Tuesday, November 27, 2007

Apa Kata Mereka Tentang Piala Monsun 2007

Kata mereka, bila buat program hatta sukan Pertandingan Perahu Layar Piala Monsun, dan mereka berbelanja tempah 20 buah bot mewah dengan nilaian RM90 juta tidaklah membazir. Alasannya sukan ini dapat menjana ekonomi Terengganu.


Mereka kata mereka dapat buat majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat pembuat bot tempatan dan pelabur Eropah akan ditangani

Mereka kata juga sukan ini akan mepromosikan di Teluk Warisan, Pulau Duyong, Kuala Terengganu itu kerana Pulau Duyong Terengganu akan bakal disaksikan lebih 428 juta penonton seluruh dunia, pada 1 dan 2 Disember ini. Dengan jumlah 856 juta pasang mata seluruh dunia dapat lihat Pulau Duyong dan Terengganu nanti pada 1 dan 2 Disember.

Kata merka lagi dengan penuh yakin bahawa pertandingan yang akan dianjurkan ini akan menjana ekonomi, dan menjana pendapatan dalam sektor pelancongan sebanyak RM50 juta. walapun dipertikaikan oleh banyak pihak sebelumnya.Ini masuklah tahu ke 2 duit rakyat dibazirkan. Dulu belanja tidak diuar-uarkan, kali ini dimaklumkan kepada umum.



Kata mereka lagi faedah terdekat yang bakal dan akan diperolehi adalah ,ada dah syarikat tempatan yang mendapat kontrak untuk pembinaan bot mewah itu akan membina limbungan di Seberang Takir tahun depan dan bakal memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 penduduk tempatan. Tambahnya “Kita jangkakan lebih banyak peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada penduduk tempatan oleh syarikat itu, terutama selepas kemunculan industri dan khidmat sokongan kepada limbungan yang bakal memperoleh kontrak lain, selain membina 20 bot mewah bakal ditempah pelabur Eropah,” katanya.


Kata mereka mereka sedar pun, Penganjuran Pertandingan Perahu Layar Piala Monsun mula diperkenalkan kerajaan Terengganu pada 2005 dan ketika itu ramai yang mempertikai serta memandang serong dengan menuduh kejohanan berkenaan sebagai pembaziran. Dakwaan dan tuduhan itu diperkukuhkan apabila kerajaan menubuhkan T-Best Event Sdn Bhd (T-Best) dan melantik Wan Hisham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang sebagai pengerusi untuk mengendalikan penganjuran itu. Tuduhan dan dakwaan, termasuk daripada pihak pembangkang itu pada mulanya dianggap berasas kerana Wan Hisham bukanlah berpengetahuan mengenai selok belok perahu layar, apatah lagi diberi tanggungjawab mengendalikan pertandingan bertaraf dunia. Tidak hairanlah, isu penganjuran yang turut menampilkan pelayar terunggul dunia seperti Datuk Peter Gilmour dari Australia itu menjadi perdebatan hangat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu.

Mereka juga mengaku, Isu pembaziran atau lebih tepat lagi penganjuran tidak menguntungkan rakyat diperkukuh dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh ketika mempengerusikan sesi pendengaran awam.


Kenyataan Wan Hashim yang juga Ahli Parlimen Grik itu membangkitkan kemarahan dan kekesalan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dari Terengganu yang sebulat suara menyatakan kekesalan terhadap kenyataan negatif itu.


Perasaan kekesalan itu terserlah apabila Ahli Parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan memaklumkan kepada Ketua Whip Parlimen yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan meminta kenyataan itu ditarik balik, walau dengan apa cara sekali pun.

Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan disuarakan, tetapi ia tidak mematahkan semangat jitu kerajaan negeri untuk tetap menganjurkan kejohanan yang kini sudah memasuki tahun ketiga.

Wan Hisham berkata, kepercayaan pelabur Eropah membuat tempahan bot mewah daripada syarikat tempatan itu membuktikan bahawa tukang bot tempatan yang masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional kompetitif dan mampu menghasilkan produk berkualiti.

Katanya, tahun ini adalah kali ketiga kejohanan berkenaan dilangsungkan dan pelaburan kerajaan negeri membina Teluk Warisan yang dijadikan gelanggang perlumbaan berjumlah RM200 juta berbaloi apabila kerajaan negeri menganggarkan memperolehi RM50 juta dalam sektor pelancongan negeri tahun ini.

“Berbanding peruntukan dilaburkan kerajaan berjumlah RM200 juta untuk membangunkan Teluk Warisan, kini menikmati kesan media bernilai RM196 juta tahun ini, manakala RM350 juta, tahun hadapan,” katanya.


No comments: