka ini akan tercatat dalam lipatan sejarah betapa pemimpin kita bodoh dan dungu, atas alasan istilah keramat iaitu demi membela rakyat, mereka sendiri rancang dan mahu buat, maka puak-puak dialah yang membatalkan. Nilai pampasan walaupun nampak macam menjaga kepentingan rakyat dan tidak mahu membazir duit rakayt, sebenarnya ini adalah 'satu bentuk projek baru kerajaan UMNo Bn iaitu memberi penganugerahan tnder secara halal dengan membayar kepada syarikat kroni sebagai hadiah kerana mereka dah langagar. Perkara ini walaupun tidak disiasat, para pemimpin kita yang bodoh dan dungu buat-buat macam lembu kenyang, kerana mereka dah pun kenyang dengan membaham secara 'halal' duit rakyat dan negara.
Ikuti sedutan laporan akhbar pada hari ini........KERAJAAN membayar pampasan RM222.4 juta berikutan keputusannya untuk menamatkan pakej pembinaan jambatan bengkok berbanding kos asal bagi pakej jambatan bengkok dan jambatan kereta api sebanyak RM1.113 bilion. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata bagi membolehkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) beroperasi, kerajaan memutuskan untuk menghubungkan tambak Johor ke kompleks itu dengan sebuah jambatan sementara membabitkan kos RM190.7 juta. "Projek Gerbang Selatan Bersepadu asalnya mempunyai dua pakej iaitu KIK dan pakej Jambatan Bengkok serta Jambatan Kereta Api.

"Tarikh milik tapak bagi kedua-dua pakej ialah pada 1 Januari 2003, tetapi atas keputusan kerajaan, kontrak bagi Jambatan Bengkok ditamatkan pada 12 April 2006," katanya. Beliau berkata demikian menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) mengenai jumlah perbelanjaan yang perlu dibuat jika jambatan bengkok diteruskan dan kos yang ditanggung kerana membatalkan projek itu.

Media Berbahasa Melayu mula GILA !!!!!

Kegilaan media bermula, selepas Himpunan Rakyat 10 November, UMNO -BN yang rasa selesa dan sedap mula terasa dan dipalitkan sengatan kebangiktan rakyat pelbagai kaum . Hari ini sahaja serangan ditala dan dihalakan kepada Kerajaan Kelantan.
Pertama BPR serbu 10 syarikat balak Kelantan
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyerbu sekurang-kurangnya 10 syarikat dan pejabat kerajaan di negeri ini termasuk Jabatan Perhutanan, bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan haram di Hulu Kelantan. Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat BPR Putrajaya dan Kota Bharu, sejak berapa hari lalu. Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, juga dilihat berada di Pejabat BPR Kelantan di Wisma Persekutuan sejak kelmarin, dipercayai bagi mengetuai sendiri operasi itu.

Dalam serbuan di Jabatan Perhutanan Negeri di Kota Darulnaim kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, pegawai BPR dilihat membawa keluar beberapa fail dipercayai mengandungi maklumat berkaitan kegiatan pembalakan di negeri ini. Sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di deretan pejabat dan kedai dekat Jalan Gajah Mati di sini, turut diserbu kira-kira jam 3 petang. Selepas menggeledah premis terbabit selama kira-kira dua jam, pasukan itu dilihat membawa keluar beberapa fail milik syarikat itu. Shukri bagaimanapun tidak dapat dihubungi tetapi menurut sumber, siasatan BPR menjurus kepada penyelewengan disyaki berlaku dalam kegiatan pembalakan yang diluluskan kerajaan negeri di Hulu Kelantan, terutama Lojing. Katanya, selain menyemak maklumat fail yang dirampas, BPR turut merekodkan keterangan kakitangan pejabat dan syarikat diserbu itu. "Lebih banyak serbuan mungkin dilakukan dalam tempoh terdekat," kata sumber itu semalam. Sumber di Jabatan Perhutanan Negeri ketika dihubungi mengaku, sepasukan pegawai BPR melawat Bahagian Pembangunan Perhutanan di jabatan itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Minggu lalu, Pergerakan Pemuda Umno mendesak BPR mengambil tindakan segera terhadap hasil siasatan yang dijalankan berkaitan pelbagai dakwaan rasuah membabitkan beberapa agensi di negeri ini. Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan itu perlu kerana selama ini orang ramai tertanya-tanya perkembangan serta kesudahan siasatan dijalankan badan itu ke atas pelbagai pihak di negeri ini. "Umum mengetahui BPR menjalankan siasatan terhadap syarikat utiliti, Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) dan berkaitan Lojing tetapi hasil siasatan itu tidak diketahui sampai ke tahap mana," katanya.


Kejadian Kedua , dua wakil rakyat UMNO BN membuat laporan kepada BPR juga terhadap penyelewengan beberapa pimpinan kerajaan negeri Kelantan. Dengan 9 bentuk penyelewengan disenaraipendekkan bagi tindakan segera BPR.
Kes ketiga, penganjur Hindraff diserang dengan tohmahan dan momokan berdasarkan isu perkauman, sejak 2 dan 3 hari kejadian ini mendapat pelbagai sosroton, liputan dan ulasan media negara. Para peserta himpunan 'haram' itu dikambinghitamkan, yang pelik himpunan tempat lain pergaduhan dan belasahan dipukul oleh 'militan Hidraff' berlaku di Batu Caves !!!!

Nozula Bohhh ...lah demo !!!!!


Ini adalah lakonan sebelum Persidangan DUN Kelantan petang semalam, dalam DUN Kelantan Nozula Mat Diah, yang dilihat gadebe dan gagah, kalah 'katanya' dengan provokasi Zaki Ibrahim Ketua Pemuda PAS dengan bertindak menyerbu Zaki dan menendang beberapa kali Zaki . Kejadian berlaku dalam Dewan semasa Exco Kerajaa Kelantan Sdr Zulkifli Mamat sedang menjawab pertanyaan daripada seorang wakil rakyat pembangkang.
Melihat watak Shariff Dol samseng Kg Dusun spt dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee memang relevan. Justeru kepada rakyat serta pemilih yang berada di luar sana sudah-sudahlah memilih dan mengundi UMNO. Katakan Tidak Untuk Kali ini Kepada UMNO dan BN.
Di bawah lihatlah betapa murni nya mereka berdua bertindak membuat laporan BPR terhadap seorang ADUN Kelantan yang di dakwa melakukan penyelewengan wang rakyat. Justeru kita nak orang macam ni, lah tapi kita nak tanya mana tok-tok wakil UMNo yg lainnya, ketua Perhubungan UMNO demo pun tak dok, kalu kukuh gak puak-puak ni pukul canag gak, seantero Malaya bergegar dan digegarkan . Dak gitu !!!!

Dua wakil BN buat laporan BPR



KOTA BHARU 27 Nov. – Dua wakil rakyat Barisan Nasional hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan penyelewengan beberapa pemimpin kerajaan negeri Kelantan.

Tindakan itu diambil setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik tidak diberi peluang membangkitkan perkara berkenaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Mereka yang merasa dinafikan hak untuk bersuara mengambil langkah itu bagi memastikan rungutan rakyat dapat disampaikan dan kerajaan Pas menjelaskan perkara sebenar kepada BPR.

Semalam, kedua-dua wakil pembangkang itu digantung keanggotaan selama enam bulan melalui satu usul yang diluluskan DUN atas tuduhan menghina Dewan.

Penggantungan mereka kerana mendakwa Spekaer tidak berlaku adil dan mengabaikan peraturan DUN akan berterusan sepanjang tempoh itu jika mereka enggan memohon maaf.
Ketika membuat laporan kira-kira pukul 12.45 tengah hari, mereka turut menyerahkan pelbagai dokumen yang berkaitan termasuk dokumen bank, baucer dan lain-lain.

Turut mengiringi Nozula dan Mohd. Adhan membuat laporan di Pejabat BPR Negeri, Wisma Persekutuan ialah kesemua ADUN Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, dalam laporan tersebut, terdapat sembilan perkara utama dinyatakan iaitu salah guna kuasa oleh seorang anggota Exco, laporan penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dan isu kegagalan pengurusan AKSB kerana kroni yang dilindungi Exco terbabit.

Isu lain ialah berhubung pembinaan kedai oleh Majlis Daerah Machang; pembelian kambing jamnapari yang melibatkan dana Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK); penyelewengan kawasan balak yang kononnya untuk dibuka ladang getah sedangkan ia bertujuan mendapatkan hasil balak.

Tiga isu lagi ialah penyelewengan pembelian lot tanah Mukim Gual Periok; laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Pengarah Urusan KPK dan isu kesembilan ialah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang melibatkan percubaan menjual tanah rezab Melayu.
Dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan kemudian, mereka menegaskan bahawa tindakan membuat laporan kepada BPR itu adalah kerana mereka tiada pilihan bagi menyuarakan masalah rakyat.

Kata mereka, sebagai ADUN, mereka bertanggungjawab menyuarakan rungutan rakyat tetapi telah dinafikan hak semalam.
‘‘Justeru kami serahkan kepada BPR segala maklumat dan dokumen berhubung penyelewengan terancang Pas untuk disiasat setelah kami tidak lagi berpeluang mendapat jawapan daripada kerajaan Pas. Biarlah Pas memberi jawapan kepada BPR,” katanya.

Tuesday, November 27, 2007

Apa Kata Akhbar Depa Dekat MB Pahang !!

Mari kita saksikan agenda mereka bila mereka tidak berkenan kat Dato Nan MB Pahang Darul Makmur. Kita tidak dapat menelah apakah agenda mereka dan utusan dalam membesarkan Pejabat MB Pahang.

Adengan MB-MB membida, membolot, mentiris, mengaut, membaham, membenam berkaitan bawah negeri urustadbir mereka, bukanlah baru ni sahaja kita tahu. Knepakah kali ini utusan macam nak ambil tahu dan berpura-pura tahu sangat perkara ini. Jawapannya sebenar berada kat depa lah ? Jawaplah Pejabat MB jangan tak jawap .

Nak tanya seteruk MB Nan ni dia hormat juga Tok Guru, dia buat juga Yayasan Pahang bantu anak negeri Pahang yang belajar dan susuah . Dak Gitu, Oh MB negeri lain berjurus belako, hok MB negeri kawe je tak jurus !!!

Pejabat MB menang bidaan CCC 9

KUANTAN 26 Nov. – Pejabat Menteri Besar Pahang memenangi tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 selepas membida pada harga RM48,000.

Harga tersebut merupakan yang ketiga tertinggi dibida bagi siri nombor CCC selepas Sultan Pahang yang membida pada harga RM76,600 untuk CCC 1 dan dua Exco kerajaan negeri yang membida sebanyak RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8. Bagaimanapun dua Exco itu dilaporkan telah menarik diri.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500.

Senarai nama pemohon yang berjaya bagi nombor siri CCC yang ditender, kini dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Akar di sini.

Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dua anggota Exco kerajaan negeri Pahang yang membida nombor pendaftaran tersebut telah menarik diri.

Dua Exco itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Adnan berkata, beliau tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan berharga lebih RM10,000 kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain misalnya perniagaan.

‘‘Tetapi bagi mereka yang menjadi Exco, kalau nak beli nombor pendaftaran, saya nasihatkan berhentilah jadi Exco,’’ katanya.

Sementara itu, mengikut laman web JPJ, nombor 1 hingga 10 dikelaskan sebagai nombor utama dan pembida perlu membayar 10 peratus daripada nilai bidaan semasa memohon.

Pembida yang berjaya perlu membayar baki nilai tempahan dalam tempoh dua minggu dan mendaftarkan nombor tersebut dalam masa satu bulan.

Apa Kata Mereka Tentang Piala Monsun 2007

Kata mereka, bila buat program hatta sukan Pertandingan Perahu Layar Piala Monsun, dan mereka berbelanja tempah 20 buah bot mewah dengan nilaian RM90 juta tidaklah membazir. Alasannya sukan ini dapat menjana ekonomi Terengganu.


Mereka kata mereka dapat buat majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat pembuat bot tempatan dan pelabur Eropah akan ditangani

Mereka kata juga sukan ini akan mepromosikan di Teluk Warisan, Pulau Duyong, Kuala Terengganu itu kerana Pulau Duyong Terengganu akan bakal disaksikan lebih 428 juta penonton seluruh dunia, pada 1 dan 2 Disember ini. Dengan jumlah 856 juta pasang mata seluruh dunia dapat lihat Pulau Duyong dan Terengganu nanti pada 1 dan 2 Disember.

Kata merka lagi dengan penuh yakin bahawa pertandingan yang akan dianjurkan ini akan menjana ekonomi, dan menjana pendapatan dalam sektor pelancongan sebanyak RM50 juta. walapun dipertikaikan oleh banyak pihak sebelumnya.Ini masuklah tahu ke 2 duit rakyat dibazirkan. Dulu belanja tidak diuar-uarkan, kali ini dimaklumkan kepada umum.



Kata mereka lagi faedah terdekat yang bakal dan akan diperolehi adalah ,ada dah syarikat tempatan yang mendapat kontrak untuk pembinaan bot mewah itu akan membina limbungan di Seberang Takir tahun depan dan bakal memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 penduduk tempatan. Tambahnya “Kita jangkakan lebih banyak peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada penduduk tempatan oleh syarikat itu, terutama selepas kemunculan industri dan khidmat sokongan kepada limbungan yang bakal memperoleh kontrak lain, selain membina 20 bot mewah bakal ditempah pelabur Eropah,” katanya.


Kata mereka mereka sedar pun, Penganjuran Pertandingan Perahu Layar Piala Monsun mula diperkenalkan kerajaan Terengganu pada 2005 dan ketika itu ramai yang mempertikai serta memandang serong dengan menuduh kejohanan berkenaan sebagai pembaziran. Dakwaan dan tuduhan itu diperkukuhkan apabila kerajaan menubuhkan T-Best Event Sdn Bhd (T-Best) dan melantik Wan Hisham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang sebagai pengerusi untuk mengendalikan penganjuran itu. Tuduhan dan dakwaan, termasuk daripada pihak pembangkang itu pada mulanya dianggap berasas kerana Wan Hisham bukanlah berpengetahuan mengenai selok belok perahu layar, apatah lagi diberi tanggungjawab mengendalikan pertandingan bertaraf dunia. Tidak hairanlah, isu penganjuran yang turut menampilkan pelayar terunggul dunia seperti Datuk Peter Gilmour dari Australia itu menjadi perdebatan hangat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu.

Mereka juga mengaku, Isu pembaziran atau lebih tepat lagi penganjuran tidak menguntungkan rakyat diperkukuh dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh ketika mempengerusikan sesi pendengaran awam.


Kenyataan Wan Hashim yang juga Ahli Parlimen Grik itu membangkitkan kemarahan dan kekesalan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dari Terengganu yang sebulat suara menyatakan kekesalan terhadap kenyataan negatif itu.


Perasaan kekesalan itu terserlah apabila Ahli Parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan memaklumkan kepada Ketua Whip Parlimen yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan meminta kenyataan itu ditarik balik, walau dengan apa cara sekali pun.

Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan disuarakan, tetapi ia tidak mematahkan semangat jitu kerajaan negeri untuk tetap menganjurkan kejohanan yang kini sudah memasuki tahun ketiga.

Wan Hisham berkata, kepercayaan pelabur Eropah membuat tempahan bot mewah daripada syarikat tempatan itu membuktikan bahawa tukang bot tempatan yang masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional kompetitif dan mampu menghasilkan produk berkualiti.

Katanya, tahun ini adalah kali ketiga kejohanan berkenaan dilangsungkan dan pelaburan kerajaan negeri membina Teluk Warisan yang dijadikan gelanggang perlumbaan berjumlah RM200 juta berbaloi apabila kerajaan negeri menganggarkan memperolehi RM50 juta dalam sektor pelancongan negeri tahun ini.

“Berbanding peruntukan dilaburkan kerajaan berjumlah RM200 juta untuk membangunkan Teluk Warisan, kini menikmati kesan media bernilai RM196 juta tahun ini, manakala RM350 juta, tahun hadapan,” katanya.


Kata Mereka Bila Ada Demontrasi Jalanan ?

Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan , mereka terlalu sayangkan pelancong asing, para peniaga dan pelabur-pelabur. Rasa saying itu dibuktikan dengan bukti keluarlah alas an kesekian kali hujah membela dengan alas an itu dan ini. Maksudnya jika begitulah mereka terlalu sayangkan pelancong asing, pelabur asing daripada rakyat Negara sendiri.

Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan mereka mestikan kaitkan dengan paparan dan bukti kerosakan teruk atas kemusnahan harta benda awam sasarannya. Pelakunya adalah kumpulan demontrasi jalanan inilah. Maka media berlumba-lumba membuat shot, snap dan ulasan berita secara besar-besaran, berhari-hari dan bahan ini akan dijadikan alat propaganda menghasut rakyat secara halus, dan ‘menipu’ rakyat, menipu pembaca dan memomokkan maklumat kepada para pendokong jentera parti mereka perlu kerja keras kena ini dan itulah yang paparkan kumpulan lain sebagai lemah, terlalu emosi, ganas, tiada jati diri., tiaada semangat patriotisme maka menjadi tanggugngjawab besar dipundak pemuda wanita BN kuasa perlu dan mesti dipertahankan kerana kes seumpama inilah.



Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan, media dan pimpinan mesti kaitkan keadaan ganas , bertindak kerterlaluan sehingga ke atahap menmbahayakan naywa serta keselamatan sesipa sahaja yang berada di kawasan tersebut. Maka diambillah satu dua kes pasukan keselamatan ‘yang murni tugasnya dengan ayat keramatnya iaitu ‘untuk mengawal keselamatan orang ramai’. Maka inikah balasan yang diterima oleh sianu tu. Begituah syahdu dan lunakknya bahasa yang menjadi rakyat terbanyak mudah teruja dan tergoda.

Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan, mesti menyalahkan parti politik pembangkang lah dalangnya, Paparan kejahatan itu digambarkan dan dibinkan kepada kumpulan pembangkanglah. Secara halus mesejnya dan agendanya berilah terus terusan kuasa kepada kami, kerana kami lebih bertanggungjawab, jangan beri kepada pembangkang mereka ni adalah kumpulan ganas dan tak reti bahasa. Mungkin begitulah mesej tersiratnya


Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan kini kataya sudah ada pihak semakin berani mencabar pihak berkuasa dan undang-undang di negara ini dengan menyemarakkan budaya perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan, budaya yang bukan saja memburukkan imej negara di mata dunia, malah menggugat keselamatan awam dan menjejaskan ekonomi negara.



Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan, katanya benar-benar mengecewakan majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran. Demontrasi jalanan juga kata mereka sekali gus adalah satu sikap untuk mencabar kewibawaan pihak berkuasa dan undang-undang negara.


Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan, kata mereka adalah menunjukkan ada pihak yang sudah berani membelakangi undang-undang negara. Mengapa harus kita meniru budaya negatif yang selama ini bukan budaya kita? Sejarah demokrasi Barat menunjukkan kebebasan mutlak sehingga rakyat boleh berbuat sesuka hati lebih banyak membawa kesan negatif. Kerana itu jugalah beberapa negara Barat terutama selepas kejadian 11 September bukan saja mula mengawal kebebasan rakyat, malah memperkenalkan beberapa undang-undang yang dilihat mencabar hak asasi manusia.


Kata mereka lagi bila ada demontrasi jalanan, Kita kena ingat kebebasan yang tidak diiringi tanggungjawab boleh mengganggu gugat keamanan dan kestabilan serta merenggangkan ikatan hubungan kaum terutama dalam negara majmuk seperti Malaysia. Kebebasan bersuara seharusnya berlandaskan adab sopan dan tidak menyentuh perasaan orang lain, apatah lagi jika membabitkan sensitiviti kaum dan agama.


Kata mereka lagi, demontrasi jalanan adalah, dari segi sejarahnya membuktikan katanya betapa peristiwa hitam 13 Mei 1969 mencetuskan rusuhan kaum kerana kebebasan yang diberikan kepada rakyat disalah guna dan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk mewujudkan kekacauan di negara ini. Namun dengan kebijaksanaan pemimpin kita dulu dan kini, kita berjaya mengekalkan keharmonian antara kaum.


Kata mereka lagi demontrasi jalan dii negara kita cukup menyedihkan akhir-akhir ini, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan seakan-akan sudah menular ke negara kita. Lebih memburukkan tindakan dalang yang sanggup mengadakan ceramah bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap apa yang mereka dakwa sebagai ketidakadilan yang berlaku di negara ini.


Mereka berkata lagi demonstrasi jalanan, seperti yang lazim berlaku di Indonesia dan dijadikan ikutan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk penyokong parti pembangkang di negara ini, bukanlah cara menyelesaikan apa juga masalah. Sebaliknya, ia hanya akan membawa kepada demonstrasi di tempat lain yang membabitkan jumlah lebih ramai serta menimbulkan pelbagai masalah lain.


Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan adalah Budaya Mereka yang merancang perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sebenarnya tidak kisah terhadap keselesaan hidup keseluruhan rakyat. Mereka lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan akibat buruk tindakan mereka terhadap rakyat dan negara.

Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan, kata mereka adalah Jelas mereka (para demo) tidak langsung menghiraukan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Tiada siapa yang memiliki kekebalan terhadap tindakan undang-undang tanpa mengira apa pun bentuk hujah dan penentangan mereka. Malangnya masih ada pihak di negara ini yang mahu mencabar undang-undang, seolah-olah merekalah yang lebih berkuasa.

Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan, katannya Kita seharusnya menghargai segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada bumi dan rakyat Malaysia, bukan saja kita dilimpahkan perpaduan dan keharmonian selama 50 tahun merdeka, malah kemakmuran yang begitu ketara. Ramai orang asing yang memandang kita di Malaysia sebagai amat bernasib baik dan bertuah sehingga ramai yang sanggup bermati-matian untuk berhijrah ke negara kita.

Justeru, sebagai warga yang prihatin dan waras, kita hendaklah mengambil iktibar daripada peristiwa pahit yang berlaku sepanjang sejarah negara dan bijak menguruskan kepelbagaian kaum supaya ia terus menjadi aset dan kekuatan kepada negara, bukannya satu liabiliti.

Budaya pimpinan dan kerajaan BN Malaysia apabila ada demontrasi jalanan, katanya kita (para demo) tidak usaha untuk Peliharalah dan hargai kebebasan bersuara selagi kerajaan membenarkannya dan salahkan diri sendiri jika kerajaan terpaksa bertindak menyekatnya. Bagaimanapun, kita percaya kerajaan akan terus memberi kebebasan itu walaupun tidak sepenuhnya asalkan rakyat bersedia mengamalkannya secara beretika dan tidak menyalahi undang-undang.




Monday, November 26, 2007

Himpunan Hindraf himpunan hak dan keadilan politik sahaja !!!!!

Mana ada selama hari ini tindakan polis tak betul. Hatta semua tindakan pihak berkuasa khusus pemerintah adalah untuk mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak. Dak gitu, hakikat ini tidak sapa berani nafi dan sangkalkan. Sememanglah kerajaan yang ada ini adalah kerajaan rakyat, dipilih oleh rakyat, jeuteru wajarlah mereka bekerja dan berfikir ke arah menjaga keharmonian serta kesejahteraan rakyat.


Maka dalam mana-mana negara dunia , wujud juga kepala pembangkang, jadi pembangkanglah kerjanya adalah membangkang. Itu semua orang tahu, jika pembangkang kerjanya tidak membangkang maka jadilah ia sebagai kumpulan penyokong kerajaan. Sifir ini adlah sifir mudah, tak tahulah kalau ada orang yang tak tahu, justeru payahlah dan memahamkan apa yang penulis fahama berdasarkan analogi di atas.


Nah, mari kita ikuti kata Pak Laha tentang usaha dan tindakan polis membantah , membelasaha, mengejar dan memukul kumpulan Hindu Hindraff. Oleh kerana Himpunan Hindraff ini dibuat oleh satu kaum, maka mudahlah dalam negara kita jadi isu perkauaman. Ini adalah asas pembinaan negara di dunia dari segi sejarah adalah berkonsepkan pembinaan negara bangsa yang mana konsep negara bangsa ini bercirikan model Barat. Bukan negara bangsa Islam sebagai piliahan, walaupun model negara berbangsa-bangsa ini sudah diasaskan dan disempurnkana model dan modulnya oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Berbalik perisitiwa Himpunan Hindraff, bijak Najib dia kata kepada para pemberita Himpunan ini bermotif politik sahaja. Tak tahulah pula kata KJ Naib Ketua Pemuda yang tengah cari peluang dan ruang membina jatidiri sebagai jaguh Melayu dikalangan mata muda Melayu dan Mudi melayu serta puteraMelayu UMno.

Maka kata Pak Lah pulak dari Kamapala Unganda spt dilaporkan oleh Utusan macam ni pulak....

Tindakan polis betul’


KAMPALA, Uganda 25 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakan polis menyuraikan demonstrasi di Kuala Lumpur awal pagi ini dengan menyifatkannya sebagai langkah perlu untuk menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai.

Sambil mengingatkan kumpulan yang terlibat bahawa mereka tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang, Perdana Menteri menegaskan, polis terpaksa bertindak demikian demi menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya.

Katanya, majoriti rakyat mahukan keamanan dan tindakan kumpulan tersebut juga dipercayai bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu ekoran pilihan raya yang bakal menjelang.

“Polis telah menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan tidak menggunakan kekerasan walaupun terpaksa bertegas ketika menyuraikan mereka,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui di hotel penginapannya di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang berada di ibu negara Uganda ini bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) berkata demikian ketika diminta mengulas demonstrasi yang berlaku di Kuala Lumpur itu.

Demonstrasi anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) itu diadakan untuk menghantar petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British bagi menuntut pampasan bagi masyarakat India.

Menurut Perdana Menteri, dari awal lagi polis tidak membenarkan demonstrasi tersebut kerana penilaian mendapati ia mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Soal hendak tentukan keamanan dan keselamatan serta sama ada sesuatu akan mendatangkan ancaman adalah pihak polis.

“Mereka lebih mengetahui dan apabila ia didapati tidak boleh dilakukan maka kebenaran tidak diberikan, maka pihak ini perlulah memahami.

“Kalau mereka mahu hantar memorandum, mereka boleh hantar. Bukannya tidak boleh kalau nak hantar memorandum. Apa niat mereka bila lakukan seperti itu,” katanya.

Polis, katanya, bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dan ia merupakan amanah yang diberikan kepada mereka yang perlu dilaksanakan.

“Ada pihak yang tak nak demonstrasi tetapi mereka ini tidak ada kekuatan untuk halang, jadi mereka bergantung kepada polis untuk ambil tindakan guna undang-undang,’’ jelas Abdullah.

Selain itu, Perdana Menteri turut menyelar tindakan kumpulan terbabit yang menyalahgunakan kebebasan dan hak untuk bersuara.

Katanya, pada masa ini, ada bermacam-macam penerbitan yang menghentam kerajaan, di samping laman-laman blog yang melampau hingga ada yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau semua orang buat macam ini, maka kita akan bergaduh dan tidak ada keamanan. Masing-masing kaum ada pendirian masing-masing dan akan sentiasa ada desakan,” katanya.

Bagaimanpun, katanya, kerajaan sentiasa bertindak seadil-adilnya untuk memenuhi setiap tuntutan rakyat tetapi sudah pasti tidak semua dapat ditunaikan.

“Jika tidak adil dan kejam, kita tidak boleh jadi kerajaan sampai ke hari ini," katanya.

Menurut beliau, walaupun usaha membasmi kemiskinan dilakukan secara berterusan tetapi masih ada yang tertinggal dan ia membabitkan semua kaum dan bukan kaum tertentu sahaja.

"Setiap kaum ada yang miskin dan ada juga yang kaya," tegasnya.

– Utusan

Himpunan Hindraff dimanupulasikan ?

Benarlah semalam bagai dijangka Hindraff membuat himpunan di KLCC bukan dihadapan Bangunan Kedutaan British di Ampang. Benarlah juga semalam mdia elektronik membuat liputan besar-besaran dan hari ini semua media berbahasa Melayu meletakkan himpunan Hindraff dimuka hadapan dengan memanipulasikan menjadi himpunan ganas dan berbau perkauaman dan tiada semangat patriotisme, Mala himpuan 10 November ratusan ribu pelbagai kaum berjaya 'terpadam' dan isnyallah himpunan Hindraff ini akan dimaupulasi sebaik mungkin, justeru simpati rakyat kepada kerajaan BN kembali segar dan harapan Pak Lah mengadakan pilihanraya dengan 'buah' tanggung kepada kumpulan pembangkang inilah yang dinanti-nantikan.

Oleh itu, terkial-kiallah para kumpulan pembangkang mahu menjawab tuduhan kerajaan . Kita memang menjangka kan semalam seorang Cip Inspektor digambarkan parah bila dibelasah oleh kumpulan Hindaraaf dekat Batu Caves, dan 4 yang lain cedera yang menjadi tandatanya mereka ini berpakaian awam dengan leher berantai hebat semasa snap berita Buliten TV3 jelaslah dalang dalam mendalangi himpunan Hidraff ini sebagai yang dijangka.
Maka, kita tunggu dua tiga hari lagi apakah susulan dan manipulasi daripada Himpunan Hindraff ini. Kita lihat agenda terancang selepas himpunan 10 November, bangun himpunan Hindraff, kemudian apakah pula kumpulan yang akan berarak selepas 10 November, jika tidak dibendung dan ditangani secara berhemat oleh kerajaan ? Mungkinlah itulah persoalan yang bakal diuar-uarkan kepada kita nanti. Mujurlah ada kerajaan, yang baik nanti adalah kerajaan juga.

Saturday, November 24, 2007

Ya Allah Selamatkan Negaraku !!!!!

Pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan

Dipetik daripada Tranungkite.

Ya Allah Selamatkanlah negaraku, daripada mara bahaya dan malapetaka. Negara sedang menuju ke arah kemuflisan. Banyak projek mega, syarikat2 kroni GLC dan lain-lain dibailout. Minta dijauhi daripada mara bahaya ini ya Allah , pemimpin yang gila kuasa dan hidup dalam kemungkaran dan kefasakkan.

E-mel Pembaca

 Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia

asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya
Wilayah Persekutuan

Exco Pahang boleh kena lucut ?

Semalam kita dikejutkan dengan berita dua ahi exco kerajaan negeri Pahang mahu membida nombor plet kenderaan CCC 3 dan CCC 4 dengan nilaian puluhan ribu, yang mana angka tersebut mampu menyiapkan satu setengah rumah PPRT atau rumah kos rendah.



Maka riuhlah , laporan itu dihidu terlebih awal dan bocor cepat berita bidaan tersebut. Kita sebagai rakyat tentulah rasakan ia sebagai satu pembaziran. Namun bagi mereka yang terlibat itulah sesuatu prestij dan umph dalam hidup dan kehidupan mereka.

Bagi kitalah orang kampung jumlah bidaan itu, jika mahu disedekah ke masjid , rumah anak yatim, badan NGo atau kebajikan kan baik. Bagi mereka duit sejumlah itu tak payah disedekahkan kerana peruntukan negara dan negeri sudah banyak untuk tujuan-tujuan di atas, duit negara kita terlalu mewah. Apa perlu sumbangan dari mereka.


Nah sekarang apa kata kita. Lihat di bawah ini kata Dato Nana, MB Pahang dalam isu ini.

Exco Pahang boleh kena lucut. Betul ke Dato Nan ?



Ikutilah laporan kata dua Nan Gedebe dan berita tolak bidaan itu betul ke dak, kita dak tahu pada hari ini .

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang yang didapati membeli nombor pendaftaran kenderaan pada harga melebihi RM10,000 berdepan risiko dilucutkan jawatan masing-masing.

Ketika mengeluarkan amaran itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata beliau tidak teragak-agak bertindak demikian kerana menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar.

Bagaimanapun, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang dikecualikan sebarang tindakan itu kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain terutama perniagaan.


"Bagaimanapun, jika mereka (Exco) hendak membeli nombor pendaftaran, berhentilah jadi Exco," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian susulan laporan akhbar kelmarin berhubung dua anggota Exco Pahang yang memohon untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pesara, Bekas Polis, Tentera dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin membida plat nombor CCC 8, manakala Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail membida CCC 9.

Harga bidaan bagi kedua-dua nombor pendaftaran berkenaan ialah RM62,400.

Adnan berkata, bagi kes Shahiruddin, Ahli Exco itu mengemukakan permohonan mendapatkan nombor CCC 8 kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy.

"Berikutan itu Chan mengarahkan Shahiruddin mengisi borang serta menjelaskan deposit RM3,000. Kelmarin, Shahiruddin menerima tawaran pada harga RM62,400, tetapi disebabkan tidak mampu, Shahiruddin menolak bidaan itu.

"Bagi kes Dr Ahmad Shukri yang berminat dengan nombor pendaftaran CCC 3, beliau memohon kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar.

"Pada mulanya, beliau dimaklumkan tender itu diberikan kepada orang lain. Tetapi, apabila tender itu dibuka, beliau ditawarkan nombor itu pada harga RM62,400 dan pada masa sama, turut menolak tawaran itu," katanya.

Friday, November 23, 2007

Merasa sama rata !!!

Apabila sekumpulan 15 wartawan tempatan 'dibelasah' oleh seorang pegawai polis berpangkat supritenden di Baling Kedah. Seluruh negara seolah-olah dikejutkan dengan etika lemah pasukan polis. Insiden ini berlaku bilamana sekumpulan wartawan ini membuat liputan kes bunuh.

Maka bangkitlah laporan TV3, yang membangkitkan isu atau perisitiwa itu. Justeru bercakap pula ketua kumpulan wartawan berkenaan yang rakan mereka diusir dengan anjingkan serta dimaki dengan perkataan anjing pula. Justeru terguris dan 'marahlah' mereka.

Bagi kita memang lah tidak patutlah yang wartawan itu sepatutnnya dapat, maka para wartawan itu menjalankan kerja dan tugas mereka. macamlah juga pegawai polis yang 'terpaksa' mengikut dan mematuhi arahan pihak atasan mereka semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Melalui kes ini, sekurang-kurangnya para wartawan sendiri merasai 'layanan' istimewa pasukan polis kepada mereka. Oleh itu, sekarang sudah tidak berbangkitlah jika ada dakwa dakwi tentang ketidaktelusan dan kelemahan pasukan penguatkuasa kita. Keduanya, wartawan yang terlibat langsung itu sendiri dapat merasai macam mana 'terkena belasahan' tanpa dapat simpati pihak yang dituntutkan simpati itu.

Thursday, November 22, 2007

Rashid Yang Bongkak dan bebal ?

Melihat Pengerusi SPR yang nyanyuk dan meluat Rashid. Orang yang Allah kurniakan akal pandai tetapi nampak bodoh. Seringkali dan acap bertindak kepandiran, terbaru mencabar mana-mana parti pembangkang yang tidak berpuashati menyaman SPR. Orang yang taat dan buta tuli membela kerajaan yang bongkak dan sombong patut dinyahkan. Seorang penjawat awam yang tidak sedr diri. Kaki ampu dan kaki bodek selepas bersara sebagai setiausaha SPR diambil balik dan kini mahu dilanjutkan tempoh capai 65 tahun berkhidmat dengan SPR. Minta tolak bapa penipu ini ?

Wednesday, November 21, 2007

Bintang kecemerlangan di mana-mana

Semalam melalui seorang surat pembaca marah-marah kerana pelajar terlalu kejar A. Kaitan marahnya pembaca itu bilamana seorang pelajar berketurunan India dalam peperiksaan UPSR lepas bertindak nekad menggantungkan diri dek kerana gagal mendapat A sebagaimana yang diimpikan.

Jika ditanya menteri berkaitan tentulah jawapannya, ini adalah kes terpencil, kita tidak perlu merombak sistem yang ada kerana bunuh diri dek seorang gadis sunti India yang berkenaan. Bagi mengimbangkan minda para ibubapa dan masyarakat ikutilah tulisan di bawah ini.


Adalah menjadi satu kedukaan apabila kita mendengar ada seorang murid yang kecewa dengan keputusan peperiksaan lantas membunuh diri. Agak mengejutkan murid yang seawal usia begitu mengambil keputusan yang di luar jangkaan.

Timbul persoalan adakah anak-anak ini tidak melihat bahawa ukuran kejayaan itu bukan terhad kepada keputusan ujian.

Didapati sebilangan orang yang berjaya di dunia ini tidak berpaksi kepada kecemerlangan keputusan peperiksaan. Lebih menakjubkan bahawa ramai usahawan yang berjaya bukan kerana pencapaian akademiknya tetapi lebih kepada kecemerlangan kemahiran.

Negara perlukan tenaga pakar yang berasas kepada kekuatan akademik; negara juga perlukan pakar-pakar yang berasaskan kemahiran.

Daripada psikologi pula, ramai ahli psikologi yang menumpukan kepada soal kecerdikan manusia mula membuka mata bahawa kecerdikan manusia bukan hanya terhad kepada tindak balas di atas kertas peperiksaan.

Ahli psikologi ini melihat kecerdikan manusia lebih daripada itu. Misalnya, kemahiran untuk bersukan, melukis, mencipta lagu, mencipta rekaan, memasak, kemahiran lagak ngeri, dan pelbagai lagi. Malahan didapati tugasan profesional juga memerlukan kemahiran.

Mungkin seseorang itu dari segi akademiknya tidak seberapa tetapi kelebihan kemahirannya menentukan kecemerlangan di kemudian hari.

Dalam masyarakat Cina di Malaysia ini, penulis dapati jika anaknya minat melukis lantas dibelikan oleh ibu bapanya segala alatan melukis yang terbaik. Jadi ini akan menjadikan bakat yang ada pada anak tersebut akan lebih digilap lagi agar boleh bersaing di kemudian hari.

Lebih menakjubkan anak-anak ini tidak dikesampingkan. Malah diletak ke depan jika ada pertandingan melukis. Ini satu contoh sahaja.

Lihat sahaja di luar negara orang yang ada kemahiran yang menjadi usahawan akhirnya menggaji jurutera, arkitek, akauntan, peguam, dan pegawai pemasaran. Mereka ini berjaya mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan.

Tidak menghairankan jika satu hari kelak, seorang petani biasa boleh menggaji sejumlah profesional. Tidak menghairankan pula jika seorang nelayan menggaji seorang malim profesional yang gajinya setanding peguam.

Walau apa pun, ini semua boleh dilaksanakan dengan sekurang-kurangnya lulus peperiksaan asas iaitu Sijil Peperiksaan Malaysia. Namun, artikel ini ditulis bukannya untuk tujuan malu alah; tetapi lebih kepada supaya kita jangan mudah putus asa.

Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kita yang telah rasa begitu kecewa seawal usia lagi.

* KHAIROL ANUAR MASUAN ialah Perunding Psikologi di KAPC.

Siapa Nak Mengakui Dia Berak Tengah Jalan ?

Mana ada orang gila nak mengaku dia gila? Analogi mudah inilah yang harus diakui PM, kecuali 'manusia' yang bernama Presiden/PM di Jepun atau Korea yang mahu mengakui sistem atau apa-apa yang bersifat lemah di bawahnya atau sisitem yang diamalkannya.

Sebenarnya, nak mencari orang atau kumpulan orang yang berjiwa besar seperti orang - orang di Jepun atau Korea setakat 50 tahun merdeka di negara kita adalah 'sukar' atau sesuatu yang luarbiasa.


Maka kita wajar terima akuan berhemat Pm pada hari ini seperti yang diakui Pm dalam akhbar Utusan , cuma pemberitaan berita utusan nampak semacam mengakui secara haus dan tersembunyi dengan tulisan tajuk nampak cermat serta berlapik, iaitu ..Kerajaan pastikan SPR adil, demokratik...

Kerajaan pastikan SPR adil, demokratik – PM

SINGAPURA 20 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sebagai ketua kerajaan di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa.

Sebuhungan itu, kata Perdana Menteri, adalah menjadi hasratnya untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik serta membolehkan rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih keluar mengundi.

‘‘Sebagai ketua kerajaan dan parti yang menang dan dikehendaki oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan, tentu sekali kami mahu kemenangan kami itu sebagai kemenangan yang berwibawa dan datang daripada kehendak rakyat yang mengundi dalam pilihan raya.

‘‘Bagaimanapun kalau mereka (pemilih) tidak mahu mengundi, apa yang kita boleh buat, inilah suruhanjaya yang telah sekian lama mengendalikan pilihan raya di negara kita,” katanya pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyebut Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan berdasarkan kepada tuduhan-tuduhan liar yang hanya memberikan imej buruk kepada SPR.

Ab. Rashid yang terlibat mengendalikan enam pilihan raya umum sebelum ini berkata, belum pernah ada satu pihak pun yang datang kepadanya dan membawa bukti berlaku penipuan dalam pilihan raya kecil atau umum.

Dengan nada kesal, Perdana Menteri bertanyakan mengapa pula sekarang ada pihak yang mempersoalkan kewibawaan SPR.

‘‘Apakah tiada parti pembangkang yang pernah menang dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini.... ini bermakna rakyat bebas untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

‘‘Inilah sesuatu yang payah untuk kita fahami apabila ada pihak yang menuduh kita tidak adil,” kata beliau.

Abdullah menjelaskan, adalah menjadi harapan beliau agar SPR menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik.

– Utusan

Tuesday, November 20, 2007

KL sesak kerana BERSIH ?

Walapun sudah berkali-kali dijelaskan, kenyatan demi kenyatan dikeluarkan ,namun sosak sosek masih mahu terus dan terusan mengkambinghitamkan BERSIH kerana menjadi 'punca' sebenar kepada kesesakkan bandaraya KL pada 10 November lalu.


Peserta perhimpunan yang hadir, berserta dengan penganjur perhimpunan dengan bantuan Unit Amal sudah bertindak cukup dalam melicinkan perjalanan 100,000 perserta dari Dataran Merdeka ke Istana Negara, jangka masa waktu adalah antara jam 3.00 petang ke 5.00 petang. Maka tentulah masa sesingkat 3 ke 4 jam tidaklah melautkan serta menjeaskan aktiviti Sabtu warga kota lain bagi urusan mereka.


Amalan biasa bagi pihak yang tidak berpuashati adalah menundingkan jari ke arah BERSIH lah! Maka dalam BERSIH sendiripun tiada lah semua yang bersetuju dengan cara itu, namun 'kuatnya' suara ramai menengeamkan suara mainoriti mahu kan kaedah ini.


Dalam kaedah 'perang pasaikologi' bagi memaparkan kekuatan dan kemahuan kaedah berarak dan demo adalah jalan terbaik bagi memberi isyarat bagi penguasa yang 'asik' atau ' berada dalam zon selesa. Tekanan hidup rakyat terbanyak dengan 1001 rentetan hidup harus dimanifestasikan bagi dikongsi dan diisyaratkan kepada penguasa yang terlna itu.


Maka jalan BERSIH itu adalah satu daripada pilihan terbaik masa ini. BravoBERSIH teruskan usaha Mu.

PAC Mahu Kerajaan Kaji Pemberian VOA


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula pemberian visa sewaktu tiba (VOA) kepada pelancong asing bagi memastikan ia tidak disalahguna untuk bekerja secara haram di negara ini.

Pengerusi PAC Datuk Shahrir Abdul Samad berkata ini kerana ia telah menimbulkan banyak tanda tanya terutamanya apabila rekod Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan daripada 145,000 VOA yang diluluskan, 52,000 pelancong asing didapati tidak pulang ke negara masing-masing.

"VOA diperkenalkan untuk memudahkan kemasukan pelancong asing tetapi mereka pula menyalahgunakan kemudahan itu. Jadi kita (PAC) harap kerajaan akan kaji semula pemberian VOA ini bagi memastikan jumlah pekerja asing tanpa izin tidak bertambah di negara kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen di Parlimen, di sini, hari ini.

Shahrir berkata beliau yakin sekiranya VOA dihentikan, ia tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negara ini.

"Kita perlu melihat kepada kualiti bukannya kuantiti. Jika VOA disalah gunakan ia akan membawa pelbagai masalah kepada negara," katanya dalam pertemuan singkat dengan pihak media.

Kerajaan telah memperkenalkan VOA pada September tahun lalu sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 bagi menggalakkan dan memudahkan urusan kemasukan pelancong asing.

-- BERNAMA

Aduhai Dunia Melayu Negara Ku ?

Inilah nama dunia, betapa cepat dan lajunya pertuduhan terhadap seorang hakim mahkamah syariah ini. Ikuti berita di bawah ....Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hadapi lima tuduhan rasuah !!!!!!!
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM5,200 yang membabitkan tiga kes berasingan.

Dua daripada pertuduhan itu membabitkan urusan pernikahan, manakala satu lagi bagi tujuan melepaskan ikat jamin satu kes jenayah syariah.

Hassan Basri, 53, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan rasuah, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.
Bagi pertuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta wang suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah sebagai dorongan melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung lima kes jenayah syariah, di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.15 malam 15 Ogos lepas.
Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menerima wang suapan itu daripada orang yang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat meletak kenderaan di Taman D.R. Seenivasagam di sini kira-kira 3.25 petang 6 Sept lepas.
Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan meminta wang suapan RM1,100 juga daripada Mohamad Imran bagi membantu Mohamad Asri A Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.30 malam 15 Ogos.
Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima wang suapan itu daripada orang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hillcity di sini kira-kira 6 petang 17 Ogos.
Hassan Basri juga didakwa menerima wang suapan RM1,100 daripada orang sama sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa bagi membolehkan kedua-duanya berkahwin tanpa melalui prosedur ditetapkan, dalam kereta bernombor pendaftaran sama di tempat meletak kenderaan Taman D.R. Seenivasagam, kira-kira 3.20 petang 6 Sept.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi tuduhan pertama dan ketiga; dan mengikut Seksyen 11(a) akta sama bagi tuduhan kedua, keempat dan kelima.

Semua pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Tan Hooi Leng menetapkan kes itu dibicarakan pada 31 Mac tahun depan.Beliau turut membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau RM20,000 keseluruhannya, manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah.Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, manakala peguam S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili tertuduh.Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke Indonesia.Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.
- Bernama

Kita termasuklah penulis amat bersetuju tindakan cepat segera dan pantas perlu dijalani bagi memberi 'pengajaran' kepada hakim yang bertindak luar etika dan moral serta memalukan entiti serta institusi kehakiman syariah negara. Pendakwaan yang segera tanpa memilih bulu ini amat dialu-alukan.
Namun persoalan dibenak hati, kita hasil pendedahan Ezam Mohd Noor baru ini, semasa seminar Jenayah dan Rasuah bertempat di KL International Kg Baru, adalah sesuatau yang mengejut dan amat memalukan BPR dan pihak berkuasa tidak bertindak segera , bilamana Osu Sukam berhutang main judi dengan sebuah kasino di England dengan jumlah atau nilai yang sungguh besar iaitu RM120 juta. Beliau telah pun melunaskan sejumalh RM117 juta. Persoalannya dari manakah duit Osu Sukam sebanyak itu 'diperolehi', bank mana yang bagi beliau pinjam ?
Lihatlah perbandingan hidup dan kehidupan dengan Presiden Iran ini....
Oleh : Abu Mardhiah, SubangFox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran. Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa. Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu. Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya. Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu. Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan. Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya. Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya. Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali. Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi. Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya. Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu. Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya. Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut. Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat. Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana. Hidup Kebenaran!

Sunday, November 18, 2007

Malaysia tertinggal dalam pasaran halal dunia

Dalam memartabtakan bangsa Melayu sebagai bangsa angkasa, selepas mengideakan Melayu glokal. Tidak ada rakyat yang tidak sokong akan idea-idea pimpian negara kita. Semua bangsa dalam negara ini daripada pelbagai latar kaum mahukan sebuah negara bangsa yang lebih daripada bangsa angkasa.

Sepatutnnya pemimpin yang bercakap kena lebih dahului membuktikan kata-kata itu terlebih dahulu terutama melalui dirinya. Bukan hanya rakyat seorang naik angkasa kita terus bangga tanpa menyelesaikan perkara-perkara yang hak dan asas terlebih dahulu.

Terkini ikuti pengakuan di bawah bagaimana kita bangsa angkasa ketinggalan dalam hab halal, pasaran halal, jatuhnya indek kebebsan media, jatuhnya indeks rasuah, tiadanya tersenaraii IPTA kita dalam rangking IPTA di dunia ? ... Hah ikuti ulasan berita tentang kegagalan pasaran halal dan seumpamanya

Malaysia masih ketinggalan dalam memperkasa pasaran global halal yang kini mencecah AS$2.3 trilion berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara serta negara bukan Islam.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Industri Halal Malaysia (HDC) Datuk Jamil Bidin berkata Thailand jauh mendahului Malaysia dan kini berjaya menjadi pengeskport ayam halal terbesar dari rantau ini ke negara Timur Tengah.

"Keseluruhan eksport produk halal Thailand berjumlah AS$6.8 bilion dan mereka kini mempunyai sebuah pusat sains serta penyelidikan halal," katanya ketika berucap pada Seminar Pembangunan Industri Halal 2007 di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menurut Jamil, negara jiran lain seperti Singapura turut mempunyai inisiatif dalam produk halal yang kini menawarkan persijilan halal menerusi internet.

Selain itu, katanya, Filipina juga sedang berusaha memperkasa industri halal mereka di Mindanao, manakala negara Islam seperti Brunei dan Indonesia turut mengorak langkah secara serius menceburi pasaran halal dunia.

"Negara-negara itu telah melihat potensi yang ada, mengapa tidak kita," katanya.

Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara-negara lain terutamanya dari segi persijilan halal dan logo halalnya yang diterima secara meluas oleh negara-negara Islam di dunia, katanya.

Beliau berkata para pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang kini mendominasi industri halal negara digalakkan bergabung serta menubuhkan konsortium sebagai satu syarikat besar dalam melaksanakan promosi dan penjenamaan bagi produk halal.

Menurutnya sesuatu produk itu bukan sahaja perlu halal tetapi aspek pemprosesan, pembungkusan, penjenamaan serta pemasarannya juga perlu mencapai tahap piawaian antarabangsa yang tinggi.

"Selain itu, kita harus sedar bahawa produk halal bukan sahaja tertakluk kepada makanan tetapi juga bukan berasaskan makanan seperti farmaseutikal, kosmetik, pakaian, perbankan, logistik serta industri pelancongan," katanya.

Beliau berkata HDC telah mengaturkan beberapa program untuk membangunkan industri halal negara termasuk program "Juara Halal" yang diwujudkan khas untuk meningkatkan kredibiliti mereka yang menceburinya di samping membantu mempertingkatkan perniagaan ke taraf pemain industri halal global.

"Selain itu, satu pelan induk untuk industri halal sedang dirangka untuk memberi satu hala tuju yang strategik," katanya.

Sementara itu Mohd Ali berkata satu kawasan hab halal seluas 1.8 hektar sedang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di kawasan industri Serkam dengan 34 unit bengkel berkembar dan 10 unit bangunan kedai bernilai RM9.1 juta.

Beliau berkata PKNM juga sedia menjual tanah lot-lot kosong untuk industri halal seluas 26.4 hektar di kawasan yang sama. BERNAMA

Filem dedah kebangkitan menentang Yahudi di Lubnan

Kebangkitan masyarakat Islam di Lubnan semasa negara itu diserang oleh tentera Yahudi pada Julai 2006 kini boleh diikuti dalam dokumentari 33 Days karya pengarah filem kontroversi Mai Masri.

Mai, yang telah menghasilkan pelbagai dokumentari untuk rangkaian TV antarabangsa seperti BBC, France 24, Al-Jazeera dan Al-Arabiya itu berkata 33 Days adalah satu peluang kepada rakyat Malaysia untuk mempelajari erti toleransi antara agama.

Katanya, beliau menghasilkan filem berkenaan untuk memberi peluang kepada anak-anak muda, khususnya di negaranya sendiri, supaya mengetahui kesan buruk akibat peperangan yang dicetuskan daripada diskriminasi agama.

"Generasi sekarang sudah lupa apa yang berlaku di negara mereka 10 tahun dahulu," katanya kepada kira-kira 15 orang karyawan filem muda tempatan dan juga wartawan selepas mempertontonkan dokumentari itu di Institut Kajian Sosial Malaysia (MSRI), dekat sini semalam.

"Orang-orang yang mengalami keadaan perang itu mempunyai memori yang singkat, ini sesutu yang baik kerana ia akan membolehkan mereka terus berharap, tetapi buruk kerana mereka tidak akan belajar keburukannya," katanya lagi.

Mai sebelum ini mencetus kontroversi selepas filem dokumentarinya Beirut Diaries: Truth, Lies and Videos (2006) menerima banyak kritikan kerana memaparkan krisis politik di antara masyarakat Lubnan selepas Perdana Menterinya Rafik al-Hariri terbunuh pada 2005.

"Filem ini penting untuk mengembalikan semangat hidup masyarakat Lubnan, untuk membuktikan bahawa kami sebenarnya menang dalam peperangan ini kerana mampu terus hidup," tambahnya.

Satu babak filem ini memaparkan seorang wanita yang ditemuramah berkata "kami tidak perlukan makanan atau tilam, tapi maruah dan semangat untuk terus hidup".

Mai menggunakan kaedah penceritaan yang mudah dengan memaparkan kehidupan empat orang pekerja media, yang merupakan teman-teman terdekatnya, ketika serangan itu dilangsungkan.

"Kebanyakan daripada video itu dirakam di sekeliling kawasan penempatan saya," kata Mai lagi.

Tambahnya, beliau telah merakamkan video lebih 100 jam tetapi kebanyakannya tidak dapat digunakan kerana terlalu banyak paparan keganasan.

"Contohnya, ada rakaman menunjukkan badan manusia terputus dua," katanya lagi.

Beliau menjelaskan, Lubnan adalah negara yang istimewa kerana mempunyai komuniti penganut Islam, Kristian dan Yahudi yang mampu hidup bersama sebagai satu masyarakat.

"Kita tidak ada masalah antara satu sama lain. Tetapi memandangkan kami berjiran dengan Israel, kebencian mula timbul ke atas tentera dan penaklukan apabila tentera Yahudi mula menceroboh kawasan kami," kata anak kelahiran Palestin itu.

"Apa yang saya mahu capai melalui filem ini adalah membuat hubungan dengan masyarakat dunia dan membina kesefahaman tentang keburukan perang," katanya.

Filem berkenaan kini ditayangkan di Help Institute Film Festival, Damansara hingga 18 Nov, anjuran MSRI.

33 Days juga akan ditayangkan di Theatre of Medina di Beirut pada 21 Dis depan dan juga akan disiarkan melalui saluran dokumentari Al-Jazeera pada Januari depan.

MSRI sebuah pertubuhan yang turut aktif menjalankan kegiatan kebajikan di Palestin dan telah menjalankan Program Pembiayaan Kanak-kanak Palestin sejak 1989.

Pertubuhan itu kini membiayai anak-anak Palestin yang tinggal di 10 buah kem pelarian.

Patuh dan taat mana yang didulukan ?

Tidak ada ada rakyat yang tidak gembira dengan seruan TPM agar semua rakyat taat dengan mematuhi undang-undang negara ini. Inilah namanya rakyat yang berkelas glokal dan berbangsa angkasa. Sebagai seorang pemimpin malah sekali sekali beliau pernah memangku ke jawatan PM , maka wajarlah Dato Najid bercakap macam tu, semua rakyat jangan ada tidak sambut baik dan akur dengan saranan beliau itu.


Betulah saranan beliau kita semua rakyat kena patuh ? Biar pun kepala dan maruah mereka diinjak-injak, bangsa kita dipijak kita mesti patuh, walaupun dihadiahkan oleh ketua mereka dengan ‘penyapu’ dalam satu majlis rasmi, dek kerana lama lah patuhnya kita sampai 50 tahun, kemudian kena terima kasih pula kepada kerajaan tungggu lagi 50 tahun, patuh dan tunggu kerajaan tangani gejala murtad kena tunggu 50 tahun lagi, hatta nak berhimpun pun kena tunggu 50 tahun. Maka atas 4 perkara saja tadi kita kena tunggu 200 tahun. Maka sekonyong-koyong kata-kata keramat Hang Tuah, takkan Melayu Hilang Di dunia dah terpakai lagi ,hatta GABEM bulih anugerah Pak Lah sebagai tah benda-benda, mana lah jasa-jasa Dr M, dulu dialah wira itu dan ini. itu baru Dr M dah tak jadi PM 4 tahun, UMNO dan pemikiran org UMNO berubah, ini rakyat kita suruh patuh , babi buta ke atau buta babi ke depa ni !!!!!! anugerah pada Himpunan Persidangan Melayu Dunia pun tahu, baru 4 tahun naik jadi Pm dah berjasa satu dunia Melayu o
Rakyat mesti patuhi undang-undang: TPM

Ikutilah saranan berharga dan amanat Najib kita minta rakyat patuh kepada nya dan kerajaannya.
Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat mesti berpegang kepada undang-undang dan tidak menyertai perhimpunan haram yang boleh merebak ke tahap anarki hingga kerajaan terpaksa menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengekangnya.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak fikir perhimpunan haram, termasuk yang diadakan pada Sabtu lalu akan merebak dengan beberapa perhimpunan haram lagi hingga keadaan menjadi lebih buruk dan kerajaan terpaksa menggunakan ISA.

“Harapnya tidak kerana selagi orang ramai berpegang kepada undang-undang negara, kita akan dapat mengawal keadaan itu. Kita merayu kepada orang ramai supaya mereka hormati undang-undang dan jangan menyertai perhimpunan haram,” katanya menjawab soalan sama ada kerajaan akan menggunakan ISA bagi membendung perhimpunan haram.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Yayasan CIMB, sebuah yayasan dengan sandaran dana terbesar di Malaysia setakat ini apabila Kumpulan CIMB mengumumkan sumbangan sebanyak RM100 juta untuk tempoh tiga tempoh akan datang.

Perhimpunan haram pada Sabtu lalu menarik perhatian pada peringkat antarabangsa kononnya rakyat Malaysia tiada wadah untuk bersuara.

Najib berkata, kerajaan akan laksanakan undang-undang dan polis juga akan menguatkuasakan undang-undang. “Kita perlu tangani perkara seperti itu dengan cara yang boleh membuatkan rakyat sentiasa yakin kepada kerajaan. Jadi, apa saja yang mereka hendak buat di negara ini hendaklah sejajar dengan undang-undang.

“Jika tidak, kita akan jadi anarki dan kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu terjadi,” katanya

Saturday, November 17, 2007

SPR Yang Penipu !!!!!

Pengerusi SPR menyatakan dia tahu bila tarikh pilihanraya. Beliau dengan bangga 'nampak' macam buat sidang media, walhal beliau adalah seorang penjawat awam. Statusnya serupa atau macamlah juga Dato Ramli Ketua Sisatan Jenayah Komersial. Kenapa marahkan Dato Ramli ? Sepatutnya dia diamlah tunggu aje arahan selanjutnya.


Ini jelas kerajaan tidak telus, dan ini namanya demokrasi ala Malaysia , dan inilah juga proses perbahan dengan apayang dimaksudkan oleh Nazri Aziz dalam wawancara beliau dengan stesen Tv aljajezraa tempoh hari berkaitan Himpunan Bersih pada 10 November baru lalu.


Kerajaan telah memaklumkan pada SPR akan tarikh pilihanraya. Ini juga bererti bahawa kerajaan juga telah mengarahkan semua parti-parti kerajaan untuk bersedia. SPR juga mesti bersedia menentukan bahawa pilihanraya ini akan menentukan parti kerajaan menang walau apa cara sekali pun. Jadi SPR sedang berusaha dengan berbagai cara.


Kemudian, bukti ketelusan SPR dan kerajaan buat pilihanraya tidak serentak dengan Sabah dan Sarawakkhusus bagi kerusi Parlimen, apa makna ini. Sahlah mereka boleh angkut orang Sabah dan Sarawak mengundi di Semenanjung masa pilihanraya. Jadi UMNO-BN memang suka buat kerja-kerja habih duit rakyat rompak tauke lepas tu biarlah apa jenis barang naik, dah nak sekat guana lagi.


Betulah kata-kata M Sabu 20 tahun dulu, kerajaan yang adal adalah kerajaan tauke-tauke..Banyaklah lah ketidaktelusan SPR, menag SPR adalah kakas UMNO BN. Justeru orang yang menipu memang suka berkawan dengan penipu, sebab dia sama-sama menipu dan memang kerjaaya dia adalah menipu.


Tipulah rakyat , sampai bila-bila, tunggu dan nanti saatnya . Allah ada dan Allah tidak tertipu dengan tipu SPR dan UMNO BN.





UAR-UAR PROGRAM MASA CUTI SEKOLAH MASJID ABU BAKAR TEMERLOH

KELAS AL QURAN & FARDU AIN
SASARAN PELAJAR TAHUN 11 -6

Masa : 2.30 - 5.00 ptg
Yuran RM10
mulai 19.11.007 - 14.12.2007



KELAS TAHFIZ AL QURAN

TERBUKA PELAJAR TAHUN 4,5 & 6
Masa : 8.00 - 12.00 tgh
Yuran : RM50
mulai : 19.11.2007 - 14.12.2007




KELAS ILMIAH

SASARAN PELAJAR tINGKATAN 1 -4
Masa : 8.00 - 12.00 TGH
Yuran : RM50
mulai : 19.11.2007 - 14.12.2007
[ Kelas Fiqh, Tauhid, Sirah, Al Quran, Ceramah Motivasi DLL)


SEMUA TEMPAT BEROPERASI DI MASJID ABU BAKAR TEMERLOH

maklumat lanjut Sila Hubungi :

Ust Shukri 0199452024
Ust Syazali 0129479088
Ust Anuar 0139988201
@
Datang terus ke masjid


Sorotan 2 Himpunan Bersih 10 November

Mengambil intipati ucapan Tn Guru Presiden PAS di Taman Melewer, selepas perarakan BERSIH pada 10 November lalu. Teringat penulis katanya , sesuatu kerajaan akan menemui ajal. Setiap kerajaan ada ajalnya .Ustaz Hadi seterusnya menasihatkan rakyat bahawa, Allah mengajar supaya hambanya berwirid dalam solat lima waktu.

Maksud wirid yang dibacakan Presiden PAS "katakanlah wahai Allah tuhanku yang memiliki kerajaan, mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau rampas dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, ditangan kekuasaan Engkau sahajalah wahai tuhan segala kebaikan dan Engkau maha berkuasa di atas segala-gakanya".

Kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi, Allah menjadikan kerajaan adalah ujian kepada pemimpin dan rakyat.

Ada kerajaan yang baik dan adil, ada kerajaan yang zalim dan jahat, silih berganti, ujarnya.

"Allah tidak menjadikan kerajaan dalam dunia ini kekal selama-lamanya termasuk kerajaan Nabi Sulaiman; Nabi Daud dan Nabi Muhammad s.a.w ada ajalnya," katanya..

Kerajaan zalim pasti temui ajalnya

Begitulah kerajaan yang zalim tidak akan memerintah lama ada ajalnya termasuk kuasa besar dunia Jerman, Perancis, Soviet Union dan kini Amerika Syarikat, semuanya ada ajalnya," katanya.

"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga ada ajal.Akan tiba masa tamat riwayatnya.

"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat bukan ajak disudahkan dengan memalukan.Kita beri peringatan kepada pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik.Jangan tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," katanya.

Sambil melaungkan keyakinan bahawa rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan kerajaan jahat BN sepertimana rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand berhadapan dengan kerajaan mereka yang jahat.

"Rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan BN.Wahai BN tamatkan riwayat kamu dengan cara yang terhormat.Ayuh bersihkan demokrasi yang kamu kotorkan.Kalau kamu berkeras percayalah kuasa kamu tak kekal selamanya, kita buktikan keyakinan kita pada hari ini," tegasnya.

Maka begitulah dengan tindakan UMNO bilamana dalam hal pendidikan peringkat anak-anak semakin ‘sesak’ dan gusar kerana rakyat kini sudah mula beralih dan dapat ‘menerima’ pendidikan peringkat PASTI yang gagal disaingi oleh Tadika Kemas anjuran UMNO –BN .

Kini UMNo yang semakin menemui ajal cuba pula memberi ‘nyawa’ serta nafas baru dalam dunia pendidikan Negara dengan merangka satu silibus baru pendidikan peringkat umur 1 ke 5 tahun yang dinamakan PAPN.

Lihat kata Tok Jib kita……

Kerajaan sedang menilai keberkesanan program Pusat Anak Permata Negara (PAPN) yang berperanan menyediakan sistem pendidikan awal kanak-kanak secara lebih komprehensif sebelum diperluaskan ke seluruh negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah memperluaskan program PAPN membabitkan banyak implikasi termasuk dari segi keupayaan kerajaan, penyediaan kewangan, latihan tenaga pengajar dan perkara membabitkan perjawatan.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu melihat kepada implikasi lain dari segi kemampuan dan sumbangan ibu bapa dalam memastikan kejayaan berterusan program berkenaan.

"Selepas program ini berjalan selama enam bulan kita dapati kesannya agak menggalakkan dari segi perkembangan intelek, emosi, kemampuan bertutur dan keceriaan kanak-kanak.

"Apa pun kita akan membuat penilaian terlebih dulu dan jika dapat mencapai tujuan dan matlamat, kerajaan akan timbang memperluaskannya ke seluruh negara," katanya selepas merasmikan PAPN Felda Chini Timur 3, di sini, semalam.

Sehingga kini lima pusat PAPN sudah beroperasi sebagai projek perintis. Selain PAPN Felca Chini Timur 3 dan Felda Mempaga 3 di Pahang, pusat seumpamanya sudah diwujudkan di Kepala Batas, Subang Jaya dan Putrajaya.

Ketika ini, 125 kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun sedang mengikuti program di kelima-lima pusat berkenaan. Berikutan kejayaan projek perintis itu, 10 lagi PAPN dirancang untuk diwujudkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Ketika ditanya mengenai kos yang terpaksa ditanggung bagi menyediakan pusat seumpama itu, Najib berkata, kosnya antara RM200,000 hingga RM300,000.

"Bukan saja dari segi penyediaan prasarana, kita juga perlu menyediakan tenaga pengajar berkualiti yang ada ijazah dan diploma dalam bidang berkaitan.

"Kualiti adalah faktor terpenting dalam menjayakan program ini dan sebab itu seorang tenaga pengajar yang sudah diberi latihan intensif bertanggungjawab ke atas lima kanak-kanak," katanya.