Sebenarnya, nak mencari orang atau kumpulan orang yang berjiwa besar seperti orang - orang di Jepun atau Korea setakat 50 tahun merdeka di negara kita adalah 'sukar' atau sesuatu yang luarbiasa.
Maka kita wajar terima akuan berhemat Pm pada hari ini seperti yang diakui Pm dalam akhbar Utusan , cuma pemberitaan berita utusan nampak semacam mengakui secara haus dan tersembunyi dengan tulisan tajuk nampak cermat serta berlapik, iaitu ..Kerajaan pastikan SPR adil, demokratik...
Kerajaan pastikan SPR adil, demokratik – PM
SINGAPURA 20 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sebagai ketua kerajaan di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa.
Sebuhungan itu, kata Perdana Menteri, adalah menjadi hasratnya untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik serta membolehkan rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih keluar mengundi.
‘‘Sebagai ketua kerajaan dan parti yang menang dan dikehendaki oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan, tentu sekali kami mahu kemenangan kami itu sebagai kemenangan yang berwibawa dan datang daripada kehendak rakyat yang mengundi dalam pilihan raya.
‘‘Bagaimanapun kalau mereka (pemilih) tidak mahu mengundi, apa yang kita boleh buat, inilah suruhanjaya yang telah sekian lama mengendalikan pilihan raya di negara kita,” katanya pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyebut Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan berdasarkan kepada tuduhan-tuduhan liar yang hanya memberikan imej buruk kepada SPR.
Ab. Rashid yang terlibat mengendalikan enam pilihan raya umum sebelum ini berkata, belum pernah ada satu pihak pun yang datang kepadanya dan membawa bukti berlaku penipuan dalam pilihan raya kecil atau umum.
Dengan nada kesal, Perdana Menteri bertanyakan mengapa pula sekarang ada pihak yang mempersoalkan kewibawaan SPR.
‘‘Apakah tiada parti pembangkang yang pernah menang dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini.... ini bermakna rakyat bebas untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.
‘‘Inilah sesuatu yang payah untuk kita fahami apabila ada pihak yang menuduh kita tidak adil,” kata beliau.
Abdullah menjelaskan, adalah menjadi harapan beliau agar SPR menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik.
– Utusan
No comments:
Post a Comment